Wednesday, September 16, 2009

24 Ramadhan 1430

Kali ni post I yang ke 100. Wah....macam tak percaya ja 'kan....cepat betullah. I bukanlah begitu rajin skali nak mengupdate blog...tapi boleh la. Apa yang terlintas dalam fikiran I dan suka-suka nak berkongsi cerita tentang my life, my hubby, my kids, my passion about food (macam la terer bebenar nak memasak 'kan...belasah ja..hahahahaha) and bla bla bla......

Ok...today (14 September 2009), I pergi service my car (tapi Mr E yang bayar bulan2) kat Toyota Segambut Service Centre. I make it a point to go Toyota service centre for major services only je. Appointment jam 8.30 pagi dan siap service jam 12.00 tengah hari....haaaa...ingat nak ngelat sekejap ja...sedar tak sedar makan 3 1/2 jam jugak la...Selalunya for every 5oookm, cuma tukar minyak hitam dan check biasa2 ja, Mr E akan bawa this car kat favourite pomen kereta dia...(we called him Ah Leong)..yang kasi service baaaikkkk punya...(dah la labour charge muras giles dan everything is muras la)..hihihi. Mr E sudah lama kenal dengan Ah Leong since Mr E terjebak dalam alam permotoron...(main kereta turbo sejak tahun 1998)....lama 'kan....

Kereta berenjinkan turbo 2.0 Mr E telah diconvertkan kepada enjin 1.8 standard. Ini gara2 sebab anak sudah bertambah. But Mr E still main kereta lagi since this is one of his hobby...selain daripada mendengar HIFI, memancing and reading. Sometimes, I rasa my Mr E ni macam kamus bergerak atau discovery channel sebab tanya la apa sahaja kat dia....insya-Allah for sure Mr E boleh jawab punya. And one more thing Mr E ni menjadi pusat rujukan untuk mendapatkan pandangan atau cadangan samada dari family members dan kengkawan sebaya. Sebagai contoh, ada kengkawan Mr E nak beli jam tangan atau tayar kereta pun siap telefon my Mr E nak dapatkan pandangan....sampai begitu skali 'kan..ish ish ish....Tapi dia layan je..

Ok la....cukup2 dulu I citer pasal my Mr E...nanti orang jemu lak 'kan...so layan la gambar yang sempat I snap masa menunggu my car siap di service ya.....

My car tengah digodek2 oleh pomen2 kat Toyota Service Centre....

Sunday, September 13, 2009

22 Ramadhan 1430



Seharian suntuk hari ni I duduk kat dapur. Pertama, menyiapkan tempahan cookies daripada teman2 rapat. Kedua, menyediakan pulak hidangan untuk berbuka puasa. Prghhhh...letih wooo. Ni la lauk-pauk yang sempat disediakan dalam masa 30 minit...Efisien tak????

Ikan parang masak singgang sempoi....

Sayur buncis dan lobak merah bertemankan telur.....

Udang bersambal......

Lihat tu...ada gak ikan masin tamban dan ntah apa namanya ntah..tapi sedap dan rendang ayam semalam..rendang ni Eldest E yang suka makan....layan ya...
Since takde mood nak citer panjang2.....stop kat sini dulu la......daaaaa:-

Friday, September 11, 2009

21 Ramadhan 1430

Agak lama tidak mengupdate blog ni...betul2 dok sibuk dengan kerja kat opis, karenah 3Es, house chores bla bla bla....2-3 hari ni, my mum tak sihat...demam panas, sakit tekak, takde tenaga....so,I kena la amik emergency leave utktake care of my 3Es. Ni baru my mum demam.....i jadi tak tentu arah ni sebab dok fikir sape nak jaga 3Es kalau I ke opis ni. Sib baik la cuti I masih melambak2 lagi ni...so, amik ja cuti. Abis citer. Semoga my mum cepat sembuh seperti sediakala...my mum jarang2 bangat demam ni, once dah demam...sure flat giles dan selalunya agak lama la nak sembuh jugak tu...

Ok...1st day my mum demam, Mr E dok bekerja dari rumah and I gi kije....so, dia jaga la Eldest da Middle E ja. My Youngest E, my Ayah yang jaga then when my Ayah keluar pergi kerja kejap, my Youngest E stayed with my mum. My Youngest sangat behave lah pulak. Semalam, I amik EL then jaga 3Es kat rumah..kasi my mum berehat...smlm my Ayah bawa my mum to the Hospital Selayang sebab tetiba ja ada balik demam panas tu...iye la kena buat check up betul2..takut2 ada penyakit lain la pulak...ish ish ish...simpang malaikat 44...

