Showing posts with label Orange Chiffon Cake. Show all posts
Showing posts with label Orange Chiffon Cake. Show all posts

Saturday, February 25, 2012

One Fathom Bank, Orange Chiffon Cake

Pagi semalam (Jumaat), Mr E pergi memancing di Rumah Api Permatang Sedepa atau lebih dikenali dengan One Fathom Bank. Location kalau nak details, u all google je la yea...:-)) Gambar di atas merupakan rumah api tersebut. Masa ni Mr E & friends dalam bot menuju ke sana.

Mr E di pelantar One Fathom Bank

Nak masuk kat sini wajib minta kebenaran dengan pihak terlibat ya. Tak boleh main redah atau masuk secara haram tau...

Details One Fathom Bank

Hasil tangkapan Mr E & friends....

Setelah dibahagi-bahagikan hasil tangkapan....ini portion untuk Mr E....

Lalu I gorengkan dan menjadi lauk lunch we all. Makan dengan nasi putih panas je....sedap!!! Actually tu je lauk untuk lunch we all tadi...sempoi 'kan! Ada ikan selar jugak tapi tak masak lagi, ingat I nak masak singgang la utk lauk esok pulak....:-))

Youngest E bantu daddy dia pasang kail sehari sebelum Mr E pergi memancing esok harinya...

Today, I baked this Orange Chiffon Cake khas buat my Mr E....his favourite actually....so, since dah lama tak bikin this Orange Chiffon Cake sebab asyik2 buat flavour Pandan je 'kan, kesian pulak kat Mr E yang tak suka makan Pandan Chiffon Cake....

Ini dinner kami tadi....jamu jugak my sister, Angah yang datang hantar my Eldest & Middle pulang ke rumah selepas bermalam kat rumah my sister, Angah semalam....

Main course, BeeHoon Siam Goreng makan dengan Sambal Sardin....

Orange Chiffon Cake for cuci-cuci mulut layan bersama Earl Grey Tea....:-))

Ok.....itu je nak share dengan u all ya...Enjoy the weekend!!!

Saturday, December 4, 2010

Malas....

I cukup malas untuk pack baju bajan bila nak bercuti tau....baju sendiri pun malas nak packing...ini pulak kena siapkan baju bajan untuk 5 orang...uwaaaa....sapa nak tolong I ni??? Siap2 ni bukannya nak pergi keluar negeri pun, cuma sekitar Malaya ja...tapi itupun dah complain bagai 'kan...kalau nak ke oversea ntah macam mana la pulak nanti...I ni 'kan....waima kalau bercuti semalam jer...bila bab-bab packing ni...terasa nak angkut satu rumah! Sadiss 'kan..Nasib baiklah bila bercuti dalam negara sendiri boleh naik kereta (kecuali Sabah & Sarawak)...so, macam2 la I angkut...end of the day, banyak jugaklah baju-bajan yang I sumbat dalam beg tu tak dipakai..:-(

Esok, seawal jam 8 sudah mahu keluar dari rumah menuju ke utara.....mmmm, tak abis packing lagi ni...baju Mr E, 3Es....karang sambung balik lah, pastu esok pagi sumbat semuanya kat boot Mr Focus....selain tu bawa jugak segala kelengkapan alat2 mainan dan buku2 tulis, membaca & mewarna 3Es supaya nanti diaorang ni ada aktiviti nak buat bila Mr E pergi kerja dan tinggal dengan I...tak lah diaorang ni bosan sangat 'kan...bawa jugak lah bekalan makanan atau jajan untuk sessi mengunyah bagi 3Es.

Ok ya...cukup dulu ceritera buat masa ni....as usual, mari tengok apa yang I masak hari ni ya....

Macaroni goreng seafood & Earl Grey Tea for breakfast....

Menu lunch at Templer.......

Daging masak hitam....

Mackerel Goreng....I hairan jugak kenapa Mackerel ni agak tidak glamour dikalangan penggemar2 ikan kat Malaya ni....sedap tau Mackerel ni....dan agak menghairankan lagi, harga Mackerel ini jauh lebih murah lagi jika dibandingkan dengan ikan-ikan yang lain seperti kerapu, siakap, gerut2, senangin etc...

