Monday, July 13, 2009

Demam dah berjangkit....

Lepas my Eldest E dah ok daripada demam, si Middle E pulak complaint sakit telinga. Jumaat, after office amik 3Es dari rumah my mum, bawa Middle E pulak ke klinik. Middle E ada infection kat telinga dan of course ada demam panas jugak...39.2 darjah celcius...Alamak, hujung minggu ni kena take care Middle E pulak. Secara kebetulan pulak, Youngest E pun demam..waaaaaaa...semua orang demam.

I rasa sesiapa yang ada anak2 yang masih di bawah umur 6 tahun sure kena sentiasa prepare extra ubat-ubatan di dalam peti sejuk 'kan...al maklum la kalau tetiba ja demam di tengah malam, at least ubat boleh diberikan dahulu kepada anak2 yang demam sebelum bawa berjumpa dengan doktor pada keesokkan harinya 'kan. Menjaga anak2 yang demam atau sakit ni memang satu kerja yang agak mencabar la... Dah la kena melayan kerenah diaorang, kena beri lebih perhatian lagi...ish, mencabar la.

Tu pasal la bila baca berita tentang anak2 sekarang yang derhaka atau tidak mendengar kata parents mereka dan terjebak dengan segala aktiviti yang tidak sihat, I feel so angry with anak2 sekarang ni kerana mereka macam tidak ambil pusing dengan pengorbanan ibubapa mereka yang bersengkang mata dan bersusah- payah menjaga semasa anak2 yang masih kecil sehingga lah mereka dewasa....harap2 my 3Es akan menjadi anak2 yang mendengar kata dan menghormati parents mereka...mudah-mudahan...amin.

Ok la...tetiba lak beremosi skit ni, layan ja la yea...:-

No comments:

Post a Comment