Showing posts with label Cakes. Show all posts
Showing posts with label Cakes. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

Happy Mother's Day...

 Mama Dorosch's Carrot Cake for tea.....

 Sedap....

 jom layan sambil menambahkan lemak!

Menu lunch for today....

Happy Mother's Day buat ibu, ummi, mak, mama & mummy di luar sana!


Tuesday, November 22, 2011

Roaaaaarrrrrrr!!! Tahniah Skuad Harimau Malaya B23!

Tahniah buat Harimau Muda Malaya yang berjaya mengalahkan Sang Garuda di Bung Karno Stadium, Jakarta malam semalam. We all layan game tersebut kat rumah je. Macam-macam perasaan yang muncul masa nonton game soccer tu malam semalam. Kecut perut pun ada, rasa debar....ish, macam I pulak yang sedang beraksi di atas padang tu.....game depa sangat best!!! Puas hati lah tengok game tu....tak sia-sia we all layan sampai ke penalti. Sungguh bertenaga weiiii...salute kat skuad Harimau Malaya B23 yang memenangi pingat emas terakhir untuk Malaysia di temasya Sukan Sea 2011 di Jakarta-Palembang. I bangga sangat apatah lagi lagu Negaraku berkumandang masa selepas skuad Harimau Malaya terima pingat emas. Siap tunggu tuuuu....I sangat bangga menjadi rakyat Malaysia tau dan sentiasa menanamkan semangat sayangkan negara dan sifat patriotik dalam jiwa my 3Es....mmm, wondering jugak, ada tak sape2 di luar sana yang tak bangga menjadi rakyat Malaysia ke???

baked this Maltesers Squares for my 3Es...sedap!

Manggo Cream Cheese Layer Cake.....Thanks CT Kamilah for the order!

For my ex- Uni friend. Dah lama betul terputus hubungan since grad dulu..alih2 terjumpa semula thru FB...Thanks Azah! Nice to meet u again...later we buat sessi teh tarik ya!

Thursday, November 10, 2011

Happy Birthday Mama!


Hari ni birthday my mama......Happy 54th birthday mama! Semoga diberikan kesihatan tubuh badan yang baik, rezeki yang murah dan umur yang panjang dan hidup diberkati Allah....amin!!! Mama, kami semua sayang mama banyak2 sangat tau!!

Me & my Mama...

This Hawflakes layer cake I buat for my mama sebab ini favourite cake dia.....:-))

Saturday, November 5, 2011

Serius...takde mood & tenaga nak masak!

Tersangatlah takde mood dan tenaga hari ni...melepek je dari pagi sehinggalah ke petang....orang lain sure pulun mengemas dan memasak bagai 'kan....al maklumlah 'kan, esok nak raya....Tapi I lawan perasan takde mood tu dan carik tenaga untuk bikin something for tomorrow. Tak best arrr kalau tak bawa apa-apa beraya kat rumah my mama dan in-laws esok 'kan, so...I gagahkan diri masuk dapur lepas Asar dan godek-godek apa2 yang patut la...Tq to Mr E sebab belikan breakfast dan prepare lunch yang sempoi for us tapi sedap for lunch since wife dia takde mood dan tenaga today...mmmmuahhh!

Hasil air tangan Mr E.....Ikan Kerapu masak masam manis.....

Ikan jenahak, Ikan kerapu dan Ikan Tanda...semuanya goreng je....makan dengan nasi panas..sedap!!! Ini semua hasil tangkapan Mr E kat Pulau Sembilan, Lumut last week....

Mushroom Soup & Pastry for dinner!...Ini I yang masak tau!!!

Red Velvet Cake for makan-makan kat rumah in-laws esok pagi.....

Double Chocolate Cake pulak untuk makan-makan kat rumah my mama esok tengah hari!!!...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA buat semua daripada 3E sefamili....:-))

Sunday, October 9, 2011

Laundry....and foods are everywhere!

