Saturday, February 6, 2010

Saturday Part II without Mr E...

My Youngest E tido agak lama tengah hari ni....lebih kurang 2jam setengah. So, since kakak2 dia ikut my parents pergi makan kenduri kat Shah Alam dan my youngest E pulak lena diulit mimpi..I pun macam lipas kudung buat macam house chores kat rumah ni. As usual, weekend ja Mr Toshiba I akan bekerja keras untuk mencuci baju bajan we all. Hari ni ja 5 trip laundry. Baju kije satu trip, baju 3Es satu trip, towel2 satu trip dan cadar etc satu trip...Sib baik la matahari hari panas berdenting....sidai kejap ja kering kontang baju bajan I. Puas hati I buat laundry hari ni. Malam karang la proses pelipatan baju bajan tu.

Sambil2 tu I vakum rumah, cuci toilet dan buat housekeeping dapur I. Mana2 barang yang tidak digunakan I buang ja. Mula2 tu rasa sayang..tapi memandangkan buat menyemak ja..baik buang terus 'kan. Abis citer. Then hampir jam 4 ptg my parents singgah kat rumah I untuk hantar Eldest dan Middle pulang. Masa tu I tengah baking cookies...mmg stok cookies kat rumah ni dah abis then kebetulan pulak ada kawan Mr E nak this cookies. So, apalagi...bila Eldest dan Middle E nampak ja cookies dah masak...terus ja capai cookies tu ntah berapa banyak dan terus makan.

Walnut + almond crunchy chocolate chips cookies....nyum nyum nyum.....

Minum petang we all...donut dan Earl Grey Tea...gebuss tak donut I tu???? Minum petang pun dah lewat..perut pun masih kenyang, 3Es pun taknak dinner...(mmmm...mummy tak perlu la bersusah payah kat dapur 'kan....)..masing2 tido awal lagipun daddy pun takde duk sibuk mancing..ntah berapa kilo ikan la dibawa pulang esok...mmmm..ada ker ikannya nanti?..Hihihihi... Mummy kena abiskan aktiviti lipat melipat baju ni...kalau tak semak ja mata I tgk nanti......

Saturday Part 1 without Mr E...

Mmmmm....seawal jam 7 Mr E dijemput kawannya untuk projek memancing kat Lukut dan bermalam di tengah laut. Mula2 tu ikut perancangan, ada 12 org tapi last2 yang confirm join cuma 6 orang ja. Semua tu batch Mr E masa study kat UK dulu-dulu...so, mmg I pun sudah kenal sangat dengan kengkawan diaorang termasuk la wife2 diaorang sekali.

Since Mr E is not around, I jadi malas skit la nak memasak...boleh gitu??? Boleh ja...hahaha..Bawa 3Es breakfast kat kedai mamak...layan roti canai, roti telur, kari ikan tenggiri dan teh tarik kureng manis....bila peyut2 3Es dah kenyang termasuk la mummy diaorang ni...senang hati la 'kan. Nak buat apa2 pun ok ja...sebab peyut dah kenyang.

We all terus ke sekolah Eldest dan Middle E. Pagi ni kat sekolah Eldest dan Middle E ada skit jamuan pasal pembukaan cawangan baru sekolah ni. So, ramai la parents dan teachers ada kat situ. Ala2 suaikenal gitu....hihihihi..macam2 aktiviti ada...ada colouring contest, puzzle contest dan maskot SRK pun ada. Eldest dan Middle E cukup suka dengan maskot ni...tapi my Youngest E pulak jadi tak macho....siap menangis leleh air mata lagi!!!!...ish potong stim la Youngest E ni...

Eldest dan Middle E tengah sibuk buat colouring...

After lepak2 dengan cikgu2 dan parents, we all singgah jap kat rumah my mum kat kalau jalan kaki dari sekolah ni cuma 2-3 minit ja. My parents pulak kebetulan nak ke Shah Alam..ada kenduri kawen, so diaorg offer nak bawa Eldest dan Middle E ke sana...dengan senang hatinya I beri keizinan...hihihii....then I balik ke Templer dengan my Youngest E sambil dalam kepala ni plan nak buat aktiviti apa kat rumah ni.....(1. buat laundry....2. kemas rumah....3.lipat baju...4.Iron baju...5.macam nak baking ja....mmmm...tunggu!!!)....

