Sunday, July 10, 2011

Dapurku kembali berasap......

Agak rindu jugak la kat Cik Oven Europa dan Cik Pensonic....so, sehari selepas pulang dari Bandung, I terus baked this Lemon Milk Muffin with Lemon Curd Topping for tea. Ada lebih, bawa ke office kasi kengkawan makan.

Lemon Milk Muffin with Lemon Curd topping...yummyyy!!!


Ni pulak menu malas lunch we all tadi.......

lauk orang "rajin".....Ikan Selar Masak Singgang....

Seafood Sambal....2 dalam satu.....Udang & Sotong dimasak sekaligus...senang!

Leftover ayam & daging sate yang ada dalam fridge. Recycle untuk masak-masak...maka dengan itu terhasillah ayam & daging masak lada hitam....laku gak dimakan oleh 3Es...tak baik membazir 'kan, so gunalah kreativiti untuk menghasilkan dish yang best jugak!

dan for tea....I buat this Cinnamon Stick yang dicicah dengan Lemon Curd yang I buat beberapa hari yang lalu...sedap jugak. Layan this Cinnamon Stick dengan my girls (Eldest & Middle E) sebab Mr E & Youngest E keluar bawa Mr Focus dicuci dan divakum.....

Dinner nanti pandai2 cari sendiri apa yang ada kat atas meja dan dalam peti sejuk. Chef in the house nak layan CSI Paranormal malam ni sambil melipat baju bajan......till then ya!!!

Transformers:Dark of the Moon....

Selepas deliver the cuppies & the cake kepada tuannya, I & Mr E bawa 3Es menonton wayang movie Transformers : Dark of the Moon at TGV Wangsa Walk Mall. Selalunya we all nonton di TGV KLCC, since disebabkan ada roadblock semua jalan masuk ke Kuala Lumpur, so just nonton di TGV Wangsa Walk Mall je la.....my Youngest E begitu obses dengan Transformers ni...boleh dikatakan hari2 pasti dia minta I atau Mr E..kalau tak pun Eldest E tolong bukakan movie ni kat rumah. Dah naik hafal dah setiap babak & dialog.....layan je la...

3 beradik yang buas!

Before tengok Transformers, bawa 3Es tengok pets yang buka booth menjual pets seperti sugarglider, hamster, rabbits, fish and etc....

masing-masing tutup hidung sebab tak tahan bau busuk.....so, 3Es insaf taknak bela pets yang berbau busuk......just nak bela ikan je.....hihihihi...

Mr E & Youngest E tengok ikan.....

Pissed off okay!

I tersangat tidak berpuas hati dengan mereka yang masih teruskan juga perhimpunan haram BERSIH tu. Disebabkan itu, pihak berkuasa telah membuat roadblock di semua jalan masuk menuju Kuala Lumpur.......dan paling malang sekali, area rumah I termasuk di dalam roadblock tu. Ye la 'kan....keluar je daripada rumah I, terus masuk ke Jalan Persekutuan yang mana semua kenderaan daripada utara akan melaluinya kalau tak ikut PLUS Highway la 'kan.....so, kalau ada apa-apa segala macam perhimpunan haram ke, jenayah besar ke dan sewaktu dengannya, pasti jalan itu akan diroadblockkan......I tak salahkan pihak berkuasa sebab mereka-mereka ini menjalankan tanggungjawab untuk menghalang segala yang boleh mengancam keselamatan negara & rakyat...Come on la people korang semua takkan dapat hidup aman sejahtera di mana-mana negara lain selain Malaysia okay...Memang kerajaan tak perfect 100% , kalau tak puas hati pun....sila ikut saluran yang betul. Kita semua sokong ke arah usaha menjadi lebih telus, bersih, amanah dsb...tapi harapnya the end does not justify the means - somemore at the expense of other people kan.



Keluar je daripada rumah terus jam...sebab jalan utama telah disekat oleh pihak berkuasa........

nak lepas sekatan polis ni mengambil masa hampir 25 minit....sadisss wei......

siap ada tandas bergerak tu........

I terpaksa jugak keluar semalam sebab nak deliver this cuppies & cake to my senoir kat U dulu di Tesco Extra Taman Midah.....jauh betul perjalanan yang terpaksa ditempuhi sebab semua jalan masuk ke KL ditutup gara-gara perhimpunan haram semalam!

Thursday, July 7, 2011

From Bandung...Part 4


Pit Stop ketiga di hari ke-empat.....Kartika Sari....pusat membeli segala kudap-kudapan dan terkenal dengan brownies nya......

Brownies oh brownies.....

Sarat sungguh mpv we all dengan hasil rembatan we all selama 4 hari 3 malam di Bandung...on the way to airport Bandung...

Sebelum ke airport, sempat ke sini untuk massage dan lulur satu badan gitu.......

tempat massage nyer.......

terasa kurus skit la pulak selepas massage ni....(statement perasan)...hihihiihihihihihi....

tak serik ke Bandung.....pasti akan ke sana lagi.....:-))

From Bandung...Part 3


Pit Stop yang ketiga pada hari ketiga di Bandung ialah outlet-outlet di Jalan Riau...we all berada di sini dari pagi sehinggalah ke lewat petang. lepas satu-satu outlet we all masuk dah keluar dengan hasilnya....memang agak berhantulah di Jalan Riau ni....habis pitih we all....

lepas dinner...we all ke Bandung Super Mall....layan Trans Studio pulak....mak aihhhh, punya la ramai orang kat sana...nak main satu permainan pun beratur berjam-jam lamanya......

antara permainan yang ada di Trans Studio......roller coster...


dah puas pusing Bandung Super Mall...lepak sambil minum kat Coffee Bean.......lenguh weiiii....

