Hari ini dalam sejarah rumah I telah dimasuki penyamun tarbus yang agak cekap.....ok ok ok...macam ni ceritera nyer...Seperti biasa lebih kurang jam 8 pagi, we all keluar rumah untuk menuju ke destinasi yang sama.....hantar my Youngest E ke rumah my mama, hantar Eldest & Middle E ke sekolah dan seterusnya I dan Mr E menuju ke office di Bangsar. Dan seperti biasa, I adalah orang yang terakhir yang keluar daripada rumah dan mengunci segala apa-apa wajib la 'kan.
Sampai di office, I terus join makan-makan sebab my division ada buat ala-ala potluck sempena hari raya. Sedang I menikmati makanan, tetiba jer my jiran telefon I. Aikkkk....mmmmm, I pun terfikir jugak sebab kalau my jiran called I, mesti ada bende yang urgent 'kan....but I tak terfikirlah apa-apa yang tak baik....My jiran tu tanya I atau Mr E cuti sebab her husband ingat we all bercuti. Alih-alih my jiran cakap somebody ada kat dalam rumah I....What!!!....My neber minta I atau Mr E balik ke rumah dan telefon polis pasal bende ni. I pun dengan cargasnya terus helo Mr E dan beritahu Mr E mengenai hal ini. Dengan sepantas kilatnya, Mr E pun mendail 999 dan terus buat aduan kepada pihak polis mengenai rompakan yang memang sedang berlaku di dalam rumah we all.
Mr E pun terus pulang ke Templer dengan 3 officematenya dengan harapan masa diaorang tiba di sana, penyamun2 tersebut masih ada dan mereka akan dapat dibelasah teruk dan ditangkap. Malangnya, setibanya Mr E and the gangs lebih kurang 10.15pagi....rumah we all memang telah dipecah masuk oleh penyamun2 tersebut. Dan lebih malang lagi, polis peronda masih tidak sampai2 lagi di rumah we all padahal rumah we all diapit oleh 2 buah balai polis yang mananya kalau mereka cargas....pasti tidak sampai 10minit akan sampai di rumah we all. Polis peronda hanya sampai di rumah we all sejam selepas Mr E buat panggilan telefon 999!!! Too bad 'kan sebab polis peronda agak lambat sampai.....:-(( Dan the best part lagi, polis peronda itu cuma tanya kat Mr E...adakah Mr E sudah membuat laporan polis di balai mengenai pecah rumah yang berlaku pada ruma we all? Laaa......camtu ker...masya-Allah....sangat slow betullah dan banyak pulak prosedur yang kena follow.
I pun macam tak sedap hati 'kan...so, ajaklah my collegue tolong hantarkan I ke Templer sebab Mr E kan memang sudah ada di tempat kejadian. I sampai kat rumah pun sudah hampir jam 11pagi. Dengan selamba dan tiada perasaan pun, I masuk ke rumah dan terus naik ke atas untuk melihat mess yang telah dibuat oleh penyamun tarbus itu. Waaaaaaa....master bedroom bersepah yang amat dan bilik Eldest & Middle E pun penuh dengan kain baju yang telah disepah-sepahkan oleh penyamun aka penyangak itu...Adoiyaiiiiiii.....penat sungguh tau I tengok pensepahan2 tu....dah ler sudah pasti barang berharga hilang.....I masa tu memang sudah tiada berperasaan langsung.....tak tahu nak describe macam mana....tapi yang pasti I dan Mr E sungguh cool!!!
Pastu, Mr E buat laporan polis kat Balai Polis Daerah Gombak di Selayang dan terus hantar gangs dia balik ke office semula...dalam pada itu sempat lagi Mr E belanja lunch sup lidah lagi...hihihihihi...I pula tunggu kat rumah sebab pegawai penyiasat ala-ala CSI akan buat siasatan. Tunggu punya tunggu...agak lambat jugak depa2 ni datang....so, I pun baked la Banana Almond Choc Chips Muffin sambil my collegue yang ikut I balik ke rumah tadi kagum dengan I sebab I sempat lagi nak membaking....iyer la 'kan....nak kemas bende-bende yang telah diselerakkan oleh penyamun tarbus itu kan tidak boleh lagi sebab polis penyiasat belum datang lagi nak amik statement dan mencari cap jari penyamun tarbus itu. Baik I buat kerja yang mendatangkan faedah 'kan....macam baking dapat hasil yang boleh makan 'kan. Hihihihihihi....