Sudah lama tidak baking Orange Chiffon Cake ni....sekali bake, dapatlah 3 ketul.....seketul bawa ke rumah mertua petang tadi...(Mr E & 3Es je yang pergi)...kiranya chiffon tu wakilkan I la....hihihihi, pastu kasi jiran sebelah kiri & kanan I.....balance...untuk we all makan ler for tea....

Mmmm, gebus betul Orange Chiffon Cake I ni 'kan.....rasa sangat puas sebab Chiffon I ni naik molek gitu.....:-))

Nasi Goreng Mackerel for dinner......banyak jugak I masak for today 'kan...

Good nite semua!!!..Have a nice dreams and Happy Sunday!!

Friday, October 29, 2010

Tajuk untuk malam ni...takde ok...

Baru lepas masak cili kering then blender cili kering itu dan bawang (diblender jugak) untuk stok bila-bila sahaja untuk digunakan. Almaklumlah 'kan...weekend adalah hari untuk I tunjukkan skill memasak gitu....Sambil2 tu buat jugak laundry....dan siap laundry tu ingat nak terus sidai tapi tetiba lak hujan turun dengan lebatnya so, esok pagi baru I sidai...

Tekak I sakit, badan pun sengal-sengal, hidung sudah start berair...ni semua tanda2 ke arah tidak sihat ni. Actually, I amatlah tidak suka sakit sebab bila sakit, I kena makan ubat. Sememangnya I tak suka makan ubat sebab pahit. Kekadang tu kalau tak tahan barulah telan ubat...itupun lepas telan ubat rasa macam nak muntah...sadissss 'kan I. Pastu bila 3Es demam atau sakit, I paksa dioarang (samada dengan cara baik atau kasar) makan ubat...kalau lah 3Es ni tahu yang mummy diaorang ni takut makan ubat...sure diaorang gelakkan I 'kan....So, far ni 3Es amat mudah makan ubat, senanglah...tapi kekadang tu especially Middle E la...dia 'kan emosi agak tidak stabil, so ada masanya Middle E amat payah nak makan ubat. Terpaksalah pujuk dia makan ubat dengan pelbagai cara...kalau tak sure dia tak akan makan ubat.

Sedar tak sedar Jumaat sudah sampai ke penghujung hari.....sekejap betullah masa berlalu 'kan....as usual ni I nak tunjukkan gambar cake yang I buat.....


My Orange Chiffon Cake....siapa yang pernah rasa dan makan Chiffon cake ni sure akan teringat2 kelembutan dan kesedapannya....muahahahahahaha...: -))

Red Velvet Cuppies...my friend minta I buatkan untuk dia dan family makan-makan je....

Ok lah peeps....selamat berhujung minggu dengan orang2 tersayang ya!!!

Monday, June 14, 2010

Monday blues...

Today I feel so exhausted tahap gaban la..
I rasa mcm tak cukup tido jer padahal minggu lepas masuk tido pun awal….semenjak "bulan" ni datang…sakit sakit pinggang ni gak menjadi2 jugak ni. Selain tu jugak my emo dan hormone sangat2 tidak stabil....I feel so weak..oh pinggang I yang tak ramping ni…segera la baik. Sungguh rasa tidak selesa ini. Sorry ya peeps , kalau entry kali ni sungguh membosankan…Get well soon to myself and to all of u yang rasa sakit jugak ya!!!

p/s lucky me that my husband understands me very well. really. :) love u so much Mr E!!!

Orange Chiffon Cake yang I buat malam tadi..kes nak perabihkan orange dalam peti sejuk I. Bikin this Orange Chiffon Cake dengan bantuan Middle & Youngest E...tersangatlah kecoh & serabutnya....nasib baik jugak cake I ni menjadi...:-)))

Saturday, May 22, 2010

Hujan pagi di Templer...