Suasana sekolah Eldest dan Middle E sebelum bermulanya party sempena majlis pembukaan cawangan baru sekolah ini...

Sessi bergambar dengan tenaga pengajar di SRK....

Sessi menari bersama2 maskot SRK...kiut 'kan...

Friday, February 5, 2010

Yeahh...esok cuti!!!

Agak 2 hari tidak bersiaran ni, al maklumlah sibuk jadi nurse kat 3Es especially to Youngest E la pada waktu malam dan sibuk di siang hari kat opis. Nak buka lappy pun after 3Es tido tak sempat sebab bila dah penat rasa mengantuk la pulak.... I rasa activity yang paling best sekali nak buat ialah TIDOOOO......

Dalam pada tu sempat jugak I lunch hari ni dengan ex-opismate I masa kije kat company lama. Memang dah lama tak berjumpa...so, macam2 la citer yang terkeluar 'kan. We all lunch kat satu restoran di Bangsar Village...Restoran Basil namanya and the main menu is Thai food la. Ingat mula2 tu nak lunch kat Midvalley...alih2 ada skit halangan, we all tukar plan ke Bangsar Village.

Haaa...abis diet we all. We all order siakap sweet sour tapi rasa macam tak sweet sour pun, kerabu mangga, tomyam campur, ayam pandan & sayur kailan...perghhh...penuh peyut we all dengan foods...hongngeh porot den!!!

Kak Yuhana dan Kak Nina....masing2 dah chubby dan sekarang ni duk sibuk berdiet..tapi licin jugak la semua makanan yang terhidang tu dek dikerjakan oleh we all....hahahahaha...

Me & Kak Marini...(sib baik la I nampak dah kurus skit 'kan...caish perasan sendiri la tu!!!!)...........I kena diet & exercise lagi ni sebab nak capai target berat badan yang diidamkan ni......

Wednesday, February 3, 2010

Pictures of my brother's engagement..

Korang layan ja ya gambar2 di majlis pertunangan adik I, Ateh & Yunny at Yunny's kondo.....

Macam dah nikah ja 'kan.....padahal baru ja bertunang...bakal adik ipar I ni mmg sempoi, suka bergaya dan selamba..best!!!!...so, to both of u...SELAMAT BERTUNANG dari 3E sefamili.....

Sebelum upacara merisik dan bertunang....alih2 my ayah yang berbaju batik merah tu terus jadi jurucakap pihak si teruna utk merisik cum meminang pihak si dara.....( My Middle E sibuk ke hulu ke hilir...)

My mama menyarungkan cincin tunang ke jari bakal menantu dia yang baru.....layan (siap ada pelamin tu....I masa bertunang takde pun semua tu...mmg sempoi arr)...macam artis gitu 'kan....!! sebelum tu my aunty sarungkan cincin merisik kat jari Yunny....dapat 2 cincin sekaligus tu....

Dugaan..

*Sigh*....memang dugaan sungguh la malam tadi. Petang semalam after office hours amik 3Es dari rumah my mum terus ja ke klinik sebab my Youngest E demam panas yang mencecah 39.5'C...oooooo..sungguh tinggi betulla temperature tu. Kat klinik jugak doctor sumbatkan ubat sub kat dalam punggung my Youngest E. Lately ni, my Youngest E ni agak berperangai la walaupun tak demam tapi kalau demam..lagi meragam si kecil ni.

So, malam tadi jam 8.00mlm after beri my Youngest E makan ubat dan dia pun terus tido...I buatlah dinner yang amat sempoi..spaghetti bolognese untu Mr E, Eldest dan Middle E makan.
Sambil2 tu buatlah house chores yang tertangguh....macam ni....acara melipat kain..

