Tuesday, March 17, 2015

Ceritera kembali lagi....

Hello...
Lama tidak bersiaran 'kan. Tidak tahu nak mulakan ceritera kami dari mana. Sejak ada I berkecimpung dengan Instagram (@asilaheziel), mood nak berblog sudah ke laut. Sebenarnya I miss nak berblog cuma memang mood berblog ni sudah ke laut. Some of my blogger friends ada yang sudah tidak berblog lagi but we still keep in touch melalui IG atau paling senang Whatsapp saje. Banyak ceritera yang berlaku, contohnya, my Emil dah potong rambut pendek...tiada lagi rambut panjang mengurai dan sudah pun masuk Tahun Satu, kami sekeluarga pindah rumah lain tetapi masih lagi lepak sambil layan roti canai dan teh tarik kat kedai mamak di kawasan rumah lama hampir setiap Sabtu walaupun kami tidak lagi duduk di situ dan macam-macam lagi la kisah yang berlaku. Nanti I share ok:-)

Ok...ini I share dengan  u olls gambar terbaru 3E.
xoxo

Saturday, August 31, 2013

Birthday, Anniversary, Hari Kemerdekaan Malaysia...

Dalam Bulan Ogos setiap tahun ada 3 hari yang penting dalam family we all.

4 Ogos yang lepas, my Middle E menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 7 yang mana jatuh pada bulan Ramadhan yang lepas manakala pada 18 Ogos baru-baru ini, my Youngest E menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 5.

 Happy 7th Birthday Elyssa....kami semua sayang banyak2 kat Elyssa...! Be good a girl ya sayang!

 Birthday girl request Pavlova as her birthday cake...

 Birthday cake for my boy....

 Happy 5th Birthday Emil....kami semua sayang banyak2 kat Emil! Be a good boy ya sayang...



 Setiap tahun pada 31st August, we all akan celebrate our anniversary yang sama-sama jugak dengan Hari Kemerdekaan Malaysia..kiranya double celebrate for our merdeka anniversary.
Happy 10th Anniversary to us. Mr E...luv u so much....muaahhhhhhsss!!!
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 56 buat Malaysia. Bangga menjadi rakyat Malaysia....


Jalur Gemilang yang megah berkibar di hadapan rumah we all...

As usual, we celebrate our anniversary dengan acara makan-makan la...

Ok...till then and take care ya!

Sunday, May 19, 2013

She is 9...

Today, birthday my Eldest E. Happy 9th Birthday to our Edelyn. May you blessed with all the good things you deserve. We love you so much! Muaahhhhssss...

Posing dulu dengan birthday cake dia tepat jam 12.00am tadi.
Mr Eldest E ni sangat jarang tidur lambat, selalunya jam 9 malam dia sudah pun enak diulit mimpi.

 Bergambar dengan adik-adiknya yang suka menyakat kakak sulung diaorang...

 Birthday cake ni pun special requested by birthday girl. Nak choc cake dengan macarons di atasnya.
Maka, dengan gigihnya si mummy bake salted caramel choc ganache dengan macarons yang dibuat sendiri ya. Berbaloi la si mummy ni bersusah payah menyiapkan cake ini bila melihat wajah si birthday girl happy sangat2..:-))

 We all celebrate her birthday beberapa jam sebelum acara memotong cake di KLCC

 Dinner di Imperial Chakri Palace (tempat favourite we all)

Best friends ever and forever....

Till then and take care ya!!!


Tuesday, April 30, 2013

Konsert Anuar Zain & Rockestra Wings

Untuk tahun 2013 quarter one ini, I dan Mr E layan konsert Anuar Zain di Stadium Malawati pada 16 Februari 2013 dan rockestra Wings di Istana Budaya pada 26 April 2013 yang lalu. Apa yang boleh I buat kesimpulan untuk kedua-dua konsert ini....AWESOME!!!!



Lelaki ini menyanyi live hampir 30 buah lagu tanpa henti....mmg suara power dan best!!!



Kumpulan Wings dengan iringan orkestra maka terhasillah Rockestra Wings dengan dendangan lagu sebanyak 19 buah pun best jugak! Suara Awie memang power wei!!
Both of us memang enjoy dengan kedua-dua konsert ini..:-)

Till then & take care ya!!

Borang BE vs E-filing

Hari ini hari terakhir submit Borang BE atau e-filing ya. Jumaat lepas, I ke LHDN Cawangan Jalan Duta untuk submit my taksiran cukai pendapatan for 2012. Yes.....I masih lagi menggunakan Borang BE untuk tahun 2012 dan tahun-tahun sebelumnya.Agak kuno 'kan...tapi I sudah register e-filing on the same day I submit the Borang BE..:-)


 Sayonara Borang BE.....


Welcome e-filing...

Till then and take care ya!

Tuesday, April 9, 2013

He is 39!

Happy Birthday to my sayang......


Lotsa luv from ur sayang!


Muahhhhhhsssss....

Daddy paling cool & macho pada our 3E and favourite uncle aka Daddy Long pada sepupu2 3E...

Thursday, January 31, 2013

Regular Medical Check Up, BR & Theraphy...