Semalam buka puasa dengan Eldest E ja kat rumah sebab Mr E berbuka puasa kat luar dengan kengkawan dia. So, request from Eldest E....I bikin rendang ayam, pulut tak kuning dan sayur buncis goreng bertelur dan cekodok pisang for our iftar....

Taraa.......ni la rupanya hidangan I dan Eldest E for iftar........simple tapi kenyang la perut...bak kata my Eldest E..."eeeeeiii..sedap betullah mummy masak terasa nak pecah ja perut Edelyn sebab makan banyak sangat......":- Memang dia peminat pulut macam Daddy dia pun...

Monday, September 7, 2009

16 Ramadhan 1430

6 September 2009....today is my birthday....Happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday to me...............yea...alhamdullillah, moga2 I dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikekalkan jodoh dengan Mr. E, happy disamping Mr. E dan 3Es dunia dan akhirat dan segala2 yang baik la untuk diri I ni. Aminnnn....

Ok, since today is my birthday, I buatkan chocolate cake for the birthday girl. Who is the birthday girl????..Who else...I la...

Chocolate cake for me.....mmmmm...sedapnya.......

Saturday, September 5, 2009

15 Ramadhan 1430

Alhamdullillah....sudah hampir separuh Ramadhan kita semua menjalani ibadah puasa. Diam tak diam begitu cepat masa berlalu. Dan tidak lama lagi, Hari Raya pun bakal menjelma. So, mesti sekarang ni mummy, ibu, umi, mama, bonda kat luar sana dok sibuk kat dapur 'kan nak mnyiapkan kuih raya 'kan. Tak kurang juga menempah kuih2 raya daripada tokeh2 kuih raya sbb tak sempat nak buat kuih raya.

This year, I nak buat chocolate chips oat cookies sbg kuih raya sbb 2Es yang request. Selain tu, ada jugak teman2 rapat kat opis menempah cookies tersebut dan brownies untuk hari raya. Layan ja la...Kuih raya favourite I ialah tat nenas gulung homemade by my mum....siap request lagi...nak inti nenas banyak dan dibakar agak2 hangus gitu...mmmmmm sedap betullla.

Hari ni I tak perlu bersusah payah nak menyiapkan hidangan berbuka puasa sebab petang karang ada jemputan berbuka puasa kat rumah my aunty. Perghhh...best la 'kan. Tapi tak best pulak pergi dengan tangan kosong...so, tengah hari tadi dengan bantuan Eldest E (berpuasa hari ni) dan Middle E serta Cik Europa, maka terhasillah Walnut Carrot Cake......


Ni Walnut Carrot Cake yang I masukkan dalam papercup...ala2 muffin la..senang nak dimakan 'kan......

Ni pulak Walnut Carrot Cake I bakar dalam acuan membuat roti..after I potong2 kecik2, letakkan dalam papercup....nampak comel2 la....Selamat berbuka puasa ya semua....daaaa




Friday, September 4, 2009

14 Ramadhan 1430

Agak lama tidak update blog. I betul2 sibuk dengan kerja kat opis dan bila balik rumah pulak sibuk pulak dengan 3Es. Sejak Ramadhan bermula, I selalu rasa tak cukup tido. Bila tak cukup tido, biasala badan pun menjadi letih, lesu. tak bermaya dan apa2 lagi la....2 3 hari ni pulak my Youngest E ada perangai baru pulak....suka menangis tak tentu pasal especially masa tido. Dah ler tu masa menangis u mata lelap.....waaaaaa..I dan hubby stress dan tension tu lebih2 lagi I sebab dah ler tido tak cukup then kena pulak bangun untuk prepare the sahur, my Youngest E pulak buat hal. Bila kejap bangun, kejap tido balik...pagi2 gi opis kepala sure "weng" punya.....ish...cabaran dan dugaan betullah especially di bulan puasa ni. Banyak2 ja la bersabar.

Diam tak diam sudah hampir 1/2 Ramadhan 'kan. My Eldest E pun so far ni dapat berpuasa penuh selama 5 hari. Not bad la for her age 'kan.. Syabas anakku......ok la got to go...daaaa

Tuesday, September 1, 2009

6th Anniversary...

