Sunday, July 25, 2010

Sakit yang berpanjangan...

Hi peeps!!! Buat masa sekarang, I'm still alive. But still struggling with the pain & medicine. Subhanallah, I tell u...ni sakit yang paling lama dan paling teruk yang pernah I alami. It's really painfull, hurt....dah tak tahu nak describe macam mana....Ianya bermula malam Jumaat lepas, I tinggal 4 beranak ja sebab Mr E ke JB. Malam tu, I tak boleh tidur langsung, dengan sekejap panas sekejap sejuk, sakit sendi-sendi dan badan, kepala berdenyut-denyut sepanjang malam...dan paling sadis I sempat pitam di rumah sendiri!!!. Dah ler tu, malam tu jugak my Middle E pun demam panas jugak, tak tercapai akal I nak take care of her and myself. Buat yang terdaya dan termampu sahaja.

Pagi2 Jumaat tu jugak I call my mama dengan menangis-menangis minta somebody pick-up us. I betul2 sudah tak tahan lagi...rasa macam nak mati...My brother ambil we all dan terus ke rumah my mama. Sementara tunggu my Ayah hantar I ke hospital, I sempat call Mr E yang katakan I benar-benar sakit. Mr E terus naik bas dari JB terus balik ke KL. I kena admitted kat hospital sebab my fever too high. Then, tangan I sebelah kiri dicucuk untuk dimasukkan air ke dalam badan.Sakit tau... Selain itu, blood pressure sangat rendah iaitu 78/54...sangat rendah bukan! Darah jugak diambil kut-kut lah ada denggi atau H1N1...alhamdullillah negative untuk kedua-dua.

Jantung turut diperiksa dan ianya dalam keadaan baik. Sudah lewat petang, Mr E sampai dengan my Eldest E. I happy sebab Mr E ada disisi I. Kesian Mr E sebab bergegas pulang dari JB dan kena take care wife dan anak-anak yang sakit. Seharian duduk di hospital sambil tangan sakit sebab dicucuk untuk masukkan air, membuatkan I berasa begitu tidak selesa. I dibenarkan pulang sebab tiada denggi atau H1N1...happy sangat2 bila mendengar perkhabaran itu. So, dengan excitednya I pun bangun dari katil wad orang sakit (taubat babe...tak mau masuk spital lagi...tak suka)....baru ja berjalan 2 langkah, I pengsan lagi adalah dalam 4 5 minit gitu...masa tu I tak rasa apa-apa cuma nampak kelam & gelap sahaja. Mr E & Eldest E cakap, masa I pengsan tu...badan I terus jatuh...I kena tahan lagi dalam wad, doktor tak benarkan I pulang lagi...waaaaa I tak suka la...Doktor hendak buat observation selama 2 jam lagi...adoiiiiyaiii

Macam2 ujian dibuat lagi, sampai I naik boring. I kena kuatkan semangat...tak mau duduk lama2 kat dalam hospital...scary babe!!! Akhirnya I dibenarkan keluar...yeahh!!!!! walaupun badan panas giles, sakit kepala, sesak dada......I nak duduk berehat kat rumah sahaja. Malam, Mr E tolong jaga I, Eldest E (baru nak setat demam), dan Middle E. Memang tak boleh tidur...rasa tak selesa yang amat sangat. My youngest E my mama tolong jagakan. Ye la 'kan...diri I sendiri pun I tak terjaga ni pulak nak jaga si buas tu.....apa-apa pun I rindu giles kat my Youngest E tu...dah 3 malam tak tido peluk dia...sempat buat 3G then borak2 dengan my bantal peluk macham tu..

Ubat usah cakaplah...rasanya sudah bergelen-gelen masuk ke dalam anak tekak I ni. Pahit nak mampus....benci makan ubat. Tapi kena makan jugak, kalau tak lagi lambat la nak baik.

Rindu sangat-sangat kat budak ni........!!!

Youngest E dengan cousin dia aka partner in crime.....

Wednesday, July 21, 2010

Confession...

Nak buat pengakuan terbuka ni...I paling benci ialah MAKAN UBAT....sebab musababnya UBAT tu rasa pahit. Demam datang balik kat I...tadi petang gi klinik kat office, doktor cakap masih ada virus lagi especially kat anak tekak ni...batuk-batuk sampai nak termuntah, sakit dada yang menyesakkan lalu kepala pun berdenyut-denyut sakit...sampai sekarang ni...

Waaaaa.....dah ler esok sampai Ahad Mr E takde sebab join Sukan Talikom Malaya kat JB...adoyaiiiiiii...nak taknak, suka atau tidak.....ubat yang pahit tu terpaksa jugalah I telan....I kena sihat dan cergas sebab nanti kalau sakit I ni berlarutan....sape nak jaga makan minum 3Es...???

Ok peeps...wish me to get well soon ya!!!! Banyak aktiviti nak buat ni, so I kena cargas cepat....wahai sakit...pergilah ko jauh dariku.............

Tuesday, July 20, 2010

Templer-Bangsar-HUKM-Selayang-Templer-Batu Caves-Jalan Semarak-Templer...

