Tuesday, September 29, 2009

Selasa 29 September 2009

As usual sebulan sekali, I ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kat Bandar Tun Razak, Cheras untuk amik bekalan ubat my Middle E. I ke sana selalunya before masuk office. Hari ni pulak secara kebetulan after amik ubat, tetiba ja ada penguatkuasa DBKL unit berkuda menyaman kereta2 yang tidak memarking kereta di tempat letak kereta. Selalunya la orang2 yang menyaman ni naik motor, tapi kat area Bandar Tun Razak ni...yang specialnya penguatkuasa berkuda...macam jakun pulak I tengok...semenjak 2 menjak ada blog ni...apa saja peristiwa yang berlaku pasti akan diambil gambar dan terus nak update blog....hihihii...macam selamba, tapi I peduli apa...blog I 'kan...

Penguatkuasa saman-menyaman unit berkuda baru ja lepas saman kereta yang parking kereta di tempat yang tidak sepatutnya.....

Kuda2 tu nampak cantik dan bersih la...tetiba la terasa nak belajar menunggang kuda....macam best ja 'kan......

Monday, September 28, 2009

Chiffon cake lagi.....

I buatkan this pandan chiffon cake (1st time buat ni...) request from my youngest sister Mira...nak bawa balik kolej katanya. Kiranya malam ahad tu dari jam 12 tgh malam I membaking kek...hubby lak minta buatkan orange chiffon cake, pastu buatkan pulak carrot cake then pandan chiffon cake. This pandan chiffon cake I bega2 kan skit resepinya. Surf the internet looking for the recipes....then...combine2kan semua recepi2 tu ikut citarasa I...maka terhasil Pandan Chiffon Cake...sedap, gebu dan lemak berkrim....:-

Friday, September 25, 2009

6 Syawal 1430

Seharian lepak kat rumah. Mood memasak still takde lagi, I cuma preparekan meehoon goreng dan sambal sotong kering untuk my family....makan sampai lunch sekali. Then I ke rumah my mum amik Mira dan my mum untuk ke Pejabat Pos dan Tabung Haji atas Urusan Seri Paduka Baginda...as usual I angkut sekali my Youngest E la.

Agak lama juga urusan2 tersebut dan hampir tengah hari baru selesai. After that, balik rumah kat Templer. Lepak2 lagi sampai lebam. Plan nak ke Bagan Lalang...nak bawa 3Es main2 air kat pantai sana sambil makan seafood bakar....alih2 dah lewat. So, plan terbantut dan maybe esok hari kuts we all ke sana. Since dah tak jadi ke Bagan Lalang, lepak2 ja kat rumah sambil nonton tv.

After solat Maghrib, we all ke Kuala Lumpur...sambil2 bayar hutang kat Cik CTBank, sambil2 cuti2 mata tengok lampu2 kat bandaraya sambil2 carik port untuk menjamu selera....almaklumla dah seharian perut tidak diisi dengan nasi. Dah berkeroncong pun perut2 we all, gara2 mummy 3Es takde mood nak memasak...

Alih2 we all lepak kat restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng kat Jln Bukit Bintang. I tell u....this is the best ever nasi ayam in the Malaya......u all should try.

Nasi Ayam Hainan Chee Meng....dah hampir separuh baru teringat nak amik gambar...kalau makan nasi ayam ni airnya pasti we all minum air assam boi....pergh...combination yang serasi between the nasi ayam and the air assam boi......

Eldest dan Middle E sempat gak berposing....Eldest E makan sampai tambah 2 kali nasi....sedap sangat la tu dan menepati selera Eldest E....

My Youngest E pun sibuk nak makan sendiri....ala2 perasan dah besar la tu. Bagus2...senang mummy nak menikmati nasi ayam ni....hihihihihi...

Wednesday, September 23, 2009

Aidilfitri 1430

Selamat Hari Raya by Saloma

Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat hari raya


Ni adalah lagu raya kegemaran I. I suka dengar lagu2 raya yang lama atau agak klasik la compare to lagu raya zaman moden ni sebab feel lagu2 raya klasik ni lain la....'kan.

