Sunday, April 15, 2012

Air Terjun Kanching, Templer Park...

Hampir setiap minggu 3Es akan mengajak Mr E ke Air Terjun Kanching yang cuma 2 minit daripada rumah we all. 3Es bukan main happy lagi kalau ke sini sebab boleh main2 air sampai kesejukkan.

Keindahan semulajadi...


kesukaan mereka berdua ni.....mandi air terjun

bila dah kesejukkan, berendam la pulak....

Sebelum mandi kat air terjun, makan Chicken Frankfurter for breakfast dulu...

Laksa Penang for lunch pulak...

But since my Eldest E tak berapa gemar makan laksa, so I terpaksa la jugak masak nasi putih dan buat this Sambal Sotong kering Sabah mariiii utk dia makan....

Petang pulak ada sessi baking with 3Es....masing2 sebuk nak masukkan tepung, gula, mentega,pecahkan telur dan kacau the batter.....kecoh banyak lah dapur I yang cinonet tu...

Eldest E tengah nak scoopkan batter ke atas baking pan..

in the oven....

Chocolate Fudge Cookies in the house ya!...Hasil air tangan 3Es...sedap!


Saturday, April 14, 2012

Berbasikal, Babysitter...

Weekend datang lagi.....as usual list must do seperti house chores memang kena settle 'kan...kalau I tak buat, siapa nak buat 'kan....cuma hari ni tak sempat nak buat semua laundry sebab cuaca mendung je, pastu hujan lagi....Bila hujan2 tu, baik lepak dan santai di rumah je sambil makan2...heaven 'kan...

Nasi Goreng Bilis, Sambal Mackerel, Roti Omelette layan bersama2 Earl Grey Tea for breakfast....kenyang sampai ke tengah hari....

Spaghetti Bolognese for lunch tapi 3Es & Mr E makan during tea time....

Setiap sabtu & ahad, Mr E akan berbasikal untuk maintain kekal cergas & perasan muda gitu....

Malam semalam, I tolong jagakan anak sedara I, Awatif sebab mak pak dia jaga abang dia admitted di hospital sebab asthma & bronkitis. Bukan main lagi happy 3Es sebab sepupu dia yang kecik ni balik tido kat rumah we all especially si Middle E la yang memang suka sangat dgn baby & budak2 kecik...

Till then & happy weekend ya!

Friday, April 13, 2012

Cake In the Jar...

Taraaaaa...this is my latest eksperimen ya! Mmmmm, memang sudah lama tahu pun pasal this Cake In The Jar melalui blog2 masakan minah omputih di luar sana. Kat Malaysia ni agak baru nak mempopularkan Cake In the Jar. Sempat bertemu dengan kawan baker I, Kak Jun yang secara kebetulan jugak sudah buat eksperimen dengan baking cake in the jar ya. Tq Kak Jun for sharing the tips....we all kalau dah jumpa macam tak hinggat dunia....macam2 cerita akan terkeluar daripada hal semasa/dunia, baking, kisah anak2 sehingga gossip2 gitu...memang tak cukup sejam 2 kalau bertemu mata.

I baking this Cake In the Jar last Wednesday dengan my 2 girls yang sangat happening tu...sape lagi kalau bukan si Eldest & Middle E. Daripada menyukat sehingga menjadi batter, diaorang berdua yang buat....si kakak tolong bacakan the recipe sambil menyukat dan si adik pula tolong masukkan dan kacaukan batter. I cuma memerhatikan sahaja dan masukkan batter ke dalam jar. Ok la....next time atau tak lama lagi, diorang ni pasti boleh bake punya...:-))

Cake In the Jar....comel 'kan!

Chef in the house ya!

The bottles...

The batter....

Ready to bake!
Dah masak pun....

Moist Choc Cake + CreamCheese + ChocGanache + CreamCheese = Sangat sedap ya!

Setelah dihias bagai....sayang pulak nak makan 'kan! So, u all semua boleh mencuba sendiri di rumah ya. Kalau malas, boleh je I tolong buatkan untuk u alls...just email to me ya!

Makan guna sudu ya!

Lepas habis tu, inilah kerja diaorang ni...tolong "bersihkan" mangkuk yang masih ada sisa2 batter. Selalunya my Youngest E pun join sekali, tapi masa ni dia tido...so, bukan main happylah kakak2 dia sbb tak perlu berebut dengan adik laki2 diaorang. Then lagi senang lah I nak cuci bekas tu 'kan....!

Enjoy baking with the kids...:-)) Ok, till then & take care ya!

Wednesday, April 11, 2012

Chakri Palace, Baking with kids...

Today cuti umum bagi hari pertabalan Agong yang baru....happy lah 'kan sebab dapat cuti free lagi. Dah terbiasa bangun awal walaupun hari cuti...tapi sempat jugak lah santai2 jugak atas katil...:-))

MeeHoon Bilis, Sambal Mackerel & Earl Grey for our breakfast!

MeeHoon Bilis...

Sambal Mackerel...

Sempat ada session baking dengan my Eldest & Middle E pagi tadi...


After Zuhor, we all ke sini....celebrate birthday Mr E...makan2 je...:-)). Then window shopping kat KLCC sambil layan karenah 3Es...

Till then & take care ya!

Monday, April 9, 2012

Selamat Hari Tua Sayang!

Happy 38th Birthday to my dearest hubby, Mr E. You are the best! I love u so much! Muaahhhhhhsssss......
Mmmmm, apalagi ya......tq jugak sebab jadi Daddy yang paling best, happening & cool to our 3Es....May Allah bless u....amin! Happy birthday ya sayang......

