Wednesday, December 14, 2011

Cuti-cuti Pantai Timur....

Bertolak ke Kuantan pagi Isnin yang lepas. Itupun plan yang agak tergesa-gesa yang mana secara kebetulan Mr E ada kerja kat Kuantan. I pun apply cuti la sebab nak mengekor Mr E ke sana sambil bawa 3Es jalan-jalan pantai timur gitu. Sepanjang perjalanan ke sana cuaca agak mendung tapi tidak hujan. Ok la 'kan.....

Singgah sekejap di R&R Tapah pekena patin buah masak tempoyak. Pergh!!!! Ini memei kegemaran Mr E....I & 3Es tak makan pun cuma we all layan nasi lemak with ayam goreng je....

Patin Buah Masak Tempoyak...

Sampai di Kuantan pun sudah jam 12 tengah hari. Pusing-pusing dulu kat Kuantan and we all tengok banyak jugaklah pembangunan yang ada kat Kuantan. Lepas check in hotel, Mr E pergilah membuat kerja-kerja NGOnya dan we all lepak kat hotel sampai Mr E selesai kerjanya. Pastu, we all keluar pusing-pusing lagi...konon-kononnya nak nak bawa 3Es lepak kat tepi pantai...tapi tak sampai 5 minit pun lepak, hujan turun dengan lebatnya.

Then, we all dinner kat Restoren Phuket di Tg, Lumpur, Kuantan untuk layan seafood. Masa makan tu pun hujan turun dengan lebatnya. Selesai makan, hujan pun berhenti. Molek benarlah tu 'kan.....pusing2 lagi kat Bandar Kuantan tapi malap je bandar tu...macam tak cukup cahaya gitu. Masa tu miss giler la kat Bandaraya Kuala Lumpur yang terang benderang disirami cahaya lampu neon yang bercahaya....Tapi layan jugak Kuantan...

Layan seafood kat Tg. Lumpur, Kuantan for dinner...

Esok paginya Mr E still ada kerja-kerja NGOnya dan selesai before lunch. Lepas check out, we all terus lancar ke Kemaman, Terengganu ya untuk pekena kopi kat Kedai Kopi Hi Peng. Mmmmmm, ok la minum kopi kat situ, but I still prefer the Kluang Station lagi...:-))

Minum sambil lepak-lepak kat Kedai Kopi Hi Peng, Kemaman, Terengganu ya...

Lepas tu pusing2 pulak kat Bandar Kemaman dan bawa 3Es layan pantai kat Pantai Mok Nik before layan makan satar & otak-otak kat Kg Geliga, Kemaman. Last sekali I makan satar & otak-otak kat sini pada 6 tahun yang lepas!....masa tu cuma ada Eldest E je.....best la dapat makan satar & otak-otak, tapi sedikit kecewa sebabnya tak dapat layan bersama air kepala..opssss air kelapa.

Makan lagi...kali ni makan satar & otak-otak di Kg, Geliga, Kemaman, Terengganu

Sempat jugak membeli belah keropok lekor dan keropok goreng buat both family dan untuk makan sendiri. Jam 6.30 petang terus lancar pulang ke Templer melalui LPT then masuk Karak Highway. On the way balik Templer, hujan turun dengan lebatnya dan ada 3 accident di Karak Highway and one of them nyaris-nyaris kereta dioarang nak terbalik lalu menghempap kereta we all di jalan yang bertentangan. Mujur la ada divider besi tu...kalau tak, tak tahu la apa yang akan terjadi pada we all......


Alhamdullillah, we all sampai di Templer jam 10.15 malam dengan selamat....ok, tu je nak share the ceritera....till then ya!

Tuesday, December 13, 2011

Templer-Kuantan-Kemaman-Templer

Alhamdullilah, safely arrived from our short vacation. Best giler dapat tidur atas katil sendiri, dapat peluk bantal busuk tau walaupun we all bermalam kat hotel. Apa-apa pun rumah sendiri jugak yang paling best!!!

Mmmmm, esok2 la yea I citer pasal our agak tergesa-gesa punya vacation ni....nak titon dulu sebab esok kerja la.....till then ya!

Sunday, December 11, 2011

Gadget baru vs Foods...


Milik siapakah gadget ini.......? Presenting gadget terbaru Mr E........Mr E punya bukan I punya pun. I cuma temankan je Mr E beli handphone ni....cuma nak share dengan u all la...katanya handphone ni dapat rating paling ngetop buat masa kini....saje just nak share info je.
I pula nanti akan guna handphone Mr E yang dulu je - Hello Moto!...ok la 'kan...
(Tapi Mr E cakap, sebenarnya kalau nak kira overall Motorola lagi best dari phone Jepun..Korea..Taiwan semua tu)

Ni pula menu lunch we all....

