Showing posts with label Sadissss. Show all posts
Showing posts with label Sadissss. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Entry Tidak Puas Hati...

Ya ya ya....I agak emo dan agak tak puas hati dengan bank CIMB Cawangan Lucky Garden di Bangsar. Ya...takde nak selindung2 punya atau nak cover-cover line ya. Actually, pagi tadi...I dan Mr E ke cawangan bank tersebut untuk mendapatkan penyata akaun untuk 3 bulan yang terkini. Ok, expectation we all, sepatutnya bank tersebut akan melayan permintaan stended itu. Alaa....bukannya susah pun, the staff boleh aje just printkan penyata akaun tersebut yang mungkin mengambil masa tak sampai 5 minit pun. Dah ler tu, nak print penyata memang kena charge pong bukannya FOC punya service!

Tetapi disebabkan oleh prosedur baru yang amatlah tidak bijaknya dan menyusahkan pelanggan bank tersebut (hanya apply kat cawangan itu SAHAJA rasanya) iaitu.....kalau nak minta account statement kita kena Apply dulu dengan mengisi borang dan staff hanya akan print-memerint penyata tersebut after office hour je (allooooooo....ramai sangat ke pelanggan nak minta penyata akaun tu hari2!) then datang keesokkan harinya untuk collect penyata akaun tersebut. OMG!!!....apa kes ni? Renew Passport kat Imigresen yang confirm jabatan Gomen yang orang dok mengata macam2 tu pun boleh siap dalam 1 jam je.

Rasanya prosedur baru yang diperkenalkan oleh bank cawangan tersebut amatlah tidak bijak sama sekali ya. Ok, I dan Mr E memang berdukacita.....dan kalau masa kejadian itu, ada branch manager pasti we all akan sound branch manager tersebut pasal benda ni...Sepatutnya the management for that branch kalau nak memperkenalkan apa jua prosedur terhadap pelanggan, sila pastikan ianya tidak menyusahkan pelanggan dan prosedur itu bukan sesuatu yang orang Selayang kata...Nonsense. Bank sepatutnya attempts to treat their customer sebaik yang mungkin dan membantu pelanggan yang dah menyimpan duit mereka di dalam bank anda. 

YES, just short of Jom Ubah to other Banks...memang I dan Mr E at least from now on akan Blacklist BANK CIMB Cawangan Lucky Garden, Bangsar! We all tidak akan membuat sebarang urusan perbankan dengan cawangan tersebut. Nak apply Loan RM10 pun tak mo. Kitakan THE customer...ada kuasa memilih so, we all akan ke cawangan bank yang tidak mengamalkan prosedur yang menyusahkan pelanggan malah memberikan perkhidmatan yang baik, mesra seperti cawangan BANK CIMB Bangsar South...

Ok...tu je nak share ceritera version tidak puas hati ya.....

Terima kasih daun keladi buat my colleague, adik sebelah workstation yang menghadiahkan pemanis mulut, Baklava pada akak ya (dia baru balik dari menunaikan umrah dan bercuti di Dubai)....Oh ya! the Baklava sungguh la sedap sangat....:-))

Till then & take care!

Friday, April 6, 2012

Jiwa kacau kah?

Mmmmm, tak tahu kenapa dengan diri ini...
1) sangat malas ya...mmm, masak pun ala2 kadar je...baking jauh sekali walaupun list to bake bukan main panjang lagi...menjahit pun tak bermula pun walaupun sudah ke kelas
2) house chores pun buat ala2 melepaskan batuk di tangga je...
3) badan sangat penat setelah seharian bekerja...maka, sampai je rumah terus tido ( tapi lepas mandi & solat la)
4) tak berapa chara (beri perhatian) to my 3Es & Mr E...terasa macam mummy & wifey yang sadiss la pulak!
5)......takde mood langsung ni....adoiiiii...

Arghhhhhh!!!!!!!! I perlukan semangat & kerajinan I yang hilang tuuuuuuuuu......mana dia pergi je....Ok tu je curahan hati I......
note: rasanya ni update I yang paling sadis, paling tak best & segala2 yang tidak indah la....btw, tq for reading ya...

Monday, March 19, 2012

Kepala terhantuk & Puasa Sunat...

Alhamdullillah, sempurna sudah puasa sunat I untuk hari ini. Sudah lama benar tak berpuasa ni, letihnya bukan kepalang dicampur pulak dengan rasa lapar. Iye lah 'kan, berpuasa di waktu bukan bulan puasa....lain sikitlah rasanya. Dulu I agak rajinlah jugak berpuasa sunat setiap Isnin & Khamis ni...pastu kerajinan itu hilang ntah ke mana. Tetiba rasa nak buat balik dan berharap agar amalan berpuasa setiap Isnin & Khamis diteruskan selagi mampu....amin!

