Sunday, July 11, 2010

Lunch & Late Tea at Templer...

Kala ini I sedang santai sambil menikmati teh tarik kurang manis I dengan kueh keria dan cek mek molek yang I buat untuk minum petang....sambil perhatikan my Mr E yang duk pulun cuci kereta kesayangannya...:-))...anak-anak pulak, ada yang tidur dan ada yang bermain basikal...:-))...mummy nak berehat sebentar ni sambil melayan perasaan sendiri....

Actually, tempat cuci kereta yang Mr E selalu pergi tu tutup la pulak hari ni..tu yang kena cuci kereta sendiri tu..

Dan....disebabkan ini.....
baru ja beli plasma tv baru sebab tv lama we all sudah agak punah. Agak berjam-jam jugak Mr E nak settingkan equipment dengan plasma tv baru ni. I tak tahu apa-apa pun...tahu tekan on dan tgk tv atau tukar channel ja....nak tengok tv yang lama, kena kasi ketuk dulu then barulah gambar baru keluar...nak beli tv ni pun Mr E kaji terlebih dahulu...memang kalau Mr E atau I nak beli sesuatu, perkara wajib yang dibuat oleh Mr E ialah kajian terhadap barangan yang hendak dibeli pasti dilakukannya...:-))

So, upah untuk Mr E yang agak penat seharian ni duk setting macam2 sampai sakit pinggang dan 3Es pulak sibuk2 buas & kacau Mr E nak buat kerja (memang stress betullah dengan 3Es ni, sampaikan we all terjerit terpekik dengan diaorang).....I pun masaklah yang sedap-sedap untuk Mr E & 3Es....

Lunch we all tadi.....

Ketam masak berserai...

Sotong kering bersambal...ni bukan lauk semalam tau...sotong kering all the way from Sabah...

Ni pulak Salad Tofu Bertelur...ni 1st time ni I masak Tofu yang agak lembik ni...sib baiklah masa nak potong Tofu ni tak hancur...kalau tak sure tak comei'kan Tofu I ni...hihihihi..

Homemade lemonade juice untuk hilangkan luga atau loya selepas makan lunch tadi.........

Cek Mek Molek dan Kueh Keria for minum2 petang....tak masak dinner sebab lunch & tea pun dah lewat...

Ok lah peeps....nak berehat-rehat sambil lepak-lepak dengan Mr E dan 3Es ni...ingat nak tido awal sikit la sebab awal pagi nanti nak layan final World Cup...Netherlands vs Spain jam 2.30 pagi karang dengan Mr E...so, selamat berehat ya semua.....daaaaa:-))

Breakfast at Templer..

Macam siaran ulangan ja breakfast hari ni..tapi since Mr E & 3Es suka...I masak ja la....

Breakfast we all pagi tadi....

Char Kueh Teow kerang...abis licin u, dimakan oleh Mr E & 3Es...:-))

Pisang nangka goreng....

Saturday, July 10, 2010

My Chocolate & Pandan Chiffon Cake...

I bake this Chocolate & Pandan Chiffon Cake masa I sibuk-sibuk prepare untuk lunch tadi.
Nak bawa Chocolate Chiffon Cake ke rumah in-laws I petang karang...ada makan-makan sikit masa dinner, so I tak perlulah bersusah payah sediakan dinner nanti...:-))

Chocolate Chiffon Cake

Chocolate Chiffon Cake yang telah dipotong kecik-kecik dan dimasukkan ke dalam bekas tupperware...gebus 'kan Chocolate Chiffon Cake I tu 'kan...

Pandan Chiffon Cake ni pulak untuk adik bongsu I yang dah lama katanya tak makan Pandan Chiffon Cake I tu...nak bawa balik kolej...:-))

Kerang rebus berserai pembuka selera...

Salam Sabtu buat semua...:-)) Cuaca pun cukup bagus & baik hari ni. Amat sesuai untuk aktiviti laundry....tapi I tak buat laundry banyak kali hari ni sebab jiran sebelah I ( yang keje kat NSTP tu yang mana setiap hari I dapat suratkhabar percuma tu) tengah buat pengubahsuaian rumah, so agak terhad la aktiviti laundry I. Buat mana-mana yang patut dulu then sambung esok hari lah....:-))

Hari ni I kerahkan my buruh paksa-rela...a.k.a Eldest & Middle E kemaskan buku-buku dan permainan diaorang yang berselarak macam tongkang pecah kat ruang bawah rumah I ni...dan sebagai upahnya, I katalah kat diaorang yang mummy akan masak lunch yang sedap-sedap untuk dioarang....hahahahaha...ok tak trick I???