Ni pun dah separuh dilipat..tinggal separuh lagi yang tak dilipat..sapa yang kena lipat...waaaa..I la sapa lagi. Lepas settle kije2 house chores....I pun jenguk la my Youngest E takut2 la kalau dia rasa tak selesa atau terjaga ker...tengok si kecil tu lena diulit mimpi, I pun layan la internet jap...layan fb, jenguk blog kengkawan...alih2 tak sampai setengah jam, my Youngest E menangis. Terbantut la kejap I nak layan internet...ingat nak tidokan balik si Youngest E then sambung balik layan internet, alih2 I pun tertido jugak!!!!....

Tuesday, February 2, 2010

Latest Picture...

Ni gambar terbaru my Youngest E.....macam gegurl skit 'kan rupa dia...ramai orang ingat my Youngest E ni girl....dah besar dah baby I ni...dah tak baby lagi nak jadi toddler dah..tapi he's still a baby to me!!!! kan sayang...

Monday, February 1, 2010

Nasib baiklah tapi.....

Tadi petang Mr E bawa Eldest dan Middle E ke klinik. Eldest E memang demam panas sehingga banyak rashes timbul kat badan dia. So, Eldest E kena makan ubat demam dan sakit perut. Middle E lak doktor cakap bukan penyakit tangan , kaki dan mulut...cuma bintat2 ja...maybe akan hilang 2 3 hari lagi. I macam tak percaya ja..takpa tengok dulu esok lusa kalau2 la bintat2 ni tak hilang kena jumpa doktor lain la pulak. Doktor cuma kasi ubat sapu ja kat Middle E..tapi balik ja dari klinik, malam ni ja dah 6 kali cirit...ish...penyakit lain la pulak yang timbul..

Selain daripada tu, Eldest dan Middle E cakap, doktor suruh makan bubur nasi atau roti ja. Dengan sepantas kilat, I pun jerangkanlah bubur nasi tu...demi anak2 'kan. Nampak gayanya, tak tido lena la I malam ni sebab nak monitor temperature Eldest E dan tengokkan Middle E..kut kut la dia pun demam jugak 'kan.....

Dinner we all....baked chicken wings and drumsticks....

Bubur nasi ikan bilis sempoi for Eldest and Middle E.....

Ni pulak menu minum petang we all..I teringin nak makan kueh keria aka gelang, terus cargas bikin this kueh dan goreng jugak skit kropok....layan bersama Earl Grey Tea....

Selamat Hari Wilayah 2010

Yabedabedu!!! Cuti lagi...panjang betul la cuti this weekend. Boleh lepak2 lagi kat rumah. Petang ni nak bawa Eldest dan Middle E ke klinik sebab Eldest E demam dan Middle E pulak I suspect macam dapat penyakit kaki, mulut dan tangan. Ish....ni mesti dapat kat sekolah ni..as far I know, penyakit ni menyerang kanak2 berusia 5 tahun ke bawah. Apa2 pun petang karang after jumpa doktor baru tahu betul atau tidak Middle E kena penyakit ni...

This cuppies ni I buat request from Ika & Mira bertemakan persahabatan. Hope both of you suka dengan cuppies ni ya...enjoy!!!!

Sunday, January 31, 2010

Ahad Part 1...

Lepas maghrib adik I yang no 4, Syafiq atau lebih dikenali dengan Ateh akan bertunang dengan gadis pilihan hatinya yang berasal dari Sarawak...Yunny Hasfaniza namanya. Mmmmm...dalam sejarah family I, kitaorang bertunang tidak lama. Semuanya dalam tempoh 3- 5 bulan sahaja. Adik I ni nak nikah dalam bulan depan tapi bakal tunangnya nak melangsungkan pernikahan akhir tahun ni. Mmmmm..sukati diaorang la..asalkan diorang bahagia!!!!..Anyway, Selamat Bertunang To Ateh & Yunny!!!!

So dengan baik hatinya I buatkan choc moist cuppies dan choc moist cake untuk majlis ni. So, mmg hari ni I tak masak breakfast and lunch pun...breakfast kat kedai mamak favourite we all dan lunch pun kat kedai Sri Indah sebelum Pekan Rawang. Hari dapur mummy 3Es tak berasap sebab sibuk skit menyiapkan choc moist cuppies dan choc moist cake.