Mmmmm, tak larat rasanya nak bercoleteh panjang malam ni....ditambahkan pulak kepala I berdenyut2 yang amat disebabkan kepala I terhantuk pada but kereta Sabtu lepas. Pergghhhh!!!! bergegar kepala otak I masa kena tu, siap berlekuk lagi. Rasa nak pitam pun ada....dan kesannya baru I terasa hari ni dan selain itu, mata kanan I ada merah banyak jugak la....maybe ada salur darah yg terpecah masa kepala terhantuk. Dah jumpa doktor dah pagi tadi dan doktor ada kasi ubat tahan sakit je...sadiss 'kan...mmm, mudah2an kepala I ok dan takde apa2 yang serius.

Till then & take care ya!

Saturday, February 18, 2012

Jatuh lalu terluka....

1st time tau yang my Youngest E ni jatuh lalu terluka. Macam mana dia boleh jatuh lalu terluka? Actually, pagi tadi dia temankan I belikan breakfast (hari ni I sangat takde mood untuk memasak ya, maka dgn itu breakfast beli je)...masa I tengah tunggu makcik tu bungkuskan nasi lemak yang I order tu, my Youngest tu berlari-lari mengejar burung-burung yang ada kat situ....punyalah laju berlari2 dan dengan tiba2 my Youngest E jatuh tersembam lalu lututnya tersagat....mula2 tu takde darah...sekejap je darah pun keluar. Dia pun menangis sekuat-kuat hati.....

Lihatlah lututnya yang kena sagat itu....agak sadisss 'kan....

Macho macho pun bila sudah jatuh lalu terluka tetap nanges jugak!!!...Takpa la enchem boy, sikit je luka tu...esok lusa baik la tuuu....

Jam 3 petang, we all ke KFC JJ Mahkota Cheras sebab collegue I, Wanie celebrate birthday 1st year Sarah...hujan lebat sepanjang perjalanan ke sana. Tapi takpa, sampai je we all terus dijamu dengan ayam KFC (makan sehingga menjilat jari) dan budak2 dilayan dengan pelbagai games. The best part is, semua games tu 3Es yang bolot sebab diaorang la yang paling besar sekali dan memang semua games. Btw, thanks to Wanie & Happy 1st Birthday Sarah!

Wednesday, January 11, 2012

Misteri kehilangan CERITERA.....

My 1st ever update on year 2012. Rindu tak kat blog I dan Ceritera I??? Mesti ada yang rindu nak baca 'kan...caishhh (perasan la kunun macam la ramai yang tertunggu-tunggu update terbaru Ceritera 'kan)...hahahahahahahahahaha....

Diringkaskan ceritera, we all satu rumah diserang demam virus!.....Mula-mula tu Mr E yang start demam dulu pada malam tahun baru 2012....then diikuti dengan I. I siap kena drip air sebanyak 2 botol dan cucuk voltaren kat punggung u!!!!! sadisssss.....dan paling sadis sekali I on medical leave selama 5 hari. Same goes to Mr E. Pastu pulak demam virus ni merebak pulak kepada my Youngest E, then my Middle E dan terakhir sekali to my Eldest!!!! Habis satu rumah demam virus. Bila malam, Mr E tolong jagakan Eldest E dan I pulak kena tengokkan Middle & Youngest E. Letih dan jadi tak bermaya la I dan Mr E sebab dah lah demam but still kena tidur tak lena bila malamnya sebab nak jaga anak-anak pulak. So, esok paginya, we all tido je sepanjang hari.

Dan dengan itu jugak hampir 2 minggu la, my little kitchen tidak berasap sama sekali. Nak makan pun we all beli je. Tapi takde selera pun nak makan sebab demam punya pasal. Makan pun just sebab nak lapik perut kerana nak makan ubat. Itu je. Orang kata makan tanpa sebarang nafsu pun...:-(( Demam virus ni pun payah nak baik. Agak makan masa 2 minggu jugak. Ini pun we all not 100% recover, baru 80% jer baik. Still badan ada rasa lemah-lemah dan letih. What a good start for a new year.....

Makanan "ruji" we all sepanjang 2 minggu ini....:-( UBAT!!!! Pahit tau....

