Showing posts with label Pandan Chiffon Cake. Show all posts
Showing posts with label Pandan Chiffon Cake. Show all posts

Sunday, June 24, 2012

Simple2 je pun..

Pabila Mr E tiada berada di kawasan sewaktu dengannya, I just masak yang simple2 je for the 3Es. Macam ni.....
 Telur dadar bermayonis.....

 Ayam Masak Papriks...

 Sempat jugak baking this Pandan Chiffon Cake untuk anak tekak I dan juga for a friend esok as a buah tangan....

 Cannot stop kunyah this snack la.....unfortunetly, my Eldest E tak berapa gemar sangat. 2 orang kanak2 ribena ni sangat menyukainya dan habis setengah balang mereka berdua makan..:-))

Crunchy Popia Horlicks...sesuai dimakan di waktu senggang. 
Dinner, we all cuma makan Garlic Bread with hot lemon tea.
Yeayyy, esok petang Mr E akan pulang dari aktiviti pemancingan dengan kengkawan dia di OFB...Harap2 dapat banyak ikan!!!

Till then & take care ya!

Monday, June 4, 2012

Tuesday, February 21, 2012

Pandan Chiffon Cake vs Homemade Double Beef Burger

I baked this Pandan Chiffon Cake lewat malam tadi untuk majlis makan2 kat office during lunch hour. Mmm...aroma wangi daripada bau pandan yang telah dikisar bersama santan segar lalu dijadikan batter chiifon....bila dibakar dalam oven lalu mengeluarkan satu haruman yang sungguh sedap!...Bau sedap, kek naik cantik membuatkan I hilang rasa penat...Kiranya bagai satu therapy gitu!

Pandan Chiffon Cake dalam bekas muffin tu khas buat my Middle E sebab dia suka makan this Chiffon Cake...

Dinner kami untuk malam ni...sempoi je 'kan! Sempoi sempoi pun takpa asalkan perut kenyang!

Homemade Double Beef Burger....

Sunday, January 29, 2012

AJL26, Foods & Pandan Chiffon Cake lagi!

Today buat spring cleaning bilik Eldest dan Middle E....so, bila ada projek nak kena buat kat rumah ni maka sudah semestinya I akan masak sempoi je. Breakfast sudah lewat...almost jam 11 pagi baru nak makan. Maka lunch time pun pasti akan drag punya.....lambat la maksudnya. Lepas breakfast I terus buat spring cleaning....mana baju yang tak boleh dipakai tu diasingkan...maybe boleh disedekahkan pada orang yang tak bernasib baik. Baju2 tu bukannya hodoh atau buruk....masih elok lagi dan still nampak baru. I kalau nak sedekah baju atau apa saja....kena lah make sure yang benda-benda itu masih elok 'kan...iyelah, nak kasi kat orang janganlah yang huduh benar.....sekurang-kurangnya masih elok dan nampak cantik lagi. At least, org yang bakal menerima itu merasa sungguh seronok...'kan. Apa-apa pun apa sahaja yang kita nak buat, semuanya perlu ikhlas ya.....:-)

Actually sambil I melayan AJL26 kat TV3 ni, pastu rehat kejap daripada melipat baju bajan yang menggunung tunggi itu...I sempat curi masa untuk update blog pastu sambung balik melipat baju bajan sambil mata dan telinga layan AJL26.....multitasking ya!....haha...Hari ni I sempat masak utk breakfast, lunch dan tea je....so, dinner tak masak ya.....pandai-pandailah diaorang kat rumah ni cari dinner sendiri kat dapur tu yea.....

Nasi Goreng Seafood dan Earl Grey Tea for our late breakfast...

Our late lunch punya menu....lunch jam 4.30 petang tuuu!

Sup Tulang.....

Sambal Seafood....

Drummet Goreng....

Pandan Chiffon Cake for Elna. Tq ya.....dan I baked lebih untuk I dan Middle E makan...hihi

Ok ya...mau sambung lipat baju bajan ni sambil layan AJL26....till then ya!

Foods and Pandan Chiffon Cake....

