Showing posts with label Hobby. Show all posts
Showing posts with label Hobby. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

Sepasang baju kurung...

Tahniah la buat diri sendiri sebab berjaya menjahit dan menyiapkan baju kurung sendiri dalam masa 2 hari. I pergi kelas insentif menjahit baju kurung selama 2 hari di TTDI. Dapat belajar membuat baju kurung dengan teknik yang betul dan dapat menambah kawan baru jugak....best2!!! Masa belajar tak stress mana pun, cikgu pun baik dan sabar dengan karenah student yang memang tak reti menjahit macam I ni. Ilmu menjahit I sungguhlah zero nya..setakat tahu jahit butang baju yang tercabut, seluar terkoyak..boleh la....ini nak menjahit sepasang baju kurung!!!..Mula2 tu memanglah tak masuk akal..tapi dengan kesungguhan dan kepulunan I..berjaya jugak I menyiapkannya....suka hati I ni...:-)) Menjahit pun kena skill yang betul jugak dan kena praktis selalu...macam baking jugak..so, pasni I kena beli mesin jahit la supaya mood nak menjahit terus subur dalam jiwa ini macam baking jugak...mudah2an...amin!

Boleh tak yang I terkagum sendiri sebab berjaya menjahit sepasang baju kurung?



Bila mummy takde, anak2 terpaksa la makan kat luar je...btw, tq Mr E sebab sungguh sporting support I belajar menjahit dan tolong jagakan 3Es dan layan 3Es dengan pelbagai aktiviti sepanjang I pergi belajar menjahit...I sayang u banyak2 la...mmmmuahhhh!

Mr E bawa 3Es main air terjun kat belakang area rumah we all masa ketiadaan I tadi......

dan bawa 3Es jugak main playground kat Taman Metropolitan pagi tadi....

Char Koay Teow Sany for our dinner. Terbaik setakat ini di Kuala Lumpur...location: bersebelahan dengan Istana Budaya, KL....

Wednesday, March 7, 2012

Bercucuk tanam...

Asyik2 duk tayang gambar foods je 'kan. Perasan macam bagus je I ni 'kan....padahal lauk pauk yang dimasak atau kek yang dibakar macam siaran ulangan je.....so, kali ni I nak tunjukkan lah pulak gambar tanaman yang I tanam, siram & baja (ni jarang sekali ya I buat).....Actually, I suka bercucuk tanam ni, cuma keadaan dan masa yang tidak mengizinkan. Lagipun rumah I takde le banyak kawasan lapang untuk bercucuk tanam....cuma tanam dalam pasu je pun...tak pun tanam depan rumah I yang sememangnya takde rumah pun.....itupun harta kawasan kerajaan negeri....hahahahaha...ok la, tak perlu coleteh banyak2 ye.....meh layan gambar pokok apa yg I tanam....:-))

Pokok Limau Kasturi....

Pokok Daun Kesum...

Daun pandan...

Pokok terung...

Daun pandan...boleh buat Pandan Chiffon Cake

Dah 6 tahun usia pokok mangga ni...baru je berbuah sekali, itupun 3 biji je buah mangga yang menjadi. My mama setiap kali datang rumah I pasti tolong bajakan pokok mangga ni...I selalu je terlupa nak letak...tu pasal la kut pokok mangga ni merajuk nak berbuah lagi....

ok la..nak tido ni...best tido bila kat luar tu hujan....nite2 & till then ya!

Friday, October 14, 2011

Fanatik..

Ini adalah kegilaan I sekarang...duk kumpul koleksi patung smurf.......cute 'kan...

I letak kat office sebab kalau kat rumah berebut pulak dengan 3Es....koleksi pun baru 3 (yang terbaru tak sempat nak amik gambar)....nak kumpul beberapa smurf yang cute lagi....agak2 ada tak orang nak kasi hadiah smurf kat I ni?

My Youngest E bergambar dengan sebahagian koleksi dia jugak, ada Bumbble Bee, Thor, Sentinel Prime etc...dan paling dia sayang sekali si Bumbble Bee tu la....asyik-asyik tengok movie Transformers sampai tak terkira dah kalinya...sampaikan I pun dah siap hafal setiap dialog, babak dan segala2nya la.....mmg mamat sorang ni terlampau fanatik dengan Transformers....

Friday, February 25, 2011

Addicted to.....



Antara koleksi jam tangan Mr E.....Setiap satu jam tangan ini mempunyai features dan category yang berbeza gitu dan setiap hari Mr E akan memakai jam tangan yang berlainan....nampak serupa tapi tak sama. Mr E mula berjinak2 kembali dengan mengumpul koleksi-koleksi jam tangan ini selepas kejadian yang tidak diingini iaitu rumah we all dicerobohi penyangak2 yang memang profession diaorang merompak!...Masa tu 6 utas jam tangan berjenama pemberian I to Mr E sempena birthday Mr E (every year sejak we all nikah) dirembat oleh penyangak2 itu...Hilang sudah sentimental value tuuuuu....Sedih tau:-(( Kalau tak sure koleksi jam tangan Mr E tu hampir berpuluh-puluh gitu...


Ni pulak koleksi jam tangan I....hilang 3 utas jam tangan (satu dapat masa kahwin dulu as a hantaran, satu beli sendiri dan satu lagi Mr E beri masa birthday)...Kat gambar tu, 2 bijik yang berbentuk bulat tu dihadiahkan oleh Mr E.....Jam Automatik dan Vintage. Yang bentuk segiempat tu, I beli sendiri....Ok la, lama-lama nanti sure koleksi I akan bertambah jugak...almaklumlah 'kan, Mr E sure akan belikan lagi untuk I since sure dia nak wife dia yang sangat baik dan rajin ni (tapi kekadang tu emo tak tentu pasal jugak tu...muahahahahahaha) segak bergaya memakai jam2 tangan comel macam dia punya...:-))