Youngest E yang demam mencecah 40'C...panas 'kan!!!!

keadaan Mr E yang demam pada hari pertama, kedua dan ketiga...memang tidur je la kerjanya....sebab tak larat sangat2

Ok la, itu je ceritera terkini ya. Insya-Allah, bila segala mood sudah mari, I akan kembali berkecah di dapur sambil menghasilkan makanan2 yang enak dan sedap untuk dimakan dan postkan ke Ceritera ya sambil ceritera mengenai we all....till then dan take care ya!!!

Tuesday, November 29, 2011

Keracunan makanan!

We all satu family kena food poisoning semalam dan still berlarutan sehingga ke hari ini. Gara-gara makan lauk kenduri kawen one of my friend. Mmmmmm, we all selalu mendapat jemputan walimatulurus dan menghadirinya tapi this is 1st time we all sefamili kena food poisoning. Maybe one of the lauk pauk tu telah tercemar! Tapi nasib baik la 'kan yang paling teruk bukannya 3Es tapi mummy dan daddy diaorang. Tak tahan weiiii asyik duk berulang ke tandas je.....letih dan sakit pinggang, badan pun lemah sebab kurang air...Alhamdullillah, we all semakin pulih lepas makan ubat.

Cuti yang agak panjang last week we all banyak menghadapi majlis pre-khatan anak bujang kawan Mr E...wah! sekarang ni budak2 lelaki nak berkhatan ada buat majlis macam sambut birthday gitu....orang jemput, we all pun dengan senang hati menghadirinya! Then the next day, menghadiri walimatulurus di Semenyih dan terus lancar ke Rembau pulak. Kat Rembau, kampung atuk & wan I ada buat gotong-royong kacau dodol....semua adik beradik my mama ada.....adik-beradik I dan sepupu sepapat pun turut serta. Masa I sampai, dodol atau penganan dah siap pun, so tak sempat nak amik gambar bagaimana nak masak dodol atau penganan tersebut! Later kalau ada buat lagi, I akan amik gambar step by step how to masak the dodol ya....

ok ya...layan je photo my 3Es yang diambil sepanjang minggu lepas.....

Face painting...one of the activity kat rumah Mr E's friend masa makan2 before anak2 dia dikhatankan.....

Eldest E tengah dicontengkan mukanya....
Middle E with her happy face!

Eldest E....Youngest E tak minat langsung nak buat face painting ni...

Sempat lunch kat sini semalam lepas semalaman di Rembau

Macam anak remaja dah si Eldest E 'kan....

Middle E yang perasan cute sokmo!

Youngest E yang nakal!

The Manhattan Meatlovers Pizza....Teksi kuning serves the best pizza in town. Uno comes in as a close second. The rest are just roti tempayan level...

Wednesday, November 23, 2011

Handphone I hilang!!!

Handphone I hilang hari ni. Perasan handphone takde masa dah sampai kat office lepas breakfast with my colleague tadi kat cafe...:-( Confident yang I tertinggal masa breakfast tadi kat cafe, tapi bila bergegas semula ke cafe dan tanya pekerja2 kat situ...diaorang kata takde pun....Firasat kuat menyatakan yang handphone I tu telah dirembat oleh one of the pekerja2 cafe tu....Ala...handphone I tu pun bukannya canggih manggih mana pun....bukan Blackberry, jauh sekali Iphone...takde touch2 screen pun...cuma cap Sony Ericsson je...

I ralat sebab semua contact number dan segala mak nenek I simpan kat phone tuuu....oh!!! sungguh stress la...adoiyaiiii...stress I. Dah la kena call Celcom utk block kan sim card tu...then kena pulak ke Celcom amik sim card baru....nanti bila I dah amik sim card tu, I guna je handphone Mr E yang lama....tak perlulah beli yang baru. Rasa macam tak best la handphone takde....rasa lain. So, hari ni pun nak buat kerja kat office pun tak bersemangat sangat....jiwa ada sikit kacau la....arghhhhh!!!!!!

Sayonara my buddy....gonna miss u since u banyak berjasa kat I.....jodoh kita berdua tak panjang la....:-((

Tuesday, October 18, 2011

On medication....

I MC today!!! Benar-benar sakit tau! Tak tipu punya. Tengok tu kat atas...banyak dan gabak-gabak ubat yang perlu dimakan oleh I 'kan....hampir tak tertelan I dengan ubat-ubat itu, tapi nak cepat baik 'kan kenalah makan jugak....

Thursday, September 15, 2011

Cuai...padan muka!

I sangat bengang dengan diri sendiri...Lunch hour tadi I ada dancing class di gym yang ada kat office I. Best memang best la sebab dapat mengeluarkan peluh....Lepas abis sessi dancing tu, I pun bersihkan diri dan bersiap2 untuk masuk office semula. I ke dancing class dengan 2 orang my good girlfriends...mmg enjoyed!...

