Friday, February 18, 2011

Just a quick update....

Currently, I tersangatlah sibuknya dengan walimatulurus adik I no 4 ya....

Telur2 ni I yang rebus tau....seribu biji tuuuuuu

Pengantin sendiri pun bekerja ya.....

Beramai2 mengisi goodies.....

My parents sedang kupik petai untuk dibuat Gulai Sambal Tempoyak...

Middle E with Airis...
Rakan2 baik my mama yang tolong rewang......

Lauk yang "paling panas" dan "paling laku sekali"....Masak Lemak Gulai Tempoyak yang dimasak oleh my mama...:-))

Ok...cukup2 dulu ya...later sambung kemudian...:-))

Wednesday, February 16, 2011

Apa ni....

Ni daun Daun Kunyit......Hampir 2 jam I tolong my mama tolong racik2 'kan pelbagai jenis daun terutamanya pucuk ubi kayu......rasa nak patah pinggang I ni dan tangan pun rasa macam nak melecet gitu...(ada ker melecet kat tangan??? apa2 je la...hihihihi)...Agak2 u all ya...daun2 ni nak dibuat apa ya?... Ini adalah salah satu menu makanan untuk majlis walimatulurus my adik No. 4 this coming saturday...dan menu ni pasti yang paling laris dan laku!!!....Specialnya lagi, my mama sendiri yang akan masak lauk ni....Masak Lauk Tempoyak...amat popular di Negeri Sembilan ya...dan lagi menu lauk ni wajib ada setiap kali wedding kat rumah my mama.....

Setelah diracik2...dibungkus didalam suratkhabar dan disimpan di dalam peti sejuk. Bila nak masak awal pagi Sabtu nanti barulah semua daun2 yang disiap diracik ini akan dikeluarkan.....

Ini sebahagian daun pucuk ubi yang I racik2 tu....agak kasar la tak halus...(tak larat dah babe....lotih den! )....Resepi pun later la ya......tapi bukan I yang masak tau...my mama....SEDAP!!!..Okay lah..nak berehat dan terus tido ni sebab esok ada kerja kahwin yang tak abis2 lagi kat rumah my mama....till then....

Tuesday, February 15, 2011

Lembah Tengah...

Seharian kat rumah....buatlah apa2 yang patut 'kan:-))....Lepas Asar terus lancar ke Lembah Tengah aka MidValley sebab nak cari new dress for my girls....lepas beli dress, beli pulak kasut dan stokin bagai...kopak mummy dibuatnya...:-((

Eldest E....

Middle E yang happy sebab dapat kasut baru....pilihan dia sendiri okay...puas hati la tuuuu

Eeeeiiii...anak I ke ni? Cepat la pulak dia ni membesar dan terus membesar....so, I cepat la pula makin berusia...uwaaaaaaaa

Makan...makan...jgn tak makan.....

Mamat sorang ni je conquer Ice Mocha Blended San Frans...buy one free one....

We all dinner ni la.....Portugese Grill...dah lama tak makan...favourite I dan Mr E...I makan kembung udang manakala Mr E pulak pilih pari sotong......

Ni breakfast we all...Macaroni Seafood & Earl Grey Tea...

Menu launch pulak.....Ikan Jenahak Goreng Garing, Ikan Tenggiri Masak Sweet Sour, Ikan Pekasam Goreng dan Sayur Campur....hari ni hari IKAN sedunia ya!!

Bakes of the day......Orange Chiffon Cake...bake pun sebab I stress....tak makan pun...Middle E & Mr E je yang makan....pastu sedekah kat jiran sebelah menyebelah.....dapat gak pahala...amin!

Okay...tu je la nak ceritera.....bye!

Monday, February 14, 2011

Cerita Isnin...

Tiba jer hari Isnin, sure Monday Blues 'kan....liat jugak nak ke office...lagi liat nak bangun seawal 4.30 pagi. Memang setiap hari I bangun awal...kekadang tu bangun sebelum alarm handphone I yang muras itu cap Sony Ericsson berbunyi...I takde jam loceng okay! Terasa weekend berlalu begitu cepat sekali. As usual, bangun pagi buat breakfast & bekalan makanan ke sekolah untuk my Eldest & my Middle E (mana nak cari mummy yang baik 'kan..hihhihihi).....sempat jugak melipat baju bajan yang tak sempat nak lipat malam tadi, gara-gara melayan Astro cerita realiti kat 711 selama 3 jam berturut2 tanpa henti....nak gi kencing pun sanggup tunggu iklan ya...pastu sidai kain yang sudah siap dibasuh oleh Mr Toshiba I tuuuuu.....