Ok, pagi Hari Raya after my Mr E pergi solat Hari Raya, we all beraya kat rumah my in-laws dulu. Seperti biasa acara bermaaf-maafan dan kasi duit raya pun bermula. Then we all makan la. My mum in-law buat nasi tomato, ayam masak merah, kari daging dan seangkatan dengannya la. Pastu ada sate dan kek2 iaitu orange chiffon cake, carrot cake dan chocolate cake serta kuih bakar..hasil air tangan I la...hihihihihi...siap ada bekas kek special lagi utk kek2 I.

Jam 12 tengah hari, we all berangkat ke Rembau pulak sebab nak beraya kat sana. My mum dan my Ayah memang beraya kat kampung since atuk dan uwan I masih ada lagi....nak dijadikan citer...my Youngest sister, Mira admitted kat Hospital Tunku Ja'far, Seremban di pagi Hari Raya Aidilfitri sebab suspect ada appendix problem....sadisss 'kan.

My parents hantar my Youngest sister to the hospital jam 5 pagi raya tau.....,so...since nak tunggu Mira admitted, my mum asked my ayah to do some medical check up for his jantung sebab sudah 2-3 hari my ayah citer kat my mum dada dia terasa sakit. Mula2 tu my ayah ingat nak check biasa2 ja then amik ubat la...unfortunately, ada problem skit dengan jantung...so, immediately la my ayah kena admitted jugak....alih2...my mum kena jaga my ayah dan my youngest sister kat hospital....di hari raya pertama pulak tu....waaaaaa.....tak sempat la my parents nak solat raya dan pakai baju raya cantik2.....kesian betullah....pinjam sat ayat my ayah...." ni angkara Mira la ni...kalau tak ok ja...ayah pun tak kena admitted.."...

The best part is, mula2 tu I ingat Mira ja yang kena admitted sebab jam 7 pagi my ayah called me dan bagitau yang Mira maybe kena tahan sebab appendix.....sampai ja kat Rembau, adik2 I citer yang my Ayah pun admitted jugak sebab kes jantung.....padanla both of us punya missed called bukan main banyak lagi...rupa2nya adik2 I tepon nak kasi tau yang my Ayah pun admiited jugak. So, I dan hubby serta my youngest E ke hospital jugak. Eldest dan Middle E I tinggalkan dengan dengan my Aunty kat kampung. So, kesimpulannya...my parents dan Mira beraya kat hospital la this year. Both of them discharged dari hospital the next days...dan my Ayah perlu buat follow-up medical check-up kat Hospital Selayang sebab ada injap yang problem skit kat jantung dia, harap2 tak serius la sakit my Ayah ni....Mira pulak kalau ada sakit2 lagi terus ja ke hospital.

I lepak semalaman kat kampung then pulang semula ke Templer pada waktu malam raya kedua.......Raya ketiga...lepak2 ja kat rumah sambil buat laundry. Esoknya I kena pergi kerja sebab kena standby....(orang lain masih cuti raya lagi...) dan sambung cuti balik untuk khamis dan jumaat......:-


Sehari sebelum Aidilfitri....

Sejak malam tadi I mem"baking" untuk dibuat buah tangan sempena nak raya esoknya. Dah baju raya I siap sehari sebelum raya dan amik pukul 12.30 malam lagi. Ini gara2 sebab kain baju kurung I kena alter balik sebab pinggang I dah kurang 3 inci...perghhhh...kurus skit la...yahoooo yabedabeduuuuu.....

Disebabkan teringin sangat nak makan kuih bakar for buka puasa, I bikin sendiri la that kuih bakar. Resepi dan guideline I cilok from my mum. Siap tepon banyak kali tu minta resepi kuih bakar tu. So, ni la hasillnya.......

Kueh bakar ni I bakar dalam acuan chiffon..tu yang jadi cam roda tu....satu I buat sebagai pemanis berbuka puasa dan satu I bawa to my in-laws punya rumah (kalau kat Kelate diorang panggil 'Piana') .....rupa bentuk dan paras kueh bakar ni agak huduh skit la tapi rasa tetap maintain...ok la for 1st timer 'kan.....

