Showing posts with label Red Velvet Cake. Show all posts
Showing posts with label Red Velvet Cake. Show all posts

Friday, June 15, 2012

Friday...

 Red Velvet Cake for potluck at office today...

 RV Cuppies for a friend...

 Rainbow Cuppies...

 Classic Chocolate Cake for makan2....

Rainbow Cake for a friend. Happy anniversary Shida!

Happy weekend ya!!!

Sunday, January 22, 2012

Engagement Cake & The cuppies...


Buat this e-cake for my PakLong yang bertunang pada hari ni di Melaka. Ke Melaka la kita hari ni ya. Actually, I buat this cake pun agak last minute dan main taram je. Ok la jugak hasilnya dan untuk deko je I cuma ambil masa dalam 2 sahaja. Bunga gumpaste itu sudah siap 2 hari sebelum I deco this cake. Tak sempat nak bikin banyak bunga gumpaste sebab masa yang tidak mengizinkan. Dalamnya ialah Red Velvet Cake.

Red Velvet Cupcakes ini pulak untuk my adik (Mira) punya kawan. Nak celebrate anniversary dah couple cukup setahun...anyway Happy 1st Anniversary ya Isha....moga2 sampai ke jinjang pelamin.

Chocolate cake for my officemate, Yus yang celebrate her 1st wedding anniversary pada hari ni. Moga jodoh kalian akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin...

Ok...got to go..nak bersiap-siap ke Melaka ni...till then & happy holiday!

Tuesday, December 6, 2011

Team Building di Taiping dan Makan2 di Rebung.....

Hi......kembali bersiaran ya. Actually, I baru je habis team building di TMTC, Taiping dengan officemate last weekend. So, tinggal 3Es dengan Mr E.....Mr E pulak kena take care of our kids sebab wife dia kena join the team building anjuran pihak syarikat. Best jugak join team building tu walaupun hati I gundah gulana memikirkan 3Es yang ditinggalkan dengan daddy kesayangan diaorang tuuu.....

Pergi ke Taiping awal jam 8 dengan menaiki bas. Ada 3 buah bas yang membawa we all ke sana. Singgah di R&R Tapah for rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Taiping. Sampai kat sana pun hampir jam 1 petang..then lunch..pastu rehat jap sebelum upacara perasmian. Lepas tu terus ada aktiviti ala-ala Amazing Race kat Taman Tasik Taiping. Lepas dinner pulak ada aktiviti mencari kata-kata dengan menggunakan bearing sampai jam 1 pagi.......

Esoknya pulak pepagi lepas breakfast we all ada aktiviti Jungle Tracking - mendaki Bukit Larut....fuyoooooo...finally I berjaya jugak sampai kat puncak Bukit Larut! Pulang ke KL lepas lunch tapi singgah sebentar makan Mee Udang kat Kuala Sepetang.....

Penat memang penat la tapi semalam I still masuk office tapi office sangat lenggang sebab ramai yang bercuti dan amik mc sebab kepenatan dan ada yang injured lepas team building. Sebab utama kena masuk office jugak sebab nak buat final preparation utk majlis lunch our final event pada keesokkan harinya. Alhamdullillah, majlis berjalan lancar tadi...:-))

So, ni antara gambar-gambar sekitar team building di Taiping dan majlis makan2 di Restoren Rebung tadi.....
with group "Bravo" yang berjaya mendaki sampai ke puncak Bukit Larut

lepak jap masa aktiviti Amazing Race sekitar Taman Tasik Taiping

Group photo masa Team Building at TMTC, Taiping (3-4 Dec 2011)
cantikkan permandangan Bukit Larut ni....

tengah tunggu mee udang sampai.....

mee udang Kuala Sepetang.....

antara ajk untuk majlis makan2 di Rebung.....

double chocolate cake for majlis makan2 di Rebung...
"Kek Darah" for makan2 jugak!!!!

Group photo with our PD....

Saturday, November 5, 2011

Serius...takde mood & tenaga nak masak!

Tersangatlah takde mood dan tenaga hari ni...melepek je dari pagi sehinggalah ke petang....orang lain sure pulun mengemas dan memasak bagai 'kan....al maklumlah 'kan, esok nak raya....Tapi I lawan perasan takde mood tu dan carik tenaga untuk bikin something for tomorrow. Tak best arrr kalau tak bawa apa-apa beraya kat rumah my mama dan in-laws esok 'kan, so...I gagahkan diri masuk dapur lepas Asar dan godek-godek apa2 yang patut la...Tq to Mr E sebab belikan breakfast dan prepare lunch yang sempoi for us tapi sedap for lunch since wife dia takde mood dan tenaga today...mmmmuahhh!

Hasil air tangan Mr E.....Ikan Kerapu masak masam manis.....

Ikan jenahak, Ikan kerapu dan Ikan Tanda...semuanya goreng je....makan dengan nasi panas..sedap!!! Ini semua hasil tangkapan Mr E kat Pulau Sembilan, Lumut last week....

Mushroom Soup & Pastry for dinner!...Ini I yang masak tau!!!

Red Velvet Cake for makan-makan kat rumah in-laws esok pagi.....

Double Chocolate Cake pulak untuk makan-makan kat rumah my mama esok tengah hari!!!...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA buat semua daripada 3E sefamili....:-))

Saturday, July 16, 2011

Tak sedap badan....