Upah lunch yang sedap untuk my Eldest & Middle E sebab tolong I kemaskan rumah......ada ayam goreng, bayam celur ni wajib ada tau....

Kerang rebus berserai sebanyak 2 kilo...rasanya 1 1/2 ja habis dimakan oleh Mr E.....(ni gara-gara tengok kat blog Kak Yat Maria last week...)..

Ikan parang masak singgang....

Sambal sotong.....

Friday, July 9, 2010

Jiwa Kacau...

Kalau jiwa kacau, carilah sesuatu yang boleh menenangkannya. Kekadang tu, macam-macam cara orang akan buat untuk hilangkan jiwa yang kacau itu. Ada yang muhasabah diri, mengaji atau solat sunat, bawa diri jauh-jauh (ala-ala vacation kuts..), mengadu nasib pada orang tersayang seperti suami/isteri, ibu/ bapa atau pada orang yang sangat kita percayai...etc bla bla bla......Pada I, terpulanglah pada diri masing-masing untuk mencari penyelesaian terhadap konflik jiwa kacau ini....

Tq sebab membaca entry I yang ntah apa-apa ni...Happy weekend.......;-)

Youngest E yang suka sangat merajuk.....

Middle E yang sememangnya selalu jiwa kacau bagi version kanak-kanaklah...gambar ni diambil semasa Middle E buat perangai dengan baringkan badan sambil menghentak-hentakkan kaki di atas jalan kat rumah my mama...

Tempat favourite Middle E tido...kasi zoom dekat sikit....(sila scroll ke bawah untuk melihat imej dengan lebih jelas lagi....)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Wednesday, July 7, 2010

Bila sudah start...

Kedua-dua novel ni turut berada dalam senarai novel-novel yang perlu dibaca. Tak tahulah zaman bila nak habis tapi yang pasti I akan tetap baca...:-))

Cuma lately ni, I penat sikitlah sebab banyak sangat kerja kat office. Bila sudah pulang ke rumah, badan dan otak pun terasa sangat letih. Nak melayan karenah 3Es pun gitu-gitu ja. Kekadang tu, bila I tidokan my Youngest E...I pun tertido sekali dengan baju kerja tau...sungguh sadis!!! Nak buat camne...dah penat 'kan, so ubatnya tidur lah.....tapi bila sudah tidur awal 'kan, bangun pun awal jugak. Masa tu lah sibuk-sibuk kemaskan apa-apa yang patut, pergi mandi (sebab rasa tak selesa....tapi kalau tak sejuk lah, kalau sejuk...tak mandi lah gamaknya) dan sempat jugaklah baking kalau dah gian sangat.....

This moist choc cake yang sempat I buat untuk Kak Ann buat makan-makan kat office Bukit Petaling. Just simple deco ja....

Actually sudah ngantuk tahap gaban ni...tapi pukul 2.30pagi karang ada semi-final World Cup antara Germany vs Spain....Mr E nak layan jugak sebab Germany adalah favourite team dia..(psstttt...dia tengah tido tu...sssssss)...I pun nak layan jugak game ni sebab Germany main best tau, tapi ntah larat atau tidak...anyway, all the best to Germany...hopefully ke final untuk berjumpa dengan Netherlands pada hari Isnin ini.....:-))

Tuesday, July 6, 2010

Bila nak start ni...

I suka membaca....especially novel lah. Baca novel ni one of my theraphy, besides cooking & baking, shopping dan layan lagu-lagu kat HIFI room Mr E. Antara favourites penulis I ialah Sidney Sheldon, Judith McNaught dan John Grissom. Kalau local pulak I suka Dr. M, A. Samad Said dan Dr Maza.