Hari ini pulun buat laundry....6 trip tau....semalam cuaca mendung, pastu lak malam tadi hujan turun selebat-lebatnya (sejuk macam kat Cameron Highlands tu)...awal pagi tadi sinar matahari telah memancarkan sinarnya. Langit pun cerah dan sungguh clear...sangat cantik!...Haaaa, apalagi! Sangat sesuai la untuk buat aktiviti laundry ni....:-)) Cuma trip terakhir je yang tak sempat nak kering...yang lain-lain tu kering kontang dibuatnya...jap lagi aktiviti melipat baju bajan sambil layan The Voice kat Astro 701 selama 3jam!!! Ok la tu, sambil layan tv, tangan pun bekerjaraya jugak!...

Masak & baking tetap agenda utama kalau I tak ke mana2 la 'kan......Prepare breakfast sampai lah ke tea..dinner I tak masak sebab Mr E ke rumah my in-laws amik my Eldest E yang lepak kat sana dengan membawa Middle E. Youngest E dinner makan Oreo Chocolate Brownies yang I & Middle E buat petang tadi. Melantak sampai 10 ketul tuu.....sure kenyang punya la...:-))

Breakfast like a king!

Pulut kuning, sambal sotong kering dan telur rebus....lain daripada yang lain 'kan....yang pasti sedap!!!!

Banana Coconut Milk Cake......resepi terbaru daripada I ya! Nanti I update kat sini ya...:-)

Menu lunch orang "rajin" macam I ni....

Petang tadi ada sessi baking with my Middle E to prepare OREO CHOCOLATE BROWNIES for tea!.....

taraaaaa.....presenting OREO CHOCOLATE BROWNIES.......

budak hencem ni pulak melantak OREO CHOCOLATE BROWNIES macam makan nasi! 10 ketul sekaligus dia makan!!!!

Ok.....ceritera sampai di sini sahaja....jumpa lagi ya!

Friday, September 30, 2011

Bakes of the week....


Rainbow cake.......

Smurf's cuppies for the cute little girl....Tq Mai for the order!!!


Pandan Chiffon Cake....all time favourite!

Sicilian Orange Cake...model jari jemari tu from my Youngest E....

Thursday, July 21, 2011

Mixed Latin Class, Majlis Tahlil & Bacaan Yaasin, Dark Chocolate Cake......

As usual, every Thursday, I ada Mixed Latin Class. Penat giles la menari sambil berpeluh2 gitu! Penat pun penat but FUN...Che Nur yang join sekali class ni takde sbb MC...:-(( Tapi, geng2 lain yang join class tu best jugak!..Pastu pulak petang tadi before Asar, my department ada buat bacaan Tahlil & Yaasin sempena nak menyambut Ramadhan yang bakal menjelma kurang daripada 2 minggu. Tapi 'kan tak sempat nak join sebab ada meeting la pulak. Sempat join makan je...itupun dah tinggal saki baki je...:-(

Tepat jam 5.30ptg terus blah daripada office sebab Mr E nak ke MidValley nak ambik beli tiket konsert band legend apa from Japan...Loudness. Ntah. Sorry ya, I tak berapa kenal sangat dengan band tu tapi konsert tu this Sunday kat Life Centre.Then bergegas terus pulang nak jemput 3Es sebab my mama nak ke surau. Setiap Khamis, insya-Allah jika tiada aral melintang, my mama akan ke sana. Tu yang seboleh-bolehnya, I perlu segera pulang kalau tibanya hari Khamis.

Ok la...nak layan telemovie Hantu Susu kat Astro Ria ni dengan Middle E....yang lain-lain sudah lena diulit mimpi....:-))

I baked this Dark Chocolate Cake for makan-makan di office petang tadi......

Saturday, April 30, 2011

Bakes of the week....


Chocolate Bottom Banana Square.....



