Showing posts with label Pavlova. Show all posts
Showing posts with label Pavlova. Show all posts

Monday, February 6, 2012

Rambling, foods & pavlova lagi.....

Masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua muslimin dan muslimat. Dan hari ni takde Monday blues ok...sebab masih lagi bercuti dan esok pun masih lagi bercuti...yeayyyyy, I memang suka cuti-cuti....Bila cuti, macam2 aktiviti boleh buat. Antaranya buat house house, laundry, cooking, baking, layan movie....ish macam-macam lah boleh buat.

Hari ni I dan Mr E dengan tenaga kerja paksarela membuat aktiviti membersihkan rumah. Daripada mencuci lantai, vakum & mop....tugas itu diserahkan kepada Mr E. I pulak buat laundry sambil kemas2 dapur then cooking & baking. 3Es pulak lebih banyak main daripada membantu...biasalah budak-budak 'kan....disuruhnya sental lantai...lebih kepada main air je.....seronok bukan main lagi diaorang.

Dan hari ni juga cuaca amatlah panas dan secara automatiknya, baju bajan yang dicuci kering kontang jadinya. Dan dengan segeranya I melipat baju bajan tu sebab I suka melipat baju bila baju bajan tu masih panas gitu...rasa bersemangat pulak nak melipatnya.....hahahaha...tapi masih ada 2 trip lagi laundry yang I buat tak kering...masih lagi berada di ampaian.

Since today we all sefamili agak rajin dan sibuk dengan aktiviti pembersihan rumah dan sebagainya....I cuma sempat masak yang simple je for breakfast & lunch....dinner 3Es cuma request nak makan roti dengan scramble eggs plus milo panas!...

Mee Goreng Mamak & Earl Grey Tea for breakfast...

kasi close-up sikit....


Ikan kembung Masak Assam Pedas for lunch...kawankan dengan drummet goreng dan ikan kerisi goreng....pastu lak layan dengan nasi putih panas!...terangkat u!

Sebijik Strawberry & Kiwi Pavlova for my good friend, Ainy...

Mini pavlova ni pulak for Mr E & 3Es yang sangat-sangat suka memakannya....

Ok...got to go...till then ya!

Wednesday, February 1, 2012

Happy Federal Day, Pavlova, Congo Bars.....

Yeayy....best betul dapat cuti lagi. Hari ni cuti Hari Wilayah Persekutuan...so, semua pekerja2 di KL, Labuan & Putrajaya bercuti hari ni termasuklah I dan Mr E. Tapi I still kena bangun awal seperti biasa sebab my Eldest & Middle E bersekolah...:-(...Mummy yang kena hantar diaorang dan hari ni jugak, my Youngest E masuk tadika untuk pertama kalinya.

Tapi 'kan.....my Youngest E ni menangis sesungguhnya bila I nak pergi meninggalkan dia masa I hantar dia ke sekolah...I blah dulu tapi my mama temankan Youngest E sekejap je dan tinggalkan Youngest E kat tadika tu. Memang melalak tak ingat dunia...I dengar lah dari luar, tapi kalau still ikut ragam dia....pasti susah 'kan. So, memang nekadlah I buat macam tu. Bila u all baca macam sadiss 'kan I as a mummy, tapi I memang tak suka nak tunggu anak2 bila diaorang berada di tadika atau di sekolah. I nak diaorang berdikari dan bergaul dengan rakan-rakan sebaya. So, diaorang akan pandai berkawan-kawan sambil memperluaskan komunikasi dan sebagainya 'kan.

So, sekarang ni 3Es semuanya bersekolah di sessi pagi sehingga tengahari. Then Middle & Youngest E akan pergi belajar mengaji Iqra' dengan Nenek Nab yang merupakan jiran my mama selepas balik dari tadika. My Eldest E akan pulang dalam jam 2 petang....then lunch rehat sebentar sebelum pergi belajar fardu ain dan kifayah dengan Ustazah Zaleha yang juga merupakan jiran my mama. Belajar dalam sejam setengah setiap hari kecuali Sabtu & Ahad. Lepas tu terus sambung belajar mengaji Al-Quran dengan Nenek Nab pula....itulah rutin harian my 3Es dari hari Isnin sehingga Jumaat. Lewat petang baru I dan Mr E jemput diaorang kat rumah my mama.....rutin yang sama setiap hari jugak...

Today, I agak takde mood sangat nak masak ya.....just prepare Spaghetti Bolognese for lunch & dinner...

For lunch & dinner...

Youngest E buat homework tuuuuu sambil dibantu oleh my Eldest E....

Baked Congo Bars for Eldest E petang tadi. Dah lama dia request nak makan Congo Bars ni sampaikan nak bawa bekalan Congo Bars kat sekolah esok harinya. Same goes to Middle E...nak jugak bawa Congo Bars as bekalan ke sekolah.


Mini pavlova classic for makan-makan dan for a friend jugak yang minta I buatkan untuk adik ipar dia yang mengidam nak makan pavlova....

Tempting tak mini pavlova I ni....?

Ok, tu je ceritera buat hari ni ya....till then ya!