Tersangatlah penatnya........need a good rest! Dan kalau dapat makan makanan yang manis-manis 'kan best......Baked this early in the morning......
Thursday, June 30, 2011
Tuesday, June 28, 2011
Cream & cookies Frappe Ice-Blended, Books & Baking lagi....
I suka minum Cream & Cookies Frappe Ice-Blended San Francisso. Boleh dikatakan seminggu sekali I akan minum this ice-blended. Tapi'kan bila I stress dan kepala sudah banyak pening dengan workload office 2 3 kali seminggu I akan minum air ni...:-)) Lunch tadi I temankan my good friend, Ainy makan kat sana. I tak makan just minum this ice-blended!!! Heaven....;-) Ainy makan Chicken Spaghetti Bolognese & Cream & Cookies Frappe Ice-Blended....
Our lunch.....
Ni buku terbaru I.....saje nak menambahkan lagi koleksi buku masakan dan menajamkan lagi skill baking & cooking I.....mmmm, tak sabar-sabar rasanya nak mencuba resepi from Nigella Lawson yg seksi ini dan makanan tradisional kita....
Since sudah 2 hari berturut-turut I baked layer cake, so tonight I baked Devil's Brownies Cookies for my friend, Syaliza....
Devil's Brownies Cookies....anyone?
Monday, June 27, 2011
Malang sungguh la hari ni dan layer cake lagi....
Mr E outstation lagi....:-(( Tinggallah I berempat dengan 3Es. Since sudah biasa ditinggalkan sejak di awal perkahwinan sehingga sudah beranak tiga, I sudah lali pun. Rutin as usual, pagi hantar Eldest E ke sekolah rendah, then Middle ke sekolah tadika, then hantar pulak my Youngest E ke rumah my mama....finally I ke office! Kerja kerja kerja then cukup masa bergegas balik amik 3Es kat rumah my mama and terus lancar ke Templer......
Hari nak dikatakan malang jugak memang malang la........adoiyaiiiii...dah ler penat kerja kat office, then bergegas pulang amik 3Es...ingat boleh la sampai kat Templer sebelum Maghrib...Memang sampai masa azan Maghrib berkumandang pun.....ceh ceh ceh....dengan confidentnya, I buka lah kunci mangga pintu pagar...(utk perhatian semua, I punya pagar adalah standard tau..biasa-biasa...dan yang pastinya bukan jenis rod iron la, kayu nyatoh la...dan bukan automatik).....so, lepas I masukkan kereta dengan 3Es ada di dalamnya kat dalam perkarangan rumah I yang tiada porch. Fyi, jugak....bila hujan turun dengan lebat...harram aihhhh, mmg tak boleh masuk kereta atau buka pintu pagar sebab sure basah dan lencun punya. Memang kena tunggu hujan berhenti. So, pagi tadi lepas Subuh, hujan turun dengan lebatnya...so, kata takde porch 'kan...Eldest E lambat la sampai kat sekolah. Sampai kat sekolah pun assembly sudah bermula sebab buat dalam dewan sekolah 'kan....kesian my Eldest E....
Sambung citer balik....dengan confident jugak nak buka la kunci mangga kat grill rumah we all pulak....ulang siaran, rumah we all memang banyak kunci mangga, apa ntah lagi sejak kejadian orang pecah masuk rumah we all Oct 2010 lepas....nak tahu citer baca kat sini ya....alih2 kunci mangga no 2 pada grill rumah we all takde!!!...Harrammmm aih, camne boleh terhilang pulak kunci ni...mangga no 3 boleh buka dan grill pun boleh buka....pastu kununnya ingat nak masuk melalui sliding door...buka lagi mangga no 4 dan 4 dan gril sliding door...alih-alih sliding door pulak tak boleh dibuka. Ceh ceh ceh...ingat nak jadi MacGyver la...tapi cungkil punya cungkil still tak boleh jugak buka....adoiii...dah ler Mr E oustatation....