Daging Goreng...terbaekkk kata Mr E!

Tomyam Udang....

Chocolate Chips Cookies for 3Es....

3Es cakap...Spaghetti Bolognese's Mummy yang paling sedap tau...ni utk dinner ya!

Ok la....kena stop ceritera dulu sebab Mr E nak guna Miss Apple I ni.....till then ya!

Saturday, December 10, 2011

Curi-curi makan durian di rumah sendiri!

Pagi tadi masa kat pasar I nampak ada orang jual durian. Haaaa...apalagi, terus je I rembat durian itu dan bawa pulang ke rumah sorok-sorok tau! Actually, Mr E sungguhlah sangat tidak sukanya dengan durian ini, apatah lagi dengan baunya yang sungguh busuk katanya. Tapi pada I baunya sedap...sesedap rasanya. And this is 1st time ever I beli durian dan bawa pulang makan kat rumah tau.....sebab durian kena banned kat rumah ni kerana ada 3 orang umat lain yang tak suka dan tak makan durian...iaitu Mr E, Eldest E dan Youngest E......mmmm, hanya Middle E je yang hantu durian yang boleh layan dengan I makan durian.....

sedap woooooo!

I masak serawa durian makan dengan roti jala / roti gandum for tea...tekak rasa nak makan, so I masak je....

menu lunch we all tadi....sempoi je!

sorang suka udang, sorang suka sotong, so, I masakkan kedua2 sekali...jadilah Papriks Seafood

Sup Tulang sedap...mmm, apa yang tak sedap kan..semuanya sedap!

Budu + durian.....terangkat!

Mmmm....lepas Asar we all berfoya2 di Sunway Piramid pulak...saje je membuang masa dengan anak2 sambil cuci2 mata gitu....ni pun baru balik ni, esok2 kita sambung ceritera ya...nite-nite & Happy Sunday!

Friday, December 9, 2011

Arghh!!!!!...

Maaf ya tuan / puan sekalian di atas kejarangan I updates blog. Sebenarnya ya takde ceritera yang menarik pun, kalau ada pun cuma ceritera yang pasti memboringkan korang semua sebab macam ceritera siaran ulangan je....dan sebenarnya, lately ini I tersangatlah malasnya nak update blog seperti mana I malas nak masak atau baking! Kalau tak caya, tengok entry2 yang sebelum ni...dah kureng sangat I blog pasal my baking or cooking 'kan....ntah mananya hilang mojo I tu.....argh!!!!!

Ni pun ceritera yang dah basi jugak ni. I bawa my Middle E buat regular medical check-up kat HUKM last week. As usual, dia punya improvement on the height & weight tak ler memberansangkan. Prof Wu recommend yang my Middle E kena tukar ubat growth hormone then tengok dia punya development.....Ubat growth hormone tu kena tukar dari Saizen ke Notroprodin. As usual the ubat must cucuk ke dalam perut my Middle E hari-hari without failed tau sampai my Middle E berusia 18 tahun. Ceritera pasal my Middle E tiada growth hormone ni ada kat sini.

sempat posing dulu sebelum x-ray tulang Middle E....

Tuesday, December 6, 2011

Team Building di Taiping dan Makan2 di Rebung.....

Hi......kembali bersiaran ya. Actually, I baru je habis team building di TMTC, Taiping dengan officemate last weekend. So, tinggal 3Es dengan Mr E.....Mr E pulak kena take care of our kids sebab wife dia kena join the team building anjuran pihak syarikat. Best jugak join team building tu walaupun hati I gundah gulana memikirkan 3Es yang ditinggalkan dengan daddy kesayangan diaorang tuuu.....

Pergi ke Taiping awal jam 8 dengan menaiki bas. Ada 3 buah bas yang membawa we all ke sana. Singgah di R&R Tapah for rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Taiping. Sampai kat sana pun hampir jam 1 petang..then lunch..pastu rehat jap sebelum upacara perasmian. Lepas tu terus ada aktiviti ala-ala Amazing Race kat Taman Tasik Taiping. Lepas dinner pulak ada aktiviti mencari kata-kata dengan menggunakan bearing sampai jam 1 pagi.......