Ni pulak hasil membaking I sehari sebelum nak raya.....ada Orange Chiffon Cake, Carrot Cake, Chocolate cupcakes dan kuih bakar....nak bawa ke rumah my in-laws dan bawa balik jugak ke kampung uwan I ket Rombau, Nogori Sembilan......

Thursday, September 17, 2009

E-card raya buat teman2 alam maya....

Buat teman2 di alam maya....SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR DAN BATIN dari 3E sefamili. Jangan lupa ya amik e-card raya ni dan tepekkan kat rumah korang ya.......daaaaaaa

Wednesday, September 16, 2009

24 Ramadhan 1430

Kali ni post I yang ke 100. Wah....macam tak percaya ja 'kan....cepat betullah. I bukanlah begitu rajin skali nak mengupdate blog...tapi boleh la. Apa yang terlintas dalam fikiran I dan suka-suka nak berkongsi cerita tentang my life, my hubby, my kids, my passion about food (macam la terer bebenar nak memasak 'kan...belasah ja..hahahahaha) and bla bla bla......

Ok...today (14 September 2009), I pergi service my car (tapi Mr E yang bayar bulan2) kat Toyota Segambut Service Centre. I make it a point to go Toyota service centre for major services only je. Appointment jam 8.30 pagi dan siap service jam 12.00 tengah hari....haaaa...ingat nak ngelat sekejap ja...sedar tak sedar makan 3 1/2 jam jugak la...Selalunya for every 5oookm, cuma tukar minyak hitam dan check biasa2 ja, Mr E akan bawa this car kat favourite pomen kereta dia...(we called him Ah Leong)..yang kasi service baaaikkkk punya...(dah la labour charge muras giles dan everything is muras la)..hihihi. Mr E sudah lama kenal dengan Ah Leong since Mr E terjebak dalam alam permotoron...(main kereta turbo sejak tahun 1998)....lama 'kan....

Kereta berenjinkan turbo 2.0 Mr E telah diconvertkan kepada enjin 1.8 standard. Ini gara2 sebab anak sudah bertambah. But Mr E still main kereta lagi since this is one of his hobby...selain daripada mendengar HIFI, memancing and reading. Sometimes, I rasa my Mr E ni macam kamus bergerak atau discovery channel sebab tanya la apa sahaja kat dia....insya-Allah for sure Mr E boleh jawab punya. And one more thing Mr E ni menjadi pusat rujukan untuk mendapatkan pandangan atau cadangan samada dari family members dan kengkawan sebaya. Sebagai contoh, ada kengkawan Mr E nak beli jam tangan atau tayar kereta pun siap telefon my Mr E nak dapatkan pandangan....sampai begitu skali 'kan..ish ish ish....Tapi dia layan je..

Ok la....cukup2 dulu I citer pasal my Mr E...nanti orang jemu lak 'kan...so layan la gambar yang sempat I snap masa menunggu my car siap di service ya.....

My car tengah digodek2 oleh pomen2 kat Toyota Service Centre....

Sunday, September 13, 2009

22 Ramadhan 1430



Seharian suntuk hari ni I duduk kat dapur. Pertama, menyiapkan tempahan cookies daripada teman2 rapat. Kedua, menyediakan pulak hidangan untuk berbuka puasa. Prghhhh...letih wooo. Ni la lauk-pauk yang sempat disediakan dalam masa 30 minit...Efisien tak????

Ikan parang masak singgang sempoi....

Sayur buncis dan lobak merah bertemankan telur.....

Udang bersambal......

Lihat tu...ada gak ikan masin tamban dan ntah apa namanya ntah..tapi sedap dan rendang ayam semalam..rendang ni Eldest E yang suka makan....layan ya...
Since takde mood nak citer panjang2.....stop kat sini dulu la......daaaaa:-

Friday, September 11, 2009

21 Ramadhan 1430

Agak lama tidak mengupdate blog ni...betul2 dok sibuk dengan kerja kat opis, karenah 3Es, house chores bla bla bla....2-3 hari ni, my mum tak sihat...demam panas, sakit tekak, takde tenaga....so,I kena la amik emergency leave utktake care of my 3Es. Ni baru my mum demam.....i jadi tak tentu arah ni sebab dok fikir sape nak jaga 3Es kalau I ke opis ni. Sib baik la cuti I masih melambak2 lagi ni...so, amik ja cuti. Abis citer. Semoga my mum cepat sembuh seperti sediakala...my mum jarang2 bangat demam ni, once dah demam...sure flat giles dan selalunya agak lama la nak sembuh jugak tu...