Nak dijadikan cerita....bila balik Templer lepas amik 3Es kat rumah my mama lewat petang, I pun naik ke bilik atas untuk mandi dan solat Isyak'....then check punya check dalam beg yang I bawa ke dancing class tadi....tengok punya tengok, I punya barang-barang kecantikan macam pencuci muka, pelembab dan segala mak nenek yang berkaitan dengannya TIADA!!!! semuanya tu I letakkan dalam satu beg kecik....ntah macam mana I boleh tertinggal that beg atas sinki dalam toilet kat gym!!!!....Adoiyaiiiiiiii....!!!! I sangat2 sayang barang2 tu sebabnya iyela 'kan...tu semua barang2 kecantikan I...dah macam sebahagian dalam hidup tuuuuu...Dah hilang tu satu hal, siap kena marah dengan Mr E jugak sebab CUAI......:-((

So, memang hilang mood la malam ni......sedih dan sangat sedih tau!!!! Tu je nak ceritera...

Friday, July 15, 2011

Mr Focus dicium Mercedes!

Mr Focus we all dicium oleh Mercedes jiran depan rumah my mama. Masa kejadian berlaku, I tengah tido dalam kereta sebab hujan turun dengan lebatnya...tersedar pun sebab Mr Focus kena cium. Owner Merc keluar check...cakap, calar skit je....but I'm sure mesti agak teruk jugak lah sebab terasa kuat tau Mr Focus kena hentam...uwaaaaaaaa!!!! Sangat stress ni, dah ler Mr E takde.....adoiyaiiii....sangat stress ni. Helo jugak la Mr E, kasi tau dia pasal Mr Focus kena langgar. Mr E tak marah I, cuma we all hairan lah kenapalah selalu sangat kereta orang lain suka cium kereta we all. Masa guna Miss Vios dulu pun lebih daripada 5 kali dicium oleh kereta lain....Ingat skit je calar kat Mr Focus, alih2 bila check balik kat Templer, bumper depan Mr Focus agak renggang skit dan calar balar pun banyak! Kena jumpa balik jiran my mama tu minta ganti rugi.....sedey tau, Mr Focus kena cium. Dah ler both of us (I & Mr E) sangat berhemah di jalanraya....tapi kenapalah orang diluar sana sangat cuai dan lalai!!!

Memang hilang terus mood tau. Ingat terus nak tido je sebab dah takde mood, tapi memandangkan kena masak Red Velvet Cake for Mr E's friend, I gagahkan jua baking.....:-((

Okaylah.....nak tido sebab kepala ni dah berdenyut2 maybe sebab stress Mr Focus kena cium....:-(( till then.

Lunch kat sini dengan Kak Noly & Izyani.....

Iced Rose Lime & Iced Tea 'O'......

BeeHoon Singapore for me...

Izyani duk pulun layan Nasi Goreng Kampung....nak dijadikan citer jugak, kasut Izyani patah masa lunch kat situ.....ntah macam mana boleh patah pun tak tahu....lawak la....:-)

Youngest E dengan dinner we all tanpa Mr E....

Double Beef Burger....

Dah tak sabar-sabar dah nak makan la tuuuuu....

Red Velvet Cuppy for dessert. Layan sorang2...:-((

Sunday, July 10, 2011

Pissed off okay!

I tersangat tidak berpuas hati dengan mereka yang masih teruskan juga perhimpunan haram BERSIH tu. Disebabkan itu, pihak berkuasa telah membuat roadblock di semua jalan masuk menuju Kuala Lumpur.......dan paling malang sekali, area rumah I termasuk di dalam roadblock tu. Ye la 'kan....keluar je daripada rumah I, terus masuk ke Jalan Persekutuan yang mana semua kenderaan daripada utara akan melaluinya kalau tak ikut PLUS Highway la 'kan.....so, kalau ada apa-apa segala macam perhimpunan haram ke, jenayah besar ke dan sewaktu dengannya, pasti jalan itu akan diroadblockkan......I tak salahkan pihak berkuasa sebab mereka-mereka ini menjalankan tanggungjawab untuk menghalang segala yang boleh mengancam keselamatan negara & rakyat...Come on la people korang semua takkan dapat hidup aman sejahtera di mana-mana negara lain selain Malaysia okay...Memang kerajaan tak perfect 100% , kalau tak puas hati pun....sila ikut saluran yang betul. Kita semua sokong ke arah usaha menjadi lebih telus, bersih, amanah dsb...tapi harapnya the end does not justify the means - somemore at the expense of other people kan.



