Tuesday, December 22, 2009
Tagged from Zarin
1. First time jumpa with your hubby bila and kat mana?
Ist jumpa Mr E kat Ampang Park, lunch kat Cozy Corner (ntah wujud lagi atau tak restaurant
ni)...masa tu his friend ada sekali.
2. Love at first sight?
Not really but masa tu Mr E quite charming...
3. Who is he when the first time u met him?
Engineer terbilang kat TM
4. How long it takes for him to ask u out for a date?
Actually, I yang helo dulu kat Mr E buat2 tanya tengah buat apa? kat mana? Poyo 'kan tapi I make 1st move la...sebab Mr E ni ramai girlfriend according to his friend la (yg kenalkan I dengan Mr E.....)...so, after that a week after, baru Mr E helo I ajak gi dating...mmmm, kalau
bukan I yang cari dia dulu...harrraaaammm berjanggut la tunggu...hihihihihi...
5. First place dating di?
mmmmmmm....tak ingat la kat mana tapi yang pasti lepas office Mr E amik I then we all gi
dinner...(sambil mengaru2kan kepala ni memikirkan apa nama tempat tu?)
6. How he proposed?
Tengah drive on the way balik selepas hantar my sister (adik no 2) kat Tg Malim...masa tu
hampir midnight....lalu lak jalan lama tak ikut highway...kalau tak silap masa Mr E proposed tu tengah lalu kat area Kalumpang gitu.....masa proposed tu tak romantic la tapi cara Mr E
bercakap tu I tahu la yang dia nak kawen dengan I....hihihihii..I ok ja...
7. Special date with your hubby?
Tunang - 9/4/2003
Nikah - 31/8/2003 (mmg amik tarikh ni sbb senang Mr E nak ingat anniversary we all)
Dapat Eldest E - 19/5/2004
Dapat Middle E - 18/8/2006
Dapat Youngest E - 4/8/2008
8. Changes that he asked you to do?
Mr E minta I kuruskan skit badan dan pipi yang chembong ni...lagi, Mr E minta I jangan
cepat2 marah...well...I akan cuba ya...hihihi
9. What is about him that you love so much?
1) handsome
2) bijak giles..(Mr E ni macam Discover Channel pada I)
3) so loving...I pulak kureng skit...hihihihi..
4) penyabar...
5) macam2 lagi...kalau nak senaraikan satu persatu nanti panjang lak list ni...
10. What is about him that u wish he would change?
I wish Mr E rajin tolong I buat house chores..but now, Mr E dah rajin skit cuci bilik air..I
really appreciate that.
11. You will lose your mind n crack your head when he?
Buat dekk je kat I bila I minta Mr E buat something tapi action dia punya la
lambat....waaaa
12. You will smile tru your eyes for the whole day when he?
Buat something yang tak sempat I nak buat such 4 days ago, Mr E cuci bilik air tanpa
disuruh....
13. Complete below sentences"My love towards my hubby is as big as...?
........tujuh lapisan langit, tujuh lapisan bumi dan bermillion2 lemon cinta I kat Mr E.....
Ok zarin....its done, so I tak hutang apa2 lagi kat u ya.....mmmmmmm,
okay..i'm gonna tag:
1) Somuffins
2) LG
3) Aunty Jah
4) Kak Ja Sg Petani....
Jom gi Itali....
Gini, actually semalam our dinner theme dia...italian food. I masak lasagna dan spaghetti bolognese.
Tengah we all dinner semalam, my Angah (adik I no.2) singgah jap kat rumah I sebab nak amik Orange and Pandan Chiffon Cake. Kiranya langkah kanan la adik I ni. Yang kelakarnya, my Angah ni tak pernah makan lasagna...gelak besar we all kat dia. Hubby dia bukan main suka lagi lasagna...apatah lagi, lasagna tu baru ja keluar dari Cik Oven Europa.....kalau dah makan food yang bercheese ni sure tekak agak kembang 'kan, so for drinks I buatkan homemade lemonade juice..sedap.