Pastu pulak ingat boleh masuk ikut pintu belakang pulak....rupa-rupanya tak boleh jugak sebab ada mangga no 7 tidak boleh dibuka sebab locked from inside....no 6 boleh buka....banyakkan kunci mangga I.....so, pastu ingat nak tanggalkan je sliding door tu...tapi takut la tak boleh pasang balik...wajib kena marah dan bebel dengan Mr E ni....habis jiran kiri & kanan I keluar tengok sebab ada bising...diaorang ingat ada orang nak pecah masuk rumah I....lastly sekali, I minta tolong jiran I yang hujung sekali...kut-kut la boleh bukakan sliding door I...tapi still tak boleh buka jugak....umpil punya umpil pun tak jalan....heran ye, payah dan susah jugak nak masuk rumah sendiri ni walaupun mencuba dengan pelbagai cara....memang salute la kat profession pencuri pecah masuk rumah orang...sure depa ni cekap gile.
Jiran I yang hujung sekali tanya I boleh tak kalau dipotongkan sahaja kunci mangga yang tiada kunci tu....I jawab ok je...kunci mangga tu boleh beli yang baru daripada menjahanamkan pintu sliding door. Mula-mula tu jiran I cuba potong kunci mangga I dengan cutter dia yang memang tak tajam sebab bilah dia sudah tumpul......ingat jugak tak boleh potong sebab tumpul kan....alih-alih dengan 3 kali percubaan, kunci mangga yang kehilangan kunci itu disebabkan my Youngest E main dan hilangkan entah di mana itu telah berjaya dipotong!....Agak-agaknya 'kan....kalau pencuri tu sure dengan sekali kerat je, pasti kunci mangga I tu boleh dibuka....
Rupa paras kunci mangga yang telah dipotong menggunakan cutter tumpul!
Alhamdullillah, boleh dah masuk rumah. I helo Mr E and tell him that kitaorang boleh masuk rumah dah.....masuk je rumah, azan Isyak pula berkumandang....mmm, bergegas I masuk rumah, pastikan 3Es ok dan bersihkan diri then solat Isyak dan qada' solat Maghrib......bila dah settle semua....my Eldest dan Youngest E telah lena diulit mimpi depan tv dan tinggallah my Middle yang menemani I......dengan tak semena-mena, boleh tak I baked layer cake lagi.....la ni agak addicted to bake layer cake pulak!!!....Dengan sepantas kilatnya.....terhasillah my Cadbury Layer Cake......
taraaaaa.......
Close up sikit!.....nampak tak kepingan cadbury di lapisan layer cake tu???
Yummyyyyyy!!!
Sunday, June 26, 2011
Spring Cleaning, Foods & Hawflakes Layer Cake...
Sungguh cepat masa berlalu. Habis sudah weekend....:-(( Hari buat spring cleaning baju bajan 3Es dan kemas, vakum dan bersihkan bilik Eldest & Middle E. Mana-mana baju bajan yang tidak berguna lagi diasingkan mengikut priority:-)
1) boleh disedekahkan kat orang
2) boleh dibuat kain buruk atau lap lantai
3) boleh dibuang terus.....
Start kemas jam 8 pagi, sementara tunggu cik udang dan en sotong unfrozen untuk dijadikan rencah breakfast. I ada beli almari baru untuk simpan baju bajan 3Es. Beli pun dan lebih 3 minggu. Tersadai kat tepi tangga...memang la sakit mata tengok tapi seru nak kemas belum sampai lagi...tu yang buat-buat tak nampak je tu. So, bila seru dah sampai tu....terus je kemas!...
Breakfast as usual siaran ulangan la yea.....I kena masak masakan kegemaran seisi rumah, so tu yang selalu repeat menu tu. Tak kisah la 'kan..asalkan semua happy...
Breakfast kami yang suka makan!
late lunch...gara-gara sibuk berkemas!
Baked Chicken Wings with Black Pepper Sauce...
Daging Goreng...
Sup Sayur Campur Ikan Bilis...
cak!!!
Baked this Hawflakes Layer Cake for Hana petang tadi....sangat berpuas hati dengan hasilnya walaupun berjam-jam jugak la mengadap depan Cik Oven Europa...very colourful 'kan...later I letak recipe this layer cake kat Taste Buds ya...
Ok la....tuan punya tanah blog nak bersantai-santai sambil tonton tv.....:-))
Saturday, June 25, 2011
Hari ini hari Sabtu.....