Ok...1st day my mum demam, Mr E dok bekerja dari rumah and I gi kije....so, dia jaga la Eldest da Middle E ja. My Youngest E, my Ayah yang jaga then when my Ayah keluar pergi kerja kejap, my Youngest E stayed with my mum. My Youngest sangat behave lah pulak. Semalam, I amik EL then jaga 3Es kat rumah..kasi my mum berehat...smlm my Ayah bawa my mum to the Hospital Selayang sebab tetiba ja ada balik demam panas tu...iye la kena buat check up betul2..takut2 ada penyakit lain la pulak...ish ish ish...simpang malaikat 44...

Semalam buka puasa dengan Eldest E ja kat rumah sebab Mr E berbuka puasa kat luar dengan kengkawan dia. So, request from Eldest E....I bikin rendang ayam, pulut tak kuning dan sayur buncis goreng bertelur dan cekodok pisang for our iftar....

Taraa.......ni la rupanya hidangan I dan Eldest E for iftar........simple tapi kenyang la perut...bak kata my Eldest E..."eeeeeiii..sedap betullah mummy masak terasa nak pecah ja perut Edelyn sebab makan banyak sangat......":- Memang dia peminat pulut macam Daddy dia pun...

Monday, September 7, 2009

16 Ramadhan 1430

6 September 2009....today is my birthday....Happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday to me...............yea...alhamdullillah, moga2 I dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikekalkan jodoh dengan Mr. E, happy disamping Mr. E dan 3Es dunia dan akhirat dan segala2 yang baik la untuk diri I ni. Aminnnn....

Ok, since today is my birthday, I buatkan chocolate cake for the birthday girl. Who is the birthday girl????..Who else...I la...

Chocolate cake for me.....mmmmm...sedapnya.......

Saturday, September 5, 2009

15 Ramadhan 1430

Alhamdullillah....sudah hampir separuh Ramadhan kita semua menjalani ibadah puasa. Diam tak diam begitu cepat masa berlalu. Dan tidak lama lagi, Hari Raya pun bakal menjelma. So, mesti sekarang ni mummy, ibu, umi, mama, bonda kat luar sana dok sibuk kat dapur 'kan nak mnyiapkan kuih raya 'kan. Tak kurang juga menempah kuih2 raya daripada tokeh2 kuih raya sbb tak sempat nak buat kuih raya.

This year, I nak buat chocolate chips oat cookies sbg kuih raya sbb 2Es yang request. Selain tu, ada jugak teman2 rapat kat opis menempah cookies tersebut dan brownies untuk hari raya. Layan ja la...Kuih raya favourite I ialah tat nenas gulung homemade by my mum....siap request lagi...nak inti nenas banyak dan dibakar agak2 hangus gitu...mmmmmm sedap betullla.

Hari ni I tak perlu bersusah payah nak menyiapkan hidangan berbuka puasa sebab petang karang ada jemputan berbuka puasa kat rumah my aunty. Perghhh...best la 'kan. Tapi tak best pulak pergi dengan tangan kosong...so, tengah hari tadi dengan bantuan Eldest E (berpuasa hari ni) dan Middle E serta Cik Europa, maka terhasillah Walnut Carrot Cake......


Ni Walnut Carrot Cake yang I masukkan dalam papercup...ala2 muffin la..senang nak dimakan 'kan......

