Monday, August 10, 2009

Apa nak letak tajuk ni??????

Fikiran tengah buntu so, tak tahu la nak letak tajuk apa...since ada oven ni, macam2 dalam fikiran nak buat....nak buat kek la, panggang daging dan ayam la tapi nak buat semua tu I kena make sure yang my Youngest E tido atau I minta my mum atau Mira tolong jagakan sekejap. My Youngest E ni langsung taknak kat sape2 pun waima Daddy dia...dia cuma ok dengan I dan my mum / Mira ja.....sadiss 'kan. So, bila bab nak memasak ni, I agak susah nak buat skit la kalau my Youngest E ni ada...asyik nak berkepit ja dengan I.

Sib baik la last Saturday, my youngest sister, Mira datang rumah sekejap. So, boleh I nak buat projek membaking ni. Hasilnya, jadi la muffin chocolate chip....

Ni la hasilnya....taraaaaaaaaaaaaa...chocolate chip yang banyak2 tu my Eldest dan Middle E tolong bubuhkan...banyakkan...I cilok this recipe from Cik Mat Gebu punya blog...tq CMG...tapi I bega2 skit la that recipe...ikut citarasa sendiri...rasa sedap dan tak manis sgt la.

Muffin tengah dimasak oleh Cik Oven Europa....naik gebus gitu muffin tu....buat this muffin dapat la 24 ketul. Petang tu jugak lepak2 kat rumah my mother in law, bawalah sikit muffin tu kat rumah dia...konon2nya menantu mithali gitu...bawa buah tangan....hihihihihi.....:-

Elyssa dan udang....

Lagi2 I post citer pasal my Middle E....u all jangan bosan yea baca. Bukannya apa, kebetulan pulak minggu lepas birthday my Middle, pastu lak minggu lepas my Middle ada medical check-up...tu yang banyak citer pasal my Middle E ni....so, u all layan la...

Last Saturday, memang I malas, so, aktiviti masak memasak pun tergendala. I masak cincai ja. For Eldest E buatkan ayam goreng, Middle E pulak, I masakkan udang kentang bersambal, Youngest pun layan gak udang tu....I masakkan my Middle lauk udang sebab dia dah request lama dah...so, since udang pun ada dalam fridge, I pun masak la...

Ni la rupanya udang kentang bersambal tu...I buat tak pedas la sbb Middle dan Youngest E yang nak makan. My hubby lak tak berapa sihat, so sepanjang hari tido ja sebab makan ubat, jadi lalok.....:-

Elyssa dan suntik hormone...

Ni la aktiviti harian I before my Middle E tido. I suntik growth hormone kat perut my Middle E.

Gerun tak u all tgk gambar I suntik perut my Middle E?????.....Mesti ada yang terasa seriau 'kan...mula2 masa I suntik my Middle, I pun terasa takut sikit jugak, tapi lama-kelamaan dah biasa pun..bak kata pepatah..alah bisa tegal biasa...My Middle pun ok ja...takde perasaan takut langsung....I pernah la tercucuk jarum tu kat jari I, tajam tu...tapi I memang respect la kat my Middle E sebab she cool ja....:-

Thursday, August 6, 2009

Seharian di HUKM..

As usual, every 3 months, I bawa my Middle E buat follow-up medical check-up kat HKUM. Sampai jam kat hospital jam 9.45pagi....cari2 parking takde kat dalam area HUKM. So, terus keluar dari HUKM, parking kereta kat Stadium Bola Sepak KL...opposite HUKM. Before going to the hospital, we all breakfast at KFC...layan la jap sebab nak beli jiwa my Middle E dulu. Kasi isi perut dia penuh dulu supaya dia tidak meragam dan well behave...hihihihi...Lepas isi perut skit, we all berdua berjalan kaki menuju ke HUKM...My Middle complaint skit la sbb penat berjalan katanya. Since Middle E bersaiz kecil, I pun dukung la dia la ...

