Friday, July 3, 2009

Kek Kukus Pisang lagi...

Ni percubaan kali ke 2 utk buat kek kukus pisang ni. Masa 1st time dot com dulu, my mum cakap yang kek kukus pisang I tu agak kering dan keras. So, cubaan kali kedua ni, I bega2 skit dari resepi asal. Hasilnya agak ok la, kek jadi lebih moist skit la dan I tambahkan coco powder dalam adunan kek kukus pisang ni supaya kaler kek jadi lebih cantik lagi. Meh layan gambar dan I sertakan sekali resepinya (walaupun semua orang sudah tahu cara2 utk membuatnya...).....:-


KEK KUKUS PISANG

Bahan-bahan :-
8 biji pisang
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula kastor
4 biji telur
1 sdt soda
1 sdt serbuk penaik
2 sdb susu UHT
2 sdb coco powder
1 sdt esen vanilla
secubit garam
chocolate rice

Cara-cara :-
1. Panaskan kukusan.
2. Lenyek pisang di dalam sebuah bekas kemudian masukkan soda dan dikacau sedikit. Ketepikan.
2. Di dalam bekas lain, pukul gula dan telur sehingga kembang. Masukkan esen vanilla. Pukul lagi.
3. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan tuang ke dalam bekas telur tadi. Tuang tepung secara perlahan-lahan sehingga habis. Masukkan pisang yang telah dilenyek tadi dan garam. Kacau sebentar dan tuangkan susu. Kacau lagi kemudian masukkan coco powder dan chocolate rice. Memadai gaul dengan sudip kayu.
4. Tuang bancuhan kek ini ke dalam loyang yang telah di gris dengan sedikit minyak dan boleh dikukus selama 45 min atau sehingga masak.


4 comments:

  1. Senang je ek nak buat kueh nie... kite alau mengukus pakai oven jer.hehe... letak air kat bawah.. :D

    ReplyDelete
  2. Blogresipi, memang senang pun nak buat kek ni. Cubalah blogresipi, bahan2 pun mudah ja.

    Somuffins, kek ni utk u...

    ReplyDelete
  3. thanks for the kek. Kita dah siap buat TAG tu.

    ReplyDelete