Habis AF9, layan Mari Menari pulak! Tu antara rutin malam Sabtu I kalau I and family tiada agenda lain. Mr E pula sekarang ni berada di Stadium Titiwangsa tonton Muay Thai dengan adik lelakinya no 3....mula-mula tu Mr E plan nak bawa my Youngest E sekali.....alih-alih after Maghrib, Youngest E tertido selepas pekena sebotol susu...terlepas la my Youngest E nak tengok Muay Thai...dia tu fanatik dengan Muay Thai...kesian la pulak. Takpa la, next time boleh ikut daddy ya!
Dah lama tak ke pasar...so lepas Subuh tadi ke pasar dengan my Eldest E. Belilah ayam, ikan, sotong, udang, sayur-sayuran buat stok kat peti sejuk I. Nanti bila-bila nak masak senang lah 'kan.....
Lunch we all tadi....
Singgang Ikan Selar....menu healthy gitu! Favourite Middle E tau...
Seafood Sambal....sorang minta masak udang, sorang minta masak sotong....senang citer I campurkan je....:-))
Telur Dadar Bermayonis.....
Dah lama tak masak Bayam Celur...
Dinner yang sempoi...Roti Jala & Kari Ayam....ni mama I yang buat tau. Ada orang tempah dengan my mama...ada lebih, I rembat la 'kan...I tak reti nak buat this dish...tahu makan je...sib baik la my mama ada 'kan.....bila nak belajar buat this dish?mmmm.....tengok la, tunggu seru kuts...:-))
Thursday, June 23, 2011
Cookies Photoshoot with Glam Deco Magazine...
Agak seharian lah hari ni I punya cookies buat photoshoot dengan Glam Deco Magazine...Tq to Kak Jun from Cupcakekasih yang ajak I join sekali untuk shooting ni. Photoshoot berlangsung hampir 6jam dan Kak Jun menjadi tuan rumah....Oooo...rupa-rupanya renyah dan ambil masa juga nak photoshoot cookies ni....Warga kerja Glam Deco Magazine begitu dedikasi sekali masa bekerja sambil gelak tawa dan usik mengusik antara mereka. Nampak macam santai je diaorang ni bekerja but hasilnya sungguh professional. Dan paling I suka sekali, cookies yang I baked for this photoshoot sangat cantik sekali hasil tangkapan jurugambar, Sue...ni antara hasil-hasilnya, nak tengok lebih....nantikan Edisi Bulan Ogos 2011 dalam Majalah Glam Deco.....
My Meringue Kisses.....
tengah posing gitu....renyah jugak nak ambil gambar ni walaupun modelnya cookies...
My Lemon Crispy Cornflakes pun jadi model gak....
Devil's Brownies Cookies pun jadi model jugak!!!!
segala props bagai digunakan untuk photoshoot ni......
Pelbagai juadah yang disediakan oleh tuan rumah.....sedap...kenyang...
Warga kerja Glam Deco Magazine....
with Kak Jun.......
psst....resepi untuk cookies-cookies ni lambat lagi nak publish kat Taste Buds ya...sebabnya kasi keluar dulu kat Glam Deco Magazine.....tunggu!!!!
Wednesday, June 22, 2011
Monday, June 20, 2011
Macet Total, Mi Sup Cintan....
Mr E is not around. Will be away for 2days...:-((. Sorang-sorang je jaga 3Es.....Penat weekend tak habis lagi....Masuk office, melambak-lambak la pulak kerja menunggu. Cukup masa pulang ke rumah, ambil 3Es kat rumah my mama. Ingat nak boleh cepat sampai ke Templer, alih-alih macet total sejauh 5 km je sebelum sampai kat rumah we all. Sangat tidak suka dengan situasi itu. Dah ler I drive manual car, jalan pulak macet total, dengan membawa 3Es yang banyak karenah.....memang mencabar minda betullah. Finally, we all sampai rumah hampir jam 8.30mlm!!! Padahal bertolak dari rumah my mama jam 7.40mlm....sadisss 'kan.
Lenguh betul kaki kiri I sebab asyik main dengan clutch sebab manual car 'kan....sib baik jugak sempat isi minyak tadi kat rumah my mama...kalau tak maunya stranded di tengah jalan sebab kehabisan minyak....lagi haru la 'kan....Pastu pulak my Eldest dan Middle E sampai tertido di dalam kereta dan pasti tidur sampai pagi....sebabnya masa I pikul diaorang, memang diaorang tak sedar diri. Tak pasal-pasal la pulak I terpaksa dukung diaorang naik ke tingkat atas supaya diaorang tido dengan I....Sib baik jugak pinggan I tak patah.....