Fuhhhhhh!!!!! Hari ni I benar-benar jadi supir...seawal pagi sudah menghantar Mr E ke office then lepak kejap kat Bangsar dengan Middle E sambil breakfast di Chawan. Layan nasi lemak dan teh tarik paling sedap kat situ. Kemudian, I terus bawa Middle E ke HUKM untuk regular medical check-up. (Actually semalam pun dah ke HUKM jugak, Middle E kena amik darah lagi).

Breakfast kat Chawan, Bangsar...

Nasi lemak dan teh tarik....sedap!!!

Layan keropok lekor jugak...:-)

My Middle E cuma naik 1.6cm untuk ketinggian dia dan menjadi 89.9cm. Berat Middle E pulak hanya naik 0.4kg sahaja (berat Middle E terbaru 11.6kg). Ok la, walaupun Prof Dr. Wu expected yang Middle E akan gain weight & height agak banyak untuk setiap 3 bulan. So, the next 3 months, Middle E kena jumpa Prof Dr. Wu lagi for her regular medical check-up.

Middle E kat HUKM...

kasi posing gaya gedik skit...muaahh!!!!

Habis buat medical check-up, I terus balik ke Templer. On the way, singgah sebentar kat kedai kek, beli bahan-bahan buat kek, roti, muffin yang sudah agak kehabisan. Then, pulang ke Templer. Lepak-lepak kejap kat rumah sambil buat house chores.....

Then, lepas Maghrib, amik Eldest & Youngest E kat rumah my mum dan terus ke TTC, Jalan Semarak....amik Mr E yang ada training volleyball kat sana. Finally pulang semula ke Templer....
Hari ni, Mr Focus I benar-benar dilenjan oleh I untuk ke sana dan ke mari........

gambar terbaru my Youngest E....

Monday, July 19, 2010

Happy Monday! Ada apa dengan status Facebook?

Biasalah ‘kan kalau Monday ja sure agak sangap skit…so, ni ada lawak-lawak skit berkaitan dengan status FB…. U all layan yea…untuk suka-suka ja....:-))

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kita selalu post tu@!~

cicakCicak: Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

mosquitoNyamuk: Baru habis ronda rumah Boboi… kenyang burp, Alhamdulillah. ..

mosquito1Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! …

cicakCicak: isteriku tersepit pintu

catKucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.

ChickenAyam: Kawan2…kalu esok gua tak update…bererti gua sudah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk gua yaa…

mosquitoNyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

cicakCicak: Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

cat1Kucing: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

mouseTikus: Operasi malam ni… selongkar kitchen kabinet… sape nak ikot?

frogkatak: malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

snakeular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

dogAnjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

hoarseKuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

kuraKura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

snailSiput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

parrotBurung Kakak Tua: Penat betul nak ubah stigma masyarakat. Walaupun mak Burung Kakak Tua, tapi mak burung Jantan tawwwwww!!!

babiBabi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

mouseTikus: Aku makan mee goreng mamak kat WhiteCoffeeOldTown@Ampang. Meh la join sekali.

squidSotong: Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku sotong!

cat1kucing: update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun.

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang: Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok !

jawsJerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Mas Koki: Macam mana nak kurus nie?

stingIkan Pari: YEahuuu hari ni husband I jemput!!

UPDATE STATUS!! (muahahaha)

zebrakuda belang : cuba teka, background aku putih ke hitam?

elephantElephantGajah: (isy..baru nak update status.. terpenyet lak laptop aku ni)

.

.

.

Sekian...terima kasih sebab membaca entry I mengarut pada petang Isnin ni...daaaaa

Sunday, July 18, 2010

S.U.N.D.A.Y. afternoon..

I sangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari...sib baik lah early batch punya jemuran sempat kering, so tak lah rasa ralat sangat...at least kering jugak....
Mmmmmm..u all semua sudah lunch? I dan family sudah kenyang...alhamdullillah:-))
Today for lunch I masak yang simple-simple ja sebab I tengah agak malas ni....so, semua menu lunch ni main campak-campak ja...

Menu lunch yang main campak-campak ja kat dalam kuali & periuk....

Daging goreng....

Sambal sotong...

Ulam-ulaman & sambal belacan..

Ikan selar kuning masak singgang....Buat Kak Yat Maria, I titipkan resepi sempoi masak singgang I ni ya...

Ikan selar kuning masak singgang...