Dah settle semua house chores yang ter"delay" dek kelekaan si mummy yang duk mengadap tv sampai lebam tuuu....I bersihkan diri dan solat Subuh. Dah settle, Eldest E pulak bersiap2 ke sekolah sambil I pulak mandikan dan siapkan Middle & Youngest E pulak...bila we sudah siap semuanya...kasi 3Es breakfast sambil Mr E pulak take turn utk bersiap2:-)). Setiap pagi, sure I macam lipas kudung make sure everybody get ready dan keluar dari rumah tepat jam 7pagi. Terus hantar my Eldest E ke sekolah.....dan destinasti seterusnya.....

Kat office macam2 kerja kena settlekan sebab I akan bercuti selama 3 hari bermula hari rabu sebab urusan majlis walimatulurus my adik no 4 di rumah my parents this coming Saturday. Sibuk tak hinggatlah 'kan.....
Okaylah yea....cukup2lah celoteh I yang tak seberapa ini....Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua muslimin & muslimat....Valentine's Day I tak sambut okay sebab for me hari2 adalah hari berkasih sayang....tak gitu peeps!....Muaahhhhh...till then ya!

Breakfast we all semalam...Kueh Teow Goreng Seafood & Earl Grey Tea.....

Balik je daripada birthday party my nephews kat Ampang, terus bake this RV cuppies....alih2 terus jadi CV cuppies! Apakah itu CV cuppies??? Apa2 la je labu...asalkan sedap & everyone kat rumah ni suka makan apa yang I baking or cooking......^--^

Sunday, February 13, 2011

Moody....

Penyakit takde mood sudah melanda I ni.....takde mood dari semua segilah...daripada bab nak buat house chores sehinggalah nak melayan karenah orang2 kat rumah ni...:-(( Nak kata PMS tak jugak...mmm, ntahlah takde mood takde mood la 'kan....tu yang special nya dari perempuan ni...takde mood memanjang jer. Nasiblah sape yang jadi partner / soulmate perempuan itu....kena banyak2 bersabar betulllah nak melayan karenah perempuan yang selalu je takde mood......muahahahahaha...pstt..nasib baik Mr E penyabar orangnya dalam melayan karenah wife dia ni....

Menu lunch semalam yang takde mood.....Ikan Jenahak Masak Tiga Rasa, Ayam Cap Ayamas Goreng, Bayam Celur, Telur Dadar & Telur Ikan Pekasam Cili Api....

Ikan Jenahak Masak Tiga Rasa...

Bila takde mood layan Brownies dengan Vanilla Ice Cream...terus jadi ceria skit....skit je okay:-)


Crab Stik Spring Roll with green apple, lettuce & tomato cherry cicah dengan sos cili Heinz for dinner....Sedap & kenyang......

Happy Sunday ya!!!! Nak breakfast Phad Thai Seafood & Earl Grey Tea dengan Mr E & 3Es ni....

Saturday, February 12, 2011

My Mama's Acar Buah vs My Brownies...

Nak update blog semalam....alih2 sampainya kat Templer jam 8.30 mlm...I terus naik ke bilik atas...kunun2nya nak mandilah, lepak jap kat atas katil....alih2 terus terlelap jam jam 5.30 pagi keesokkan harinya........sadis 'kan...ni sah2 memang I sangat penatlah tu.....:-((

My mama sedang masak Acar Buah....next week ada kenduri menyambut menantu kat rumah mama I...

Tu dia........sekuali Acar Buah....

Acar Buah yang sangat sedap!!! Nak resepi..nanti I postkan kat my cooking blog ya!

I baked this Brownies awal pagi semalam gara2 teringin nak makan.....

Hitam itu menawan...tapi yang hitam ini sangat sedap!!!!

Ok la....nak sambung buat laundry, cooking, cleaning...etc....

Thursday, February 10, 2011

3 bulan...

Setiap 3 bulan sekali, wajib I bawa my Middle E jumpa her paed for regular medical check-up di Pusat Pakar HUKM di Cheras. Dalam pada itu sedar atau tidak, sudah masuk tahun keempat my Middle E berulang-alik ke hospital dan masuk tahun ketiga my Middle E under medication. Kali ni jumpa Prof. Dr Wu...didapati my Middle E tidak menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan terhadap ubat Growth Hormone yang disuntik di perut Middle E setiap malam. Maka setelah mengadakan perbincangan dengan Prof tersebut, untuk 3 bulan ni suntikan hormon pada perut my Middle E terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga temujanji dengan Prof 3 bulan akan datang.

