Saturday, December 31, 2011

Hello 2012, Good Bye 2011.....


Ini entry terakhir I untuk tahun 2011. Hope 2012 will be a much better year than 2011. A wonderful year ahead and good health for our family.
May Allah bless us with strength & barakah always. Amin.

Happy New Year 2012. May you all have a great year ahead!

Monday, December 26, 2011

Makanan eksotik....

Pernah tak u all masak atau makan LIDAH LEMBU? Ya...lidah lembu ya tuan puan sekalian...This exotic thingy is one of Mr E's favourite delicacy...so, bila encik hubby suka makan makanan yang eksotik ni, wife dia nak taknak terpaksa beli dan masakkannya.

I nampak LIDAH LEMBU ni kat pasar Selayang semalam. Masa tu lidah tu masih ada di mulut lembu itu. Sangat fresh tau....ni gambar selepas I cuci LIDAH LEMBU tu ya...

Ada berani mau makan??? LIDAH LEMBU ini kena rebus dulu then buang kulitnya sebelum dimasak ikut citarasa masing-masing...

Direbus dulu.....

Ni la rupanya LIDAH LEMBU yang sudah siap direbus dan dibuang kulitnya. Agak renyah jugak nak buang kulit lidah lembu ni....:-(

Sebelum digoreng....

Sedap...exotica extraordinaire...Mr E suka makan LIDAH LEMBU yang digoreng bersama cili kering. U all suka makan Lidah Lembu stail masak yang macam mana ya???

Monday, December 19, 2011

Mmmmmm, harumnya!

I tersangatlah suka dengan perfume yang wangi. Dan dengan itu, I memang obsessed dengan minyak wangi. Rasa tak lengkap bila keluar rumah tanpa semburan perfume ye....:-) Ye la 'kan, siapa yang tak suka dengan wangian....rasa best, rasa harum dan sedap 'kan.....

Kat atas tu adalah perfume favourite I tau!...Happy Clinique tu I jatuh cinta dengannya sejak tahun 1998 sampai la sekarang. Suka dengan harumannya yang segar dan tahan lama. Sampaikan mother in law I pun terminat jugak dengan perfume ini. Siap beli tuuuuu......hihihi.....

Jadore' CD pulak cinta hati I sejak 2003. Actually, ianya one of my hantaran masa nikah dulu....terus kekal dalam list I....baunya sangat harum dan best sekali.

Armani Code....ni pulak jatuh cinta pada tahun 2006 sebab Mr E hadiahkan sempena birthday I yang ke 29 gitu.....bau best! Tu je kesimpulannya....

So, apa favourite haruman u all?

Sunday, December 18, 2011

House chores vs Foods...

The never-ending house chores memang memenatkan.....tak gitu? Tapi, hari ni I agak rileks la skit sbb breakfast tadi, Mr E bawa 3Es makan kat luar, then terus lunch kat rumah mama dia. I sorang je tinggal kat rumah. Buat laundry, vakum dan cuci2 rumah, lipat baju, iron baju......pastu rileks jao sambil layan movie. Thanks to Mr E sbb tolong layankan karenah 3Es sepanjang hari. Mmmmmmuahhhhh....bolehlah I buat kerja2 lain tanpa gangguan daripada 3Es....
Prawn Parcel yang I buat for tea.....resepi kat sini ya!

Ice-cream Cookies Sandwich for my 3Es sebab dioarang tak nakal sangat hari ni...:-))

Wednesday, December 14, 2011

Cuti-cuti Pantai Timur....

Bertolak ke Kuantan pagi Isnin yang lepas. Itupun plan yang agak tergesa-gesa yang mana secara kebetulan Mr E ada kerja kat Kuantan. I pun apply cuti la sebab nak mengekor Mr E ke sana sambil bawa 3Es jalan-jalan pantai timur gitu. Sepanjang perjalanan ke sana cuaca agak mendung tapi tidak hujan. Ok la 'kan.....

Singgah sekejap di R&R Tapah pekena patin buah masak tempoyak. Pergh!!!! Ini memei kegemaran Mr E....I & 3Es tak makan pun cuma we all layan nasi lemak with ayam goreng je....

Patin Buah Masak Tempoyak...

Sampai di Kuantan pun sudah jam 12 tengah hari. Pusing-pusing dulu kat Kuantan and we all tengok banyak jugaklah pembangunan yang ada kat Kuantan. Lepas check in hotel, Mr E pergilah membuat kerja-kerja NGOnya dan we all lepak kat hotel sampai Mr E selesai kerjanya. Pastu, we all keluar pusing-pusing lagi...konon-kononnya nak nak bawa 3Es lepak kat tepi pantai...tapi tak sampai 5 minit pun lepak, hujan turun dengan lebatnya.