Gelagat2 my Middle E sementera menunggu giliran utk berjumpa dengan doktor ( 5 jam jugak la nak tunggu before berjumpa dengan doktor).....layan ja la...sib baik Middle E tak berperangai...ok ja, kalau Eldest E...kirim salam ja la..:-

Ni pulak tempat amik ubat Middle E...amik ubat kejap ja....Untuk pengetahuan semua, my Middle cuma naik 1cm dan 0.03kg ja utk kali ni selepas 3 bulan lepas. So, this time tinggi Middle E cuma 82.5cm dan beratnya cuma 9.5kg. Dos ubat Growth Hormone Middle E telah ditambahkan dan sekarang ni hari2 kena suntik compare last time cuma 6 hari seminggu. Takpa la sayang...asalkan Middle E ada improvement.....

Lepas settle urusan kat hospital, singgah kejap kat opis I sementara nak tunggu my hubby abis kije....lihat la Middle dok pulun kije tu...(location: at Daddy's cubicle)....:-

Tuesday, August 4, 2009

Cookies For My Middle E...

Secara rasminya semalam, oven yang baru ja I beli 2 minggu lepas telah "dipecahkan daranya" hihihihihi..... I buatkan cookies for my Middle E for her birthday. Cookies ni request by my Middle E. So, I dapat this cookies punya recipe from my good friend, Kak Nolis. After office ja terus singgah kat Tesco jap utk cari bahan2 utk buat this cookies. Begitu semangat I nak buat this cookies padahal sebelum ni tak pernah nak buat cookies pun..maybe sebab yang pertama...nak buat utk anak..then tengah lak berkobar2 sbb dah ada oven....so, jam 3.00pagi I bangun terus buat this cookies....meh la layan cookies I yang tak seberapa ni......:-

This cookies I buat 2 version....satu for my kids iaitu takde kekacang cuma ada chocolate chips ja...yang satu lagi ada kekacang..

Happy Birthday to Elyssa Aisyah Bt Nor Eziel Azram - 4 August 2009

Today, birthday my Middle E yang ke 3....
Happy Birthday Eicha....moga2 Eicha jadi anak yang baik, solehah dan taat pada Mummy dan Daddy, moga Eicha jadi adik dan kakak yang baik pada Kak Edelyn dan Adik Emil...moga2 Eicha cepat besar macam kanak2 yang seusia dengan Eicha, mudah-mudahan Eicha dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.....aminnnnnn. Mummy, Daddy, Kak Edelyn dan Adik Emil sayang kat Eicha sangat2 tau...:-

The latest Eicha......

The 2yrs olds Eicha.....

The one year old Eicha.......

Monday, August 3, 2009

Sunday - 2 August 2009 Part II

Citer Sunday tak abis lagi......I minta my Ayah urut pergelangan tangan I sebab dah hampir 2 minggu tak baik2 jugak. Sebelum tu, I ada ke klinik panel company, the doctor just gave me ubat for urat pain. Unfortunately, tak baik2 jugak. So, I rasa urut is the best solution la...So, apalagi, since dah berkampung kat rumah my Mama, I minta my Ayah urut la.

Sakitnya bukan kepalang la sebab my Ayah said that the urat banyak sungguh yang bersimpul dan perlu pulang ke "rumahnya"....arrghhhhh...sakit betulla bila kena urut...tapi nak baik punya pasal kena tahan sakit la. My Middle E sempat kasi semangat kat Mummy dia..." mummy...tahan tau...sikit ja sakit..nanti baik la...Eicha temankan mummy ya..." Terharu pulak dengan sikap Middle E yang sungguh concern tu....My Eldest pulak buat tak tahu ja...

After Ayah urut my pergelangan tangan, dia basuh kereta dia dengan bantuan Eldest dan Middle E. Bukan main suka lagi depa tu sebab boleh main air...kebetulan pulak that Sunday morning, diaorang tak mandi lagi....Tengah2 basuh kereta tu, hujan pulak turun dengan lebatnya secara tiba2...waaahhhh...tambah suka si Eldest dan Middle E sebab boleh main hujan sekali...

Bak kata pepatah...sambil menyelam minum air...I kasi ja diaorang main hujan...bukannya selalu pun...kasi anak2 happy....meh la layan gambar Eldest dan Middle E main hujan sambil tolong Atuk diaorang basuh kereta....