Next temujanji, ada pelbagai ujian yang akan dijalankan ke atas Middle E....antaranya mengambil darah Middle E setiap setengah jam sebanyak 10 kali untuk mengetahui bacaan IGH (hormone yang membantu tumbesaran semua bayi & kanak2)...

Ambil lagi darah untuk mengetahui bacaan IGH.....

Buat juga x-ray tulang tangan dan jari Middle E untuk mengetahui usia tulang Middle E....Didapati usia tulang Middle E berumur 3 tahun....padahal Middle E berumur 5 tahun! That's why la bila fizikal Middle E seperti budak berumur 3 tahun dan orang ingat Middle & Youngest E tu macam kembar....sebab saiz diaorang lebih kurang jer....

Baked this Beef Lasagna for my friend yg duk mengidam nak makan lasagna....buat awal pagi tadi dan buat bekalan sekolah Eldest & Middle E jugak hari ni...

Wednesday, February 9, 2011

Apa kes ni???


Eldest E ni masih belum lagi bercerai dengan botol susu......Dia ni tak la minum hari-hari tapi minum just nak lepaskan gian jer.....Nak habiskan satu botol kecik tu pun mengambil masa hampir 1 jam!...nyonyot je lebih....cuba kasi minum dalam cawan, takde feel katanya...layan je...:-))
Middle E pulak masih bersusu botol..FYI, 3Es ni I kasi breastfeed sejak lahir sehinggalah berumur 2 tahun lebih...masa tu sesen tu tak keluar untuk beli susu formula...dah ler jimat malah lagi berkhasiat gitu....

Ok la..cukup2 dulu....till then ya!!!

Monday, February 7, 2011

Cuti-cuti Thailand (1-5 Feb 2011)

KL-Hatyai-Ao Nang Krabi

Hatyai / 1st Day

  • Semua orang…4 Family rendezvous kat R&R Rawang
  • Bertolak direct ke first stop kat Changloon
  • Kat Changloon, beli insurans kereta Siam & isi departure form (kedai selepas Petronas just sebelum pekan). 20rial je..
  • Lepas imigresen Malaysia. Park kat sebelah Imigresen Siam. Jalan kaki dan beratur chop pasport masuk siam (upah proses RM1 per pasport. huh) & kasik declaration form bawak kereta. Settled.
  • Sambung drive lalu pekan Danok dan Sadao.
  • Sampai Hatyai dah petang. Sesat barat lagi…bandar agak besar dan kalut dengan jalan one way. Kami lepak Hotel Lee Garden Plaza. Betul2 city centre, hotel paling tinggi kat Selatan Thai.
  • Dinner kat Hamid Restoran depan Hotel. Sopping baju sikit.
  • Malam pusing2 bandar naik van/tuktuk (THB300)
  • Kesimpulan : Hatyai cam biasa2 je…


3Es.....tak sabar2 nak main air kat Pantai Ao Nang, Krabi Thailand

Imigresen Bukit Kayu Hitam...

Hat Yai....
Bandar Hat Yai, 3rd largest in Thailand..padat 'kan...

Di bilik hotel Lee Gardens Plaza Hotel...

Breakfast dulu.....
Kat lobby Hotel Lee Gardens Plaza Hotel....check out dulu before lancar ke Krabi pulak...



Ao Nang Krabi / 2nd Day

  • Lepas b’fast bertolak ke Krabi, perjalanan dalam 320KM / 4 jam+
  • Bypass bandar Phatthalung. Masuk bandar Trang ingat nak lunch. Tak jumpa la pulak kedai Musalim, langsung sambung drive..
  • Sampai Ao Nang dah tengah hari remang. Semua dah lapar ‘bercerok’ so terus satu konvoi conquer Kedai Sareefah kat sebelah masjid Ao Nang.
  • Check In kat Hotel Ao Nang Terrace…Mr E pegi adjust dengan awek Siam kedai sebelah untuk book program Island Hopping besok. OK gak dapat THB1000 per adult & THB600 budak above 4 tahun
  • Malam dengan semangat waja kitorang stroll sepanjang pantai Ao Nang cam biasa...shopping baju Siam.


On the way to Krabi.....


Mr Focus we all yang sampai jua di Krabi.....


Sampai sudah di Ao Nang, Krabi.....