Esoknya pulak pepagi lepas breakfast we all ada aktiviti Jungle Tracking - mendaki Bukit Larut....fuyoooooo...finally I berjaya jugak sampai kat puncak Bukit Larut! Pulang ke KL lepas lunch tapi singgah sebentar makan Mee Udang kat Kuala Sepetang.....

Penat memang penat la tapi semalam I still masuk office tapi office sangat lenggang sebab ramai yang bercuti dan amik mc sebab kepenatan dan ada yang injured lepas team building. Sebab utama kena masuk office jugak sebab nak buat final preparation utk majlis lunch our final event pada keesokkan harinya. Alhamdullillah, majlis berjalan lancar tadi...:-))

So, ni antara gambar-gambar sekitar team building di Taiping dan majlis makan2 di Restoren Rebung tadi.....
with group "Bravo" yang berjaya mendaki sampai ke puncak Bukit Larut

lepak jap masa aktiviti Amazing Race sekitar Taman Tasik Taiping

Group photo masa Team Building at TMTC, Taiping (3-4 Dec 2011)
cantikkan permandangan Bukit Larut ni....

tengah tunggu mee udang sampai.....

mee udang Kuala Sepetang.....

antara ajk untuk majlis makan2 di Rebung.....

double chocolate cake for majlis makan2 di Rebung...
"Kek Darah" for makan2 jugak!!!!

Group photo with our PD....

Wednesday, November 30, 2011

Dodol atau Penganan...

Ni la rupa dodol atau penganan hasil gotong-royong family sebelah my mama last week. I dan Mr E not fanatik of this kuih tradisional but my Middle E suka sangat makan this dodol compare to Eldest & Youngest E yang langsung tak suka dengan dodol. I dan Mr E makan gitu-gitu aje la.....Dodol ni dimasak menggunakan dapur kayu api tau...so, hasilnya lagi sedap daripada menggunakan dapur gas!....Selalunya dodol ini dimasak bila musim perayaan atau bila ada majlis perkahwinan la....Lain kali bila ada gotong-royong bikin this dodol, I akan amik gambar langkah demi langkah cara-cara penyediaan dan cara memasaknya buat tatapan semua........

Tuesday, November 29, 2011

Keracunan makanan!

We all satu family kena food poisoning semalam dan still berlarutan sehingga ke hari ini. Gara-gara makan lauk kenduri kawen one of my friend. Mmmmmm, we all selalu mendapat jemputan walimatulurus dan menghadirinya tapi this is 1st time we all sefamili kena food poisoning. Maybe one of the lauk pauk tu telah tercemar! Tapi nasib baik la 'kan yang paling teruk bukannya 3Es tapi mummy dan daddy diaorang. Tak tahan weiiii asyik duk berulang ke tandas je.....letih dan sakit pinggang, badan pun lemah sebab kurang air...Alhamdullillah, we all semakin pulih lepas makan ubat.

Cuti yang agak panjang last week we all banyak menghadapi majlis pre-khatan anak bujang kawan Mr E...wah! sekarang ni budak2 lelaki nak berkhatan ada buat majlis macam sambut birthday gitu....orang jemput, we all pun dengan senang hati menghadirinya! Then the next day, menghadiri walimatulurus di Semenyih dan terus lancar ke Rembau pulak. Kat Rembau, kampung atuk & wan I ada buat gotong-royong kacau dodol....semua adik beradik my mama ada.....adik-beradik I dan sepupu sepapat pun turut serta. Masa I sampai, dodol atau penganan dah siap pun, so tak sempat nak amik gambar bagaimana nak masak dodol atau penganan tersebut! Later kalau ada buat lagi, I akan amik gambar step by step how to masak the dodol ya....

ok ya...layan je photo my 3Es yang diambil sepanjang minggu lepas.....

Face painting...one of the activity kat rumah Mr E's friend masa makan2 before anak2 dia dikhatankan.....

Eldest E tengah dicontengkan mukanya....
Middle E with her happy face!

Eldest E....Youngest E tak minat langsung nak buat face painting ni...

Sempat lunch kat sini semalam lepas semalaman di Rembau

Macam anak remaja dah si Eldest E 'kan....

Middle E yang perasan cute sokmo!

Youngest E yang nakal!

The Manhattan Meatlovers Pizza....Teksi kuning serves the best pizza in town. Uno comes in as a close second. The rest are just roti tempayan level...

Monday, November 28, 2011

Bakes of the week...

"Who lives in the pineapple under the sea? Spongebob Square Pant quot; Siri kartun ini favourite my 3Es tau....My Middle yang tolong temankan I siapkan figuren2 ini....tq sayang! Tq to Nana yang order this 2 cakes for her children birthday party....