Tengah Cik Oven Europa I tu membakar muffin2 itu, polis penyiasat ala-ala CSI itu sampai. So, bermula soal jawab antara I dengan penyiasat tersebut. Sementara soal-jawab tersebut berjalan, partner penyiasat itu tadi pulak memulakan operasi mencari cap jari penyamun tarbus itu. Jumpa jugak cap jari yang fresh dan cap jari tersebut akan dihantar ke Bukit Aman untuk memproses cap jari tersebut. Selesai soal jawab tersebut, polis penyiasat minta I ke Balai Polis Rawang untuk mengesahkan soal jawab tersebut dengan menandatangani laporan yang bakal direkodkan oleh polis penyiasat itu tadi. Ok...settle satu bab 'kan...petang2 skit I dan Mr E akan ke sana lah....Then, I dan my collegue beredar daripada rumah I sebab nak balik semula ke office....sebelum tu nak pergi isi perut dulu lah...memang takde selera sangat tapi just makan tanpa perasaan dan jiwa raga...takut2 penyakit lain la pulak yang dapat 'kan. Sambil tengah lunch tu....Mr E helo I tanya I kat mana...I jawablah yang I tengah lunch kat BBS....dan Mr E cakap yang dia sudah berada di kawasan sewaktu dengannya....lepak-lepak dulu then my collegue tadi pun balik ke office seorang diri dengan I siapkan bekalan Banana Almond Choc Chips Muffin untuk makan2 kat office. Dan yang pasti collegue I tu pasti menjadi tumpuan ramai bila sampai di office nanti ala-ala reporter yang melaporkan story yang real dari tempat kejadian ....al maklumlah yang pasti budak-budak office I nak cerita terkini lagi sensasi...hihihihihi...
Then we all ke Balai Polis Rawang untuk buat pengesahan tentang sessi soal jawab di rumah I tadi. Agak makan masa jugak tapi yang pasti polis penyiasat tadi...Sarjan Musa memang bersungguh-sungguh bekerja mengikut pandangan I dan Mr E. Pastu pulak I dan Mr E ke Ace Hardware untuk mencari kunci-kunci yang baru bagi menggantikan kunci-kunci yang telah dijahanamkan oleh penyamun2 itu. Mmmmmmm....dah ler penyamun2 itu pecah masuk dan curi barang2 berharga I dan Mr E...pastu pulak we all terpaksa menukar semula kunci-kunci tersebut. Dah ler we all mengalami kerugian...then kos pembaikan jugak ditanggung oleh we all jugak....Sudah ler jatuh...ditimpa tangga la pulak....memang maja...kesian we all 'kan....:-(((
Lepas maghrib, amik 3Es kat rumah my mama...kena ulang cerita yang sama kat my mama pulak...wah!!!! I ni memang jdi story teller la hari ni....muahahahahahaha....Eldest & Middle pulak macam teruja nak tengok rupa paras rumah we all yang kena rompak itu...sampai di rumah, diaorang terus naik ke atas dan melihat bilik-bilik yang berselerakan itu....Tq jugak kat Eldest & Middle E sebab tolong mummy kemaskan berang2 yang berselerak itu....muahhhh!!!