Dah mandi, solat......baru terasa lapar. Malas nak masak sebenarnya tapi perut I sudah berlagu riang ni minta diisi. Dengan citer, dengan memasak tak sampai 5 minit...maka terhasillah Mi Sup Cintan Chef Wan...makan dengan my Youngest E.....layan....
Dinner I & My Youngest E........
Sunday, June 19, 2011
Father's Day, Kungfu Panda 2.....
Happy Father's Day kepada semua daddy, abah, ayah, walid, appa etc di luar sana. Especially to our coolest daddy in the world...Mr E!....We love u so much! Thank you for being a cool daddy to 3Es ya...:-)) Tak lupa juga buat my Ayah, Osman Bin Said serta FIL, Md Nordin Bin Awang Mat...both of you sangat best!!!
Santai-santai je weekend kat rumah. Petang baru bawa 3Es tengok wayang Kungfu Panda 2 kat KLCC. Best dan lawak la movie tu. 3Es pun suka dan happy jugak....mummy & daddy pun terlebih suka jugak dengan movie ni.....then, lepas solat Maghrib lepak jap kat KLCC then we all makan at Signature. Lepas makan lepak kat luar KLCC tengok air pancut dan lampu lampam kat area Taman KLCC tu.....pastu terus lancar ke Templer....esok kerja dan sekolah la....:-((
Dalam panggung....before movie start posing dulu....
Kungfu Panda 2...best!
Lepak jap...
KLCC...sangat suka ke sini!!!
cantik 'kan permandangan di waktu malam di area Taman KLCC.....
Saturday, June 18, 2011
Brisk Walk, Foods & Us...
Early in the morning, I brisk walk sejauh 4km dari rumah I menuju ke kaki Bukit Takun....mengambil masa agak 45 minit. Ok la....at least peluh I keluar jugak! Mr E tolong jaga 3Es sepeninggalan I sebentar. Insya-Allah, esok nak buat lagi.....:-))
Breakfast mamaks je pagi ni....( I agak malas la.....). As usual la 'kan, weekend je pasti buat house chores. I rasa yang rumah I ni dah macam tongkang pecah ni. Tak tahu nak start yang mana satu, alih-alih I buat yang priority ja macam buat laundry, vakum rumah, lipat baju-bajan, basuh baju sekolah my Eldest E dengan tangan, etc etc etc....yang paling I dan Mr E tension 'kan....bila dah kemas kat area bawah ni....kat atas pulak yang bersepah....bila dah kemas kat atas pulak, kat bawah yang kemas tu bersepah balik....ni sebab 3Es la....aihhhh...macam mana la rumah I nak sentiasa berkemas dan comei 'kan.....sabar je la...so, I kemas la mana2 yang patut...kalau bersepah tapi bila mood I malas...I buat dekkk je...nasib la..
Lunch yang sempoi je....masak pun start jam 1.30petang....kata malas 'kan, so masak je la apa yang ada kat dalam peti sejuk tuuuuu....
Seafood Goreng Kunyit Cili Api....perghhh!!! podeh skit la...sib baik tak berapi mulut dan telinga....
Daging Masak Black Pepper....Mr E & Eldest E puji sedap....:-))
Dinner.....Roti Sardin Bakar for 3Es
Dinner for me & Mr E.....Mini Sardine Quiche & Hot Lemonade......
Ok la ye....cukup dulu ceritera buat malam ni....nak layan movie Just Go with It dengan my hot darling...sape lagi kalau bukan my Mr E....:-))
Friday, June 17, 2011
Al-kisahnya....
Currently mood : penat otak , letih tubuh badan dan mengantuk.
Action : Need a good rest and sleep....
Happy Weekend ya!!!
Wednesday, June 15, 2011
Durian, Daim Brownies etc....
Lunch tadi ada member office belanja I and my collegue makan durian sampai lebam. Belanja we all pun sebab member I ni naik pangkat....rezeki 'kan, jangan ditolak....rugi wooooo. Makan durian kat SS2, PJ....sanggup tu we all meredah jalan ke sana demi durian.....oh durian! Kenapa la ko sangat sedap......I makan memang banyak....9 biji durian, 4 tak sedap.....lagi 5 memang sedap....makan sampai puas dan lebam...Tq Sam sebab belanja I dan Kak Noli makan durian....erkkkkkk (sendawa bau durian ni....).....Alhamdullillah...