Tepat jam 12.00 am tanggal 9 April 2012....ada sessi potong birthday cake yang I & Middle E baked for Daddy lewat petang semalam semasa ketiadaan Mr E yang layan konsert Cromok. Cuma Middle & Youngest E je yang belum tido lagi dan bersemangat nak wish Daddy happy birthday sambil nyanyi lagu birthday dan potong birthday cake. Waktu itu, my Eldest E sedang enak diulit mimpi yang indah...:-))

Birthday boy yang suka makan Rainbow Cake...katanya cake ni macam rasa kampung & murah...tapi sedap!!!

Sunday, April 8, 2012

Sunday - 8 April 2012

Pagi - Ke pasar / buat laundry etc

Tengah hari - Prepare menu lunch yang simple dan lauk siaran ulangan sebab I sibuk buat spring cleaning (menu lunch pun 3Es makan for dinner sebab Mr E bawa 3Es pergi cuci kereta then singgah kat rumah mamatok lalu lunch di sana)

Ayam Mentega Rangup...favourite seisi rumah!

Singgang selar...bukan main happy lagi Middle E sebab I masak this lauk..

Petang - Curi-curi masa untuk birthday cake for seseorang yang sangat istimewa...

Malam - Layan 3Es sambil golek2 depan tv sambil tenguk ABPBH 25 sebab Mr E belum balik daripada layan konsert Cromok di LiveCenter

Saturday, April 7, 2012

Saturday - 7 April 2012

Mulakan hari u all dengan sarapan ya....Dengan mengambil sarapan lagi-lagi yang berkhasiat, u all akan rasa bertenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti di sepanjang hari...betul tak? So, I merajinkan diri la untuk menyediakan sarapan utk kami sefamili....

Macaroni goreng for our breakfast....

bersama-sama dengan Banana Muffin.......

So, bila sudah bertenaga...macam2 aktiviti boleh dilakukan tau...tak percaya tengok gambar di atas!...Mr E merajinkan diri untuk mencuci lantai rumah setiap minggu kalau dia tak ke mana2 la atau ada aktiviti luar....I tak dera Mr E tau....tapi mmg dia sendiri yang sanggup buat...hihi

Lepas Zuhur, we all ke IKEA...window shopping sambil jalan2 cari makan.

Gastronomical bliss.....

my girls...


Friday, April 6, 2012

Jiwa kacau kah?

Mmmmm, tak tahu kenapa dengan diri ini...
1) sangat malas ya...mmm, masak pun ala2 kadar je...baking jauh sekali walaupun list to bake bukan main panjang lagi...menjahit pun tak bermula pun walaupun sudah ke kelas
2) house chores pun buat ala2 melepaskan batuk di tangga je...
3) badan sangat penat setelah seharian bekerja...maka, sampai je rumah terus tido ( tapi lepas mandi & solat la)
4) tak berapa chara (beri perhatian) to my 3Es & Mr E...terasa macam mummy & wifey yang sadiss la pulak!
5)......takde mood langsung ni....adoiiiii...

Arghhhhhh!!!!!!!! I perlukan semangat & kerajinan I yang hilang tuuuuuuuuu......mana dia pergi je....Ok tu je curahan hati I......
note: rasanya ni update I yang paling sadis, paling tak best & segala2 yang tidak indah la....btw, tq for reading ya...

Wednesday, April 4, 2012

Monday, April 2, 2012

Newborn, Mini Sausages & Choc Oreo Brownies!

Semalam sampai rumah pun hampir 12.30 tengah malam selepas tengok cousin baru 3Es yang baru dilahirkan. Adik lelaki no 2 Mr E punya baby.....visit the baby & my biras lah ka rumah dioarang di Kajang. 3Es pun teruja jugak sebab nak tengok baby baru gitu....My Eldest E siap buatkan card congratulation untuk my biras yang baru dapat baby baru (anak ketiga yang mana sebelumnya pun anak lelaki jugak)....the best part is, I & Mr E tak tahu apa pun yang my Eldest E tulis dalam card tu....my biras baca lah card yang ditulis oleh my Eldest E yang berbunyi....

Kepada Aunty Nora,
Congratulations sebab dapat baby baru. Edelyn nak tanya sikit kepada aunty Nora, kenapa aunty Nora asyik dapat anak lelaki je....? Pelikkan....Tapi takpa, semua mak sayangkan anaknya....
Daripada Edelyn.

Actually, sebelah MIL punya cucu buat masa ni hanya we all je yang ada anak perempuan....yang lain2 tu semuanya lelaki....tu yang my Eldest hairan, apsal asyik2 cousins lelaki je yang ada...hihihi...so, we all ketawa terbahak2 la bila my Eldest E tu tulis macam tu.....iya 'kan, bila budak yang menulis, selalunya ianya jujur & ikhlas dari hati mereka...3Es main2 dengan cousins diaorang sementara mummy & daddy sibuk berborak.....

Mini sausages buns yang I buat untuk makan2 kat rumah adik ipar I tu.....

Cousin 3Es yang terbaru...Nor Darwish Iman...

The sepupu...

Sebelum Maghrib berkumandang, we all sampai ke rumah kawan Mr E sejak belajar di UK dulu untuk acara makan2 sempena nak buat Umrah this coming Wednesday. Jemputan pun terdiri daripada kengkawan diaorang sejak kenal 2o tahun yang dulu....macam ala2 reunion pun ada jugak ni....Buat BBQ, makan, borak2...lepak....dan we all adalah tetamu yang terakhir pulang ke rumah...

Chocolate Oreo Brownies for makan2 at Mr E punya kawan....laku!

Ok...cukup dulu ceritera kisah semalam ya...till then & take care!