Lovely choc moist cuppies....I buat almost 100pcs...

Choc Moist Cake...I buat agak tergesa-gesa dan si Youngest E agak "menyibuk" nak bantu I deco cake ni..

Saturday, January 30, 2010

Citer Sabtu yang lambat update...

I tengah mengantuk ni...mata pun tak larat nak buka ni, tapi still nak update blog. Sepatutnya siang2 tadi dah update blog dah tapi modem rosak la pulak. Ni pun guna 3G Celcom Broadband Mr E punya (claim macam bagus la...kununnya 3.6MB/S..laju la tapi tak sebest Streamyx kat rumah we all ni walaupun 1MB/S...terasa lembab giles la....nasib la labu!!!! Malas nak citer panjang, u all layan la menu2 yang I buat untuk 3Es dan Mr E ya.......

Ni menu breakfast we all....beehoon seafood bergoreng berlaukkan ikan sardin mackerel....

Chilled Blueberry Oreo Cheese Cake....memang tak mendapat sambutan langsung, waima Mr E yang seorang pemakan pun tak berapa gemar...apalagi 3Es...so, memang tidak akan ku buat lagi la....sib baik la my sister Mira datang tido rumah I, so dia lah yang bawa balik semua Chilled Blueberry Oreo Cheese Cake ni ke kolej dia....

Spaghetti Bolognese ni pula dinner we all.....thsi menu memang laku sangat2...especially Eldest E yang makan sampai 3 kali tambah dan as usual bersih pinggan dijilatnya!!!!!..

Friday, January 29, 2010

Orange Chiffon Cake vs Carrot Cuppies...

Orange Chiffon Cake ni I buat untuk opismate I yang comel lote. Katanya teringin nak makan Orange Chiffon Cake I ni...dan sudah pastilah I suka sebab I enjoy baking!!!! Memang mood baking I tak pernah2 luntur la setakat ni...sentiasa ada mood ja, so kalau ada sape2 yang request cake or cupcakes sure dengan senang hatinya I akan buat!!!!

Since ada carrot lagi dalam fridge..(bukannya apa, kalau dibiarkan sure that carrot akan lembik dan lebam 'kan)...so, dengan rela hati I pun bikin lah carrot cuppies. Nanti boleh la Mr E bawa ke opis dan makan dengan saing2 dia sambil bersedekah di hari Jumaat...mesti budak opis Mr E suka 'kan...

Korang layan ja la gambar2 orange chiffon cake dan carrot cuppies ni ya....

Orange Chiffon Cake...

Carrot cuppies...

This comel dan cute orange chiffon cake for my Middle E dikelilingi dgn carrot cuppies...

Thursday, January 28, 2010

Sesat, lunch dan hadiah misteri....

Malam semalam Mr E ke Kuantan. Ada kije skit kat sana, so, I dan 3Es tido kat rumah my mum sebab senang I nak ke opis esok tumpang my adik. Ok...tadi lunch kat Nando's dengan Zarin. Itupun secara kebetulan dia minta I belikan something kat kedai bakeri sebab kat kedai bakeri yang dia selalu pergi barang tu out of stock. Sebelum tu nak citer skit arrr, si Zarin ni sesat barat ntah ke mana sebelum kat opis I. Dah ler tu, GPS aka personal assistant route guide dia tidaklah berfungsi....aparaaaa... Akhirnya, she managed to arrived at my office....

Haaa..bila dah jumpa tu, sambil layan lunch we all berborak sampai nak rak!!!!..Biasa la macam2 citer akan terkeluar. Tak boleh lama2 nak lepak sebab Zarin kena cargas pulang sebab nak amik her lovely daughter kat SRK BTHO....

Ni la hadiah misteri yang I menang daripada peraduan suka2...iaitu teka-teki psycho from blog Zarin..fridge magnet...miniature mesin jahit lama dan meja tulis....cute 'kan.
p/s: Anyway Zarin, walaupun ko sesat...tapi ko sampai jua di opis ku, aku jua dah email kat ko carrot cuppies recipe...and tq very much for the gift...I suka!!!!!