Actually baru balik daripada rumah my in-laws ni....saje je datang menyinggah sambil borak2 dengan in-laws. lagipun diaorang baru balik dari Kelate. Hampir 4 jam jugaklah melepak kat sana. Sebelum tu pergi menziarah my Maksu....rumah auntie2 I semuanya dalam kawasan sewaktunya....so, senanglah nak gi mari gi mari....Lepas Asar ke sana pastu we all dijamu pulak dengan Murtabak Raja from Kelate, buah cempedak dan kuih-muih. Pekena pulak dengan nescafe tarik...perghhh!!!!! kawwww betul la......

As usual...dapur I hanya aktif bila tiba weekend atau cuti umum je...Hari bekerja cuma pagi je sebab I kena siapkan bekalan sekolah for Eldest & Middle E....malam jarang2 sangat masak. Tak sempat dan penat la.....:-(( So, bila tiba weekend tu...list to bake and to cook so long!....macam poyo pun ada 'kan.....hahahahahahaha....

Okay....untuk lunch tadi (semalam punya ya), I masak ini..........

Meriah tak???

Kembung Masak Sambal...

Daging Goreng.....

Lala Masak Serai....

Last but not least.....Bayam Celur!

and baked Pandan Chiffon Cake for my maksu.....

Monday, January 16, 2012

Sunday Story....

Ini kisah semalam ya. Baru lepas melipat baju bajan yang menggunung dan buat iroining baju sekolah Eldest E dan baju kerja I dan Mr E...Penat wei! Rasa nak semput pun ada. Dah rutin 'kan, suka atau tidak, rela atau terpaksa...memang semua house chores tu I kena buat..:-( Dan pasti ada di antara u all pun sama macam I 'kan...tak gitu?

Malam sebelumnya sudah pulang lewat malam 'kan gara-gara konsert Awie & Ella di Istana Budaya. Maka, siap sambung tidur balik selepas Subuh tadi. Mmmmm, sungguh best sekali dan indah betul hidup ini 'kan bila dapat bersantai-santai atas katil di pagi Ahad tanpa gangguan sesiapa pun. Lagipun, Eldest & Middle E takde, so lagi aman la. Bukannya selalu I dapat bersenang-lenang macam ni....hihihihihihhihi....

Breakfast pun simple2 je. Just buat cekodok pisang dan layan bersama Earl Grey Tea. Pastu buat lah sikit2 house chores tapi rehat je yang lebih. Ada sikit malas jugak. Lepak-lepak sambil baca suratkhabar, layan perasan skit...Pastu lepas Zuhur we all ke AmCorp Mall. Mr E plan nak beli amplifier baru sambil lunch kat sana.

Lunch di Selero Nogori di AmCorp Mall....sedap weii!!!

Mr E duk sebuk memilih piring hitam utk dibeli.....Beli beli jangan tak beli...


Rembat gak sepiring.....

Budak lelaki ini sempat paww Mummy dia untuk belikan dia patung character Transformers yang mana favourite dia....ish ish ish...nasib baik kakak2 dia takde, kalau tak lagi pokai la Mummy...:-(

Actually reason utama ke AmCorp Mall, Mr E nak test amplifier sebelum beli. Keciwa skit la, sebab tak dapat nak test power kerana kedai tutup jam 5 petang dan the owner ada appointment lain. Mmmmm, next time u pergi ya sayang!....

Bende-bende ni memang ada kat rumah we all. Siap ada bilik khas tu untuk HIFI.....so, sape2 nak minta opinion atau nak beli pre-loved item HIFI, sila rujuk kepada Mr E I ya. Dia sangat bagus sekali!..Oh ya..bukan setakat HIFI je...almost semua bende dia tahu. Mr E I ni macam Discovery Channel tau. Menjadi pusat rujukan dikalangan family, kengkawan untuk segala hal. Seperti contoh: nak beli tayar kereta, nak beli kereta, nak repair kereta....kekadang tu bende-bende yang simple pun nak rujuk dulu dengan Mr E....:-))

Fresh from the oven...finally Cik Oven Europa I bekerja jugak setelah hampir 3 minggu berehat.