Mata Middle E sepet sungguh sbb baru bangun dari tido....kat belakang tu tengah cuci tayar kereta is my Ayah...(sila abaikan keseksian beliau.....)


Sibuk nak basuh kereta sambil main hujan...kasi chance sekali-sekala kat diaorang ni....


Petang pulak.....gi Menara TM ( I angkut semua 3Es) sebab nak jemput Daddy 3Es yang baru ja pulang dari sessi bersukan kat Balok, Kuantan....kalah di suku akhir...macam tak berbaloi ja hari2 praktis.....lepas tu we all lepak2 jap kat MidValley sambil makan KFC...layan kerenah 2Es...pastu balik Templer....3Es tertido dalam kereta dalam perjalanan pulang....:-

Sunday - 2 August 2009

Dah lama betulla I tak pergi ke pasar bukannya apa...since ada 3Es ni susah betulla nak ke pasar. So, kebetulan pulak this weekend I berkampung kat rumah my mum sebab my hubby takde, maka I ke pasar with my mum dan my Youngest E. My Youngest E I bawa sebab my youngest sister cuma boleh jaga Eldest dan Middle E ja.

Jam 7.30 pagi, we all dah berangkat ke pasar. Mula2 ke Pasaraya Bintang dulu sbb every weekend (according to my mum)...kat sana ada jual muras bahan2 mentah utk memasak sperti ayam, ikan, sotong, sayur-sayuran, kentang, bawang2 dan lain2. My mum beli ayam bahagian dada sebab muras katanya compare to tempat lain la. Ada jugak la beli kentang sebab sekilo cuma RM1.00 ja dan bawang.

After that, we all ke Pasar Selayang pulak. Tak ramai lagi orang kat pasar sebab masih awal lagi kuts...tapi kalau dah pukul 9.00pg...orang akan ramai dan makin susah la pulak nak membuat pembelian dan aktiviti usha2.....hihihihi...Kat Pasar Selayang, my mum beli daging tempatan dan sedikit hati lembu untuk dibuat rendang. This rendang request by my Ayah sebab dah lama tak makan rendang daging dan hati ayam. I suka la pergi pasar sebab macam2 barang fresh boleh dibeli dan diusha2....Then, beli jugak la bayam utk dibuat lauk sayur..ni I buat celur ja. Pastu nampak la jagung...beli jugak that jagung dan I buat jagung kukus...pergh....manis sungguh rasanya. 2Es pun suka makan jagung ni.

My mum with my Youngest E.....My Youngest E sangat behave masa we all membeli belah kat pasar....Dia macam kagum ja tengok macam2 barang yang ada kat pasar...and fyi..this is his 1st time ke pasar....

My mum sibuk memilih daging dan hati utk di beli.....

Suasana pagi di Pasar Selayang....macam2 ada

Ada carrot, cili hijau, cili merah, capsicum kuning, capsicum merah dan hijau....

Ada cili api....waaa pedas

Ada bermacam2 jenis sayuran gitu....

Bunga kantan...sedap utk buat laksa, kerabu...ada kunyit hidup, serai, pisang muda..(masak lemak sedap tuuuu...), jering....

Petai......(sapa suka makan petai sila angkat tangan....:-)

Ikan2 pun ada....pilih la yang berkenan....:-

Tempat makan pagi kat Pasar Selayang...macam2 ada, roti canai, capati, nasi lemak, mee / bihun soto, lontong, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang...sebut ja nak makan apa...

Beraneka kuih muih......

Utk breakfast, we all tapau ja nasi lemak kat tpt makan pagi di Pasar Selayang tu. Balik ja dari pasar, my mum dah sibuk2 nak masak utk buat rendang daging pulak sebab pukul 11 pg nanti dia dapat jemputan ke majlis baca Yaasin utk kaum wanita kat rumah kawan dia...satu taman jugak la. Bila rendang daging dan hati dah terjerang atas dapur, dia pesan kat I suruh tengokkan rendang tu sampai masak....

