Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Sunday, December 12, 2010

Masak & Baking...

Disebabkan terlalu rindukan periuk belanga, sudip kayu, Cik Oven dan Cik Pensonic.... I masak dan baking lagi hari ni. Tak susah mana pun....campak-campak je then jadilah hidangan yang boleh dimakan untuk seisi keluarga...

Nasi Goreng Makerel dan Keropok Ikan serta Earl Grey Tea sebagai pembuka selera di pagi hari. Memang laku tau....Nasi Goreng Mackerel tu I buat ikut resepi mama mertua I. Bahan utama untuk nasi goreng ini menggunakan lebihan ikan goreng (I guna Ikan Mackerel semalam) dan isi ikan tersebut disiat-siat kecil. Pastu gorenglah nasi tersebut macam biasa. Nasi Goreng stail ini amat popular di sebelah pantai timur. Sedap wei....cubalah ya..:-))

Ni pulak menu lunch we all... Sempoi je tapi sedappp!!!!

Sup tulang.....

Ayam Goreng....ini pula ayam goreng yang I buat ikut resepi mama I pula. Caranya pun mudah juga....gaulkan ayam ini dengan kunyit dan garam seperti biasa tapi tambahkan sesudu tepung beras atau ikut banyak mana ayam yang hendak digoreng...perapkan sekejap dan sedia untuk digoreng. Hasilnya ayam goreng ini rangup dan sedapnya lain skit daripada ayam goreng yang biasa2 tuuu...so, cubalah ye...mudah bukan...:-))

Cookies of the week....Chewy Flourless Chocolate Cookies.....sangat sedap ini cookies, rangup di luar...agak liat di dalam....sudah menjadi kegemaran 3Es dan Mr E jugak....

Sebab dah rasa malas skit...lebihan batter cookies tu, I masukkan dalam pan dan terus bakar dalam Cik Oven Europa...cookies sudah menjadi ala-ala brownies pulak...takpa janji sedap 'kan...

After Asar, we all ke Jusco Wanga Maju dan Tesco Selayang untuk membeli barang kelengkapan sekolah Eldest E....Beli kasut, beg dan tudung sekolah...baju sekolah I tempah kat adik ipar I....Then, lepak dan minum2 kejap di kedai mamak di area rumah we all sebelum balik ke rumah....

Habis sudah ceritera sepanjang hari ini.....sekian terima kasih...Jumpa lagi ya..:-)

Friday, December 3, 2010

Jeruk Mangga buatan sendiri....

I tidak suka makan jeruk mangga atau segala jenis jeruk yang dijual di kedai-kedai tapi cuma makan jeruk yang I buat sendiri jer. I nak share dengan u all, cara-cara bagaimana I buat jeruk mangga ni...

Buah mangga muda adalah bahan yang penting tau....kupas kulit buah mangga ini dan potong kecik2 macam ni....

Buah mangga yang telah dipotong kecik-kecik....

Later, masukkan garam & gula secukup rasa...dan gaulkan sehingga serasi....

Masukkan dalam bekas dan sejukkan dalam peti sejuk untuk semalam....dan esoknya sudah boleh dimakan....Selamat mencuba ya....:-))

Saturday, October 23, 2010

Homemade Ferroce' - Crunchy Chocolate Hazelnut Balls


Since tinggal berempat je 'kan hari ni sebab Mr E ada aktiviti pemancingan dengan kengkawan dia, so...I dengan bantuan Eldest & Middle E bikin this Homemade Ferroce'....bukan main suka lagi diaorang dapat tolong mummy buat this Homemade Ferroce'....tak susah dan bahan2 pun simple jer.....tak percaya ker? percaya lah...even ur lil kids pun boleh buat jugak.


Homemade Ferroce'....
Bahan2:
5 cups hazelnut wafer (diramas2 dengan tangan sehingga hancur)
300g hazelnut (dibakar & dipotong kecik2)
400g nutella spread (I guna milk choc je)
300g dark choc (dicairkan)

Cara2:
Hazelnut wafer digaulkan dengan tangan bersama2 dengan hazelnut dan milk chocolate sehingga sebati. Then adunan tersebut dimasukkan ke dalam petisejuk selama 30minit. Later, adunan tadi dikepal2kan dalam bentuk bulat kecil2 dan setelah itu, masukkan semula ke dalam petisejuk selama 30minit untuk keraskan bulat2 kecil itu. Then, bulat2 kecil itu tadi dicelupkan ke dalam dark chocolate yang telah dicairkan itu dan sekali lagi masukkan ke dalam petisejuk dalam 15minit. Siap dan boleh dimakan.....Mudah bukan!
Selamat Mencuba:-))

Inilah hasilnya.......Homemade Ferroce'......