Sekarang ni I duk jatuh cinta dengan novel-novel hasil nukilan Sophie Kinsella...Kat lobby office I ada MPH book fair, so apalagi...I rembatlah novel-novel si Sophie Kinsella ni...bukan satu tau, tapi 4 buah novel sekaligus. Tamak 'kan I......lagipun ada diskaun 20%, peluang jangan dilepaskan...belilah selagi terdaya. Ingat nak beli jugak cooking & baking book, tapi takde yang menarik hati...:-(( maybe next time kuts....

Tak sabar rasanya nak baca ni.....tapi kalau sudah start baca, sure kerja lain I tak buat punya......tapi nak baca jugak......:-))

My Lemon Chiffon Cake...

Morning peeps....Cik Oven Europa I awal pagi-pagi ni sudah mengeluarkan bau lemon yang harum lagi......mmmm, memang teruja betullah I dengan my 1st ever Lemon Chiffon Cake ni. Teksturnya sungguh gebus dan begitu terasa lemonnya....sangat sedap babe...yang pasti Lemon Chiffon Cake ini jugak akan termasuk dalam senarai Chiffon Cake yang wajib I buat selain Orange Chiffon Cake, Pandan Chiffon Cake & Chocolate Chiffon Cake.....

Ok, u all layan la yea gambar my Lemon Chiffon Cake ni yea....I nak sambung tido balik ni (esok 'kan kerja) , so I nak join Mr E & 3Es yang sudah lena diulit mimpi dan nak peluk si bantal peluk I ni yang bucuk-bucuk macham ni....

My Lemon Chiffon Cake......

Apa yang perlu ada:-
  • 7 biji telur yang diasingkan putih & kuningnya
  • 2 cawan tepung serbaguna
  • 1+1/2 cawan gula castor
  • 3 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan air + juice perahan lemon
  • 1/2 cawan minyak canola
  • 4 sudu kecil parutan kulit lemon
  • 2 sudu kecil vanilla
  • 1/2 sudu kecil cream of tartar
Cara pembikinannya :-
  • Panaskan oven 170 darjah celsius.
  • Satukan gula, tepung, garam, baking powder dan garam.
  • Pukul telur kuning, air + juice perahan lemon, parutan kulit lemon dan vanilla. Kemudian, masukkan bahan-bahan kering tadi dan pukul bancuhan itu sehingga sebati. Pada masa yang sama telur putih dipukul dengan cream of tartar sehingga kembang.
  • Masukkan bancuhan telur putih itu tadi ke dalam bancuhan telur kuning. Kacau bancuhan sehingga sebati.
  • Masukkan bancuhan tadi ke dalam tube pan dan bakar selama 50 - 55 minit atau sehingga masak. Sejukkan cake ini secara terlangkupkan tube pan....kalau sudah sejuk, bolehlah cake ini dipotong dan enak dimakan begitu saja.....
Selamat mencuba....:-))

Monday, July 5, 2010

Boleh tak.....

Uishhhh..begitu malas sekali ni nak masuk opis ni....terasa kejap betullah weekend ni..macam tak sempat nak buat apa-apa...:-((.....Boleh tak nak back to the future..???..nak cuti lagi lah....Ok lah..suka atau tak suka, kena gak pergi kerja 'kan...kalau tak sape nak kasi duit kat I free-free ja 'kan...so, layan ja la labu...

Ni gambar-gambar yang sempat I amik masa birthday party anak kawan Mr E's kat Seri Maya, Setiawangsa...

Sibuk pulun makanlah 3Es ni....especially this boy...
.
.
.
.
.
.
.
Sape lagi kalau bukan si bantal peluk I ni....asyik-asyik makan ja....(gambar blur sbb dia ni tak tahu nak duduk diam walaupun sekejap)

Eldest E....

Middle E...

Actually, masa we all sampai pun..party dah agak lamalah bermula...so, sampai-sampai ja terus makan...hihihi..makan sampai kenyang.....so, mummy tak perlulah prepare for dinner 'kan...hihihihi...

Ok...cukuplah dulu...till then...happy Monday ya....:-))



Sunday, July 4, 2010

Today's lunch...

Hi....I sudah abess memasak untuk lunch. Tinggal nak makan ja...Then dalam pukul 3.30 petang gitu nak ke Setiawangsa...ada jemputan birthday party anak kawan Mr E..before that kena jemput Eldest & Middle E kat rumah in-laws I setelah dikidnap oleh my in-laws after diaorang breakfast kat kedai mamak kat rumah we all tadi...