Keluar je daripada rumah terus jam...sebab jalan utama telah disekat oleh pihak berkuasa........

nak lepas sekatan polis ni mengambil masa hampir 25 minit....sadisss wei......

siap ada tandas bergerak tu........

I terpaksa jugak keluar semalam sebab nak deliver this cuppies & cake to my senoir kat U dulu di Tesco Extra Taman Midah.....jauh betul perjalanan yang terpaksa ditempuhi sebab semua jalan masuk ke KL ditutup gara-gara perhimpunan haram semalam!

Monday, June 27, 2011

Malang sungguh la hari ni dan layer cake lagi....

Mr E outstation lagi....:-(( Tinggallah I berempat dengan 3Es. Since sudah biasa ditinggalkan sejak di awal perkahwinan sehingga sudah beranak tiga, I sudah lali pun. Rutin as usual, pagi hantar Eldest E ke sekolah rendah, then Middle ke sekolah tadika, then hantar pulak my Youngest E ke rumah my mama....finally I ke office! Kerja kerja kerja then cukup masa bergegas balik amik 3Es kat rumah my mama and terus lancar ke Templer......

Hari nak dikatakan malang jugak memang malang la........adoiyaiiiii...dah ler penat kerja kat office, then bergegas pulang amik 3Es...ingat boleh la sampai kat Templer sebelum Maghrib...Memang sampai masa azan Maghrib berkumandang pun.....ceh ceh ceh....dengan confidentnya, I buka lah kunci mangga pintu pagar...(utk perhatian semua, I punya pagar adalah standard tau..biasa-biasa...dan yang pastinya bukan jenis rod iron la, kayu nyatoh la...dan bukan automatik).....so, lepas I masukkan kereta dengan 3Es ada di dalamnya kat dalam perkarangan rumah I yang tiada porch. Fyi, jugak....bila hujan turun dengan lebat...harram aihhhh, mmg tak boleh masuk kereta atau buka pintu pagar sebab sure basah dan lencun punya. Memang kena tunggu hujan berhenti. So, pagi tadi lepas Subuh, hujan turun dengan lebatnya...so, kata takde porch 'kan...Eldest E lambat la sampai kat sekolah. Sampai kat sekolah pun assembly sudah bermula sebab buat dalam dewan sekolah 'kan....kesian my Eldest E....

Sambung citer balik....dengan confident jugak nak buka la kunci mangga kat grill rumah we all pulak....ulang siaran, rumah we all memang banyak kunci mangga, apa ntah lagi sejak kejadian orang pecah masuk rumah we all Oct 2010 lepas....nak tahu citer baca kat sini ya....alih2 kunci mangga no 2 pada grill rumah we all takde!!!...Harrammmm aih, camne boleh terhilang pulak kunci ni...mangga no 3 boleh buka dan grill pun boleh buka....pastu kununnya ingat nak masuk melalui sliding door...buka lagi mangga no 4 dan 4 dan gril sliding door...alih-alih sliding door pulak tak boleh dibuka. Ceh ceh ceh...ingat nak jadi MacGyver la...tapi cungkil punya cungkil still tak boleh jugak buka....adoiii...dah ler Mr E oustatation....

Pastu pulak ingat boleh masuk ikut pintu belakang pulak....rupa-rupanya tak boleh jugak sebab ada mangga no 7 tidak boleh dibuka sebab locked from inside....no 6 boleh buka....banyakkan kunci mangga I.....so, pastu ingat nak tanggalkan je sliding door tu...tapi takut la tak boleh pasang balik...wajib kena marah dan bebel dengan Mr E ni....habis jiran kiri & kanan I keluar tengok sebab ada bising...diaorang ingat ada orang nak pecah masuk rumah I....lastly sekali, I minta tolong jiran I yang hujung sekali...kut-kut la boleh bukakan sliding door I...tapi still tak boleh buka jugak....umpil punya umpil pun tak jalan....heran ye, payah dan susah jugak nak masuk rumah sendiri ni walaupun mencuba dengan pelbagai cara....memang salute la kat profession pencuri pecah masuk rumah orang...sure depa ni cekap gile.

Jiran I yang hujung sekali tanya I boleh tak kalau dipotongkan sahaja kunci mangga yang tiada kunci tu....I jawab ok je...kunci mangga tu boleh beli yang baru daripada menjahanamkan pintu sliding door. Mula-mula tu jiran I cuba potong kunci mangga I dengan cutter dia yang memang tak tajam sebab bilah dia sudah tumpul......ingat jugak tak boleh potong sebab tumpul kan....alih-alih dengan 3 kali percubaan, kunci mangga yang kehilangan kunci itu disebabkan my Youngest E main dan hilangkan entah di mana itu telah berjaya dipotong!....Agak-agaknya 'kan....kalau pencuri tu sure dengan sekali kerat je, pasti kunci mangga I tu boleh dibuka....