Rendang daging baru nak terjerang.....

Rendang yang sudah siap dimasak.....(sorry gambar tak clear sbb amik guna my phone ja...) tapi yang pasti rendang daging tu sangat sedap....lagi2 my mum yang buat 'kan......


This is my 1st time dot com punya cicah durian...makan dengan roti ker, lempeng ker...(lebihan durian malam semalam...)..rasanya sedap macam my mum punya version...(hihihihi...puji diri sendiri la....)...yang pasti my Ayah dan my brother no 4...kata sedap.....layan la.....:-

Weekend without Hubby, Daddy....

Sejak khamis, I dan 3Es berkampung kat rumah my mum since my hubby ada Sukan Talikom Malaya kat Balok, Kuantan. Bukannya apa, senang I nak pergi kerja...tak perlu nak pening2 uruskan 3Es kalau dah berkampung kat rumah my mum.

Bila I duduk dan tido kat rumah my mum, teringat lak la pulak zaman bujang2 dulu. Semuanya memang dah tersedia ada...meaning, kalau nak makan, mama dah masak....kalau terasa nak mengantuk, masuk bilik terus tido tanpa rasa segan silu....kalau nak berfoya2 dengan kengkawan, boleh terus keluar ja tanpa rasa bersalah....

Sekarang, bila dah ada 3Es nak buat semua tu memang tak sempat. Tido malam pun terganggu...inikan pula nak tido siang....kirim salam la. Nak buat macammana 'kan...life sudah berubah...

Sabtu, I balik jugak kejap ke rumah kat Templer sebab nak buat laundry dan cuci2 rumah skit. Walaupun baru ja kejap tinggalkan rumah...dah berabuk skit la rumah. After settle2 'kan kije2 rumah, I balik semula kat rumah my mum sebab bosan la duduk berempat ja kat Templer...baik lepak dan tido kat rumah my mum...boleh borak2 dan bercerita dengan my mum and my dad...Malam tu we all buat kenduri makan durian....best sangat...cuma Eldest E ja yang tak join sbb dia allergic dengan durian......:-

Tuesday, July 28, 2009

Sunday, 26 July 2009

Sejak Subuh lagi, hujan sudah turun dengan lebatnya. Arghhhh....best betul ni kalau boleh bermalas-malasan di atas katil ni. I layan jugak la sekejap.....best betulla la lepak2 ni..lagi best kalau ada orang tolong sediakan breakfast...pergh...alih2 I sendiri jugak yang kena preparekan breakfast...kalau tak kebulur umat kat dalam rumah ni.

For breakfast, I cuma bikin Bihun goreng sempoi ja...makan bersama2 ikan sardin...layan ja la yea...best jugak combination kedua2 ni. Licin gitu.....

Lepas breakfast, buat la laundry pulak...almaklumla semalam dah sepetang kat Pavilion. My sister datang rumah on that Sunday, so kebetulan pulak I ada buat rendang ayam, rojak buah dan ikan parang singgang...memang langkah kanan la my sister. Meh layan gambar menu lunch we all on the Sunday....gambar lauk ikan parang singgang tak perlu tunjukkan sebab la selalu buat 'kan......

Rendang ayam yang baru ja terjerang kat atas dapur....

Rendang ayam yang sudah siap dimasak....My Eldest E memang suka makan rendang ayam ni...banyak kali dia meratah ja rendang ni....

Rojak buah sempoi....ganti sayur sebab sayur takde...layan ja la...:-

Jam 3.00 petang pulak my hubby ada training volleyball kat Bukit Jalil, Eldest dan Middle E ikut sekali daddy diaorang....so, tinggal la I berdua dengan Youngest E. Dengan ketiadaan my hubby dan 2Es... I sibuk mengemas rumah yang bersepah macam tongkang pecah, melipat kain etc.
Youngest E pulak tido petang sekejap, so I buatkan cornflakes chocolate for my hubby dan 2Es utk dibuat kudapan apabila diaorang balik nanti.