Tanggal 31st August 2009 adalah ulangtahun perkahwinan I and my hubby yang ke 6...yeaaaa...terasa cepat betul masa berlalu 'kan...diam tak diam dah 6 tahun I hidup bersama dengan insan yang paling best, cool, bijak, kaya dengan kasih sayang...tak la kaya duit tapi hidup senang la...dan yang pasti hensem....hihihi.....my best friend, my soulmate dan macam2 lagi....

Abg, b (panggilan manja my hubby kat I la...) cinta dan sayang kat abg tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi serta berjuta2 lemon tau....(ni mmg ayat romantik I to my hubby....)...Happy Anniversary yang ke 6....moga2 kekal bahagia (kekadang tu gaduh2 manja jugak...hihiihii)...sehingga ke akhir hayat...aminnnn.....

Ni gambar masa we all nikah dulu....berdua ja...

Sekarang ni dah jadi berlima......:-

10 Ramadhan 1430

Sedar tak sedar sudah 10 hari kita berpuasa 'kan...dan hari ni juga sudah 4 hari my Eldest E berpuasa penuh. Agak mengagumkan bagi kanak2 berusia 5 tahun 'kan. Hari ni berbuka puasa kat rumah my mum. Macam2 yang my mum masak...ada daging salai masak lemak cipi api (macam lauk I on Saturday 'kan), ikan kembung percik, sayur sawi, laksa penang, ayam goreng,ikan terubuk masin goreng, telur asin....dessert lak ada bubur kacang durian, kuih cucur badak, kuih paperwap (org N9 ja yang tahu ni). Sampai I tak tahu nak start makan yang mana dulu...rambang mata jadinya. Dah ler tu tak sempat nak snap gambar...dok leka makan ja...dan yang pasti diet I hancur gitu.

Ok, since my Pn Gas Petronas berehat hari ni dan hanya En Toshiba (4 kali I laundry) dan Cik Oven Europa bekerja hari ni (dah rehat 'kan semalam), I banyak abiskan masa dok depan Cik JVC 29 inci (bukan LCD pon..) sebab layan Disc Channel yang ada menyiarkan citer2 pasal kejayaan Malaya such as...megastrusture KLCC, SMART tunnel, kisah Dato Lat...ala citer Kampung Boy tu....;kan today Hari Kemerdekaan kita yang ke 52...yang pasti best jugak la lepak2 sambil baring2 depan Cik JVC tu....alahai...

Hari ni I buat lagi Orange Chiffon Cake (yang tak muak2 dimakan dan dah berjaya benar buat cake ni) untuk dibawa ke rumah my mum....saja ja nak tayang lagi chiffon cake ni kat korang..jgn bosan2 ya...

Dapat 2 ketul lagi....

Ni nak bawa ke rumah my mum....

Since ada lebih, I nak bawa this orange chiffon cake esok ke opis untuk kasi my good friend, Nadz sebab ngidam nak rasa cake ni...faham2 aja la...ok...kena berenti dulu ni....nak layan my Youngest E ni sebab dia demam dan asyik merengek2 ja....daaaaa

Monday, August 31, 2009

9 Ramadhan 1430

Mmmmm..memang terasa malas betullah hari ni. Tapi malas2 pun kena gak mrajinkan diri untuk buat house chores kat rumah ni, kalau tak sapa lagi nak kena buat laundry, bersihkan rumah ( yang ni I boleh harapkan my Eldest dan Middle E bab2 untuk mengelap lantai...), kiranya kerahan tenaga paksarela la...nasib la labu. Pastu memang kena memasak pulak untuk berbuka puasa nanti.

Since, I memang malas hari, tiada penggunaan Cik Oven Europa untuk hari ni. Ni ja menu we all untuk berbuka puasa...layan...:-

Malas2 pun penuh gak meja dengan lauk-pauk 'kan....Ada jugak sayur campur masak udang...tak leh pulak nak update gambar......

Timun bersama sambal belacan mangga muda...pedas betullah kali ni I buat this sambal belacan, tapi sedap....

Alamak....gelap pulak rupa sup tulang daging I ni.......

Rojak buah...ni pun I buat sendiri, my hubby makan sampai abis...sedap la tuuu....

Cekodok pisang sebagai dessert...kegemaran we all sefamili.......buat cekodok ni sebab ada lebihan pisang yang buat kek pisang semalam...

