Adoyaiii....ntah sebab apa ntah hari jalan sesak giles di Jalan Pantai Bharu, Jalan Bangsar, Jalan Mahameru dan jalan2 di kawasan sekitar dengannya....:-(( Nak keluar daripada parking pun ambil masa 45minit!!! Sadiss betul...abis minyak kereta tak tentu hala...nasib baiklah I tidak berseorangan, my chauffuer kan ada, so borak- borak macam kat dalam kereta tu...daripada citer office (gossip office, work etc) dan sampailah kisah anak2....mmmmm....
Dengar citer, ada accident kat jalan susur ke MidValley tu.....so, tu yang menyebabkan jalan sesak tu, ditambah pulak Jaya Jusco ada buat JCard Day (sale) hari ni dan semalam...haiiii....bertambah sesaklah jalan. I tak sukalah jalan-jalan sesak ni tapi nak buat camne 'kan, highway kat Kuala Lumpur ni tak cukup padahal setiap tahun kenderaan masuk dan keluar semakin bertambah. I dan Mr E sudah keluar awal skit daripada office tadi dan ingat boleh sampai kat rumah my mama by 6.30pm dan I plan nak singgah kat kedai jual bahan2 buat kek. Alih2 plan tinggal plan...apakan daya, kita hanya boleh merancang tapi.....(u all sendirilah sambung yer)..
Sampai rumah my mama, sudah hampir jam 8mlm. Terus solat maghrib dan on the way nak balik ke Templer hantar my mama kat rumah my aunty sebab my mama nak jenguk her mum aka uwan I yang uzur itu. Sebeum sampai ke rumah, lepak dulu kat kedai mamak yang dekat dengan rumah we all tu sebab Mr E nak ambil angin dan lepak2 sambil borak2 dengan 3Es after meredah jalan sesak....we all tak makan pun, cuma minum air milo ais dan teh tarik kurang manis for me. Youngest E ja makan roti canai dan kuah dhal...his favourite tu...:-))
Then, balik rumah.....I pulak ada list-to-do. Angkat kain, then buat laundry ( kalau tunggu weekend memang lagi banyaklah trip yang wajib dibuat, ini pun dalam minggu hari berkerja selalunya setiap Selasa & Khamis wajib buat laundry...), basuh botol2 susu 3Es dan buatlah apa-apa yang patut.....
Now, I tengah santai dan lepak kat atas katil sambil layan FB dan update blog sambil2 usha blog kengkawan...Arghhhh....sungguh indah saat ini...3Es pulak kat bawah bersama2 dengan Mr E...mmmm, nanti bila 3Es ngantuk, pandai2lah Mr E nanti yer....:-))
Ok lah peeps..ni je ceritera buat hari ini....nak gebang banyak2 pun, otak dan seluruh badan I sudah penat....till then!!!
Menu yang I cipta dan minta tukang masak kat food court office yang masakkan sudah menjadi kegilaan I and officemate buat masa ni....the one & only....Bihun Goreng Paprik...sedapppp!!!!