Monday, June 13, 2011

Sandal baru for them...

Salam Isnin yang hampir ke penghujungnya....Sememangnya hari ni memang sangat lemau. Eldest E pun sudah mula bersekolah balik setelah 2 minggu bercuti dan business as usual for me & Mr E....apalagi kalau masuk office 'kan....mengadap kerja yang memang tak pernah habis. Layankan je la....Oh ya! nak share jugak la...my colleague yang duduk next to my workstation kat office today admitted sebab ada appendicitis...kena operate gitu. Pity her! Tak sempat lagi nak ziarah dia kat hospital...maybe esok atau lusa la.....Hopefully Che Nur akan sembuh dengan cepat ya....

Sampai je rumah tadi terus baked chicken untuk dinner. Ni kira ratah-ratah je sebab the chicken pun I dah marinate sejak semalam lagi. Ingat nak baked semalam tapi malas melanda tu yang tadi baru je baked. Mr E lepas solat Isyak tadi terus tido. Penat tengok bola kat Stadium Bukit Jalil sabtu lepas tak habis lagi....ye la 'kan sejak balik dari Jakarta tu, esoknya pulak ada kerja kat Ipoh.....penat tak habis-habis lagi....kesian pulak dengan Mr E tu...biarlah dia tido sepuas-puasnya. Baked chicken tu tadi I makan dengan 3Es....selebihnya I simpan untuk Mr E takut2 dia terbangun tengah malam karang...perut sure lapar 'kan....pandai2 la Mr E cari makanan sendiri ya...

Ok la...nak tido awal jugak la malam ni....malam ni takde gambar makanan ya...ala, baked chicken tu dah biasa diulang tayang.....

Hasil simpanan daripada duit belanja sekolah Eldest E selama 5 bulan.....Eldest E kepingin sangat nak memiliki sandal cap NIKE ni. So far, I cakap kat Eldest E....kalau nak beli apa-apa yang berkenan dihati kena simpan duit belanja.....biar rasa susah dulu 'kan. Bila duit dah cukup, so, bolehlah beli apa yang disukai. Biar anak-anak tahu betapa susahnya nak cari duit dan hargai setiap nilai duit itu.....I ni mummy ala-ala saiko sikit dengan 3Es ni..sabar je la dapat mummy macam I ni........(gelak evil) muahahahahahahahaha.....Anyway, taste Eldest E not bad la. I suka dengan colour dan stail sandal ni....cool 'kan.....

Dalam pada tu, Middle E pun sempat rembat sepasang sandal jugak untuk dirinya....I tambahkan sikit jugak hasil simpanan duit belanja sekolah Middle E sebab tak cukup!!! Takpa, at least sifat menabung ada sikit dalam diri Middle E.....

Kesian pulak kat Youngest E sebab dia takde kasut atau sandal baru...takpa la...later2 I belikan la untuk dia...Ok la..cukup-cukup dulu ya ceritera untuk malam ni....till then!

No comments:

Post a Comment