Saturday, August 29, 2009

8 Ramadhan 1430

Since petang ni nak gi berbuka puasa kat rumah my mother in-law, cuba teka apa yang I masak hari ni untuk dibawa ke rumah my mother in-law......mmmmmmmm......taraaaaaa, I buat daging salai masak lemak cili api dan kek pisang my version (request by my hubby)...

Tak la pagi sangat I ke pasar tadi, lebih kurang jam 9.30 pagi. Itupun ditemani oleh my Middle E. My Middle E suka sangat ikut sape2 ja yang nak keluar either me or my hubby. My Eldest E puasa hari....(disaat I tengah taip this post...jam 5.30ptg...dia masih lagi berpuasa dan all the 3Es tengah tido la ni...). Tu yang sempat nak curi masa postkan entry ni...kalau tak, kirim salam la...aman skit bila 3Es ni tido kejap, I boleh la rehat2 skit dan layan internet...hihiihihi...

Ni la daging salai masak lemak cili api yang I buat tau...I panggangkan dulu daging then potong nipis2. Then baru lah masakkan daging salai ni bersama2 belimbing dan kentang...maka terhasillah daging salai masak lemak cili api....mmmmmm...terliur tak u all tengok....?

Kek pisang my version....nampak best'kan...mmg best pun...hihihihi

Kek pisang yang dijadikan banana cupcakes...bentuk2 macam ni my Eldest E yang request...orang puasa 'kan...so, layan ja la permintaan dia....My Eldest E siap bubuh chocolate rice yang colourful lagi kat banana cupcake tu....cantik 'kan......


Ni sepiring kek pisang I kasi kat jiran baru we all....sedekah di bulan puasa...banyak pahalanya...aminn.......

Ok la tak boleh nak tulis panjang2 ni...nak bersiap2 ke rumah my mother in-law ni....selamat berbuka puasa ya semua......

7 Ramadhan 1430

As usual, we all berbuka puasa di rumah my mum. My Eldest E puasa setengah hari ja...sebab tak tahan nak nyonyot susu. My Eldest E sendiri yang bancuh sus dia sendiri since my mum buat tak layan ja permintaan my Eldest minta my mum buatkan susu untuk dia. After my Eldest E berbuka puasa dengan susu, my Eldest E call me at the office and tell me that she already berbuka puasa.

I pun malas la nak cakap banyak since my Eldest E dah cakap yang dia sudah 'kan...so, I cakap...esok ja la cuba berpuasa lagi. Ok....menu berbuka malam tadi ialah ayam masak simple but taste like rendang without rempah ratus...My hubby suka betul dengan ayam masak simple tu...(my mum yang buat tau...bukan I). So, disebabkan my hubby suka, I minta la resepi from my mum, ayam tu boleh digantikan dengan daging ataupun ikan. Later2 boleh cuba ni....

Ni la rupanya ayam masak simple air tangan my mum.....nampak sedap dan menarik...memang sedap......

Ni pulak kuih-muih untuk dessert, my mum jugak yang buat......

Kuih karipap pusing beritikan kentang dan daging......nyum nyum nyum....

Kuih gulung (nama kuih yang we all panggil...) atau nama standard...kuih ketayap...lemak dan manis rasanya....Ok la...esok2 pulak I punya turn nak masuk dapur balik sebab weekend 'kan...so, tunggu aja apa yang I masak esok........daaaaa..

Friday, August 28, 2009

6 Ramadhan 1430

Sedar tak sedar, sudah 6 hari kita berpuasa 'kan. Cepat betul masa berlalu. Semalam my Eldest E berjaya berpuasa penuh lagi untuk hari kedua. Bravo2 my dear....caya lah. After berbuka my Eldest E cakap, esok pun dia nak berpuasa lagi. Kondisi my Eldest E berpuasa pada hari kedua dia tidak lah seteruk pada hari pertama. Bagus2.....

We all berbuka puasa lagi kat rumah my mum..hihihihihi..tak sempat nak balik rumah so, transit dulu kat rumah my mum la. Main dishes untuk berbuka ada ikan tenggiri masak cili api, ayam goreng (wajib ada hari2...apatah lagi kalau my Eldest E berpuasa) dan petai jeruk. Kat baazar Ramadhan, I beli ikan percik dan murtabak ( ni pun kira hidangan wajib masa berbuka puasa juga ni...).