Rupa paras kunci mangga yang telah dipotong menggunakan cutter tumpul!

Alhamdullillah, boleh dah masuk rumah. I helo Mr E and tell him that kitaorang boleh masuk rumah dah.....masuk je rumah, azan Isyak pula berkumandang....mmm, bergegas I masuk rumah, pastikan 3Es ok dan bersihkan diri then solat Isyak dan qada' solat Maghrib......bila dah settle semua....my Eldest dan Youngest E telah lena diulit mimpi depan tv dan tinggallah my Middle yang menemani I......dengan tak semena-mena, boleh tak I baked layer cake lagi.....la ni agak addicted to bake layer cake pulak!!!....Dengan sepantas kilatnya.....terhasillah my Cadbury Layer Cake......

taraaaaa.......

Close up sikit!.....nampak tak kepingan cadbury di lapisan layer cake tu???

Yummyyyyyy!!!

Monday, June 20, 2011

Macet Total, Mi Sup Cintan....

Mr E is not around. Will be away for 2days...:-((. Sorang-sorang je jaga 3Es.....Penat weekend tak habis lagi....Masuk office, melambak-lambak la pulak kerja menunggu. Cukup masa pulang ke rumah, ambil 3Es kat rumah my mama. Ingat nak boleh cepat sampai ke Templer, alih-alih macet total sejauh 5 km je sebelum sampai kat rumah we all. Sangat tidak suka dengan situasi itu. Dah ler I drive manual car, jalan pulak macet total, dengan membawa 3Es yang banyak karenah.....memang mencabar minda betullah. Finally, we all sampai rumah hampir jam 8.30mlm!!! Padahal bertolak dari rumah my mama jam 7.40mlm....sadisss 'kan.

Lenguh betul kaki kiri I sebab asyik main dengan clutch sebab manual car 'kan....sib baik jugak sempat isi minyak tadi kat rumah my mama...kalau tak maunya stranded di tengah jalan sebab kehabisan minyak....lagi haru la 'kan....Pastu pulak my Eldest dan Middle E sampai tertido di dalam kereta dan pasti tidur sampai pagi....sebabnya masa I pikul diaorang, memang diaorang tak sedar diri. Tak pasal-pasal la pulak I terpaksa dukung diaorang naik ke tingkat atas supaya diaorang tido dengan I....Sib baik jugak pinggan I tak patah.....

Dah mandi, solat......baru terasa lapar. Malas nak masak sebenarnya tapi perut I sudah berlagu riang ni minta diisi. Dengan citer, dengan memasak tak sampai 5 minit...maka terhasillah Mi Sup Cintan Chef Wan...makan dengan my Youngest E.....layan....

Dinner I & My Youngest E........

Thursday, May 5, 2011

Construction punya pasal.....

...........segala yang I plan utk agenda hari ni terbantut!!! Menchi tau gara-gara Jalan Bukit Templer sangkut akibat construction flyover. Bukan marah la sebab buat flyover tu cuma yang menghairankan kenapa perlu dilakukan pada masa peak hour kala semua orang bergegas nak menghantar anak-anak ke sekolah, ke office dan segala macam agenda la 'kan...Cuba lah buat pada waktu weekend yang mana traffic kereta pasti berkurangan...Ni tak pasal-pasal hampir 70% penduduk area Templer tak masuk office dan ramai anak-anak mereka ponteng sekolah termasuklah my Eldest E....Menchi tauuuuu!!!! Dah ler tu, appointment Middle E kat HUKM pun terpaksa dibatalkan...tak pasal2 I kena buat appointment baru then kena apply cuti lagi....

Tak tahu la esok macam mana ni....harap2 ok....

Dinner semalam kat rumah my mama.....Nasi Ayam & Satay!!!!

Thursday, March 10, 2011

Oh Kaki!!!

Masih lagi ala-ala OKU ni...jalan terhenjot2, nak bangun pun kena papah, nak berjalan pun kaki sakit, nak solat pun payah (just duduk kat kerusi je..)....segala2nya payah la....memang terasalah pergerakan I begitu terbatas sekali....Malas nak cerita banyak....miss my left leg! Cepatlah sembuh wahai kaki ku!!!...

Tetiba teringat lak masa pantai kat Krabi....ni kaki I and the girls......

Tuesday, March 8, 2011

Sakit lutut, ulser & sakit tekak...