My Rustic Chocolate Cake for Syabas Sdn Bhd...Tq:-))


Happy Weekend peeps!!!!

Friday, October 1, 2010

Kosong....

Agak berhari-hari jugak tak update blog. Nak berblog pun tak sempat, apa ntah lagi nak visit kengkawan bloggers. Minggu ni agak penuh dengan activiti bermain-main dengan tepung, gula, mentega & telur. Part time di malam hari gitu. Siang hari pulak bergelumang dengan office work. Nasib baiklah 3Es sudah agak tidak mengganggu sangat bila I "bersilat" kat dapur I yang comel itu, cuma my Middle E yang akan tetap setia menunggu sehingga segala kek atau cupcakes I siap.

Sekarang ni, I rasa macam zombie...nak kena qada' tidur ni....perut terasa lapar tapi tak larat nak makan.....kepala pun macam kosong dan I menaip pun ikut sesedap rasa jer. So, since that....I nak tidur ni...so till then ya!!!

RED VELVET Cake yang menggoda jiwa!!!!

Choc Cheese Cake untuk si isteri buat kejutan untuk si suami yang menyambut birthday hari ni....

Tuesday, August 31, 2010

21st Ramadhan 1431-Our 7th Annivesary

HAPPY 7th ANNIVERSARY to me and Mr E.......

Note for Mr E......"I sayang u banyak-banyak seumpama 7 lapis langit dan 7 lapis bumi serta bermillion-million lemon tau....".....muahhhhhhs!!!

Ni picture we all masa nikah 7 tahun dulu......

Our anniversary cake yang I buat tengah hari tadi......HUMMINGBIRD CAKE....
Iftar hari ni kat luar sambil celebrate our 7th anniversary dengan 3Es.....:-))

Sunday, August 29, 2010

19th Ramadhan 1431

Kejap sungguh weekend berlalu. Macam tak sempat nak buat apa-apa 'kan...*sigh*. Apa-apa pun terpulanglah kepada kita macam mana hendak buat segala benda mengikut perancangan kita. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Ikutkan hati I tersangatlah malasnya minggu ni. Niat di hati nak bersantai sahaja tanpa membuat apa-apa house chores....boleh gitu?...Pasti tidak boleh sebabnya terasa tidak adillah kepada my 3Es 'kan (karenah mereka wajib dilayan walaupun kekadang tu poning kepalo den nak melayan)...e.g :perut Middle & Youngest E wajib diisi dengan makanan, so I secara automatiknya wajiblah kena memasak (Eldest E berpuasa), buat laundry sebab kalau I tak buat siapa yang hendak buat?...:-((

Bila mood malas menjalar dalam tubuh badan I tak berapa slim ni, I akan buat tak tahu je. Nak lepak dan rileks ja. So, nak dijadikan cerita, petang tadi before Asar....I tido siang babe!!!. Semenjak kahwin dengan Mr E dan dapat 3Es, boleh dibilang dengan jari berapa kali I tido siang atau petang....sibuk bagaikan tak menang kaki dan tangan nak uruskan house chores & 3Es....dah ler tido siang sementara nak ke rumah mertuaku untuk iftar...lepas buka tadi dan solat maghrib....I sempat lagi membuta kat rumah mertuaku walaupun suasana bising sebab 3Es sibuk bermain-main dengan cousins diaorang...hahahahahaha...:-))

Iftar di rumah mertua takkan nak datang dengan lenggang-lenggang kangkung 'kan...Kali ni I buat Red Velvet Cake as a dessert after iftar. Kebetulan pulak sudah berjanji dengan birasku, Lela untuk dia merasai kenikmatan si Baldu Merah ni....lepas jugaklah hajat Lela.....:-))

Ni pulak menu hidangan iftar kat mertua's house tadi. Penuh satu meja 'kan...Alhamdullillah, di atas nikmat rezeki dariNya....amin..!