Bahan-bahan:-
Ikan selar kuning (actually ikan parang yang paling sedap sekali)
2 inci halia
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 batang cili hijau
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air

Cara-cara:-
Halia, bawang besar, bawang putih diracik-racik halus. Panaskan kuali, masukkan minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan pula kesemua bahan-bahan yang telah diracik halus tadi. Tumis sehingga naik bau dan masukkan serai yang telah diketuk bersama-sama dengan cili hijau. Masukkan air, kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan garam dan akhir sekali masukkan ikan selar kuning. Biarkan selama 10 minit dan selar kuning masak singgang sudah siap untuk dihidangkan....mudah bukan! selamat mencuba....:-))

Sambil masak untuk lunch, I sempat jugak bake Chocolate Chiffon Cake untuk dibuat minum petang....ok la ya, cukup-cukup dulu lah....after Asar nanti nak pergi ke Kuala Lumpur...jalan-jalan sambil shopping. Mr E nak beli kasut sukan sebab kasut sukan yang ada sudah haus.....so...till then..:-))

S.U.N.D.A.Y. morning

Morning peeps...selesai sudah kasi 3Es makan breakfast. Kain baju pun sudah siap disidai tunggu kering dan sidai the next batch pulak. So, far cuaca sangat bagus dan kalau boleh biarlah ianya berkekalan sehingga ke petang. Senang hati I kalau semua jemuran I kering....:-))

Apa yang I siapkan untuk breakfast ya?.....Ala, macam biasa la...Char Kueh Teow goreng & Kuih Keria..

Layan bersama Earl Grey Tea....

Char Kueh Teow....licin beb!!!

Kuih keria request from my Middle E...so,I pun buatkanlah untuk dia sebab daripada petang semalam dia duk sibuk-sibuk nak makan kuih ni...

Ni pulak dinner we all semalam...Baked Chicken Wings....

Middle E yang mempunyai perangai pelik...this is the latest bende yang boleh dia buat...kaki diletakkan di atas kepala....

Saturday, July 17, 2010

Gulai Darat Ikan Tenggiri, Sambal Udang...

Lepas ja Subuh, I terus drive seorang diri (Mr E masih lagi lena diulit mimpi bersama-sama 3Es) ke Pasar Borong Selayang untuk membeli bahan-bahan mentah untuk dibuat masak-masak. Mula-mula ingat nak beli apa-apa yang patut ja...tapikan bila I berada kat pasar tu, I rasa nak borong ja semuanya...:-))...ish, sadiss betullah I ni 'kan...sungguh bernafsu untuk membeli....

Breakfast as usual beli ja sebab I tak sempat nak buat...nasi lemak paling best kat Malaysia:-))
Sampai ja kat rumah, I macam lipas kudung buat kerja-kerja membersihkan ayam, siang ikan dan udang, cuci kerang etc....sambil En Toshiba I buat laundry lah..

Nak tengok apa yang I masak untuk lunch...ala, biasa-biasa ja....asalkan Mr E & 3Es suka makan dan tolong perabihkan masakan I...itu pun sudah cukup best bagi I...hihihiihi:-))

Gulai Darat Ikan Tenggiri...

Kerang rebus berserai....psstttt..macam menu last week ja 'kan..tapi since Mr E suka makan kerang, so I beli & masakkan ja la...:-))

Sambal udang...

Ni la hidangan lunch we all tadi. Kebetulan pulak my adik, Angah & family singgah kat rumah I...diaorang pun join we all lunch...;-)) yang pasti...bayam celur mesti ada 'kan...nak buat camne kalau 3Es memang hantu bayam....

Since dah kena nasi 2 kali....pagi dengan nasi lemak berlemak yang sedap sangat dan lunch jugak dengan nasi....adoiyaiii..., I rasakan badan I ni bagai dipam-pam ni....ntah bila lah nak ramping balik ni....kena diet ni...:-(( Ok...dinner ni taknak makan nasi la....kena layan western ni....



Friday, July 16, 2010

Almond Choc Banana Muffin

Salam Jumaat buat semua. I sudah beransur pulih dari demam......:-)) Cuma yang tinggal selsema dan batuk ja...Ok la...malas nak cerita panjang2...u all layanlah yea Almond Choc Banana Muffin yang I buat pagi tadi for breakfast sebelum ke office....sempat ngap 2 ketul sekaligus lepas keluar dari Cik Oven Europa....since I rajin skit ni, disertakan sekali resepinya in case lah kalau u all nak cuba...:-))

Almond Choc Banana Muffin...

Apa yang perlu ada:-
Team A:
1) 2 cawan tepung
2) 1 cawan gula halus
3) 1 sudu kecil serbuk baking
4) sedikit garam

Team B:
1) 1 cawan susu segar
2) 1 biji telur Gred A
3) 1 cawan pisang yg dipotong-potong kecil
4) 1/2 cawan minyak sayur

Team C:
1) Almond Flakes
2) Chocolate Chips
3) Chocolate paste

Cara pembikinannya:-
1) Team A disatukan, begitu juga dengan Team B.
2) Kemudian, Team A dan Team B disatukan sehingga sebati.
3) Asingkan sedikit campuran Team A dan Team B dalam mangkuk lain dan masukkan sedikit
chocolate paste ke dalam campuran yang telah diasingkan itu.
4) Masukkan bancuhan tadi dan tambahkan sedikit dengan bancuhan yang ada chocolate paste
ke dalam bekas muffin atau yang seangkatan dengannya dalam 3/4 bekas muffin itu.
5) Taburkan almond flakes dan chocolate chips ke atas bancuhan di dalam bekas muffin.
6) Bakar dalam cik oven masing-masing dalam 180 darjah selama 25 - 30 minit...

taraaaaaa.......sudah siap untuk dimakan....yeaaayyyyy!!!!!!