Semalam tak boleh tido sebab lutut I sakit dan berdenyut2...rasa sengal dan bisa yang amat sangat dari pinggang sehinggalah ke tumit....adoiyaiii, macam sakit orang tua pulak....so, pagi tadi ke klinik kat office I...Doc cakap I punya tulang rawan kat lutut tu dah haus...maybe gara2 kuat bersukan masa zaman2 gila sukan dan pernah injured dulu...:-((...Nak duduk sakit..bila dah duduk nak bangun semula...makkk aaiiiiii, sengalnya dan terasa sakit yang amat sangat..pastu macam orang tua pulak!!!....

Pergerakan I amat terbatas......I tak suka la...Pastu I kena makan ubat tiap2 hari untuk bina balik the tulang rawan dan buat fisioterapi sebanyak 12 sessi...Kalau still tak baik lagi...kena suntik kat lutut dan kalau tak sembuh2 lagi....masuk Operation la I....uwaaaaa!!!! Dah baru je beli kasut sukan baru....nak gi gym dan berjogging sebab nak slim dan jaga kesihatan (tapi sebenarnya target nak pakai kebaya ketat raya tahun ni....muahahahahahaha..poyo 'kan azam I...)....Nampak gayanya, kena sembuh dulu baru boleh masuk gym dan berjogging...wish me luck ya!...

Conart...kapsul I yang wajib I makan 2 biji setiap hari selama 8 bulan.....Kanalone tu untuk ulser yang ada kat dalam mulut I ni...bukan satu uuuuu...tapi 5! Nak makan dan minum payah...I suka makan.....:-(( yang lain2 tu ubat tahan sakit dan ubat sakit tekak....

Monday, March 7, 2011

Exam week & Jiwa kacau...


I tengah jiwa kacau ni....sangat serius!....sadisss....!!! Tapi Eldest E pulak nak exam bermula esok hari sehingga khamis ini....so, jiwa kacau I itu perlu ditolak tepi kan buat sementara waktu sebab tak sempat nak layan jiwa kacau ni, kena fokus to Eldest E tau...Tq to Mr E sebab tadahkan telinga dia mendengar keluhan hati I ni......kay, tu je ceritera utk malam ni....

To my Eldest E...all the BEST ya sayang..mummy tahu Edelyn boleh buat punya....:-))

Thursday, March 3, 2011

Frust dengan DUKE..:-((

Dah la bangun setiap pagi jam 4.30pagi setiap hari (siapkan breakfast, bekalan makanan sekolah.....bla bla bla.....), keluar rumah kurang beberapa minit jam 7pagi untuk hantar Eldest E ke sekolah rendah, Middle E ke tadika dan Youngest E ke rumah my mama...then terus lancar ke office.

Semenjak 2 menjak ni after cuti CNY, jam teruk sangat di DUKE Highway....this morning jam paling sadisss setakat ini....Kereta parking terus...gerak pun tak sampai 2okm/j untuk beberapa saat je...pastu duk parking berminit2. Dan paling teruk sekali untuk melepasi tol DUKE dari BATU CAVES mengambil masa hampir sejam! Padahal sepatutnya 7minit je.....dah la kena bayar RM2.00 untul Tol..*grrrrrrrrr*.....

Ni gambar di DUKE selepas exit ke Sentul.....kereta bergerak macam ulat gonggok tuuuuu!!!!

Gambar ni pulak lepas I bayar tol RM2.00 kat DUKE Highway...langsung tak bergerak!!!Sampai office pun jam 9.30am.... Sadisss....tak tahu la nak ikut jalan mana dah ni...dah ler nak kerja lagi 20 tahun ni...agak2 nye 'kan...lagi 20 tahun ntah macam mana ler sesaknya nanti DUKE ni.......tolong!!!!!!!!

Tu je ceritera hari ni......hari yang sangat tak best!....

Tuesday, February 22, 2011

Majlis sambut menantu - Part 3 (Sadiss)

Dalam kemeriahan majlis menyambut menantu Sabtu lepas, berlakulah satu incident yang tidak sengaja. Tengah bersuka-ria dan bergelak-tawa, alih2 ada air mata yang gugur....Majlis pun belum habis lagi.....

Akibat kecuaian mummy, My Youngest E terhantuk kepalanya di atas jalan tar lalu kepalanya berdarah. Banyak tau darah yang keluar!!! Actually, si mummy tengah berjalan nak basuhkan tangan Youngest E tu sambil dukung dia lah...alih2 kain si mummy itu tersangkut kat satu batu ni dan mummy pun tiada imbangan lalu Youngest E pun terlepas daripada dukungan mummy dia lalu terjatuh. Mummy yang gemuk itu pun terjatuh jugak lalu menghempap si Youngest E. Menangis la Youngest E itu sambil darah keluar dengan banyaknya daripada kepalanya......