Durian oh durian.....aku suka makan kamu!!!!!
Mamat yang pemalu gitu tapi duk sibuk tayang passcard office yang belanja I dan Kak Noli tadi.......
Kepala I agak weng skit la petang tadi, maybe sebab duk melantak durian sangat banyak tadi kuts......
Dinner tadi kat rumah my mama....every Wednesday memang dinner kat sana...eeeeiiiii.....sangat suka sebab my mama yang masak.....(I tahu senduk nasi dan lauk...pastu makan), pastu free (hahahahahaha), sedap....macam-macam lagi la...yang penting perut kenyang dan happy..:-)
Daim Brownies for makan-makan di office esok during lunch hour....
Siap dipotong molek-molek untuk esok.......
Balik rumah agak liwat skit...oppssss...lewat...Mr E layan 3Es manakala I sibuk skit di dapur. Sempat baked Daim Brownies for aktiviti makan-makan di office lunch esok. Ok la...nak sambung buat house chores ni...till then ya!!!
Tuesday, June 14, 2011
Monday, June 13, 2011
Sandal baru for them...
Salam Isnin yang hampir ke penghujungnya....Sememangnya hari ni memang sangat lemau. Eldest E pun sudah mula bersekolah balik setelah 2 minggu bercuti dan business as usual for me & Mr E....apalagi kalau masuk office 'kan....mengadap kerja yang memang tak pernah habis. Layankan je la....Oh ya! nak share jugak la...my colleague yang duduk next to my workstation kat office today admitted sebab ada appendicitis...kena operate gitu. Pity her! Tak sempat lagi nak ziarah dia kat hospital...maybe esok atau lusa la.....Hopefully Che Nur akan sembuh dengan cepat ya....
Sampai je rumah tadi terus baked chicken untuk dinner. Ni kira ratah-ratah je sebab the chicken pun I dah marinate sejak semalam lagi. Ingat nak baked semalam tapi malas melanda tu yang tadi baru je baked. Mr E lepas solat Isyak tadi terus tido. Penat tengok bola kat Stadium Bukit Jalil sabtu lepas tak habis lagi....ye la 'kan sejak balik dari Jakarta tu, esoknya pulak ada kerja kat Ipoh.....penat tak habis-habis lagi....kesian pulak dengan Mr E tu...biarlah dia tido sepuas-puasnya. Baked chicken tu tadi I makan dengan 3Es....selebihnya I simpan untuk Mr E takut2 dia terbangun tengah malam karang...perut sure lapar 'kan....pandai2 la Mr E cari makanan sendiri ya...
Ok la...nak tido awal jugak la malam ni....malam ni takde gambar makanan ya...ala, baked chicken tu dah biasa diulang tayang.....
Hasil simpanan daripada duit belanja sekolah Eldest E selama 5 bulan.....Eldest E kepingin sangat nak memiliki sandal cap NIKE ni. So far, I cakap kat Eldest E....kalau nak beli apa-apa yang berkenan dihati kena simpan duit belanja.....biar rasa susah dulu 'kan. Bila duit dah cukup, so, bolehlah beli apa yang disukai. Biar anak-anak tahu betapa susahnya nak cari duit dan hargai setiap nilai duit itu.....I ni mummy ala-ala saiko sikit dengan 3Es ni..sabar je la dapat mummy macam I ni........(gelak evil) muahahahahahahahaha.....Anyway, taste Eldest E not bad la. I suka dengan colour dan stail sandal ni....cool 'kan.....
Dalam pada tu, Middle E pun sempat rembat sepasang sandal jugak untuk dirinya....I tambahkan sikit jugak hasil simpanan duit belanja sekolah Middle E sebab tak cukup!!! Takpa, at least sifat menabung ada sikit dalam diri Middle E.....
Kesian pulak kat Youngest E sebab dia takde kasut atau sandal baru...takpa la...later2 I belikan la untuk dia...Ok la..cukup-cukup dulu ya ceritera untuk malam ni....till then!
Subscribe to:
Posts (Atom)