Tuesday, August 31, 2010

20th Ramadhan 1431

Semalam telah berlalu. Yang ada cuma hari ini...esok belum pasti lagi....SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53 Malaysia.....

Ok peeps...actually nak gambar kat bawah ni menu iftar we all semalam...enjoy ya!!!

Menu:
1) Tenggiri masak lemak bersama ulam pegaga
2) Udang galah ala Thai
3) Ayam goreng
4) Bayam celur

Onde-onde buah melaka for dessert....

Tenggiri masak lemak bersama ulam pegaga...

Homemade pizza for makan-makan after terawih...

Udang galah ala Thai....

Bahan A:-
1 kilo udang galah
20g tepung jagung
2 biji telur (dipukul)
Minyak masak secukupnya

Bahan B:-Sos Masam Manis
6 ulas bawang putih (dicincang)
3 biji bawang besar (dipotong dadu)
sedikit halia (dihiris halus)
1 biji mangga muda (dipotong kecil-kecil)
1/4 nenas (dipotong dadu)
4 tangkai cili merah (dihiris halus)
2 biji air imau nipis
2 helai daun limau purut
5 biji cili api
sedikit lengkuas (dihiris halus)
3 sudu besar pes tomyam
2 cawan air rebusan ikan/ayam
garam & gula secukup rasa...

Cara2:-
1) Gaulkan udang dengan garam, tepung & celupkan ke dalam telur dam masukkan ke dalam minyak masak yang sudah panas sehingga udang menjadi garing.
2)Sos pula...tumiskan halia & bawang putih sehingga naik bau diikuti dengan bahan2 lain diakhiri dengan air rebusan ikan/ayam. Renehkan sampai sos menjadi agak pekat. Jangan lupa masukkan garam & gula secukup rasa.
3) Kemudian, tuangkan sos tadi ke atas udang yang telah siap digoreng....boleh dimakan bersama nasi putih.....

Selamat mencuba ya...:-))

Sunday, July 18, 2010

S.U.N.D.A.Y. afternoon..

I sangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari...sib baik lah early batch punya jemuran sempat kering, so tak lah rasa ralat sangat...at least kering jugak....
Mmmmmm..u all semua sudah lunch? I dan family sudah kenyang...alhamdullillah:-))
Today for lunch I masak yang simple-simple ja sebab I tengah agak malas ni....so, semua menu lunch ni main campak-campak ja...

Menu lunch yang main campak-campak ja kat dalam kuali & periuk....

Daging goreng....

Sambal sotong...

Ulam-ulaman & sambal belacan..

Ikan selar kuning masak singgang....Buat Kak Yat Maria, I titipkan resepi sempoi masak singgang I ni ya...

Ikan selar kuning masak singgang...

Bahan-bahan:-
Ikan selar kuning (actually ikan parang yang paling sedap sekali)
2 inci halia
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 batang cili hijau
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air

Cara-cara:-
Halia, bawang besar, bawang putih diracik-racik halus. Panaskan kuali, masukkan minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan pula kesemua bahan-bahan yang telah diracik halus tadi. Tumis sehingga naik bau dan masukkan serai yang telah diketuk bersama-sama dengan cili hijau. Masukkan air, kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan garam dan akhir sekali masukkan ikan selar kuning. Biarkan selama 10 minit dan selar kuning masak singgang sudah siap untuk dihidangkan....mudah bukan! selamat mencuba....:-))

Sambil masak untuk lunch, I sempat jugak bake Chocolate Chiffon Cake untuk dibuat minum petang....ok la ya, cukup-cukup dulu lah....after Asar nanti nak pergi ke Kuala Lumpur...jalan-jalan sambil shopping. Mr E nak beli kasut sukan sebab kasut sukan yang ada sudah haus.....so...till then..:-))

