Sunday, October 30, 2011

Cerita semalam, demam dan chiffon cake...

My Youngest E demam panas pagi tadi. Dengan segera I bawa dia ke klinik dengan kakak-kakak dia sekali. Bila check temperature Youngest E di klinik tadi mencecah 41'C tuuuu....oh!!! sungguh panas dan nasib baik my Youngest E ni masih boleh bertahan. Sometimes, ada baby atau budak yang terlampau panas boleh dapat fit (sawan bila suhu badan terlampau panas)....so, atas langkah berjaga-jaga masa kat klinik tadi, lubang punggung Youngest E telah dimasukkan dengan ubat sub.....Nampak gayanya I kena berjaga-jaga lah malam ni..maksudnya tak boleh I tido mati gitu....

Oh ya...semalam my neighbour ada buat open house sempena Deevapali...so, lunch I bawa 3Es ke rumah diaorang. As usual lunch Indian food la. Mr E tak join sekali sebab dia 'kan takde...jadi nelayan selama 2 hari kat Pulau Sembilan, Lumut....ntah berapa banyak la ikan yang dapat ditangkapnya....just wait & see..:-))

Jamu Mr E's friends yang transit kat rumah we all sebelum ke Pulau Sembilan, Lumut pagi semalam.....I prepare BeeHoon Goreng Seafood, Sambal Ikan Bilis, Sambal Sotong & Orange Chiffon Cake....

Seawal pagi my Orange Chiffon Cake sudah siap, requested by Mr E....dan I bawa sebijik ke rumah my neighbour semalam as buah tangan...

Makan Indian foods semalam.....

Lunch tadi I baked Pandan Chiffon Cake pulak....adik bongsu I bawa balik sebijik ke kolej, I beri my mama sebijik...dan sebijik lagi I dan Middle E makan......


2 comments:

  1. Salam 3E.... saja2 Along datang menjenguk. Dah besar E's semua.

    ReplyDelete
  2. Salam AlongRoz....tq sebab jenguk rumah kita ni...aa'ahhh la E's dah besar dah....:-))

    ReplyDelete