Wednesday, March 7, 2012

Bercucuk tanam...

Asyik2 duk tayang gambar foods je 'kan. Perasan macam bagus je I ni 'kan....padahal lauk pauk yang dimasak atau kek yang dibakar macam siaran ulangan je.....so, kali ni I nak tunjukkan lah pulak gambar tanaman yang I tanam, siram & baja (ni jarang sekali ya I buat).....Actually, I suka bercucuk tanam ni, cuma keadaan dan masa yang tidak mengizinkan. Lagipun rumah I takde le banyak kawasan lapang untuk bercucuk tanam....cuma tanam dalam pasu je pun...tak pun tanam depan rumah I yang sememangnya takde rumah pun.....itupun harta kawasan kerajaan negeri....hahahahaha...ok la, tak perlu coleteh banyak2 ye.....meh layan gambar pokok apa yg I tanam....:-))

Pokok Limau Kasturi....

Pokok Daun Kesum...

Daun pandan...

Pokok terung...

Daun pandan...boleh buat Pandan Chiffon Cake

Dah 6 tahun usia pokok mangga ni...baru je berbuah sekali, itupun 3 biji je buah mangga yang menjadi. My mama setiap kali datang rumah I pasti tolong bajakan pokok mangga ni...I selalu je terlupa nak letak...tu pasal la kut pokok mangga ni merajuk nak berbuah lagi....

ok la..nak tido ni...best tido bila kat luar tu hujan....nite2 & till then ya!

Tuesday, March 6, 2012

Makan percuma lagi....

Tq to Yanti again sebab belanja I dan rakan sekerja yang lain lunch semalam ya. Moga2 tuan punya badan yang belanja we all lunch semalam dimurahkan rezeki lagi.......

Makan di sini, CITRUS CAFE & RESTAURANT, Bangsar Village 2

Ini yang I makan....Chicken Fritters with fries...sedap jugak.

I minum this Earl Grey Tea...kebetulan pulak masa tu I diserang migrain but still boleh tahan la

Geng2 sekerja....:-))


Red Velvet Cake for dessert..Topping dia kaler merah tuuuu!

Sunday, March 4, 2012

Hot Sunday!

Breakfast beli je...then sempat ke pasar kejap beli bahan2 mentah untuk memasak sebab stok bahan mentah sudah kehabisan. Sambil masak untuk lunch, buat laundry jugak. After breakfast tadi, Mr E bawa 3Es mandi-manda kat air terjun di area rumah we all. Semasa ketiadaan mereka, I sempatlah buat house cleaning...vakum, mop lantai, cuci bilik air...Balik je daripada mandi-manda tu, Mr E & 3Es kelaparan...nasib baiklah dah hampir siap masak lunch.

Menu lunch kami yang simple....

Sup tulang...

Daging Goreng...favourite seisi rumah.

Telur dadar

Kerisi goreng

Ikan masin nipih pemberian MIL...

Choc Moist Cake for the 3Es...

Sample Choc Moist Muffin for a friend yang nak buat wedding doorgift...

Macaroni Ikan Bilis for dinner!

Saturday, March 3, 2012

Treasure Hunt 2012

Pagi2 lepas hantar my Eldest E ke sekolah sebab ada sekolah ganti hari ni, I terus meredah bandaraya Kuala Lumpur yang tercinta untuk join activiti treasure hunt anjuran salah satu kelab di company yang I bekerja. Budak2 kat office I yang ajak I join....ok la, best jugak sekali sekala layan. Sambil2 tu boleh hang out sambil cuci2 mata....Treasure hunt tu dengan jalan kaki ok dari Jalan Bukit Mahkamah - Jalan Ampang - Jalan Bunos - Jalan Tunku Abd Rahman - Jalan Masjid India - Jalan Lekiu - Jalan Melayu - Jalan Tun HS Lee - Jalan Silang - Jalan Tan Cheng Lock - Jalan Pudu - Jalan Tun Perak.... Pendek kata, habis pusat bandar kami redah. Panjang kata, haaa penatlah engkau..haha.

Dah lama jugak la tak meredah bandaraya Kuala Lumpur yang tercinta ni dengan berjalan kaki dengan kengkawan. Layan jugak la sambil menikmati permandangan dan gelagat orang sambil2 menjawab soalan2 treasure hunt yang diberikan. We all mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk menyelesaikan soalan2 yang diberikan dengan melalui ke semua jalan2 tersebut dan balik semula ke tempat permulaan di TM Bukit Mahkamah. Selepas hantar jawapan2...we all menikamati lunch yang disediakan oleh pihak penganjur dengan berseleranya sebab kelaparan dan kehausan. Almaklum lah kan....agak penat weiiiii berjalan kaki tadi tu (nampak sangat yang I ni kureng exercise ni...)

Acara kemuncaknya pastilah upacara penyampaian hadiah untuk semua pemenang2 ya. Ada lucky draw...tapi I sesungguhnnya tidaklah bernasib baik untuk utk menang. Tamat segala2nya jam 2.30ptg...terus pulang ke rumah.

Gambar-gambar sekitar Treasure Hunt tadi. Credit gambar to Mun & Yus. I tak bawa camera.

Sempat layan rojak yang paling sedap kat Jalan Kuching dengan Haja on the way pulang ke Templer...dah lama benar tak makan rojak ni

Pakej sekali dengan cendol!

Sempat baked this malam tadi for my sister's punya kawan utk acara makan2.

Red Velvet Cuppies!

Double Layer Red Velvet Cake...

Thursday, March 1, 2012

Story pasal Middle E, Korean Food...

Welcome March....mmm, sedar tak sedar sudah hampir ke 2nd quarter 2012 'kan. Sungguh cepat masa berlalu! Life I pun makin sibuk sikitlah dengan office worknya, dengan karenah 3Es nya especially Middle E la...budak sorang ni cukup nakal sekarang ni. Suka sangat menyakat kakak dan adiknya tau. Hampir give up dengan si Middle E ni....ntah kenapa bertambah2 pulak kenakalan dia sekarang....dah ler tu, kena kasi lebih perhatian kat dia especially nak pastikan si dia ini boleh lancar membaca sebelum masuk darjah satu tahun 2013. Middle E ni boleh lah membaca sikit2 tapi tidak selancar my Eldest E masa Eldest E sebaya dengan Middle E...bukan nak compare, I tahu sebab setiap perkembangan anak2 adalah berbeza antara satu sama lain dalam pembelajaran tapi sekurang2nya I nak pastikan yang Middle E boleh membaca dan faham dengan baik sebelum dia masuk tahun satu 2013. My Middle E ni cukup bijak dan petah serta bagus dalam komunikasi dia dengan orang sekeliling...bukan sahaja dengan rakan sebaya malah dengan orang yang lebih berusia daripadanya. Tapi bila masuk bab belajar ni, dia ada sikit malas dan tidak suka nak buat benda yg nak kena berpikir2 sangat. Kalau ada homework banyak, dia akan complaint penat nak buat. Bab2 belajar ni dia malas skit, tapi kalau bab2 yang berkaitan dengan skill lain arts ke, baking etc...dia cukup cepat tangkap dan suka benar melakukannya. Tak perlu disuruh pun tau....kalau suruh belajar, banyak betul alasan dia......Dia ni kelakar dan suka buat we all gelak tapi kekadang tu suka buat mummy & daddy dia naik angin....Iye la 'kan, budak tak cukup hormone...macam2 perangai lah yang dia ada. Memang kena banyak bersabar betul lah dengan Middle E ni....apa2 pun we all tetap sayang dengan si pitot we all tuuuu....:-))

Lunch tadi ada officemate yang belanja. Makan kat Korean Restoran di Bangsar South.

Ini set lunch BBQ Chicken yang diorder oleh officemate I tu, Yanti namanya.

Ini pulak I punya. Kimchi Noodle diberi nama. Ada side dishes lagi iaitu telur dadar gulung (rasa agak manis), Kimchi (kubis yang masam maybe sbb ada cuka) dan ikan bilis yang manis jugak!

1st time makan Korean Food ni. Kimchi Noodle yang I makan ni rasanya ala-ala Maggi kari tau...
Tq la Yanti sebab belanja I lunch tadi...pastu siap belanja I minum San Francisso Ice Mocha Blended lagi....semoga Yanti dimurahkan rezeki dan boleh belanja I lagi...:-))

Tuesday, February 28, 2012

BFF...

Mesti u all ada BFF 'kan. Sekurang-kurangnya mesti ada seorang....iyelah, selain family terdekat menjadi tempat curahan perasaan atau berkongsi apa saja cerita pasti ada orang luar juga yang tiada pertalian darah menjadi tempat mengadu nasib tak kiralah masa senang atau susah....Biasa laaa pompuan.

Ni I nak memperkenalkan one of my BFFs. I panggil dia NADZ je.. I kenal dia sejak 10 tahun yang lalu. Kenal sebab bekerja satu office dulu. Then I berpindah tempat kerja dan dia masih kekal di situ. We all bukannya satu department pun dulu tapi bekerja di bawah satu company. Ntah macam mana boleh baik dan rapat dengan dia....tapi yang pasti kepala we all boleh masuk la....omputih kata ada understanding gitu dan faham perangai masing2. Sepanjang persahabatan we all, macam2 insiden yang lawak dan tak tercapai akal we all berdua buat. Bila story balik...tergelak terbahak2 la we all mengenangkan kisah lalu...hihihi...

Nadz ni nampak macam lemah lembut gitu tapi sebenarnya agak brutal juga. Cekap dan hebat as an ummi kepada 4 org anak. Tapikan kalau u all jumpa dia personally, mesti tak caya yang dia dah ada 4 anak!....Slim dan maintain je tau...I je yang dah gemuk ni...stress2..nak gak kurus macam Nadz....Mmmm, si Nadz ni of course lah baik, rajin, suka tolong orang, suka nasihat orang tapi kekadang I suka buli dia....biasalah 'kan...comel tapi pipi tembam (itu asset dia tau...ala2 trademark gitu)....tapi satu je...mmm, dia ni agak susak nak marah orang la...suka pendam dalam hati.....Ok lah...I happy sebab ada kawan yang sekepala dengan I...best2..Nadz, tq for always being there for me ya.

Oh ya, sebenarnya lunch tadi mmg tak we all tak plan pun nak jumpa tapi we all jumpa jugak! Dan tetiba jugak Nadz tadi, kasi tau I tadi yang dia akan menunaikan Umrah lagi 2 hari, tu yang bersungguh2 jugak dia nak jumpa I tu. Rezeki dia la...dah 2 kali dia buat Umrah, cuma I je belum berkesempatan ke sana. Insya-Allah, satu hari nanti jika dengan keizinanNya, I pasti ke sana. Doakan ye..Amin! Since tadi sempat jumpa Nadz, dia juga I titipkan Almond Orange Cake yang I baked malam tadi. Suka benar Nadz dengan cake tu....:-))

Me & Nadz....

Sweet Nadz yang tembam....Selamat menunaikan Umrah ya babe..semoga urusan ibadahmu permudahkanNya...amin!!!

Monday, February 27, 2012

Gara-gara nak kulit telur....

Monday sudah hampir ke penghujungnya bila I mencoretkan sesuatu di sini....actually baru je tetamu we all pulang....officemate Mr E's...si Tommy yang singgah kat rumah we all ni. Jamu la skit tetamu yamg 1st time datang ke rumah ni dengan Spaghetti Bolognese dan Almond Orange Cake yang baru saje keluar daripada oven! I buat this cake malam-malam buta ni pun sebab my Middle E nak kulit telur untuk projek seni dia kat sekolah esok....Kiranya tetamu we all tadi langkah kanan la....makan this cake fresh from the oven tu...:-)

Kerana anak nak kulit telur untuk projek seni dia....mummy pun terpaksalah buat cake ya....

Ok...till then & take care ya!

Sunday, February 26, 2012

Say NO to NASI....hari ni je pun...

Cewah cewah...tajuk bukan main poyo lagi 'kan...YA, ini cerita betul bukan khayalan ya...Hari ni menu we all takde nasi tau daripada breakfast sampailah ke dinner. Kenapa takde nasi hari? Sebab chef in the house sungguh malas nak pikir dan hasil pemikiran itu untuk memasak....so, orang-orang di dalam rumah ni makan je apa yang I sempat masak ya....

Kueh Teow Kerang for Breakfast..

Spaghetti Bolognese for lunch...

Sempat baked this cookies for 3Es punya stok kudap2 dan buatkan sebalang untuk my sister, Angah...

Sempat jugak this macaroon....siap je masak terus dingap oleh Eldest & Middle E....

Lepas Asar, we all lancar ke KLCC. Nak beli perfume Mr E yang sudah kehabisan. Pastu lepak jap kat San Francisso Coffee.....hampir 2 jam kat KLCC we all pun pulang. Singgah jap kat rumah in-laws untuk Maghrib dan layan KFC for dinner. Pastu we all pulang la ke rumah we all yang best itu......:-))

3Es....

Saturday, February 25, 2012

One Fathom Bank, Orange Chiffon Cake

Pagi semalam (Jumaat), Mr E pergi memancing di Rumah Api Permatang Sedepa atau lebih dikenali dengan One Fathom Bank. Location kalau nak details, u all google je la yea...:-)) Gambar di atas merupakan rumah api tersebut. Masa ni Mr E & friends dalam bot menuju ke sana.

Mr E di pelantar One Fathom Bank

Nak masuk kat sini wajib minta kebenaran dengan pihak terlibat ya. Tak boleh main redah atau masuk secara haram tau...

Details One Fathom Bank

Hasil tangkapan Mr E & friends....

Setelah dibahagi-bahagikan hasil tangkapan....ini portion untuk Mr E....

Lalu I gorengkan dan menjadi lauk lunch we all. Makan dengan nasi putih panas je....sedap!!! Actually tu je lauk untuk lunch we all tadi...sempoi 'kan! Ada ikan selar jugak tapi tak masak lagi, ingat I nak masak singgang la utk lauk esok pulak....:-))

Youngest E bantu daddy dia pasang kail sehari sebelum Mr E pergi memancing esok harinya...

Today, I baked this Orange Chiffon Cake khas buat my Mr E....his favourite actually....so, since dah lama tak bikin this Orange Chiffon Cake sebab asyik2 buat flavour Pandan je 'kan, kesian pulak kat Mr E yang tak suka makan Pandan Chiffon Cake....

Ini dinner kami tadi....jamu jugak my sister, Angah yang datang hantar my Eldest & Middle pulang ke rumah selepas bermalam kat rumah my sister, Angah semalam....

Main course, BeeHoon Siam Goreng makan dengan Sambal Sardin....

Orange Chiffon Cake for cuci-cuci mulut layan bersama Earl Grey Tea....:-))

Ok.....itu je nak share dengan u all ya...Enjoy the weekend!!!

Tuesday, February 21, 2012

Pandan Chiffon Cake vs Homemade Double Beef Burger

I baked this Pandan Chiffon Cake lewat malam tadi untuk majlis makan2 kat office during lunch hour. Mmm...aroma wangi daripada bau pandan yang telah dikisar bersama santan segar lalu dijadikan batter chiifon....bila dibakar dalam oven lalu mengeluarkan satu haruman yang sungguh sedap!...Bau sedap, kek naik cantik membuatkan I hilang rasa penat...Kiranya bagai satu therapy gitu!

Pandan Chiffon Cake dalam bekas muffin tu khas buat my Middle E sebab dia suka makan this Chiffon Cake...

Dinner kami untuk malam ni...sempoi je 'kan! Sempoi sempoi pun takpa asalkan perut kenyang!

Homemade Double Beef Burger....