Wednesday, January 27, 2010

Breakfast cum Dinner...

Awal pagi semalam I buat carrot cuppies for my friend. Then ada lebihan I jadikan this cuppies for breakfast. Eldest dan Middle E tak gemar makan this carrot cuppies...so, breakfast diaorang cuma minum Milo panas cicah bersama biskut crackers.

Then, for dinner pun I makan this cuppies. Mr E takde sebab ada training volleyball dan dah kenyang. 3Es pulak makan nasi lemak yang I belikan untuk diaorang kat BBS. 3Es tido awal, I pun mengemaslah apa2 yang patut dan zzzzzzzzzz......................(masih lagi sedey l sebab terasa kehilangan Sophia...dah la akuarium Sophia kat ruang atas rumah I yang bila naik tangga ja sebelum masuk bilik sure nampak punya...phia...phia....we all miss sgt2 dgn Sophia....)

Tuesday, January 26, 2010

Our Lovely Sophia is gone..............

Sophia is our pet fish yang we all bela sejak 5 tahun dulu. Sejak dua tiga hari ni our lovely Sophia tidak berenang aktif seperti biasa. Asyik statik di tempat yang sama ja. Makan pun tak lalu. Ntah kenapa la si Sophia ni...rasanya sakit dah hampir mati kot. My Middle E sangat sedih bila si Sophia tidak cargas seperti sediakala. I dan Mr E pun sedih jugak melihat keadaan Sophia tu.

Memang umur Sophia tak panjang. After I siapkan Eldest dan Middle E ke sekolah, Middle E pun pergi la jenguk Sophia kat akuarium...tetiba ja Middle E jerit....."Daddy......phia dah mati. Phia tak gerak2 pun....". Mr E pun bergegas la tengok dan memang Sophia telah tiada lagi. We all sangat sedih dengan kehilangan our little Sophia.


Sophia dalam kenangan ( May 2005- Jan 2010).....


Sunday, January 24, 2010

Lovely Sunday Part Three

Sudah penat berfoya-foya dengan 3Es dan Mr E kat KLCC...we all pun pulang la ke Templer. Tetiba ja hujan turun dengan lebatnya bila we all tiba kat Bukit Templer...I suka hujan tapi kalau masa tu I ada kat dalam rumah la. Tapi kalau we all keluar atau balik rumah...dan masa tu hujan turun tak kira la lebat atau renyai...I sangat tidak suka...sebab musababnya rumah I takde porch then satu lagi, gate I tak automatik.....akibatnya basah la nanti 'kan.

Sebelum sampai rumah, tetiba lak Mr E terus menghala ke Pekan Rawang...nak beli cacing katanya sebab nak gi memancing kat tasik area rumah we all....Alih2 cacing pun terlupa nak beli sebab asyik layan karenah Eldest E yang minat sangat dengan ikan emas. Cacing untuk umpan tak beli tapi ikan emas yang dibelinya.

Dinner pulak I masakkan nasi goreng berseafood for 3Es dan Mr E...

Ni la nasi goreng berseafood dan makan sekali dengan timum dan sambal belacan..

Orange Chiffon Cake yang I buat before ke KLCC. Ingat nak singgah kat rumah in-laws sambil bawa this chiffon as a buah tangan...alih2 diaorang takde sebab kelik Kelate...so, Middle E a.k.a hantu sifon ni la yang akan menghabiskan chiffon ni bersama2 Mr E....


Plan nak beli cacing...terpedaya dengan pujukan Eldest E, ikan emas yang dibeli oleh Mr E...

