Thursday, January 6, 2011

Puasa & bebelan

Alhamdullillah...tadi berbuka puasa dengan roti nan, ayam tandoori & teh tarik kureng manis kat mamak's. Azam tahun baru ni, kalau boleh setiap Isnin dan Khamis, I nak puasa sunat. Mudah-mudahan ianya akan berkekalan....aminn...

I penat tahap gaban ni. Bertambah2 penat yang amat sejak my Eldest E masuk darjah satu. Sudah bangun seawal jam 4.30pagi...(kekadang tu terasa nak sambung je tido balik, tapi sure akan terlajak punya) so, I gagahkan jua diri ini untuk bangun. Bangun terus cium 3Es dulu....kasi kekuatan sikit untuk menempuh hari baru. Then, terus masuk dapur minum air masak segelas dan terus prepare untuk breakfast we all dan bekalan makanan Eldest & Middle E ke sekolah. I dan Mr E pun bawa bekal jugak...:-))

Semenjak 2 menjak Eldest E masuk sekolah darjah satu ni, rutin hidup I agak berubah sikit lah. Pagi wajib bangun awal, prepare breakfast, pastikan Eldest E bangun utk bersiap2 ke sekolah, I kena mandi dan siapkan Middle & Youngest E ke sekolah tadika dan si kecik ke rumah my mama. Selain itu pasti Eldest & Middle makan breakfast..bukankah breakfast itu penting...bila perut kenyang (waima hanya segelas milo panas & sekeping roti), itu pun sudah memadai 'kan. Lepas hantar 3Es ke destinasi masing-masing, I dan Mr E terus lancar ke office. balik daripada office terus pulang dan ambil 3Es daripada rumah my mama dan bergegas pulang ke Templer. Sampai je rumah, kemas barang2 sekolah Eldest & Middle E untuk keesokkaan harinya, cuci segala bekas tupperware (tempat bekas bekalan makanan Eldest & Middle E, I dan Mr E), kemas mana2 yang patut. Later baru I pergi bersihkan diri dan solat.

Buat masa ni, Eldest E belum ada homework lagi...so, I tak perlulah nak temankan dia buat homework cuma berbual2 dengan Eldest E tanya macam mana hari sekolah yang dia lalui samada di sekolah KAFA dan SRKJ(C) pasal apa yang dia belajar hari ni, happy tak kat sekolah, kengkawan ok tak...semua I tanya...as usual la 'kan i ni 'kan typical mummy yang duk sibuk tanya macam2...kalau boleh setiap apa yang berlaku di sekolah I nak tahu....:-))

Maybe after this, I agak payah lah nak update blog hari-hari...almaklumlah 'kan, walaupun update blog tak lama mana pun (depends la)..tapi bila dah penat sangat tu I need a good rest & sleep...(faham-faham je 'kan bangun pun sudah awal pagi sangat2)....

Ok...got to go...till then ya peeps!!!

Bila I penat tengok je budak2 ni....rasa chill balik...kosong life I dan Mr E without 3Es....luv u so much guys....

psst..rindu giles nak baking ni...aihhh kena tunggu weekend la gamaknya...banyak list of food to bake tak buat lagi ni....:-))

2 comments:

  1. hi there. i know ur mr e, we were in the same mtp batch. maybe he doesn't remember me, tapi my husband dia ingat rasanya, ismadi.

    nway, insyaAllah supermom like you can go thru the keletihan, havoc, housework, layan anak2 semua tu.

    ReplyDelete
  2. hi ummi...
    my Mr E kenal dan ingat u lagi....termasuklah ur hubby, Ismadi from Terengganu 'kan....

    tq for the wish...aminnnn

    ReplyDelete