Wednesday, December 14, 2011

Cuti-cuti Pantai Timur....

Bertolak ke Kuantan pagi Isnin yang lepas. Itupun plan yang agak tergesa-gesa yang mana secara kebetulan Mr E ada kerja kat Kuantan. I pun apply cuti la sebab nak mengekor Mr E ke sana sambil bawa 3Es jalan-jalan pantai timur gitu. Sepanjang perjalanan ke sana cuaca agak mendung tapi tidak hujan. Ok la 'kan.....

Singgah sekejap di R&R Tapah pekena patin buah masak tempoyak. Pergh!!!! Ini memei kegemaran Mr E....I & 3Es tak makan pun cuma we all layan nasi lemak with ayam goreng je....

Patin Buah Masak Tempoyak...

Sampai di Kuantan pun sudah jam 12 tengah hari. Pusing-pusing dulu kat Kuantan and we all tengok banyak jugaklah pembangunan yang ada kat Kuantan. Lepas check in hotel, Mr E pergilah membuat kerja-kerja NGOnya dan we all lepak kat hotel sampai Mr E selesai kerjanya. Pastu, we all keluar pusing-pusing lagi...konon-kononnya nak nak bawa 3Es lepak kat tepi pantai...tapi tak sampai 5 minit pun lepak, hujan turun dengan lebatnya.

Then, we all dinner kat Restoren Phuket di Tg, Lumpur, Kuantan untuk layan seafood. Masa makan tu pun hujan turun dengan lebatnya. Selesai makan, hujan pun berhenti. Molek benarlah tu 'kan.....pusing2 lagi kat Bandar Kuantan tapi malap je bandar tu...macam tak cukup cahaya gitu. Masa tu miss giler la kat Bandaraya Kuala Lumpur yang terang benderang disirami cahaya lampu neon yang bercahaya....Tapi layan jugak Kuantan...

Layan seafood kat Tg. Lumpur, Kuantan for dinner...

Esok paginya Mr E still ada kerja-kerja NGOnya dan selesai before lunch. Lepas check out, we all terus lancar ke Kemaman, Terengganu ya untuk pekena kopi kat Kedai Kopi Hi Peng. Mmmmmm, ok la minum kopi kat situ, but I still prefer the Kluang Station lagi...:-))

Minum sambil lepak-lepak kat Kedai Kopi Hi Peng, Kemaman, Terengganu ya...

Lepas tu pusing2 pulak kat Bandar Kemaman dan bawa 3Es layan pantai kat Pantai Mok Nik before layan makan satar & otak-otak kat Kg Geliga, Kemaman. Last sekali I makan satar & otak-otak kat sini pada 6 tahun yang lepas!....masa tu cuma ada Eldest E je.....best la dapat makan satar & otak-otak, tapi sedikit kecewa sebabnya tak dapat layan bersama air kepala..opssss air kelapa.

Makan lagi...kali ni makan satar & otak-otak di Kg, Geliga, Kemaman, Terengganu

Sempat jugak membeli belah keropok lekor dan keropok goreng buat both family dan untuk makan sendiri. Jam 6.30 petang terus lancar pulang ke Templer melalui LPT then masuk Karak Highway. On the way balik Templer, hujan turun dengan lebatnya dan ada 3 accident di Karak Highway and one of them nyaris-nyaris kereta dioarang nak terbalik lalu menghempap kereta we all di jalan yang bertentangan. Mujur la ada divider besi tu...kalau tak, tak tahu la apa yang akan terjadi pada we all......


Alhamdullillah, we all sampai di Templer jam 10.15 malam dengan selamat....ok, tu je nak share the ceritera....till then ya!

2 comments: