Ni kisah semalam.....kisah menghadiri wedding dan open house. Memang ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan walimatulurus sempena Syawal ni. Buat walimatulurus sambil buat open house....kelas gitu!....
Jam 12 tengah hari we all menuju ke Bukit Jelutong untuk menghadiri walimatulurus kawan Mr E. Majlis buat kat dewan....but sebelum sampai kat sana sempat jugak usha-usha rumah kat situ. Semuanya cantik-cantik belaka...dan mesti mahal 'kan...:-)) Kawasan perumahan yang nampak tenang, bersih dan cantik-cantik. Tapi area rumah I pun tenang, bersih dan cantik-cantik jugak tau!...
Selamat Pengantin Baru sehingga ke akhir hayat buat Jose & Oya!....
Then lepas makan-makan kat walimatulurus Jose & Oya..we all ke Subang Jaya pulak. Officemate Mr E buat kenduri doa selamat untuk menunaikan haji sambil buat house warming gitu...pergh!!! I told u...rumah diaorang sangat cantik tau...tak sempat nak amik gambar sebab ramai sangat orang..kena cover line jugak la 'kan...rumah kawan Mr E tu berharga jutaan RM tuuuu! Hebat orang Melayu...I sangat kagum dan bangga dengan orang Melayu yang berjaya dan kaya!...
Dari Subang Jaya terus lancar ke Bandar Rinching, Semenyih pulak. My officemate merangkap immediate boss I la....ada buat open house. Dan kalau u all nak tahu, wife dia penulis novel terkenal masa kini....sape yang tak kenal dengan
Lily Haslina Nasir 'kan....tak terkira banyaknya novel yang telah ditulis oleh beliau dan dipublish....we all dijamu dengan pelbagai jenis makanan....ada sup ayam kampung, laksa penang, nasi goreng, ketupat anyam sendiri, rendang itik dan daging dan macam2 lagi la.....tq sebab jemput we all....dan tq Kak Lily sebab banyak beri novel kat my Eldest E...tq so much again ya!....
Ni kat rumah Abg Roslan & Kak Lily......
Ada pondok gitu ala2 wakaf...siap ada kolam ikan lagi...cool!
Lagi cool si budak hensem ni la....sepanjang hari berbaju Melayu siap bersampin lagi....lelaki Melayu cool gitu....:-)) I dah dressing kan my Youngest E ni berbaju Melayu pun, still ramai lagi ingat dia ni budak perempuan tau.....ish ish ish...maybe sebab rambut dia yang curly dan panjang serta muka agak jambu kuts.....hihihihihhi...
Mr E & tuan rumah, Abg Roslan...baru lepas tour kat belakang rumah....macam-macam ada tau!
Jam 7 petang, cargas pulak ke rumah my adik ipar, Ezlie (adik no 2 Mr E) kat Kajang. Singgah solat Maghrib, sambil datang beraya sekali. 3Es siap mandi bagai tau, almaklum la 'kan..seharian suntuk berbaju kurung & berbaju melayu....sure badan lekit. Segar bugar 3Es lepas mandi...then sambung main dengan cousins diaorang pulak sambil we all berborak-borak gitu!....
Home sweet home at 11.30pm after seharian suntuk menghadiri jemputan.....;-)