Saturday, August 28, 2010

18th Ramadhan 1431

Alhamdullillah...parents I selamat kembali ke tanahair yang tercinta ini. Both of them dalam keadaan yang sihat. Cuma penat sikit la sebab agak lama dalam flight dari Jeddah ke Kuala Lumpur. Tq so much to Mr E yang tolong ambil my parents kat airport tadi bersama-sama Eldest & Middle E...

Iftar di rumah my parents...I masak la simple-simple je sbb hari ni mood I tersangatlah malasnya...daripada nak kemas rumah, buat laundry dan memasak...ntah la, kalau itu mood malas sudah mari....mmmmm, santai je la I kat kerusi panjang sambil tertido....

Malas-malas pun still baking, bukannya apa...sudah lama tak bikin ini cake...takutlah jugak kalau-kalau tak menjadi Orange Chiffon Cake ni...mmmmm, hasilnya tidak mengecewakan I....bawa kat rumah my parents....:-))

Samba udang sempoi yang I masak for iftar...lain-lain yang masak: bayam celur....mudah dan simple...menu orang malas ni...hihihihihi...tak sempat nak snap lauk lain sebab duk layan karenah Youngest E.....Menu iftar tadi:

1) Ayam golek (memang sedap tapi kena beratur hampir setengah untuk beli ayam golek ni...dah le masa tu panas terik...)
2) Tenggiri masak lemak cili api (my aunty tolong masakkan)
3) Sambal Udang (ni I masak)
4) Bayam celur (I yang masak jugak)
5) Tauhu sumbat (beli je)
6) Murtabak
7) Kuih Lopes

Sempat ambil gambar candid Youngest E bersama cousin dia (Akif Anaqi) siap berpakaian jubah & kopiah yang dibeli oleh my parents kat Madinah....sorang rupa macam anak cina mualaf dan sorang lagi macam anak Ukbezkistan.....hihihihihi...:-0

Wednesday, August 25, 2010

15th Ramadhan 1431

Sedar tak sedar separuh Ramadhan telah dilalui. Dalam pada itu, I sangat sibuk dengan kerja-kerja di pejabat....bila habis kerja, ambil 3Es di dua tempat yang berlainan sambil meredah macet yang terlampau....lagi-lagi dalam bulan puasa ini. Iye lah 'kan, masing-masing bergegas mahu pulang berbuka puasa dengan family, teman-teman dan lain-lain.

Bila sudah sampai di Templer...tak sempat nak buat apa-apa. Kekadang tu bila update blog pun boleh tertido atas laptop. Sangat sadiss 'kan....Bila badan sudah penat dan minda pun letih...so, tidurlah jawapannya. Ok...tak mau cerita panjang-panjang lagi...u all take care ya!....nite-nite semua!!!

Baru je lepas selesai siapkan birthday cake for my friend's son.......

Saturday, August 21, 2010

11th Ramadhan 1431

Hari ni iftar di rumah mama mertuaku. Memang sudah menjadi kebiasaan pun weekend tak kira lah Sabtu atau Ahad, we all akan ke sana. Riuh-rendah macam nursery dibuatnya kat rumah mama mertuaku sebab semua cucu-cucunya ada kecuali si baby Areez sebab tidak sihat.

Ok...hari ni macam hari membaking sedunia jugak la...I baking 3 cakes...2 moist choc cake dan 1 simple choc cake for birthday boy...My Youngest E aka Emil Farish...buat acara potong2 cake after iftar di rumah mama mertuaku...u all layan ja gambar2 cake yang I buat ya....gambar2 potong cake esok la I upload....:-))

Taraaaa....birthday boy punya cake, Simple Choc Cake..sempoi je mummy buat utk my Youngest E.....

Moist Choc Cake untuk kawan adik I yang belajar buat nursing tu.....

Harap-harap Kak Wan, especially her son Luqman happy dengan moist choc cake with edible image of BEN 10.....Ok..go to go sebab nak zzzzzzzzzzzzz...