Ni la rupanya cornflakes chocolate tu....sib baik bahan2 utk membuatnya ada...so, ini la hasilnya.
Walaupun nampak sikit hitam dan huduh skit...tapi rasanya sedap sekali dan yang paling penting sekali my hubby dan 2Es suka......yea2.....:-

Monday, July 27, 2009

Sepetang di Pavilion

Sabtu, I dan 3Es lepak2 kat Pavilion hampir 3 jam lamanya sementara my hubby ke HiFi Show kat Hotel JW Marriot. Wah...begitu ramai sekali orang kat Pavilion. Eldest dan Middle E nak makan donut J.Co so, we all lepak2 dulu la dan isi perut kat J.Co. Eldest dan Middle E cukup suka makan donut J.Co begitu juga dengan Youngest E.

After lepak2 kat J.Co, we all jalan2 window shopping kat Pavilion. Hampir semua butik kat dalam Pavilion tu, I dan 3Es masuk...hehehehehehe...layan ja bukannya nak membeli pun. Dah penat berjalan2...rehat lagi..

My hubby abis tengok HiFi show lebih kurang jam 5.30ptg. Then we all lepak2 kat foodcourt Pavilion..(ntah apa ntah namanya...sbb terlupa la)..makan nasi goreng kampung dan ice-lemon tea.My hubby pulak makan Korean food yang tak best rasanya...(so, mmg kena banned la tu).

We all tak terus balik ke Templer...singgah dulu kat rumah my in-laws sbb adik ipar I yang bongsu (study kat UiTM Seberang Jaya)...rindu banget sama Middle E. Lepak2....jam 10.30 malam baru pulang ke rumah utk zzzzzzzzzzz..........

P/S:...ni I tepekkan gambar oven baru I...( Somuffins, this is for u sbb u request nak tgk oven I 'kan....)

Wednesday, July 22, 2009

Pertemuan di KLCC

Macam tak percaya ja yang I akan bertemu muka dengan Kak LG yang sedang bercuti kat Malaya ni. Pertemuan tersebut diadakan di KLCC, secara kebetulan pula Kak LG dengan anak2nya bersama2 dengan 2 ahli keluarganya yang lain berlibur kat Petrosains dan I pulak tidak bekerja pada hari tersebut. Haaaa...apalagi, pucuk dicita ulam mendatang, so, I sms Kak LG samada jadi atau tidak pertemuan tersebut dan jawapannya ya.

We all berjumpa kat Signature Foodcourt di KLCC. Kebetulan pulak hari waktu bekerja, so, orang pun tak ramai sangat kat sana....mudah la we all nak berjumpa, bercerita dan bergelak tawa. Walaupun baru pertama kali bersua muka dengan Kak LG, we all bercerita dan bergelak tawa seolah2 telah lama berkenalan.

U all tahu, Kak LG sungguh cute...orgnya kecil ja...Alya pulak (Miss 10 dlm blog Kak LG) sungguh loving budaknya. Sangat manja dengan sesiapa sahaja, waima baru pertama kali bertemu, Alya begitu manja malah suka peluk2 I....layan la. Zahra pulak (Miss 5 dlm blog Kak LG) sangat comel sekali especially dgn her curly hair.....My Eldest E (Edelyn) agak malu2 sikit dengan Alya dan Zahra..maybe baru pertama kali jumpa kut...tapi lama-kelamaan mereka dapat menyesuaikan diri juga...maklum la kanak2 'kan...My Middle E (Elyssa) lak begitu peramah sekali dengan semua orang dan Kak LG cakap, my Middle E cukup petah berkata2 walaupun agak pelat skit dan tidak takut dengan orang dan begitu peramah sekali...

Walaupun pertemuan we all tu lebih kurang 1 1/2 jam ja...tapi I happy la sebab sempat berjumpa dengan Kak LG yang cuma cuti sekejap kat Malaya ni...Tq pada Kak LG sebab sempat luangkan masa u yg terhad kat Malaya ni utk berjumpa dengan I, Edelyn dan Elyssa dan terima kasih sekali lagi sebab kasi souvenier kat I. I takde apa2 pun nak kasi pada Kak LG( Kak LG, sorry ya takde souvenier utk u later2 ya)...takpe la, insya-Allah, December ni boleh jumpa lagi dengan Kak LG yang akan bercuti panjang lagi...daaaaaa

Gambar Alya dengan Edelyn......Alya so loving dengan sape2 ja...Edelyn pulak malu2 kucing...