Hasil rembatan we all kat Jalan Riau......

From Bandung...Part 2


Wifey-wifey yang koya vogue gitu......tukang amik gambar ialah Che Nur the eligible lady.....

Sementara menunggu pak supir datang menjemput we all, masing-masing sibuk dengan smartphone BerryHitam & Iphone melayan FB...I sorang je guna semakphone yang tokleh sentuh-sentuh screen....so, ternganga je...:-(

Pit Stop kedua on the 2nd day.....apalagi kalau tak ke Rumah Mode....harga baju-bajan kat sana sudah agak mahal jugak la...maybe sebab dah komersial sangat kut....rembat apa-apa yang patut je la....:-))

Lunch di Simpang Raya, Jalan Dago la pulak.....layan Nasi Padang....before sambung shopping kat outlet-outlet di Jalan Dago......

Es Jeruk Kelapa yang menjadi minuman rasmi we all kat sana.....:-))

sempat pekena donut JCo jugak!!!!

From Bandung with love...Part 1

Safely arrived at LCCT, Malaya tepat jam 6.40pm from Bandung, Indonesia...Selama 4 hari 3 malam di sana dengan aktiviti makan, shopping, makan, shopping dan makan, shopping sampai lenguh kaki tangan dan sakit badan. Rombongan cik kiah seramai 4 orang...iaitu Che Nur, Nadz, Ainy dan I. Bertolak dari Kuala Lumpur pada 3 July 2011 jam 9.40pagi.

Rombongan Cik Kiah.....FL: Che Nur, me, Ainy & Nadz....gaya, mutu & keunggulan tetap maintain tau...hihihihihi...

Pit Stop pertama we all bila sampai di Bandung...terus ke Pasar Baru yang kami gelar Pasar Puaka senang2 je habis berjuta-juta Rupiah kat sana....banyak betul kain dan telekung we all borong...macam nak meniaga tu....Tapi yang pasti, Nadz (yang bermukena tu) dapat mukena yang dihajati gara-gara cerita Cinta Melody.....layan...:-))

dari Pasar Baru terus dinner kat Riung Sari, masakan Sunda....

Menu wajib kalau makan di sini....Nasi Timbel Special, Es Jeruk Kelapa & Air Teh.....

sempat lagi berposing depan kedai yang menjual kudap-kudapan ada di dalam Riung Sari tu....

Saturday, July 2, 2011

Today is Saturday....

Agak seharian Eldest E berada di sekolah menghadiri aktiviti 1Larian 1Malaysia dan gotong royong di sekolah. Pastu pulak, my Middle E diculik oleh my adik ipar, Yunny ke opening Disney ntah apa ntah anjuran Astro kat Bukit Kiara....maka dengan itu, tinggal la I dengan Youngest E je kat rumah. Namun begitu, banyak juga la house chores yang I kena settlekan...:-((

Ok la....mmg agak malas nak menaip ini hari, so u all layan gambar je la......

Makan nasi lemak bungkus daun pisang for breakfast....harga cuma RM1.3o je kat kedai mamak area rumah we all ni...sedap!!!

Fresh from my Cik Europa...lepas makan nasi lemak...tekak ni terasa nak makan Blueberry Cheese Tart la pulak...baked sekejap...then ngap masa panas-panas lagi...sedapp woooo! Sempat jugak tapau untuk my in-laws yang singgah breakfast kat kedai mamak area rumah we all ni...then sempat kasi kat my mama masa I hantar my Middle E kat rumah my mama tadi before Yunny culik my Middle E...

Tomyam campur ekspress & telur dadar layan bersama nasi beras wangi for lunch...I lunch dengan my Youngest E je sebab Mr E & Eldest E join lunch dengan my in-laws and my Middle E ikut my adik ipar.....so, masak yang ringkas2 je la....yang penting kenyang!!!

Vanilla Eclairs ni I baked petang tadi for tea.....layan dengan Earl Grey Tea..pergh!!! sedap...semua orang kat rumah ni sukakannya...:-))

Dinner yang simple for us yang memang suka makan!.....Fettucine Bolognese....


Middle E with her favourite auntie...Yunny, at the launch of Disney Junior...

Happy face from Middle E!!!!

Friday, July 1, 2011

1st July 2011.....

Baru lepas baju sekolah my Eldest E...(sakit pinggang I sebab cuci tangan 'kan), pastu sidai laundry hasil Mr Toshiba I, melipat baju bajan, kemas dapur, dan segala mak nenek house chores yang berkaitan la. Kalau nak disenaraikan satu persatu sure panjang sungguh listnya.

Esok pagi, my Eldest E ada 1Larian 1Malaysia yang mana I rasa semua budak-budak sekolah disekitar Selangor dan Kuala Lumpur akan menyertainya. So, jam 7 pagi, acara ini akan berlangsung...so, my Eldest E mesti berada di sekolah sebelum jam tersebut. Lepas acara 1Larian tu, sekolah Eldest E ada aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kedua-dua aktiviti ni wajib untuk semua budak-budak sekolah....layan je 'kan. Tugas I, hantar Eldest E pagi esok dan Mr E pula akan menjemput Eldest E jam 12 tengah hari....fair & square 'kan...:-))

Till then ya...nanti sambung ceritera lagi...