Penat betullah menaip ni...mata pun dah kuyu....dan ada saing2 baik Mr E datang ke rumah malam ni sebab nak tengok dan tahu mengenai cerita sebenar... memang depa2 ni kawan sejati Mr E yang baik....iyer la kan....kawan ketawa senang nak dicari....kawan menangis payah ler nak dapat...'kan. Tq jugak to my friends yang kasi feedback melalui FB, sms dan telepon kat I mengenai musibah yang menimpa I dan famili....Tapi I paling ralat sebab semua barang kemas I, Eldest & Middle E turut dirembat oleh penyangak2 tu...dah ler semua barang kemas I tu merupakan barang2 masa I nikah dulu...yang tinggal cumalah cincin belah rotan yang I pakai tadi jer....pastu lah duit cash turut hilang termasuklah duit raya 3Es yang I tak sempat nak masukkan ke dalam Tabung Haji.... Mr E pula lagi ralat sebab 6 utas jam tangan yang berjenama pemberian I masa birthday Mr E setiap tahun turut hilang dalam kecurian yang berlaku pagi tadi.....turut hilang...4 buah laptop dengan satu daripadanya mmg rosak....the best part is, dengan charger2 laptop dia sekali pun penyangak2 tu rembat....sadiss!!...dan paling sadis, lappy Apple I yang rongak tanpa letter"L" itu hilang....uwaaaaaa....so, kalau I jarang2 update blog tu faham2 je la ye sebab...tinggal satu jer laptop yang boleh digunakan.....itupun I sedang gunakan laptop office Mr E.....I miss my Apple...:-((
Anggaran kerugian agak lumayan jugak.....sedih laaa...tapi takpa lah...harta benda boleh dicari....cuma nasib baik masa kejadian ini berlaku I dan 3Es tiada di rumah....Ok la peeps...tu jer ceritera yang terkini lagi sensasi buat hari ni.....
Abis diselongkarnya......
berselerak!!!
di sinilah letaknya cash dan barang-barang kemas yang hilang tu...
Eldest & Middle E tolong kemaskan barang2 yang berselerak....tq sayang-sayang mummy....:-))
Salam 3E
ReplyDeleteni perompak tak kira pagi ke malam ker rumah ada orang ke takder ke..dia orang buat sesuka hati..
ni dugaan beb..takper like u said harta benda bule dicari..asal diri selamat ok...
take care..
Salam Asilah.
ReplyDeleteSo very sorry and sad to hear the news. Memang penyamun nak kena maki betullah.
Satu dugaan yg sangat besar for you n family. But like you said, harta boleh dicari, Alhamdulillah you all selamat.
Take care!
laaa babe..sib baik ko and anak2 selamat...itu dah syukur sangat2 dah..
ReplyDeleteAsilah
ReplyDeleteInnalillah .. so sorry to hear that. Kat Msia nih bukan aje musim batuk selsema tapi juga musim orang merompak n mencuri.
Jiran I kehilangan kereta. Jiran sorang lagi kehilangan 2 unit aircon (rumah tengah renovate). Dugaan betul... sabarlah Asilah (I pernah kecurian dulu, bila orang suruh sabar... rasa cam nak grrrr n roarrrr aje, hehe).
salam ila..makcik pernah mengalami perkara yg sama..tindakan polis macam semut berjalan..lambat dan betat..
ReplyDeleteapa pun syukur ila dan keluarga selamat..
makcik mudah je..senua tu bukan rezeki kita..kita redha dan Allah akan gantikan dengan yg lebih baik..insyaallah.
Kak YatMaria, Kak Mynn, Zarin, Aunty Som & Aunty Meriam....tq for ur support. Apa-apa pun hidup perlu diteruskan jugak....layan jer:-))
ReplyDeleteasilah ku sayang....sedih tenguk keadaan yang berserabut tu. Memang penyamun tu dah kak Jun sumpah banyak kali....biar depa dpt bala paling besar keran merompak mencuri. Sabar ya dindaku. Nanti suruh darling beli cincin dan rantai besar dan lebih labuh lagi okehhh
ReplyDeleteAkak.sabar ye.Rumah sewa dengan kawan2 dulu saya dulu pun dimasuki perompak yg sangat la tak berhati perut ni.Mcam Aunty Meriam cakap,semua yg hilang tu bukan rezeki kita.InsyaAllah, ada lain yang menanti
ReplyDelete