Friday, July 16, 2010

Almond Choc Banana Muffin

Salam Jumaat buat semua. I sudah beransur pulih dari demam......:-)) Cuma yang tinggal selsema dan batuk ja...Ok la...malas nak cerita panjang2...u all layanlah yea Almond Choc Banana Muffin yang I buat pagi tadi for breakfast sebelum ke office....sempat ngap 2 ketul sekaligus lepas keluar dari Cik Oven Europa....since I rajin skit ni, disertakan sekali resepinya in case lah kalau u all nak cuba...:-))

Almond Choc Banana Muffin...

Apa yang perlu ada:-
Team A:
1) 2 cawan tepung
2) 1 cawan gula halus
3) 1 sudu kecil serbuk baking
4) sedikit garam

Team B:
1) 1 cawan susu segar
2) 1 biji telur Gred A
3) 1 cawan pisang yg dipotong-potong kecil
4) 1/2 cawan minyak sayur

Team C:
1) Almond Flakes
2) Chocolate Chips
3) Chocolate paste

Cara pembikinannya:-
1) Team A disatukan, begitu juga dengan Team B.
2) Kemudian, Team A dan Team B disatukan sehingga sebati.
3) Asingkan sedikit campuran Team A dan Team B dalam mangkuk lain dan masukkan sedikit
chocolate paste ke dalam campuran yang telah diasingkan itu.
4) Masukkan bancuhan tadi dan tambahkan sedikit dengan bancuhan yang ada chocolate paste
ke dalam bekas muffin atau yang seangkatan dengannya dalam 3/4 bekas muffin itu.
5) Taburkan almond flakes dan chocolate chips ke atas bancuhan di dalam bekas muffin.
6) Bakar dalam cik oven masing-masing dalam 180 darjah selama 25 - 30 minit...

taraaaaaa.......sudah siap untuk dimakan....yeaaayyyyy!!!!!!









Tuesday, July 6, 2010

My Lemon Chiffon Cake...

Morning peeps....Cik Oven Europa I awal pagi-pagi ni sudah mengeluarkan bau lemon yang harum lagi......mmmm, memang teruja betullah I dengan my 1st ever Lemon Chiffon Cake ni. Teksturnya sungguh gebus dan begitu terasa lemonnya....sangat sedap babe...yang pasti Lemon Chiffon Cake ini jugak akan termasuk dalam senarai Chiffon Cake yang wajib I buat selain Orange Chiffon Cake, Pandan Chiffon Cake & Chocolate Chiffon Cake.....

Ok, u all layan la yea gambar my Lemon Chiffon Cake ni yea....I nak sambung tido balik ni (esok 'kan kerja) , so I nak join Mr E & 3Es yang sudah lena diulit mimpi dan nak peluk si bantal peluk I ni yang bucuk-bucuk macham ni....

My Lemon Chiffon Cake......

Apa yang perlu ada:-
  • 7 biji telur yang diasingkan putih & kuningnya
  • 2 cawan tepung serbaguna
  • 1+1/2 cawan gula castor
  • 3 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan air + juice perahan lemon
  • 1/2 cawan minyak canola
  • 4 sudu kecil parutan kulit lemon
  • 2 sudu kecil vanilla
  • 1/2 sudu kecil cream of tartar
Cara pembikinannya :-
  • Panaskan oven 170 darjah celsius.
  • Satukan gula, tepung, garam, baking powder dan garam.
  • Pukul telur kuning, air + juice perahan lemon, parutan kulit lemon dan vanilla. Kemudian, masukkan bahan-bahan kering tadi dan pukul bancuhan itu sehingga sebati. Pada masa yang sama telur putih dipukul dengan cream of tartar sehingga kembang.
  • Masukkan bancuhan telur putih itu tadi ke dalam bancuhan telur kuning. Kacau bancuhan sehingga sebati.
  • Masukkan bancuhan tadi ke dalam tube pan dan bakar selama 50 - 55 minit atau sehingga masak. Sejukkan cake ini secara terlangkupkan tube pan....kalau sudah sejuk, bolehlah cake ini dipotong dan enak dimakan begitu saja.....
Selamat mencuba....:-))