Yang bestnya lagi....my mum buat kuih seri muka..(ni sebab dia yang teringin nak makan...I pun suka jugak dengan kuih ni) dan kuih tepung talam...( ni pula my mum buatkan utk my Ayah, sebab Ayah tak makan kuih seri muka...kuih ni pun I suka jugak...). My mum tidak akan membeli kuih-muih...sebaliknya dia kan membuat sendiri. That's why la , I pun jarang2 sangat membeli kuih-muih sebab kalau beli pun kena make sure the taste exactly the same macam yang my mum buat....Cerewet 'kan I.

Kuih seri muka...mmmm...sedap betul rasanya.....siap tapau bawa balik rumah lagi....

Kuih talam tepung...pun sedap jugak....santannya begitu lemak sekali....mmmm...ni pun tapau jugak....buat2 makan malam karang kat rumah...:-

Thursday, August 27, 2009

5 Ramadhan 1430



As usual, we all berbuka puasa kat rumah my mum. Antara lauk-pauk yang my mum buat ialah rendang kerang, ayam goreng, sup sayur campur, sambal ikan bilis dengan kacang dan goreng ikan terubuk masin. Kuih pulak sebagai dessert kuih keria a.k.a kuih gelang. My mum buat semuanya tanpa pertolongan sesiapa pun malah siap dengan jaga 4 org cucu lagi.....3Es dan cousin diaorang, Akif Anaqi. Hebat 'kan my mum....memasak sambil jaga cucu2 dia...dan buat kerja2 rumah...

I dan hubby singgah kat baazar ramadhan beli murtabak dan ikan percik. Ok la tu buat2 tambah lauk. Semalam my Eldest E tak berpuasa sebab nak rehat katanya. Kasi chance la 'kan. After berbuka, lepak2 jap then terus balik ke Templer. I pulak lepas cucuk hormone kat perut my Middle E, tidokan my Youngest E...dengan I pun tertido gak......zzzzzzzzz...................:-

Wednesday, August 26, 2009

4 Ramadhan 1430

For the 1st time...my Eldest E berpuasa penuh. Bravo my my dear. Tapi yang funnynya pasal my Eldest E sebelum berbuka puasa...dia punya behaviour cukup berbeza. According to my mum (all my 3Es stayed with my mum masa I and hubby pergi work), my Eldest E hanya terbaring ja atau dengan kata lain....tak bermaya langsung sebab tak makan, tak minum dan nyoyot susu....My mum terpaksa beri kata2 semangat (sambil dah tak larat dah nak kasi moral support kat cucu dia) supaya my Eldest E berpuasa sehingga sampainya waktu berbuka puasa.

Ni la rupanya keadaan my Eldest E...tengah sedey2 sebab dok tanya bila dah boleh buka puasa....mummy.....Edelyn dah lapar sangat ni, tekak pun haus....bila nak buka puasa ni...dari pagi Edelyn tak makan atau minum apa2......(sob sob sob....tengah menangis.....). Kesian pulak I tengok dia masa tu. Tapi sayang la sebab tinggal 1/2 jam ja lagi nak berbuka puasa....

Ni pulak lagi 10 minit nak sampai waktu berbuka puasa. My Eldest E buat perangai lagi.....asyik2 menangis ja...ish...sabar la. Bukannya lama lagi pun....Terpaksa la I kasi kata2 semangat kat my Eldest E supaya dia bersabar sikit ja lagi........

Sampai ja waktu berbuka, my Eldest E makan macam dah setahun tak jumpa makanan.....kelakar betulla dia. Ya ya ya...budak kan...baru lak 5 tahun cuba berpuasa penuh (sedangkan sebelum ni dia makan nasi 4 kali sehari...especially kalau ada lauk ayam goreng kepak)..mestilah kebulur 'kan. Masa berbuka my Eldest E makan nasi banyak bersama2 ayam goreng kepak, ikan kembung percik dan air kosong (her favourite jugak ni....muras dan baik utk kesihatan...).

Banyak jugak la my Eldest E makan masa berbuka puasa. Alhamdullillah.....kenyang dia kata. My Eldest E kata hari khamis pulak la nak berpuasa balik. Esok taknak puasa sebab nak makan ice-cream (my brother belikan utk Eldest E) dan gula Nano-Nano (daddy yang belikan)..tak sempat nak makan sebab perut dah penuh dengan nasi, ayam kepak dan ikan percik.....apa2 ja la 'kan...anyway, mummy dan daddy nak congrates kat Eldest E sebab berjaya berpuasa penuh untuk hari ni........:-

Tuesday, August 25, 2009

Carrot Cake Recipe - my version

Khas untuk Kak Inahar.....