Percaya atau tidak, hari ni I bangun daripada tido hampir jam 12 tengah hari!!!! Sakit kepala sejak daripada semalam dan masih berdenyut lagi sakit kepala ini....:-(( Pastu badan rasa sakit-sakit dan demam skit. So, pagi ni breakfast, 3Es makan roti sapu nutella je...itupun si Eldest E yang tolong buatkan untuk adik-adiknya. Dan tak cukup dengan makan roti, 3Es makanlah buah-buahan atau apa-apa yang ada dalam peti sejuk tu. Rasa bersalah la pulak sebab tak buat breakfast buat 3Es...tapi I betul2 tak larat tadi. Mr E pulak is not around sebab ada tournament volleyball and his team jadi johan....:-))Congrates dear!!!

Lunch pun I tak masak, just bawa 3Es makan kat kedai je. Then terus lancar kat rumah my mama sebab nak jumpa owner Mercedes yang cium Mr Focus I. Slow talk dengan mamat tu, dia kata hantar je Mr Focus gi reapir then hantar bil kat dia...:-)) Habis settle, I & 3Es ke rumah my adik lelaki no 3, sebab nak minta wife dia tolong jahitkan baju kurung I & 3Es for hari raya. 3 pasang baju kurung for Eldest & Middle E, manakala I pula 2 pasang baju kurung je....:-)). I bawakan banana buttermilk muffin yang ada lebih kat rumah ni for her as buah tangan.

Then, balik semula ke Templer. My adik bongsu, Mira ikut sekali. Petang baru start nak buat laundry dan segala macam house chores la. Kan I bangun lambat tadi...Jam 6 petang, officemate Mr E, adik Izanie datang rumah ambil Red Velvet Cake nak buat makan-makan dengan family dia yang datang visit dia dari Penang.

Malam, I just prepare Spaghetti Bolognese je. Tu je yang larat nak buat. I really need a good rest tapikan tapikan...jiwa ni memberontak nak bake...ooooo sungguh sadiss....mmm....I kena tahan nafsu bake I ni....so, tarik nafas dalam-dalam, hembus semula...rileks. Esok-esok la bake ya...:-))

Red Velvet Cake for Izanie....Tq for the order! Hope Izanie & family enjoy makan cake ni ya!!!!

Saturday, August 14, 2010

4th Ramadhan 1431

Alhamdullillah....complete sudah puasa hari ke 4 bagi Mr E dan Eldest E. Hari ni we all berbuka puasa ramai-ramai di rumah my mama. Ada kenduri doa selamat sikit...insya-Allah, mama & ayah akan menunaikan umrah selama 2 minggu. Flight diaorang pada Selasa depan jam 3 petang. Wah!!! riuh-rendah kat rumah my mama tadi, bercerita bagai nak rak...bila time gini lah boleh jumpa semua adik-beradik, aunty2 dan uncle (adik-beradik my mama), cousins dan atuk. Uwan I ada kat rumah my aunty yang lagi sorang tu tapi tidak larat, so dia tak dapat joinlah sekali, cuma my mama kirimkan lauk-pauk dan kuih-muih buat Uwan dan aunty I. Memang best 'kan kalau berjumpa ahli keluarga sambil borak-borak itu ini, makan-makan sampai kekenyangan, gelak2......mmmm hidup ini memang indah kalau dikelilingi dengan orang-orang tersayang 'kan...

Ok la...u all layan ye gambar-gambar yang sempat I amik masa berbuka puasa tadi....

Red Velvet Cupcake....sedap giles cake!....so yummy and moist...:-))

Red Velvet Cake yang I buat tengah hari tadi then bawa ke rumah my mama as a dessert for iftar.....memang semua suka bangat dengan si BALDU MERAH ini, sampaikan ada cousins I tak percaya yang I baked this cake...

Makanan2 yang dimasak oleh my mama for iftar tadi....ada gulai daging salai masak lemak cili api bersama belimbing, pajeri nenas, sambal sotong kering, kari tenggiri, tauhu sumbat,ayam goreng, onde-onde gula melaka & karipap goreng....mmmm, memang puas betullah makan masa iftar tadi, rasa nak pecah perut pun ada tau...hihihihihi...

Kelihatan Mr E yang tersandar kekenyangan, ayah, atuk, uncle2 I sedang menikmati makanan yang dimasak oleh my mama...

Adik ipar I yang sarat preggie tu bersama hubby dia aka adik lelaki I ( Eldest E sempat interframe jugak tu sebelah uncle dia ), sebelah kiri tu my aunty with her daughter yang mana akan jaga Eldest & Middle E after diaorang balik dari sekolah semasa ketiadaan my mama nanti.

Lepak dulu sebab semuanya kekenyangan...pastu dioarang ke masjid untuk solat terawih....

As usual...kalau mama I buat makan-makan, sure dia akan masak lebih punya...ni antara gelagat we all masa time nak tapau food balik ke rumah masing-masing....gamat dan kecoh giles macam kat pasar ramadhan je...so, sahur nanti cuma panaskan lauk & nasi sekali...hihihihihi..senang I, tq mama...:-))

My Middle E ( demam hari ni, tu yang Middle E tak berapa ceria sangat tu ) berposing dengan tunang adik lelaki I (Kuching mari, tapi muka cam iras Middle E je!!!!)...insya-Allah akan bernikah pada Jan 2011....naik belonlah we all ke Kuching nanti tahun depan....:-]

Yang pastinya.....RED VELVET CAKE I ni laku sangat-sangat...yeayyyyyy!!!!!