Ni pulak Walnut Carrot Cake I bakar dalam acuan membuat roti..after I potong2 kecik2, letakkan dalam papercup....nampak comel2 la....Selamat berbuka puasa ya semua....daaaa




Friday, September 4, 2009

14 Ramadhan 1430

Agak lama tidak update blog. I betul2 sibuk dengan kerja kat opis dan bila balik rumah pulak sibuk pulak dengan 3Es. Sejak Ramadhan bermula, I selalu rasa tak cukup tido. Bila tak cukup tido, biasala badan pun menjadi letih, lesu. tak bermaya dan apa2 lagi la....2 3 hari ni pulak my Youngest E ada perangai baru pulak....suka menangis tak tentu pasal especially masa tido. Dah ler tu masa menangis u mata lelap.....waaaaaa..I dan hubby stress dan tension tu lebih2 lagi I sebab dah ler tido tak cukup then kena pulak bangun untuk prepare the sahur, my Youngest E pulak buat hal. Bila kejap bangun, kejap tido balik...pagi2 gi opis kepala sure "weng" punya.....ish...cabaran dan dugaan betullah especially di bulan puasa ni. Banyak2 ja la bersabar.

Diam tak diam sudah hampir 1/2 Ramadhan 'kan. My Eldest E pun so far ni dapat berpuasa penuh selama 5 hari. Not bad la for her age 'kan.. Syabas anakku......ok la got to go...daaaa

Tuesday, September 1, 2009

6th Anniversary...

Tanggal 31st August 2009 adalah ulangtahun perkahwinan I and my hubby yang ke 6...yeaaaa...terasa cepat betul masa berlalu 'kan...diam tak diam dah 6 tahun I hidup bersama dengan insan yang paling best, cool, bijak, kaya dengan kasih sayang...tak la kaya duit tapi hidup senang la...dan yang pasti hensem....hihihi.....my best friend, my soulmate dan macam2 lagi....

Abg, b (panggilan manja my hubby kat I la...) cinta dan sayang kat abg tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi serta berjuta2 lemon tau....(ni mmg ayat romantik I to my hubby....)...Happy Anniversary yang ke 6....moga2 kekal bahagia (kekadang tu gaduh2 manja jugak...hihiihii)...sehingga ke akhir hayat...aminnnn.....

Ni gambar masa we all nikah dulu....berdua ja...

Sekarang ni dah jadi berlima......:-

10 Ramadhan 1430

Sedar tak sedar sudah 10 hari kita berpuasa 'kan...dan hari ni juga sudah 4 hari my Eldest E berpuasa penuh. Agak mengagumkan bagi kanak2 berusia 5 tahun 'kan. Hari ni berbuka puasa kat rumah my mum. Macam2 yang my mum masak...ada daging salai masak lemak cipi api (macam lauk I on Saturday 'kan), ikan kembung percik, sayur sawi, laksa penang, ayam goreng,ikan terubuk masin goreng, telur asin....dessert lak ada bubur kacang durian, kuih cucur badak, kuih paperwap (org N9 ja yang tahu ni). Sampai I tak tahu nak start makan yang mana dulu...rambang mata jadinya. Dah ler tu tak sempat nak snap gambar...dok leka makan ja...dan yang pasti diet I hancur gitu.

Ok, since my Pn Gas Petronas berehat hari ni dan hanya En Toshiba (4 kali I laundry) dan Cik Oven Europa bekerja hari ni (dah rehat 'kan semalam), I banyak abiskan masa dok depan Cik JVC 29 inci (bukan LCD pon..) sebab layan Disc Channel yang ada menyiarkan citer2 pasal kejayaan Malaya such as...megastrusture KLCC, SMART tunnel, kisah Dato Lat...ala citer Kampung Boy tu....;kan today Hari Kemerdekaan kita yang ke 52...yang pasti best jugak la lepak2 sambil baring2 depan Cik JVC tu....alahai...

Hari ni I buat lagi Orange Chiffon Cake (yang tak muak2 dimakan dan dah berjaya benar buat cake ni) untuk dibawa ke rumah my mum....saja ja nak tayang lagi chiffon cake ni kat korang..jgn bosan2 ya...

Dapat 2 ketul lagi....

Ni nak bawa ke rumah my mum....

Since ada lebih, I nak bawa this orange chiffon cake esok ke opis untuk kasi my good friend, Nadz sebab ngidam nak rasa cake ni...faham2 aja la...ok...kena berenti dulu ni....nak layan my Youngest E ni sebab dia demam dan asyik merengek2 ja....daaaaa