Bahan2 yang diperlukan:
125g butter....I guna cap buttercup
1/4 cup castor sugar
1/2 cup brown sugar
1 1/2 cup self-raising flour
2 biji telur gred A
1/2 cup susu cair...guna whipping cream pun ok ja
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh cinnamon powder
1 cup carrot - grated
1 cup nut...I guna walnut

Cara2 membuatnya:
1. Preheat oven 175 C....Grease loaf tin dengan butter then alaskan dgn baking paper.
2. Grated carrot tadi digaul dengan 3 camca besar self-raising flour sampai sebati.
3. Butter, castor sugar, brown sugar dikisarkan together2 sampai sebati. Then telur dimasukkan
one by one, followed by the esen vanilla, cinnamon power and susu cair or whipping
cream lepas tu mix together sampai all the bahan2 sebati.
4. Then, put all the grated carrot and the nuts into the mixture dan kacau sampai sebati.
5. Masukkan mixture tadi ke dlm loaf tin tadi.
6. Bake for 1 hour. Sejukkan kek tu dulu...then baru bleh dingap......

Ni la rupanya Carrot Cake My Version tu....still dalam loaf tin lagi........selamat mencuba ya....

E-card Ramadhan 1430

I dapat e-card Ramadhan lagi...Tq Love...

Selamat menyambut Ramadhan al- Mubarak buat Love sefamili ya....

3 Ramadhan 1430

Today, berbuka puasa kat rumah my mum. Tak sempat nak balik ke rumah sendiri...apatah lagi nak memasak so berbuka puasa ja kat rumah my mum ja la. Lepas abis waktu kije, on the way balik singgah sekejap kat pasar ramadhan kat Batu Caves...belilah apa2 yang patut untuk berbuka puasa nanti.

Lepas berbuka puasa, lepak2 jap kat rumah my mum before balik ke rumah we all kat Templer Park. Sampai ja kat rumah, kemas la apa2 yang patut disamping buat laundry sikit. After settle semuanya...seperti bersihkan diri..(mandi la...apalagi), cucuk hormone kat perut my Middle E, buatkan susu2 3Es...then I tidokan my Youngest E pulak....dengan2 I pun terlena sekali. Dah tak ingat pun apa2...cuma ingat zzzzzzzzz ja.

Jam 3.00 pagi dah terbangun sebab rasanya macam dah lama tido. Apa taknya...jam 9.30malam sudah tido. Tetiba ja my Youngest E pula merengek2...tu bunyi merengek2 nak minum susu la tu...Buatkan my Youngest E susu, dia pun tertido balik. Since dah terbangun tu, I ada kerja yang tak siap lagi...nak tahu apa...........:-

Longgokkan baju bajan yang belum dilipat lagi...padahal cuci hari Ahad lepas....I bukannya malas..tapi hari tu I betul2 penat sangat so this task iaitu acara pelipatan baju bajan ni terpaksa ditunda ke hari yang lain....mmg mata I semak tengok longgokan baju bajan yang tak dilipat...tapi kalau I betul2 penat...buat2 tak nampak ja la.....

Sebenarnya, I paling suka acara melipat baju bajan ni right after diangkat daripada ampaian...emmmm, masih terasa hangat lagi rasa baju bajan tu 'kan...Pastu lak feel nak melipat...rasa sangat best..tapi kali ni takde feel langsung nak melipat sebab baju bajan tu dah sejuk...so, I melipat without any feel....just melipat ja......

Dah settle acara lipat-melipat tu, I siapkan pulak sahur for my hubby and Eldest E. My hubby bersahur dengan nasi...wajib...kalau tak nanti perut dia gastrik...caishhhh...layan ja la. My Eldest E cuma makan coco crunch ja dan minum susu nyoyot sebab tak berselera nak telan nasi...I pulak pergi sidai kain yang dah siap dibasuh oleh En Toshiba malam tadi......:-

Monday, August 24, 2009

2nd Ramadhan 1430

Mmmmmm....hari ni we all buka puasa kat rumah ja. So, pagi2 dah ke pasar. I amik my mum dulu then baru ke pasar dan beli bahan2 mentah untuk berbuka puasa nanti. 3Es, I tinggalkan dengan my hubby kat rumah. Masa I nak tinggalkan 3Es pun, diaorang semua masih enak diulit mimpi termasuklah daddy diaorang.