Ok, untuk cuci mulut, Orange dan Pandan chiffon cake la yang menjadi mangsa. I rasa, Mr E makan orange chiffon cake ni ja hampir habis seketul...suka benar dia....Middle E pun suka cuma Eldest E ja yang kureng skit..dia ni makan cerewet skit...Ok la..u all layan ja gambar dinner we all dan chiifon cake I ya...
Sunday, December 20, 2009
My little assistant......
Yang kelakarnya, donut I tak berapa menjadi la pulak...nak buat donut jadi preztel la pulak...padahal I minta resepi daripada my aunty yang terer dalam bidang membaking kek, buat donut, buat pau....ish...camne bleh jadi camni hah????? Ke kena tuntut ilmu one to one dulu ni....anyway...the donut hak turned to preztel tu tetap Mr E dan 3Es suka....tq so much sayang2ku sbb still appreciate apa yg I masak...
Saturday, December 19, 2009
Syatet Peyut lagi....
Tengahari ni, Mr E bawa Eldest dan Middle E gi kenduri kawen saing dia kat Kajang. I tak dapat nak ikut sebab Youngest E still yak2. Payah la nak ke mana2 kalau anak tak sihat, especially kalau terpeot...faham2 aja la 'kan....So, lunch I tak masak apa2.....cuma I buat goreng pisang dan choc moist cake untuk my sister (adik bongsu I) yang datang singgah kat rumah I. Petang2 camni layan goreng pisang panas dan Earl Grey Tea...dan sepotong choc moist cake pun sodap 'kan......
Friday, December 18, 2009
Salam Maal Hijrah....
Ok, nak tulis apa ya...takde citer menarik la hari ni...tapi yang pasti my life sangat ceria and happy with Mr E and 3Es yang sangat2 happening. Loves u guys sangat!!!!!
Thursday, December 17, 2009
Resepi macaroni bakar my version...
Resepi ni khas utk Aunty Jah...selamat mencuba ya..
Macaroni mozzarella / cheese bakar
Bahan (A)
250 g macaroni
(direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega)
Bahan inti (bahan B)
500 g daging cincang – boleh juga diganti dgn daging ayam cincang
30 mentega
1/2 labu bawang besar } dicincang
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu kecil oregano kering atau parsley kering
175 g buah tomato } buang biji, potong dadu
2 putih telur
500 ml sos putih
125 g cheese /mozzarella } diparut
Cara membuat
1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah.
3. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan.
4. Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati.
5. Sapukan bekas (apa2 ja yang sesuai) dengan sedikit mentega
Sos Putih (bahan C)
30 g mentega
3 sudu besar tepung gandum
500 ml susu segar
2 kuning telur
125 g keju cheddar } diparut
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada sulah
Cara membuat sos putih:
1. Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati.
2. Masukkan susu kacau dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
3. Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya bancuhan tidak bergentel2.
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.5. Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut & kuning telur. Kacau sebati ketepikan.
Cara-cara nak satukan Bahan A, B dan C
Masukkan1/3 macaroni kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut.,
lapiskan semula dgn 1/3 lagi macaroni diikuti lebihan inti
dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi macaroni
dan atasnya tuang sekata sos putih
dan akhir sekali tabur keju parut.
Bakar didlm oven pd suhu 180'C selama 30 min atau sehingga keju keperangan
Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkan
Dugaan....
Waa.......I kena jadi nurse la kat diaorang semua. Mula2 the virus tu attacked Eldest E, then berjangkit lak kat Middle E then pass to Youngest E dan finally to Mr E.
Sib baik la I tak kena virus ni.....kalau tak sape nak jaga orang2 sakit kat rumah I ni?????? Alhamdullillah, I tak kena virus ni dan diberi ketahanan imum yang kuat. Kalau citer pasal orang sakit ni....macam2 karenah la 'kan. Sorang nak tu, sorang nak ni.....mmmm....penat tu memang la penat tapi I layan ja la walaupun siang gi kije...malam berjaga la pulak... I tak suka la dioarang ni sakit2....nak diaorang segar bugar seperti sediakala.