Anyway...selamat menjamu selera ya....masak pun simple-simple ja...

Daging goreng...

Ikan masin belanak

Suhun masak lemak yang tak cukup sifat...tapi layan la...:-))

Sejuk & Nyaman di Templer...

Memang cuaca pagi ni agak mendung,tapi i still buat laundry jugak...banyak wei baju-bajan yang tidak dicuci lagi...faham-faham ja la, umat2 kat rumah I ni agak ramai dan mereka-mereka ini begitu suka menukar baju..camne lah..kalau sorang secara averagenya dalam sehari menukar baju sebanyak 2pasang + 1 seluar kecik (seluar dalam ler...) dan didarabkan 2 sebab baju dan seluar / skirt bersamaan dengan 4 + 2=6....tu baru sorang..kalau didarabkan dengan 5org...haaa..tak ker 30 helai tu...baru sehari....mmmm..kalau dilonggokkan seminggu takker macam kedai dobi ja 'kan...

Alih-alih tak sampai jam 11 pagi, hujan pun turun dengan lebatnya..sempat jugak lah I pilih mana-mana baju-bajan yang sempat kering....aa'grhhh...kalau payah sangat, hantar ja kat kedai dobi minta diaorang keringkan baju-bajan yang telah I cuci tu...senang yang citer 'kan...

Kalau sudah hujan dan suasana pun sejuk-sejuk dan nyaman gitu....mesti perut pun lapar 'kan...so,for breakfast pagi Ahad ni...I bikin Char Kueh Teow Goreng berseafood, cekodok pisang dan sedap kalau dilayan bersama-sama dengan Earl Grey Tea.....

FYi, memang I akan selalu masak makanan-makanan yang Mr E & 3Es suka makan 'kan. So, memang lah selalu gambar masakan yang sama ja yang I uploadkan.....

Moist Choc Cuppies yang bertemakan mix theme : fairy & ben 10 yang I buatkan untuk Reen.

Selain itu, Reen turut minta I buatkan Moist Choc Cake dengan edible image princess for her daughter's birthday. Senang bangat berurusan dengan Reen ni....Tq so much Reen for the orders..

Ok la peeps...got go to..nak gi masak-masak untuk lunch pulak ni (simple-simple ja)...Then, tea's time pulak ada jemputan birthday party anak kawan Mr E's kat Setiawangsa....chiow dulu ya...till then

Saturday, July 3, 2010

Lunch, tea & dinner kat Templer...

Since sudah liwat....oppsss...lewat bangun daripada tido, breakfast kat kedai mamak ja la...memang kedai mamak ni penyelamat I di waktu-waktu kecemasan....hihihihi....Then, I angkut satu family ke pasar...belilah apa2 yang patut. Boleh gak dibuat masak-masak nanti 'kan...

Balik ja dari pasar, terus rebus tulang yang I rembat kat pasar untuk dibuat sup tulang...sambil-sambil buat laundry jugak. Nasib baiklah my Youngest E tido, so macam-macam lah house chores yang I boleh buat dengan gaya laju gear 5 gitu....:-))..,kalau tak si Youngest E ni akan nak berkepit ja dengan I.....payah I nak buat kerja tau...manja kededek betullah si bantal peluk I ni....

Ni lah lunch we all tadi.....
1) Sup tulang...
2) Sambal seafood...taruk ja semuanya, ada udang, sotong, fish ball...
3) Ikan tenggiri goreng
4) Bayam celur...wajib ada tau sebab favourite 3Es...al least diaorang makan jugak sayur 'kan...

Ni pulak tea we all petang tadi....

Jagung kukus...I kukus sepuluh tongkol jagung ni...abesss tau, manis sungguh rasanya jagung ni....

mmmmm...actually, muffin ni I tengok kat blog YatMaria...nampak tergoda dengan Marble Banana Muffin yang dia buat...jengah jap kat peti sejuk I, ada pisang...so petang tadi I buatlah muffin ni dengan bantuan 3Es...tapi sorry ya YatMaria, I derhaka skit kat resepi u ni...maka, terhasillah Banana Choc Almond Muffin..apa-apa pun memang sangat sedap dan begitu lembut lah muffin ni....:-))

Dinner...buat yang simple ja tapi simple-simple pun licin babe.....Spaghetti Bolognese..kegemaran Mr E & 3Es...