Makan dulu di kedai Sareefah.......lapar lapar...siap ada 'Selamat datang'



Island Hopping : Phi-Phi Island, Maya Bay dan Kawasan Sewaktu / 3rd Day

  • Pagi2 buta lagi mat siam driver Chok Paisan Travel dah tercongok tunggu kitorang tak abis b’fast lagi kat hotel. Time siam memang tepat sungguh berbanding dengan time malaysia..haha.
  • Naik Sseppeetbot ramai-ramai ke 7 Pulau. Journeynya OK, bot laju tapi tak bergoyang…drinks pun free flow dalam bot
  • Singgah pulau-pulau cam biasalah stended package - Mandi, Snorkelling dan…..mabuk laut
  • Maya beach memang cantik, air jernih tapi manusia ramai banget. Dah over commercialised la pulok.
  • Makan kat Phi-Phi pon best. Pulau tu memang area muslim so makan tanpa ragu..halal & toyyiban.
Tak sabar-sabar nak naik speedboat.....

Antara rombongan cik kiah we all....

Yeayyy.....best giles naik speedboat ni:-)
Baby Adni yang dipangku oleh ibu dia, Fida adalah yang termuda mengikuti trip ke Krabi ni....

Transit pertama di Bamboo Island...lepak selama 1 jam...anak2 paling suka sbb dapat mandi air Laut Andaman okay!!!! Bukan Selat Melaka atau Laut China Selatan...

Mr E rajin melayan karenah Middle & Youngest E...Eldest E pi main dengan kawan2 yang sebaya dengannya...

At Maya Bay....cantikkan kaler air laut tuuuu....

Ni pulak Maya Beach....ala...tempat citer The Beach tu..hero filem Titanic yang berlakon...

Posing dulu ya!!!

Mr E & Youngest E....

Eldest E...minah ni memang suka mandi laut...tak puas mandi katanya...

Middle E...
Mr E snorkeling at Phi Phi Island...debar...sebab tengah laut tu....

Lunch at Phi Phi Island....

Halal & Toyibba....

Tengah tunggu nak naik speedboat ke daratan Ao Nang....

Senyum!!!!

Bila dah sampai kat daratan...naik pulak lori yang telah diubahsuai ( cantik tau..dan kreatif betullah siamese ni) ke hotel masing2...

Bersiap2 nak buat massage, pedicure & medicure pulak!


Nopharat Thara & Fossil Beach Phranang Bay / 4th Day
  • Lepas b’fast terus berkejar ke Nopharat Thara amik gambar.
  • Bawak Youngest E ke Stadium Muay Thai Ao Nang..bergambar sakan tumbuk punch bag.
  • Lepas tu ke Fossil Beach..nak tengok barang2 kraftangan siput.
  • Tak sempat nak explore banyak sebab dah time nak tarus balik Malaya.
  • Malam baru sampai Kangaq. Layan ikan bakaq Lizamat Kuala Perlis dulu
  • Kesimpulan : Ao Nang & Krabi memang cantik.

Breakfast at Ao Nang Terrace...



Youngest E at Ao Nang Stadium....tempat lawan Muay Thai...
Fanatik dengan Muay Thai bebudak ni.....

Gaya kena ada...siap belikan si Youngest E ni seluar Muay Tai lagi...punya la happy dia..:-))



Mastermind for this trip....love u...muahhhhh!!!
Sempat shopping jap je kat Fossil Beach Pranang Beach....


Gua Kelam, Wang Kelian & Wang Prachan / 5th Day

  • Paginya plan nak mandi kat Gua Kelam, tapi malang..gua tutup sebab takde letrik. Talk about tourism in Malaya.
  • Alang2 dah dekat dengan border, kami sambung masuk siam lagi sekali ikut Wang Kelian
  • Beli lah sikit bantal & dolls untuk 3Es..habiskan sisa Baht yang ada
  • On the way balik..cam biasa semua orang singgah layan Char kuey teow Sg Dua, Penang.
  • Belakang..sambung balik drive, PLUS jem bangat sampai lah ke KL. Siap kena ikut jalan lama Changkat Jering ke Ipoh.
  • Pukul 3 pagi baru sampai rumah. Home sweet home... Ahhh..bestnya Malaysia terchenta.
Gua Kelam...


Diaorang ni sudah kenal & berkawan sejak usia 17 tahun lagi dari A-Level sehinggalah study kat UK dan bekerja di bawah satu company...sudah 20 tahun berkawan tu!!! Hebat2!!!

Cool Mommas.....



-notes by Mr E-


Gambar-gambar percutian di Krabi akan I uplaod later ya.....banyak wooooo....tunggu!!!!!