Showing posts with label Red Velvet Cuppies. Show all posts
Showing posts with label Red Velvet Cuppies. Show all posts

Friday, June 15, 2012

Friday...

 Red Velvet Cake for potluck at office today...

 RV Cuppies for a friend...

 Rainbow Cuppies...

 Classic Chocolate Cake for makan2....

Rainbow Cake for a friend. Happy anniversary Shida!

Happy weekend ya!!!

Saturday, June 9, 2012

Thursday to Saturday.....

 Free Coffee on Thursday...
 Red Velvet Cuppies on Friday....

Jamu kengkawan on Saturday.....menu? Yummy....
 Cottage Pie...

 Strawberry Bread Butter Pudding.....

 Classic Chocolate Cake....
 Spaghetti Bolognese....

Sunday, January 22, 2012

Engagement Cake & The cuppies...


Buat this e-cake for my PakLong yang bertunang pada hari ni di Melaka. Ke Melaka la kita hari ni ya. Actually, I buat this cake pun agak last minute dan main taram je. Ok la jugak hasilnya dan untuk deko je I cuma ambil masa dalam 2 sahaja. Bunga gumpaste itu sudah siap 2 hari sebelum I deco this cake. Tak sempat nak bikin banyak bunga gumpaste sebab masa yang tidak mengizinkan. Dalamnya ialah Red Velvet Cake.

Red Velvet Cupcakes ini pulak untuk my adik (Mira) punya kawan. Nak celebrate anniversary dah couple cukup setahun...anyway Happy 1st Anniversary ya Isha....moga2 sampai ke jinjang pelamin.

Chocolate cake for my officemate, Yus yang celebrate her 1st wedding anniversary pada hari ni. Moga jodoh kalian akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin...

Ok...got to go..nak bersiap-siap ke Melaka ni...till then & happy holiday!

Tuesday, November 22, 2011

Roaaaaarrrrrrr!!! Tahniah Skuad Harimau Malaya B23!

Tahniah buat Harimau Muda Malaya yang berjaya mengalahkan Sang Garuda di Bung Karno Stadium, Jakarta malam semalam. We all layan game tersebut kat rumah je. Macam-macam perasaan yang muncul masa nonton game soccer tu malam semalam. Kecut perut pun ada, rasa debar....ish, macam I pulak yang sedang beraksi di atas padang tu.....game depa sangat best!!! Puas hati lah tengok game tu....tak sia-sia we all layan sampai ke penalti. Sungguh bertenaga weiiii...salute kat skuad Harimau Malaya B23 yang memenangi pingat emas terakhir untuk Malaysia di temasya Sukan Sea 2011 di Jakarta-Palembang. I bangga sangat apatah lagi lagu Negaraku berkumandang masa selepas skuad Harimau Malaya terima pingat emas. Siap tunggu tuuuu....I sangat bangga menjadi rakyat Malaysia tau dan sentiasa menanamkan semangat sayangkan negara dan sifat patriotik dalam jiwa my 3Es....mmm, wondering jugak, ada tak sape2 di luar sana yang tak bangga menjadi rakyat Malaysia ke???

baked this Maltesers Squares for my 3Es...sedap!

Manggo Cream Cheese Layer Cake.....Thanks CT Kamilah for the order!

For my ex- Uni friend. Dah lama betul terputus hubungan since grad dulu..alih2 terjumpa semula thru FB...Thanks Azah! Nice to meet u again...later we buat sessi teh tarik ya!

Sunday, July 10, 2011

Pissed off okay!

I tersangat tidak berpuas hati dengan mereka yang masih teruskan juga perhimpunan haram BERSIH tu. Disebabkan itu, pihak berkuasa telah membuat roadblock di semua jalan masuk menuju Kuala Lumpur.......dan paling malang sekali, area rumah I termasuk di dalam roadblock tu. Ye la 'kan....keluar je daripada rumah I, terus masuk ke Jalan Persekutuan yang mana semua kenderaan daripada utara akan melaluinya kalau tak ikut PLUS Highway la 'kan.....so, kalau ada apa-apa segala macam perhimpunan haram ke, jenayah besar ke dan sewaktu dengannya, pasti jalan itu akan diroadblockkan......I tak salahkan pihak berkuasa sebab mereka-mereka ini menjalankan tanggungjawab untuk menghalang segala yang boleh mengancam keselamatan negara & rakyat...Come on la people korang semua takkan dapat hidup aman sejahtera di mana-mana negara lain selain Malaysia okay...Memang kerajaan tak perfect 100% , kalau tak puas hati pun....sila ikut saluran yang betul. Kita semua sokong ke arah usaha menjadi lebih telus, bersih, amanah dsb...tapi harapnya the end does not justify the means - somemore at the expense of other people kan.