Lovely Sunday Part Two

Lepas Zohor tadi we all ke KLCC...jalan-jalan, masuk satu kedai ke satu kedai...layan karenah 3Es yang buas..berlari ke sana ke mari..dah tak terlayan dibuatnya. Middle E pulak buat perangai dengan tiba2 taknak berjalan dengan alasan kaki sakit. Jenuh la mummy dan daddy gilir2 dukung Middle E...kalau tak dukung, si Middle E tu buat perangai menangis sekuat hati sambil baring kat di atas lantai. Sikit pun takde perasaan malu pun dia. Malah ada la seorang dua makcik tegur I.....budak2 memang camtu...biasa ja...I sengih ja la 'kan...

Dah penat...aktiviti seterusnya..makan!!! We all layan Burger King. Dulu2 masa makan BK ni, kita boleh refill minuman dia sebanyak mana yang kita larat nak minum 'kan..so, ingat masih ada lagi la macam tu...I pun cuma order two drinks ja la sebab nanti boleh refill 'kan....alih2 dah tak boleh dah....ntah sejak bila dah tak boleh refill minuman lagi. Nampak sangat dah lama tak makan BK.

Korang layan ja la yea gambar2 yang sempat I amik masa kat KLCC tadi ya....

Permandangan ni I amik dari jendela kaca Kinokuniya....cantik 'kan...

Lunch we all....whopper jr for me, double cheese grilled beef for Mr E, chicken burger for Eldest E dan chicken tenders for Middle E dan Youngest E....

Susah betullah nak amik gambar bertiga 3Es ni...Youngest E tak mahu duduk diam langsung...tu sib baik la kakak2 boleh peluk utk paksa si Youngest E ni duk diam2...itupun kejap sangat2...

Lovely Sunday Part One

Haaa....lepas ja solat Subuh, I terus ja buat adunan cookies. Memang dah plan dah nak buat cookies...kebetulan pulak memang stok cookies dah abis dan kebetulan pulak rumah I ni ada bau skit ikan mackerel yang I bakar semalam tu...so, bila buat cookies atau cake sure rumah I akan bau harum balik 'kan...tapi bukan la bau bunga harum sundal malam tu tau....mmmm...

Sambil2 cookies I dibakar oleh Cik Oven Europa I, I pun prepare jugak breakfast untuk pagi ahad yang indah ini.Masak Char Kueh Teow goreng berseafood dan layan bersama Earl Grey Tea....Licin beb!!!!

Memang I selalu buat menu ni for breakfast sebab memang mendapat sambutan hangat daripada 3Es dan Mr E.

Cookies yang mengeluarkan aroma yang best...secara tidak langsung hilang la bau tungkik mackerel yang I bakar semalam.....

Ok la...karang2 I akan postkan lagi entry Lovely Sunday ya.....Cik Oven Europa I tengah bekerja lagi ni...I tengah baking Orange Chiffon Cake...(dah lama Middle E request) dan boleh la dibuat buah tangan pada in-law I petang karang after jalan2...chiow dulu ya...nak gi jalan2 kat Kay Ell ja...( dekat ja KL tu Aunty Som...)...

Saturday, January 23, 2010

Panas di siang hari, hujan dikala malam berlabuh

Basuh kain basuh kain wei!!!!.....amik kesempatan kala mentari memancarkan bahangnya, I buat 5 trip laundry...sure En Toshiba tercunggap-cunggap 'kan..nasib la kamu En Toshiba. Breakfast makan nasi berlauk dan nasi lemak ayam goreng. Ish...ini pasti akan menambahkan lemak2 kat body I ni. Kalau body I dah menampakkan kelemakannya sure Mr E akan sound I suruh I kuruskan body ni...dah muka I bulat dan pipi pun chembong semenjak2 kawen dan beranak 3 ni...dolu2 kala pipi I bagai pipih dilayang dan muka pun bujur skit la...tapi sekarang, sendiri mau ingat la babe!!!!

Ok ok...cukup la tu mengomel tak tentu hala 'kan...baik citer pasal apa yang I masak untuk lunch 'kan. Since breakfast dah nasi..tengah hari kena masak gak nasi tapi dalam kuantiti yang skit ja sbb we all banyak meratah lauk ja. Menu lunch we all : ikan mackerel yang dibakar bodo, ulam-ulaman...dan pasangannya...sambal belacan dan sup ayam sempoi. Macam berkhasiat ja menu we all 'kan sbb takde penggunaan santan pun.