Happy 9th Birthday Marsya! Vanilla cake with the SpongeBob theme...

Watak utama siri kartun ini....SpongeBob Square Pant, Patrick, Mr Crab & Gary...

Dinasour cake (Chocolate Cake) for lil' boy yang sangat fanatik dengan dinos...
Happy 6th Birthday Muqry!

Cute dinos in the house!!!

Hilang stress bila makan brownies dengan vanilla ice-cream tau!...

Wednesday, November 23, 2011

Handphone I hilang!!!

Handphone I hilang hari ni. Perasan handphone takde masa dah sampai kat office lepas breakfast with my colleague tadi kat cafe...:-( Confident yang I tertinggal masa breakfast tadi kat cafe, tapi bila bergegas semula ke cafe dan tanya pekerja2 kat situ...diaorang kata takde pun....Firasat kuat menyatakan yang handphone I tu telah dirembat oleh one of the pekerja2 cafe tu....Ala...handphone I tu pun bukannya canggih manggih mana pun....bukan Blackberry, jauh sekali Iphone...takde touch2 screen pun...cuma cap Sony Ericsson je...

I ralat sebab semua contact number dan segala mak nenek I simpan kat phone tuuu....oh!!! sungguh stress la...adoiyaiiii...stress I. Dah la kena call Celcom utk block kan sim card tu...then kena pulak ke Celcom amik sim card baru....nanti bila I dah amik sim card tu, I guna je handphone Mr E yang lama....tak perlulah beli yang baru. Rasa macam tak best la handphone takde....rasa lain. So, hari ni pun nak buat kerja kat office pun tak bersemangat sangat....jiwa ada sikit kacau la....arghhhhh!!!!!!

Sayonara my buddy....gonna miss u since u banyak berjasa kat I.....jodoh kita berdua tak panjang la....:-((

Tuesday, November 22, 2011

Roaaaaarrrrrrr!!! Tahniah Skuad Harimau Malaya B23!

Tahniah buat Harimau Muda Malaya yang berjaya mengalahkan Sang Garuda di Bung Karno Stadium, Jakarta malam semalam. We all layan game tersebut kat rumah je. Macam-macam perasaan yang muncul masa nonton game soccer tu malam semalam. Kecut perut pun ada, rasa debar....ish, macam I pulak yang sedang beraksi di atas padang tu.....game depa sangat best!!! Puas hati lah tengok game tu....tak sia-sia we all layan sampai ke penalti. Sungguh bertenaga weiiii...salute kat skuad Harimau Malaya B23 yang memenangi pingat emas terakhir untuk Malaysia di temasya Sukan Sea 2011 di Jakarta-Palembang. I bangga sangat apatah lagi lagu Negaraku berkumandang masa selepas skuad Harimau Malaya terima pingat emas. Siap tunggu tuuuu....I sangat bangga menjadi rakyat Malaysia tau dan sentiasa menanamkan semangat sayangkan negara dan sifat patriotik dalam jiwa my 3Es....mmm, wondering jugak, ada tak sape2 di luar sana yang tak bangga menjadi rakyat Malaysia ke???

baked this Maltesers Squares for my 3Es...sedap!

Manggo Cream Cheese Layer Cake.....Thanks CT Kamilah for the order!

For my ex- Uni friend. Dah lama betul terputus hubungan since grad dulu..alih2 terjumpa semula thru FB...Thanks Azah! Nice to meet u again...later we buat sessi teh tarik ya!

Monday, November 21, 2011

3 kali NASI ya......

Hi guys......I'm still alive ya!!! Cuma sibuk bangat dengan office works, 3Es, house chores yang tak abis-abis, family event.....macam poyo 'kan..tapi mmg benar. Niat di hati mmg nak update blog ...banyak gak yang berlaku...tapi bila dah malam je...I sangat penat dan letih. So, jawab la tido la 'kan......

Saje nak share...hari n we all makan nasi 3 kali dalam sehari....banyak 'kan....macam sessi balas dendam je. Actually, I ada buat plan diet for 3days....mmg berjayalah menurunkan 3kg...tapi rasa macam azab weiiii!!!!....later2 I update pasal diet ni ya......

Ni menu lunch...breakfast tadi balun Nasi Lemak!

petang I baked this Meringue Cookies.....sedap bangat u!!! resepi nanti I update kat sini ya

Ni menu dinner pulak...macam tak ok je combination ni 'kan...ada I kisah! yang penting kenyang!

Nasi Goreng for dinner....

Bread Omelette....