Showing posts with label Retail Theraphy. Show all posts
Showing posts with label Retail Theraphy. Show all posts

Thursday, January 31, 2013

Regular Medical Check Up, BR & Theraphy...

Cukup-cukup 3 bulan, pasti PPHUKM akan dilawati. As usual today I bawa my Middle E ke PPHUKM untuk buat regular medical check up due to her Growth Hormone problem. For those yang tak tahu, my Middle E ni telah didianogsiskan dengan penyakit kekurangan hormon untuk pembesaran @ Growth Hormone Deficient. So, kalau nak tahu lebih lanjut sila ke link ini ya...http://blog-3e.blogspot.com/search/label/Appointment%20at%20HUKM.

Dan kebetulannya pulak hari ini, area kawasan HUKM dan sewaktu dengannya amatlah sesak sekali. Rupa-rupanya di Stadium Cheras KL yang berhadapan dengan HUKM ada buat sambutan Hari Wilayah 2013 yang akan berlangsung esok harinya sempana Hari Wilayah yang disambut setiap 1 Februari. Punya lah lama I nak dapatkan parking kat HUKM tu...last2 I guna je valet parking. Mahal sikit pun takpa....asalkan ada parking dan hati I tenang serta otak pun tak serabut nak cari mana parking kosong kat HUKM tu. Parking kat HUKM tu sungguhlah sendat macam sardin, siap double parking gitu. Normally, I parking je kat Stadium Cheras Kl tu then jalan la kaki ke HUKM...but since today ada sambutan tu, jangan harap lah kan ada parking kosong...tepi-tepi jalan pun penuh dengan kenderaan bagai daripada kereta, bas, motor, van etc yang memakirkan kenderaan depa kat situ. Owwhhhh...sungguh mencabar betul. Dah le tu, tetiba pulak hari ni panas yang amat.....arghhhhh, lagi la menambahkan hangat kat badan I ni kan. Tapi demi anak, I sanggup buat apa sahaja....:-)


 Menunggu doktor..tapi sempat posing dulu....

 Cool je bila amik darah! Bravo Elyssa....ni dah kira macam biasa je. Sekalipun tak pernah menangis bila amik darah...

 Meet her Paed..Prof Dr Wu...Doc ni pun petite je kannnn...comel..hahaha

 1st time Elyssa dapat MC...ye la kan, dah sekolah betul..bukan macam tadika....

 After settle everything kat PPHUKM, lepak dan singgah sat kat Lembah Tengah sambil cuci-cuci mata....since today is 31st kan, so I belikan la favourite ice cream Mr E...kalau tak on 31st pun I belikan jugak for him... Mr E ni sangat suka makan ice cream...tapi I biasa2 je..
dan sempat jugak I terjebak dengan Rockport ni.....oowhhhh!!! terasa indah dan bahagia hidup bila dapat bershopping ya...hahaha..

Ok la...cukuplah ceritera for today...
Till then & take care ya!

Friday, October 7, 2011

Rindu vs Terapi....

We all sefamili rindu bangat dengan Mr Focus. Sudah hampir seminggu Mr Focus we all berada di Service Centre Ford kerana ada masalah dengan elektronik & mekanikal....uwaaaaaaa....rindu wooo sama Mr Focus, especially 3Es yang hari-hari duk tanya bila Mr Focus nak baik daripada "sakit".......sabar ye anak2....insya-Allah, bila Mr Focus sudah sihat seperti sediakala, dia akan berkhidmat semula untuk kita.....:-))

petang tadi sempat pergi melawat our Mr Focus kat workshop....I sempat lagi duduk kejap kat dalam kereta tu.....rindu weiiii!!!

my latest collection of Braun Buffel's handbag.....comei tak?

Tuesday, December 14, 2010

For me....

I ni kalau stress pasti akan buat sesuatu yang menggembirakan hati. Kalau tak baking, pasti I akan membeli sesuatu (yang mampu dibeli je la)....kali ni I rembat 2 haruman last week. Ala...haruman-haruman tu pun yang mampu beli je, harga pun average je..tak muras sangat dan tak mahal sangat. Yang penting, harumannya I suka!

Haruman Clinique Happy tu memang I guna sejak 13 tahun.....sedap baunya, kalau sembur di badan waktu pagi...harumannya tahan sehinggalah ke malam....Manakala Haruman Estee Lauder Pleasures dibeli secara tidak sengaja gara-gara terpikat dengan set make-up (lipstic, eye shadow, blusher, eyeliner) dan boleh dapat beg comel COACH lagi...Perempuan 'kan, begitu mudah sekali terpengaruh dengan jualan-jualan sedemikian rupa. Termasuklah I...takpa2, I beli pun guna duit I sendiri...seposen pun tak guna duit Mr E....:-))

Ok lah...till then ya sebab nak layan movie Estet arahan Mamat Khalid yang lawak itu....