Ok la peeps....got to go...nak layan bola jap....German vs Argentina..both of them memang bagus....tapi I sokong German...:-))

Konsert Ella kat Istana Budaya...


Memang happening giles konsert Ella kat Istana Budaya semalam. Penuh kerusi kat Istana Budaya.....most of the audiens dalam lingkungan umur 40 to 50s...budak-budak yang baru nak kenal dunia pun agak ramai jugak.

Tepat jam 8.30mlm, konsert pun bermula dengan instrumental lagu-lagu popular Ella oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan. Pergh!!!...Susunan muzik yang sungguh baik....Then, after that...Ella pun muncul dengan lagu pembukaan...Permata...semua lagu dendangan Ella diiringi orkestra dan Love Beggars (kumpulan muzik).

Ella sungguh bertenaga, walaupun nyanyi lagu berentak laju, boleh menari sambil menyanyi. Yang pasti, suaranya tetap maintain macam dengar melalui CD atau radio. Ella berduet dengan Dato' Ahmad Jais (lagu asli) dan Awie....kedua-dua penyanyi ini mempunyai suara yang bagus walaupun dari zaman yang berbeza. Apa-apa pun konsert ini memang happening!!!

Sepi sekuntum mawar merah, Simbiosis, Permata Biru, Baldu Biru, Standing In The Eyes of the World....antara lagu-lagu yang didendangkan oleh Ella pada malam tadi. 2 jam terasa kejap ja...namun atas permintaan ramai, Ella mendendangkan lagu Layar Impian buat semua. Boleh dikatakan sepanjang konsert berlangsung, audiens begitu sporting menyanyi bersama-sama...termasuklah I & Mr E....malas nak cakap banyak...Konsert Ella dengan orkestra kat Istana Budaya memang BEST!!!!........

Posing dengan bunting yang ada gambar Ella...cukuplah tu....

I & Mr E...sebelum konsert bermula...

Thursday, July 1, 2010

Hangat, panas.....& buah hati....

Sudah 2 hari ketiadaan aircond kat office. U all tahu la 'kan...bila takde aircond sure rasa hangat & panas semacam 'kan. Berpeluh-peluh la we all kat office sampaikan nak buat kerja & berfikir pun terbantut jap....Bukan office I ja yang takde aircond, ianya meliputi hampir semua bangunan office di kawasan Jalan Pantai Bharu & Jalan Pantai Jaya. Ini gara-gara ada chilled water tank yang pecah. Chilled water tank inilah yang menyalurkan air sejuk ke semua bangunan di jalan-jalan tersebut untuk aircond tu berfungsi.

Tak tahulah sampai bila tiada aircond ni tetapi menurut pihak Tenant Managemant we all, paling cepat pun 3 hari.....mak aaiiiiii..kalau macam tu esok pun masih macam cacing kepanasan lagi la ni. Dah ler takde aircond, kerja-kerja office melambak dengan problem-problem system dari user. Ni gara-gara projek mesra alam kat office I ni la...lagilah bertambah hangat tau.......:-((

Apa-apa pun yang berlaku di waktu pejabat....bila pulang ke rumah, wajah-wajah ini yang menghiburkan hati I & Mr E.....mummy sayang korang semua sangat-sangat tau...muaahhhhhh!!!!

tu diaaa....3Es memang suka melompat-lompat kat atas katil I ni...dan kalau nak tahu, katil I ni dah runtuh pun....sadisss 'kan....

tengoklah kalau tak percaya....memang sudah runtuh pun katil tu...sampai sekarang tak ganti lagi, pakai ja dulu...nanti bila 3Es dah besar skit...barulah beli yang baru...ok 'kan....

Mr E's angels....

Eldest E yang kuat makan tapi maintain slim, sangat rajin belajar sampai stress....

Middle E yang sangat selamba & rileks, suka bercakap & menyanyi dan sangat nakal buli Eldest & Youngest E...

My youngest E, si bantal peluk I yang sangat manja, buas dan muka selamba ja...

Anyway.....welcome July, sayonara June.....;-)