Berkat makan ubat dan di bawah jagaan I, insan2 I yang paling sayang ni hampir sihat seperti sediakala...cuma ada la yang tak sembuh sepenuhnya. At least Mr E dan 3Es tak la merengek sakit sepanjang masa 'kan.....:-
Sunday, December 13, 2009
Citer hari sabtu....
La ni TESCO pun tengah bikin (depan Restoran Sri Indah)...lebih kurang 3-4KM ja daripada rumah we all on the way ke RG town centre....Ini sudah bagus, rumah we all kena sandwich dgn 2 Tesco. Memang selama ni pun we all banyak menghabiskan RM kat Tesco Selayang yang we all singgah sebelum naik Bulatan Batu Caves untuk ambik anak kat rumah my mum....
Kat town kami singgah jap kat Parkson RG sebab nak beli ironing board yang sudah patah riuk, sebab yang Tesco punya ada version tak besh je...dua kali roboh waktu test. Nasib baik tak hempap kaki besar I. Ish, penting tu sbb tanpanya susah I nak buat acara2 penggosokkan baju bajan. Ok la, dah pusing2 we all dapat jugak la beli ironing board yg macam OK sikit daripada yang ada dulu. Mission accomplished.
Petang pulak since dah brunch....I cuma prepare dinner ja buat Mr E dan 3Es....For dinner, I buatkan Macaroni Mozarella Bakar......semua umat kat dalam rumah ni makan kecuali Eldest E sebab dia kata macaroni rasanya macam t**k ja (banyak cantek punya komen).....I rasa Eldest E tak suka cheese atau mozarella...tapi kalau spaghetti bolognese tu...licin dia makan sampai pinggan pun dia jilat...(menunjukkan betapa sukanya Eldest E kat spaghetti bolognese tuuuuu)...
Citer hari jumaat...
After solat jumaat, I dan Mr E bergegas pulang ke rumah my mum sebab my Eldest E merengek2 mengadu sakit perut yang amat2 sangat. Before we all ke opis, Eldest E ada cakap yang dia memang sakit perut, tapi we all ingat sakit biasa ja maybe sebab tak breakfast lagi atau stress. My Eldest E mmg cepat stress. Bila dah stress tu macam2 la sakit muncul....sakit perut la, sakit kepala la....So, we all buat tak tahu ja la...Alih2 dalam pukul 1 ptg gitu,Eldest E call I and Mr E cakap yang dia sakit perut sangat2 dan dah muntah 3 kali.
Then, we all bawa Eldest E ke klinik untuk mendapat rawatan. Doktor yang bertugas cakap yang Eldest E takde apa2...semua ok ja except heartbeat dia ja agak laju sangat. Lepas amik ubat, terus ja pulang ke Templer. Beri Eldest E makan ubat dan dia rehat terus tido.
Since dah balik rumah awal daripada biasa, for 3Es I buatkan sup ayam dan nasi putih. Mr E request nak makan maggi ja...argghhhh lagi senang kije I. Lepas suapkan 3Es dinner, kasi minum susu dan semuanya zzzzzzzzz....termasuk la I dan Mr E pun keluar berfoya2 dengan saing2 sekolah rendah dia.......abis citer...:-
Korang layan ja la gambar2 3Es ya....
Thursday, December 10, 2009
Hi...
Pagi tadi I buatkan my Eldest E, Chocolate Moist Cake untuk dibawa ke sekolah. Hari ni hari yang terakhir Eldest E bersekolah then cotis selama 2 minggu sebelum masuk penggal baru. Kat sekolah Eldest E ada buat party today, so Eldest E request kat mummy dia yang dia nak bawa chocolate moist cake. I pun layan ja la....