Wednesday, July 7, 2010

Bila sudah start...

Kedua-dua novel ni turut berada dalam senarai novel-novel yang perlu dibaca. Tak tahulah zaman bila nak habis tapi yang pasti I akan tetap baca...:-))

Cuma lately ni, I penat sikitlah sebab banyak sangat kerja kat office. Bila sudah pulang ke rumah, badan dan otak pun terasa sangat letih. Nak melayan karenah 3Es pun gitu-gitu ja. Kekadang tu, bila I tidokan my Youngest E...I pun tertido sekali dengan baju kerja tau...sungguh sadis!!! Nak buat camne...dah penat 'kan, so ubatnya tidur lah.....tapi bila sudah tidur awal 'kan, bangun pun awal jugak. Masa tu lah sibuk-sibuk kemaskan apa-apa yang patut, pergi mandi (sebab rasa tak selesa....tapi kalau tak sejuk lah, kalau sejuk...tak mandi lah gamaknya) dan sempat jugaklah baking kalau dah gian sangat.....

This moist choc cake yang sempat I buat untuk Kak Ann buat makan-makan kat office Bukit Petaling. Just simple deco ja....

Actually sudah ngantuk tahap gaban ni...tapi pukul 2.30pagi karang ada semi-final World Cup antara Germany vs Spain....Mr E nak layan jugak sebab Germany adalah favourite team dia..(psstttt...dia tengah tido tu...sssssss)...I pun nak layan jugak game ni sebab Germany main best tau, tapi ntah larat atau tidak...anyway, all the best to Germany...hopefully ke final untuk berjumpa dengan Netherlands pada hari Isnin ini.....:-))

Sunday, July 4, 2010

Sejuk & Nyaman di Templer...

Memang cuaca pagi ni agak mendung,tapi i still buat laundry jugak...banyak wei baju-bajan yang tidak dicuci lagi...faham-faham ja la, umat2 kat rumah I ni agak ramai dan mereka-mereka ini begitu suka menukar baju..camne lah..kalau sorang secara averagenya dalam sehari menukar baju sebanyak 2pasang + 1 seluar kecik (seluar dalam ler...) dan didarabkan 2 sebab baju dan seluar / skirt bersamaan dengan 4 + 2=6....tu baru sorang..kalau didarabkan dengan 5org...haaa..tak ker 30 helai tu...baru sehari....mmmm..kalau dilonggokkan seminggu takker macam kedai dobi ja 'kan...

Alih-alih tak sampai jam 11 pagi, hujan pun turun dengan lebatnya..sempat jugak lah I pilih mana-mana baju-bajan yang sempat kering....aa'grhhh...kalau payah sangat, hantar ja kat kedai dobi minta diaorang keringkan baju-bajan yang telah I cuci tu...senang yang citer 'kan...

Kalau sudah hujan dan suasana pun sejuk-sejuk dan nyaman gitu....mesti perut pun lapar 'kan...so,for breakfast pagi Ahad ni...I bikin Char Kueh Teow Goreng berseafood, cekodok pisang dan sedap kalau dilayan bersama-sama dengan Earl Grey Tea.....

FYi, memang I akan selalu masak makanan-makanan yang Mr E & 3Es suka makan 'kan. So, memang lah selalu gambar masakan yang sama ja yang I uploadkan.....

Moist Choc Cuppies yang bertemakan mix theme : fairy & ben 10 yang I buatkan untuk Reen.

Selain itu, Reen turut minta I buatkan Moist Choc Cake dengan edible image princess for her daughter's birthday. Senang bangat berurusan dengan Reen ni....Tq so much Reen for the orders..

Ok la peeps...got go to..nak gi masak-masak untuk lunch pulak ni (simple-simple ja)...Then, tea's time pulak ada jemputan birthday party anak kawan Mr E's kat Setiawangsa....chiow dulu ya...till then