Dah lama janji nak buatkan this Pandan Chiffon Cake for my adik ipar yang teringin nak makan. I pulak baru berkesempatan nak baked this Pandan Chiffon. Pughhhhh!!! Lega la sebab janji telah dapat ditunaikan.

Friday, September 30, 2011

Bakes of the week....


Rainbow cake.......

Smurf's cuppies for the cute little girl....Tq Mai for the order!!!


Pandan Chiffon Cake....all time favourite!

Sicilian Orange Cake...model jari jemari tu from my Youngest E....

Friday, May 20, 2011

Baking baking & baking....

Just to share with u guys......

Baked this Pandan Chiffon Cake for my aunties masa I visited them last week.....

The small portion utk I....:-))


Red Velvet Cupcakes for Mira's friend.....I tak perasan langsung yang I tersilap....sepatutnya 21st bukannya 21th.....hihihihi....



Red Velvet Cupcakes for Teacher's Day and for my good friend, Ainy....

Cookies for Teacher's Day....


Cupcakes for Eldest E's classmates....


Birthday cake for Eldest E.....


Lovely cuppies for a family friend....

Sunday, January 16, 2011

Post ke 500 & Perihal kasut sekolah...

Rasanya....lagi penatlah kalau duduk kat rumah je 'kan. Ingatkan nak ler bersantai bagai di weekend ni tapi rupa-rupanya tidak. Terlewat skit bangun hari ni gara-gara lambat tido malam semalam. Padahal badan penat sangat2 tapi mata lak tak mahu lelap. Layan Astro la sorang2...

Breakfast we all tadi, Kueh Teow Goreng Hangit, Goreng Pisang Nangka Hangit & Earl Grey Tea...kali ni version hangit ya sebab saje2 nak try!!! Ok la rasanya, bot bad!!

Lepas breakfast, Mr E bawa 3Es mandi-manda kat air terjun area rumah we all. Sidai baju pulak tak kering sebab mendung sejak pagi then hujan pulak di tengah hari. Ada cahaya matahari skit je jam 5ptg...terhegeh2 la I jemur kejap. Kasut sekolah Eldest E pun tak berapa nak kering, gamaknya kena keringkan guna kipaslah. Teringat pulak masa zaman sekolah dulu-dulu, kalau kasuy sekolah tak kering, I letakkan kasut sekolah tu kat belakang peti sejuk di rumah my mama. Iyelah 'kan, belakang peti sejuk tu panas....so dapatlah kasut sekolah I tu kering dengan ada capuk2 kuning skit. Almaklumlah 'kan, kering bukan sebab dijemur di bawah matahari tapi di belakang peti sejuk!!! Tak kisah lah apa2 pun masa tu asalkan kasut sekolah I kering dan boleh pakai untuk ke sekolah esok harinya....:-)

Kasut sekolah Eldest E yang telah siap dibasuh dan dikapur....tinggal nak jemur je...

Menu lunch we all....bayam celur wajib ada tuuu!

Ayam Masak Hitam...

Ikan Tenggiri Masak Sweet Sour...Eldest E duk merengek2 kat I minta I buatkan lauk ni for lunch...dah lama tak makan katanya...layan je la...

Hari ni boleh dikatakan almost semua house chores settle....daripada lipat baju yang diangkat semalam, gosok baju sekolah Eldest & Middle E serta baju kerja I & Mr E, cuci dan kemas satu rumah, masak-masak buat Mr E & 3Es dan sempat jugak bake Pandan Chifon Cake utk mrsm-mate Mr E yang tinggal satu taman dengan we all (minta buat jam 10am dan datang collect jam 3pm)...

Pandan Chiffon Cake for Kak Puya....Thanks for the order ya!

I dan Youngest E je yang makan beria-ria chiffon cake ni sampai tinggal suku jer....aihhh, habis lah diet I...:-((

Esok...insya-Allah nak puasa sunat Isnin (kata azam tahun baru 'kan)...mudah-mudahan ok jer...amin! Ok lah...got to go, nak suapkan my Youngest E ni makan nasi for dinner. Till then!