Selamat pagi semua...pagi2 lagi sudah hujan 'kan...Hujan2 pun I tetap ke pasar untuk beli bahan2 mentah & basah untuk aktiviti memasak I di hujung minggu. Beli lah apa2 yang patut ja then pastu mulalah pening kepala nak masak apa bende 'kan...mmmm..main belasah ja labu....asalkan sedap dan abis licin dimakan oleh Mr E & 3Es...

Ni breakfast we for this "sejuk" Saturday morning...

Beli ja nasi lemak bungkus ni....then I gorengkan tauhu & ayam buat lauk. As usual layan bersama Earl Grey Tea & air soya panas....

Dalam pada tu sempat jugak siapkan cookies ni pagi tadi buat my sister punya kawan opis kat Tanjung Malim.

Dan ini pulak Orange Chiffon Cake buat teman opis untuk her son bawa ke sekolah sempena jamuan Hari Guru...:-))

Okey peeps...ni ja la yea dulu laporan terkini buat semua....Happy Weekend!!!

Sunday, May 16, 2010

Panas terik, sakit kepala...

Ahad...sepatutnya menjadi hari yang best dalam seminggu 'kan...tapi not for me..I sakit kepala yang amat2 sangat dari pagi tadi sehinggalah ke malam. Maybe sebab malam semalam I asyik tido bangun tido bangun (tak lena) since tetiba pulak my Youngest E demam panas! Dan kebetulan pulak hari ni tersangatlah panas nyer....maka kepala I ni berdenyut2 daripada pagi sampailah ke malam....adoi hai!!!.....

So, kalau dah perempuan namanya 'kan....lagi2 dah kawen & beranak-pinak...sakit macam manalah kita ni 'kan...kena jugak lah buat house chores. Kalau kita buat tak tahu ja...rumah sure jadi tongkang pecah & peyut2 umat kat dalam rumah sure kebuluran. For breakfast......

Breakfast yang tak seberapa untuk Mr E & 3Es....char kueh teow seafood goreng , lebihan baked chicken wings (dinner malam tadi) dan Earl Grey Tea....

Then, yang lagi sadiss pulak...Mr Toshiba I buat hal la pulak...Mr E cuba baiki Mr Toshiba tapi tak boleh sebab Mr Toshiba benar2 telah rosak. So, hari ni I cuci baju 3Es dengan tangan....perghhh, sakit pinggang & lenguh tangan I...memang payah la kalau Mr Toshiba rosak....nampak gayanya kena beli yang baru ni...:-(( kalau tak sure muscle I berketul2 punya...

Lunch ni cum dinner terus la sebab I masih lagi dalam kesakitan & kemalasan yg melanda diri....

Sempoi ja.....

Kerutub daging....

Sotong masak kunyit hidup...

Dalam pada tu,sempat jugak I baked Orange Chiffon Cake buat minum2 petang (kes nak perabihkan orange kat peti sejuk I). Kebetulan pulak kengkawan Mr E datang rumah sebab nak carpool together2 untuk naik ke Genting Highlands nak layan konsert DEEP PURPLE...memang diorang langkah kanan la...:-))

Orange Chiffon Cake yang tidak jemu2 dibuat......:-))

Tuesday, April 13, 2010

Cupcakes lagi...

Fuhhhh...sungguh lambat la I nak upload pictures cuppies yg I buat last week.....aisey man, tidak efficient sungguh lah..nak buat camne 'kan I 'kan sibuk dgn kerja2 office & house chores...anyway, here are some recent cupcakes pix....

Cupcakes ni for my sister punya kawan.Nak kasi kat boyfriend dia...

Cupcakes ni pulak untuk Kak Atul. Actually nak celebrate birthday anak laki dia si FAREIS...(correct spelling) kat kindie. Siap theme Ben10 bagai...tapi alih2 celebrate kat rumah ja sebab birthday boy demam la pulak...(according to his mummy chat2 dlm fesbuk)..Thanks Kak Atul for the order.

Dalam pada tu sempat jugak siapkan this Orange Chiffon Cake for Aina...