Keluar je daripada rumah terus jam...sebab jalan utama telah disekat oleh pihak berkuasa........

nak lepas sekatan polis ni mengambil masa hampir 25 minit....sadisss wei......

siap ada tandas bergerak tu........

I terpaksa jugak keluar semalam sebab nak deliver this cuppies & cake to my senoir kat U dulu di Tesco Extra Taman Midah.....jauh betul perjalanan yang terpaksa ditempuhi sebab semua jalan masuk ke KL ditutup gara-gara perhimpunan haram semalam!

Friday, May 20, 2011

Baking baking & baking....

Just to share with u guys......

Baked this Pandan Chiffon Cake for my aunties masa I visited them last week.....

The small portion utk I....:-))


Red Velvet Cupcakes for Mira's friend.....I tak perasan langsung yang I tersilap....sepatutnya 21st bukannya 21th.....hihihihi....



Red Velvet Cupcakes for Teacher's Day and for my good friend, Ainy....

Cookies for Teacher's Day....


Cupcakes for Eldest E's classmates....


Birthday cake for Eldest E.....


Lovely cuppies for a family friend....

Monday, February 14, 2011

Cerita Isnin...

Tiba jer hari Isnin, sure Monday Blues 'kan....liat jugak nak ke office...lagi liat nak bangun seawal 4.30 pagi. Memang setiap hari I bangun awal...kekadang tu bangun sebelum alarm handphone I yang muras itu cap Sony Ericsson berbunyi...I takde jam loceng okay! Terasa weekend berlalu begitu cepat sekali. As usual, bangun pagi buat breakfast & bekalan makanan ke sekolah untuk my Eldest & my Middle E (mana nak cari mummy yang baik 'kan..hihhihihi).....sempat jugak melipat baju bajan yang tak sempat nak lipat malam tadi, gara-gara melayan Astro cerita realiti kat 711 selama 3 jam berturut2 tanpa henti....nak gi kencing pun sanggup tunggu iklan ya...pastu sidai kain yang sudah siap dibasuh oleh Mr Toshiba I tuuuuu.....

Dah settle semua house chores yang ter"delay" dek kelekaan si mummy yang duk mengadap tv sampai lebam tuuu....I bersihkan diri dan solat Subuh. Dah settle, Eldest E pulak bersiap2 ke sekolah sambil I pulak mandikan dan siapkan Middle & Youngest E pulak...bila we sudah siap semuanya...kasi 3Es breakfast sambil Mr E pulak take turn utk bersiap2:-)). Setiap pagi, sure I macam lipas kudung make sure everybody get ready dan keluar dari rumah tepat jam 7pagi. Terus hantar my Eldest E ke sekolah.....dan destinasti seterusnya.....

Kat office macam2 kerja kena settlekan sebab I akan bercuti selama 3 hari bermula hari rabu sebab urusan majlis walimatulurus my adik no 4 di rumah my parents this coming Saturday. Sibuk tak hinggatlah 'kan.....
Okaylah yea....cukup2lah celoteh I yang tak seberapa ini....Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua muslimin & muslimat....Valentine's Day I tak sambut okay sebab for me hari2 adalah hari berkasih sayang....tak gitu peeps!....Muaahhhhh...till then ya!

Breakfast we all semalam...Kueh Teow Goreng Seafood & Earl Grey Tea.....

Balik je daripada birthday party my nephews kat Ampang, terus bake this RV cuppies....alih2 terus jadi CV cuppies! Apakah itu CV cuppies??? Apa2 la je labu...asalkan sedap & everyone kat rumah ni suka makan apa yang I baking or cooking......^--^

Friday, October 29, 2010

Tajuk untuk malam ni...takde ok...