Dengan segera bawa Youngest E ke klinik yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Sib baiklah tak teruk sangat tapi since the luka sangat dalam...kena jahit jugak luka tersebut. Tak pasal-pasal 'kan....lain kali berhati2 (caishhhh..ini peringatan buat diri sendiri)...Anyway, tabik spring to my Youngest E sebab menangis kejap je masa terjatuh dan masa nak jahit tu.....then dia cool.....:-))

Wednesday, December 8, 2010

Perlis - Part 1 (Bengang dengan CELCOM)

Penat travel semalam dari Perlis ke Templer, Kuala Lumpur tak habis lagi. I dan Mr E masuk office pun agak lewat skit. Ni nak buat laundry pun baru satu trip sebab musim hujan la pulak 'kan...I cukup tak suka kalau buat laundry then baju kering pun macam tak kering serta ada bau hapak. Paling puas hati bila buat laundry di kala matahari memancarkan sinarnya dan mengeringkan baju bajan I...

Ok ok...ni nak sambung cerita we all dari Penang ke Perlis pulak...Perlis? Jauh tu....malah lebih jauh compare to Kelantan cuma yang bestnya ada highway terus ke Perlis. Tq Plus...dan sepatutnya pada pendapat I, Kerajaan patut sudah membina highway ke Kelantan jugak.....kuranglah sikit kemalangan yang meragut jiwa raga serta boleh menjana ekonomi negeri2 pantai timur jugak 'kan......Tolonglah ya....kut-kut la ada sape2 yang ada suara atau power boleh usulkan cadangan pembinaan highway ke Kelantan ni.....so, pasti lebih ramai lagi orang akan ke pantai timur.....

Perjalanan dari Penang ke Perlis atau lebih tepat lagi Kuala Perlis mengambil masa lebih kurang 2 jam...kiranya we all sampai di sana dalam pukul 12 tgh hari lah....mmmmm, Perlis kiranya agak OK lah jugak walau takde bangunan2 tinggi melangit....penduduk pun tak ramai dan tidak sibuk tapi jalanraya kat Perlis 4 lanes tuuuuu!!!

Sampai kat Kuala Perlis, pekena Laksa Perlis dan Cucur Udang yang sedap......tengah2 sedap makan tu...line handphone Mr E kena sekat...tak boleh buat call out. Sadiss betullah la CELCOM ni....nak sekat2 line pun janganlah pada hari Isnin (permulaan hari pertama dalam seminggu 'kan)....kasi chance la...dah ler tu jumlah bil yang kena sekat tu pun cuma RM80.00 je....bukannya RM800.00 ataupun RM8000.00!!!! Sungguh tidak bertimbang rasa langsung la CELCOM ni...macam bagus 'kan nak sekat2 line telephone...padahal Mr E ni adalah pengguna CELCOM sejak 12 tahun yang dulu dan tidak pernah tidak bayar bil....Dah ler masa tu ada fault dan customer asyik2 telefon Mr E....dan Mr E tak boleh nak telefon staff2 di KL yang boleh membantu dia untuk resolvekan fault customer tu......Hilang mood nak makan....

Dan satu hal lagi, punya payah nak cari tempat bayar bil tu kat Perlis...u all tahu lah 'kan..Perlis tu bukannya besar mana pun.....so, memang limited la segala kemudahan ni...Alih-alih, I terpaksa bayarkan bil CELCOM Mr E tu melalui Maybank2u.com (sib baik ada Miss Apple dan internet mobile)...then call balik customer service CELCOM suruh diaorang activekan line telephone Mr E dengan segera....aihhhh....sabar je la....Memang marah benar dengan CELCOM ni...ingat I nak ajak semua staff kat tempat we all kerja supaya jangan guna line CELCOM lagi....berhijrah la ke mobile service provider yang lain...ok 'kan!!! Biar padan muka dengan CELCOM....

Ok....tarik nafas, jangan emo sangat ya....mmmmmmm, meh layan gambar-gambar yang I ambil semasa di Kuala Perlis....

Kedai ni bersebelahan dengan Pejabat Kastam Kuala Perlis....

Laksa Perlis yang sedap....

Cucur Udang yang sedap jugak...lagi-lagi dicicah dengan kuah kacang..pergh!!!

Lepak dalam kereta sekejap sementara tunggu kawan Mr E kasi kunci homestay...sambil2 tu....

sempat lagi both of my girls makan air batu campur pulak!!!!! Makan jangan tak makan Sayang...