Cukup-cukup 3 bulan, pasti PPHUKM akan dilawati. As usual today I bawa my Middle E ke PPHUKM untuk buat regular medical check up due to her Growth Hormone problem. For those yang tak tahu, my Middle E ni telah didianogsiskan dengan penyakit kekurangan hormon untuk pembesaran @ Growth Hormone Deficient. So, kalau nak tahu lebih lanjut sila ke link ini ya...http://blog-3e.blogspot.com/search/label/Appointment%20at%20HUKM.

Dan kebetulannya pulak hari ini, area kawasan HUKM dan sewaktu dengannya amatlah sesak sekali. Rupa-rupanya di Stadium Cheras KL yang berhadapan dengan HUKM ada buat sambutan Hari Wilayah 2013 yang akan berlangsung esok harinya sempana Hari Wilayah yang disambut setiap 1 Februari. Punya lah lama I nak dapatkan parking kat HUKM tu...last2 I guna je valet parking. Mahal sikit pun takpa....asalkan ada parking dan hati I tenang serta otak pun tak serabut nak cari mana parking kosong kat HUKM tu. Parking kat HUKM tu sungguhlah sendat macam sardin, siap double parking gitu. Normally, I parking je kat Stadium Cheras Kl tu then jalan la kaki ke HUKM...but since today ada sambutan tu, jangan harap lah kan ada parking kosong...tepi-tepi jalan pun penuh dengan kenderaan bagai daripada kereta, bas, motor, van etc yang memakirkan kenderaan depa kat situ. Owwhhhh...sungguh mencabar betul. Dah le tu, tetiba pulak hari ni panas yang amat.....arghhhhh, lagi la menambahkan hangat kat badan I ni kan. Tapi demi anak, I sanggup buat apa sahaja....:-)


 Menunggu doktor..tapi sempat posing dulu....

 Cool je bila amik darah! Bravo Elyssa....ni dah kira macam biasa je. Sekalipun tak pernah menangis bila amik darah...

 Meet her Paed..Prof Dr Wu...Doc ni pun petite je kannnn...comel..hahaha

 1st time Elyssa dapat MC...ye la kan, dah sekolah betul..bukan macam tadika....

 After settle everything kat PPHUKM, lepak dan singgah sat kat Lembah Tengah sambil cuci-cuci mata....since today is 31st kan, so I belikan la favourite ice cream Mr E...kalau tak on 31st pun I belikan jugak for him... Mr E ni sangat suka makan ice cream...tapi I biasa2 je..
dan sempat jugak I terjebak dengan Rockport ni.....oowhhhh!!! terasa indah dan bahagia hidup bila dapat bershopping ya...hahaha..

Ok la...cukuplah ceritera for today...
Till then & take care ya!

Tuesday, January 29, 2013

We miss u daddy...

Yeayy....akhirnya Mr E pulang ke Malaya setelah 6 hari menjejaki dan menjelajahi Surabaya, Malang, Batu dan Bromo di Jawa timur sejak rabu yang lepas. Tinggallah I dan 3E.....Ok, we all sangat happy sebab hero kesayangan we all sudah pulang ke pangkuan familia tercinta.

 Muka kelihatan capek bangat.....baru je lepas potong rambut kat kedai gembira (ini nama kedai gunting rambut tu tau...tak tipu punya)...supaya segak dan ganteng bila masuk ke office keesokkan harinya....

 Ni la nyonya yang selalu potong rambut Mr E....

 Memang menjadi kebiasaan Mr E akan bawa we all keluar makan selepas beberapa hari tidak berjumpa dengan wife dan anak2 kesayangannya...

 Cenderahati yang dibelikan oleh Mr E untuk 3E...

 Puncak Bromo....sejuk bangat menurut Mr E...sampai menggigil gitu!
 Cantik 'kan permandangan!

Ok...tu je nak ceritera...

Till then & take care!

Monday, January 28, 2013

Baking with the kids...

Bila weekend, kalau tak ke mana2, I pasti akan ada sessi baking with my kids. Semuanya pasti join sekali dan pastinya dapur akan kecah! Bukan sahaja tangan-tangan sibuk bekerja, malah dengan mulut-mulut pun bekerja jugak....bising dan hiruk-piruk gitu...hihi. Asalkan the kids happy:-))




Brown Butter White Chocolate Macadamia Nut Cookies...


 Mini sosej buns...

Gone in 60 seconds!

Till then & take care ya!

Saturday, January 26, 2013

Sepetang di Pantai Remis dan Jeram Ikan Bakar..

Ini story tertunggak. Kira-kiranya 3 minggu lepas punya story. Mr E dan 3E cukup gemar jalan-jalan ke pantai cuma I je yang tak berapa suka sangat. Tapi I layankan je sebab kalau ikut vote pun I still kalah jugak. So, lepas Asar gitu, we all ke Kuala Selangor dengan melalui LATAR yang mengambil masa 28 minit utk sampai ke sana. Just bayar je tol sebanyak RM6 (sehala) dan you all akan sampai ke Kuala Selangor tanpa sebarang masalah...insya-Allah.

 Pantai Remis, Kuala Selangor...


 happy sebab dapat main pasir dan air di pantai....


 mencari umang-umang...





 waiting for the foods....

Bon Appetit!!!

Till then & Take care ya!