Then, we all dinner kat Restoren Phuket di Tg, Lumpur, Kuantan untuk layan seafood. Masa makan tu pun hujan turun dengan lebatnya. Selesai makan, hujan pun berhenti. Molek benarlah tu 'kan.....pusing2 lagi kat Bandar Kuantan tapi malap je bandar tu...macam tak cukup cahaya gitu. Masa tu miss giler la kat Bandaraya Kuala Lumpur yang terang benderang disirami cahaya lampu neon yang bercahaya....Tapi layan jugak Kuantan...

Layan seafood kat Tg. Lumpur, Kuantan for dinner...

Esok paginya Mr E still ada kerja-kerja NGOnya dan selesai before lunch. Lepas check out, we all terus lancar ke Kemaman, Terengganu ya untuk pekena kopi kat Kedai Kopi Hi Peng. Mmmmmm, ok la minum kopi kat situ, but I still prefer the Kluang Station lagi...:-))

Minum sambil lepak-lepak kat Kedai Kopi Hi Peng, Kemaman, Terengganu ya...

Lepas tu pusing2 pulak kat Bandar Kemaman dan bawa 3Es layan pantai kat Pantai Mok Nik before layan makan satar & otak-otak kat Kg Geliga, Kemaman. Last sekali I makan satar & otak-otak kat sini pada 6 tahun yang lepas!....masa tu cuma ada Eldest E je.....best la dapat makan satar & otak-otak, tapi sedikit kecewa sebabnya tak dapat layan bersama air kepala..opssss air kelapa.

Makan lagi...kali ni makan satar & otak-otak di Kg, Geliga, Kemaman, Terengganu

Sempat jugak membeli belah keropok lekor dan keropok goreng buat both family dan untuk makan sendiri. Jam 6.30 petang terus lancar pulang ke Templer melalui LPT then masuk Karak Highway. On the way balik Templer, hujan turun dengan lebatnya dan ada 3 accident di Karak Highway and one of them nyaris-nyaris kereta dioarang nak terbalik lalu menghempap kereta we all di jalan yang bertentangan. Mujur la ada divider besi tu...kalau tak, tak tahu la apa yang akan terjadi pada we all......


Alhamdullillah, we all sampai di Templer jam 10.15 malam dengan selamat....ok, tu je nak share the ceritera....till then ya!

Tuesday, December 13, 2011

Templer-Kuantan-Kemaman-Templer

Alhamdullilah, safely arrived from our short vacation. Best giler dapat tidur atas katil sendiri, dapat peluk bantal busuk tau walaupun we all bermalam kat hotel. Apa-apa pun rumah sendiri jugak yang paling best!!!

Mmmmm, esok2 la yea I citer pasal our agak tergesa-gesa punya vacation ni....nak titon dulu sebab esok kerja la.....till then ya!

Sunday, December 11, 2011

Gadget baru vs Foods...


Milik siapakah gadget ini.......? Presenting gadget terbaru Mr E........Mr E punya bukan I punya pun. I cuma temankan je Mr E beli handphone ni....cuma nak share dengan u all la...katanya handphone ni dapat rating paling ngetop buat masa kini....saje just nak share info je.
I pula nanti akan guna handphone Mr E yang dulu je - Hello Moto!...ok la 'kan...
(Tapi Mr E cakap, sebenarnya kalau nak kira overall Motorola lagi best dari phone Jepun..Korea..Taiwan semua tu)

Ni pula menu lunch we all....

Daging Goreng...terbaekkk kata Mr E!

Tomyam Udang....

Chocolate Chips Cookies for 3Es....

3Es cakap...Spaghetti Bolognese's Mummy yang paling sedap tau...ni utk dinner ya!

Ok la....kena stop ceritera dulu sebab Mr E nak guna Miss Apple I ni.....till then ya!

Saturday, December 10, 2011

Curi-curi makan durian di rumah sendiri!

Pagi tadi masa kat pasar I nampak ada orang jual durian. Haaaa...apalagi, terus je I rembat durian itu dan bawa pulang ke rumah sorok-sorok tau! Actually, Mr E sungguhlah sangat tidak sukanya dengan durian ini, apatah lagi dengan baunya yang sungguh busuk katanya. Tapi pada I baunya sedap...sesedap rasanya. And this is 1st time ever I beli durian dan bawa pulang makan kat rumah tau.....sebab durian kena banned kat rumah ni kerana ada 3 orang umat lain yang tak suka dan tak makan durian...iaitu Mr E, Eldest E dan Youngest E......mmmm, hanya Middle E je yang hantu durian yang boleh layan dengan I makan durian.....

sedap woooooo!