Baru lepas masak cili kering then blender cili kering itu dan bawang (diblender jugak) untuk stok bila-bila sahaja untuk digunakan. Almaklumlah 'kan...weekend adalah hari untuk I tunjukkan skill memasak gitu....Sambil2 tu buat jugak laundry....dan siap laundry tu ingat nak terus sidai tapi tetiba lak hujan turun dengan lebatnya so, esok pagi baru I sidai...

Tekak I sakit, badan pun sengal-sengal, hidung sudah start berair...ni semua tanda2 ke arah tidak sihat ni. Actually, I amatlah tidak suka sakit sebab bila sakit, I kena makan ubat. Sememangnya I tak suka makan ubat sebab pahit. Kekadang tu kalau tak tahan barulah telan ubat...itupun lepas telan ubat rasa macam nak muntah...sadissss 'kan I. Pastu bila 3Es demam atau sakit, I paksa dioarang (samada dengan cara baik atau kasar) makan ubat...kalau lah 3Es ni tahu yang mummy diaorang ni takut makan ubat...sure diaorang gelakkan I 'kan....So, far ni 3Es amat mudah makan ubat, senanglah...tapi kekadang tu especially Middle E la...dia 'kan emosi agak tidak stabil, so ada masanya Middle E amat payah nak makan ubat. Terpaksalah pujuk dia makan ubat dengan pelbagai cara...kalau tak sure dia tak akan makan ubat.

Sedar tak sedar Jumaat sudah sampai ke penghujung hari.....sekejap betullah masa berlalu 'kan....as usual ni I nak tunjukkan gambar cake yang I buat.....


My Orange Chiffon Cake....siapa yang pernah rasa dan makan Chiffon cake ni sure akan teringat2 kelembutan dan kesedapannya....muahahahahahaha...: -))

Red Velvet Cuppies...my friend minta I buatkan untuk dia dan family makan-makan je....

Ok lah peeps....selamat berhujung minggu dengan orang2 tersayang ya!!!

Sunday, August 15, 2010

5th Ramadhan 1431

Nampak gayanya My Eldest E tidak dapat berpuasa penuh lah tahun ni. Masa I bangunkan my Eldest E untuk bersahur awal pagi tadi, I tengok dia ok dan nampak macam biasa jer. Makan nasi dan lauk ayam goreng serta milo panas untuk Eldest E bersahur. Selesai bersahur dan kemas dapur, I pun naik ke atas lah...plan nak tido balik sebab penat dan nak qada' tido...memang tido pun..Ingatkan nak la bangun lewat sikit...almaklumlah 'kan, bukannya kena prepare breakfast pun tapikan my Youngest E bangun awal dan terber** pulak..so, nak taknak terpaksalah I bangun dari tido yang best itu.....ish ingat nak bersantai2 atas katil...potong stim betullah my Youngest E ni....:-((

Then, tak boleh nak tido baliklah...I pun turun ke bawah, alih2 Mr E cakap Eldest E demam panas dan sudah pun berbuka puasa sebab kena makan ubat demam. Memang panas pun badan Eldest E sampaikan Mr E basahkan tuala kecil untuk meredakan suhu badan Eldest E yang panas itu. Mr E bawa Eldest & Middle E ke klinik, Middle E kena buat nebulizer sebab ada banyak kahak dalam paru-paru dia...

Eldest E yang seharian tido je....kesian anak mummy 'kan. Lunch, I buatkan nasi goreng dan sambal fishball (tak pedas pun) untuk 3Es. Eldest E tak berapa lalu sangat nak makan, tapi I paksa dia makan jugak supaya dia bertenaga sikit...adik2 dia suka benar nasi goreng dan sambal fishball tu...layan...

Sempat jugak baking this cookies for my friend....

Since I tak boleh berpuasa 'kan, so I perabihkan lah si RED VELVET tu....mmmmm sungguh sedap..(sedap yang tak boleh nak diungkap dengan kata2...)

Today, buka posa kat rumah ibu mertuaku. So, takkan nak datang dengan tangan kosong 'kan. I pun bikin lah Mini Quiche yang berintikan daging....mmmm yummy yummy yummy...pun mendapat sambutan yang hangat....

Okla yea..cukup2 lah buat hari ni. Nak tengok2 kan kejap my Eldest E tu....daaaa