Bukan main ramai dah orang kat pasar sedangkan masa tu baru ja jam 7.30pagi. Mula2 I and my mum ke Pasar Borong Selayang beli ayam, ikan, udang, sayur-sayuran dan bahan2 perencah untuk memasak seperti halia, bawang, kentang dan sewaktu dengannyalah.....

After that, singgah kejap kat kedai kek...beli bahan2 nak buat cookies dan kek. Nampak gayanya membaking lagi la hari ni...Selesai semua, I hantar my mum balik ke rumah then I pun balik la kat rumah I.

Ntah kenapa hari ni, pinggang I begitu sakit sangat...banyak buat kije kuts...sakit betul ni. Pastu lak mood ada skit tak bagus...asyik nak marah2 ja....ni macam simpton2 nak PMS ja. Isk isk isk...tak boleh jadi ni.... hihihi...nampak gayanya my hubby sahur sorang2 ja la.

Ni, menu buka puasa we all.....

Tenggiri masak asam pedas....Ikan tenggiri tu rasanya begitu fresh sekali...almaklum la pagi2 lagi sudah ke pasar 'kan...This asam pedas, I minta resepi from my mum....

Seperti biasa, ayam goreng mesti ada sebab my Eldest E memang suka sangat makan ayam goreng, especially part kepak...

Udang masak tomato...sedap. Ni pulak kegemaran my Middle E...memang hantu udang. Lagi satu lupa nak snap gambar ikan masin tamban...buat tambah selera makan.....


Ni pulak Orange Chiffon Cake...request from my hubby. Dessert after makan nasi bersama2 lauk-pauk....layan.....

Saturday, August 22, 2009

1st Ramadhan 1430

I bersahur tadi for the 1st time.....3 org...sebelum2 ni cuma bersahur dengan my hubby ja...tapi this year my Eldest E join we all sekali. Katanya dia nak belajar berpuasa...ok la, at least my Eldest E nak mencuba belajar berpuasa jugak. Bersahur tadi pun dia memang tak berselera nak makan...muka monyok ja ditambahkan lagi dengan mengantuk...tersengguk2 my Eldest E kat meja makan waktu bersahur tadi....

I sangkakan my Eldest E boleh tahan nafsu daripada makan dan minum...alih2 jam 11.30pagi dah minta nak minum susu (still minum dalam botol lagi sebab kata my Eldest E...best nyonyot susu mummy)......mula2 tu I tak layan la...alih2 my Eldest E buat sendiri susu dia....hihihihihi...

Pastu lak since my Eldest E dah terbuka puasa dia..for sure la I kena preparekan lunch pulak untuk dia....so, lunch for Eldest dan Middle E, I buatkan spaghetti bolognese...diaorang makan sampai tambah 2 kali....almaklum la, tengah kebulur 'kan sebab kononnya puasa setengah hari...(breakfast for today mummy tak sediakan)....kesian...

Today, plan nak berbuka puasa kat rumah my mother in-law. Lagipun memang every week pun we all ke sana dan kebetulan pulak 1st Ramadhan..so, berbuka puasa kat sana ja la...Tengah hari tadi, Cik Oven Europa I agak bekerja keras skit la sebab I buat Carrot Cake My Version dan Brownies lagi....boleh la bawa buah tangan ke rumah mother in-law petang karang. So, inilah hasilnya Carrot Cake My Version...
I godek2 internet untuk cari recipes Carrot Cake ni...so, after I olah2 sendiri all the recipes...I came out with my own recipe of Carrot Cake My Version....Ist time dot come jugak buat this carrot cake....hasilnya tidak mengecewakan....rasa tak sure lagi sebab nak tunggu waktu berbuka puasa baru boleh rasa....anyway, selamat berbuka puasa ya........

Friday, August 21, 2009

Ramadhan...

Mmmmm...ramadhan bakal menjelma....esok dah mula bermula. Ramai kengkawan alam maya suruh amik award dan tepek kat blog I ni...so, I pun ronda2 dari satu blog ke satu blog....ni adalah hasil kutipan utk hari ni....

Award ni dari Amy German....tq

Ni pulak dari Mizan....gracias..

Ni pulak dari Sue...putrajaya...toceh2...

Buat kengkawan alam maya....Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.......daaaa