I masak serawa durian makan dengan roti jala / roti gandum for tea...tekak rasa nak makan, so I masak je....

menu lunch we all tadi....sempoi je!

sorang suka udang, sorang suka sotong, so, I masakkan kedua2 sekali...jadilah Papriks Seafood

Sup Tulang sedap...mmm, apa yang tak sedap kan..semuanya sedap!

Budu + durian.....terangkat!

Mmmm....lepas Asar we all berfoya2 di Sunway Piramid pulak...saje je membuang masa dengan anak2 sambil cuci2 mata gitu....ni pun baru balik ni, esok2 kita sambung ceritera ya...nite-nite & Happy Sunday!

Friday, December 9, 2011

Arghh!!!!!...

Maaf ya tuan / puan sekalian di atas kejarangan I updates blog. Sebenarnya ya takde ceritera yang menarik pun, kalau ada pun cuma ceritera yang pasti memboringkan korang semua sebab macam ceritera siaran ulangan je....dan sebenarnya, lately ini I tersangatlah malasnya nak update blog seperti mana I malas nak masak atau baking! Kalau tak caya, tengok entry2 yang sebelum ni...dah kureng sangat I blog pasal my baking or cooking 'kan....ntah mananya hilang mojo I tu.....argh!!!!!

Ni pun ceritera yang dah basi jugak ni. I bawa my Middle E buat regular medical check-up kat HUKM last week. As usual, dia punya improvement on the height & weight tak ler memberansangkan. Prof Wu recommend yang my Middle E kena tukar ubat growth hormone then tengok dia punya development.....Ubat growth hormone tu kena tukar dari Saizen ke Notroprodin. As usual the ubat must cucuk ke dalam perut my Middle E hari-hari without failed tau sampai my Middle E berusia 18 tahun. Ceritera pasal my Middle E tiada growth hormone ni ada kat sini.

sempat posing dulu sebelum x-ray tulang Middle E....

Tuesday, December 6, 2011

Team Building di Taiping dan Makan2 di Rebung.....

Hi......kembali bersiaran ya. Actually, I baru je habis team building di TMTC, Taiping dengan officemate last weekend. So, tinggal 3Es dengan Mr E.....Mr E pulak kena take care of our kids sebab wife dia kena join the team building anjuran pihak syarikat. Best jugak join team building tu walaupun hati I gundah gulana memikirkan 3Es yang ditinggalkan dengan daddy kesayangan diaorang tuuu.....

Pergi ke Taiping awal jam 8 dengan menaiki bas. Ada 3 buah bas yang membawa we all ke sana. Singgah di R&R Tapah for rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Taiping. Sampai kat sana pun hampir jam 1 petang..then lunch..pastu rehat jap sebelum upacara perasmian. Lepas tu terus ada aktiviti ala-ala Amazing Race kat Taman Tasik Taiping. Lepas dinner pulak ada aktiviti mencari kata-kata dengan menggunakan bearing sampai jam 1 pagi.......

Esoknya pulak pepagi lepas breakfast we all ada aktiviti Jungle Tracking - mendaki Bukit Larut....fuyoooooo...finally I berjaya jugak sampai kat puncak Bukit Larut! Pulang ke KL lepas lunch tapi singgah sebentar makan Mee Udang kat Kuala Sepetang.....

Penat memang penat la tapi semalam I still masuk office tapi office sangat lenggang sebab ramai yang bercuti dan amik mc sebab kepenatan dan ada yang injured lepas team building. Sebab utama kena masuk office jugak sebab nak buat final preparation utk majlis lunch our final event pada keesokkan harinya. Alhamdullillah, majlis berjalan lancar tadi...:-))

So, ni antara gambar-gambar sekitar team building di Taiping dan majlis makan2 di Restoren Rebung tadi.....
with group "Bravo" yang berjaya mendaki sampai ke puncak Bukit Larut

lepak jap masa aktiviti Amazing Race sekitar Taman Tasik Taiping

Group photo masa Team Building at TMTC, Taiping (3-4 Dec 2011)
cantikkan permandangan Bukit Larut ni....

tengah tunggu mee udang sampai.....

mee udang Kuala Sepetang.....

antara ajk untuk majlis makan2 di Rebung.....

double chocolate cake for majlis makan2 di Rebung...
"Kek Darah" for makan2 jugak!!!!

Group photo with our PD....