Ni la menu lunch we all. Tapi Mr E cakap...ikan mackerel tu lagi sedap digoreng sekejap (luar garing dan isi dalamnya basah...) compare to dibakar la 'kan...Dah la tu...abis satu rumah bau ikan mackerel ni sampai la ke malam...nampak gayanya I kena baking cake atau cookies utk hilangkan bau si mackerel ni. Tengok keadaan la sebab I rasa sangat2 penat arr hari ni.....

Dinner pun sesempoi yang mungkin...sup ayam lunch tadi dimakan bersama roti arab....layan2 sup panas dan roti panas masa sejuk2 macam ni best la....Layan pulak masa 3Es dah tido sbb kepenatan sangat....I dan Mr E bawa diaorang main basikal kat area rumah all sambil mummy dan daddy dating kat kedai mamak lewat petang tadi.......:-)

Friday, January 22, 2010

Potong atau tidak....

Mmmmmmm...tengok tajuk ja, sure u all ingat iklan telecommunication tu 'kan...Actually ni takde la kena-mengena dengan iklan tu tau. Next year, my Eldest E akan masuk darjah satu, so sure lagi hectic la hidup I 'kan. Plan nak masukkan Eldest E kat SJKCina kat area rumah my mum utk dia kuasai bahasa Mandarin pulak (walaupun I and Mr E orang Melayu yang masih kuat dengan sentimen kemelayuan...hidup Melayu). Sure sebelum subuh lagi, I dah kena preparekan breakfast untuk Eldest E bawa ke sekolah nanti 'kan. My Eldest E ni memang hantu nasi, so memang kena bawa bekalan nasi ke sekolah camni 'kan. Lagipun kat SJKCina tu sure makanan2 yang dijual kat kantin pasti diragui kehalalannya 'kan. Paling selamat, bawa ja bekalan makanan ke sekolah.

Selain bawa bekalan ke sekolah, I kena siapkan Eldest E jugak. Nak kena tocangkan rambut dia yang panjang mengurai tu...dah sampai ke paras pinggang dah. After Eldest E lahir, I botakkan rambut dia supaya tumbuh rambut baru. Hanya sekali ja selepas itu I potong rambut Eldest E dan sejak2 dari itu tak pernah potong pun. Terasa sayang jugak la I nak potong rambut Eldest E tu...cantik, lurus dan curly dihujungnya....tapi memandangkan I jugak yang kena take care rambut Eldest E, siapkan bekalan ke sekolah, siapkan diri I ke opis, make sure Mr E bangun, siapkan Middle E dan Youngest E jugak...pasti I akan sibuk giles setiap pagi 'kan!!!!!! tengah membayangkan kekalutan yang bakal I tempuhi nanti....waaaaaaaaaa..........

Terasa sayang la pulak nak potong rambut Eldest E tu.....(tengah berfikir2 ni....nak potong ke atau tak potong?????......)

Thursday, January 21, 2010

Redemption...

Semalam after sessi medical check-up kat HUKM, I and Middle E singgah sebentar kat MidValley. Saja2 nak nak perabihkan masa sementara tunggu Mr E abis kije. So, tiba2 lak teringat yang I ada redemption kupon Clinique yang blom ditukarkan lagi. Alang2 dah ada kat MidValley, I pun buat la pergi la kat Clinique counter dan dapat bende ni.......

Ni la dia hasil pertukaran tu...I dapat 3-step Skin Care System size for travelling...Actually, I memang guna this product since 10yrs ago...macam agak serasi la dengan kulit I...Pastu, perfume dia pun sedap baunya...I guna Clinique Happy....mmmm..bau kenanga...pun guna this perfume dah lama sangat2...This product tak la mahal sangat dan mampu la dibeli...
Abis ja I guna semua ni, bekas2 kosong ni, Eldest dan Middle E akan minta sebab diorang nak main permainan make-up make-up gitu...kunun-kununnya perasan la yang diaorang berdua tu dah besar....nama pun perempuan 'kan ...