Kemesraan yang bukan dibuat2 tau among this kanak2.walaupun 1st time berjumpa...Alya seperti biasa dengan sifat loving dia especially dengan Elyssa...Zahra yang comel dan Edelyn yang control cun....:-

Gamat betulla bila we all nak bergambar beramai2 ni...dengan nak handle kerenah anak2 yang lasak, buas...tapi yang pasti anak2 ni mmg comel dan cute belaka...termasuk la mummy diaorang 'kan......


Konon nak nak bergambar berdua dengan Kak LG ja.....tapi anak2 la duk sibuk....alih si cameraman aka adik Kak LG terpaksa buat trick utk alihkan perhatian anak2....alih2 ada gak gambar Alya terinterframe....layan ja la.....apa2 pun pertemuan yang singkat di petang Selasa tu memang havoc, gamat dan best sangat....Insya-Allah...kita akan berjumpa lagi......:-

Monday, July 20, 2009

Tak tahu nak letak tajuk apa....

Entry kali ni tak tahu nak letak tajuk apa....fikiran buntu, so, main belasah ja la. This weekend, dari hari Jumaat ke Ahad, my hubby ada team building kat PD, so I kena jaga 3Es sorang2 diri. Since my hubby takde, acara masak2 pun kurang la. Breakfast as usual kat kedai mamak la we all. Sib baik la 3Es pun suka...layan. For lunch dan dinner I cuma masak ayam goreng dan masak bayam celur utk 3Es...sonang citer. After breakfast on Saturday, I pergi beli oven with my mum. This is my 1st oven. I beli oven cap Europa...layan la. Bila dah ada oven ni, kena gi class belajar buat kek, muffin, dan apa saja yang melibatkan baking. Nanti bila dah terer baking membaking ni, boleh la buat kek utk anak2, parents...etc.

Disebabkan I teringin nak makan kuih keria aka kuih gelang, I buat la sikit kuih tu. Keledek I amik kat rumah my mum. Senang sangat nak buat kuih keria ni. Kuih ni Middle and Youngest E cukup suka dengan kuih ni tapi Eldest E tak suka. Eldest E ni memang tak suka makan kuih pun..dia cuma makan certain2 kuih ja...agak cerewet jugak Eldest E ni. Kuih ni I buat 2 bentuk, satu bentuk tradisional...bentuk gelang la dan bentuk bulat2...senang Middle dan Youngest E nak makan...

Kuih gelang bentuk tradisional....

Kuih gelang bentuk bulat-bulat for Middle dan Youngest E....

Thursday, July 16, 2009

Demam lagi...

Dah berhari2 tak bersiaran. Lately sibuk dengan anak2 sebab masing2 still tak fully recover lagi dari demam. My Eldest E sudah ok, berjangkit pulak dengan Middle E dan akhir sekali pada Youngest E lak....My Youngest E ni pulak kalau demam sure temperature tinggi punya, pastu pulak ada selsema dan batuk....mmmm...memang haru la kehidupan I. Time malam (waktu semua orang tengah diulit mimpi..) I pulak kena monitor My Youngest E punya temperature...takut2 la kut2 terlampau tinggi....so, this week pun masuk opis lambat skit la.

Selain tu, this week minggu terakhir I ganti puasa. Insya-Allah, khamis ni cukup la 30 hari ganti puasa utk last year punya puasa dan tambah 3 hari puasa nazar sebab dapat Youngest E (baby boy)....alhamdullillah.

Monday, July 13, 2009

Sunday....

Mmmmm....apa nak citer yea? Sunday...lepak2 ja kat rumah. After breakfast, I lepak ja sambil bermalas-malasan depan televisyen, hubby lak bersantai sambil membaca Sunday paper sambil 3Es buat kerja masing2...haa apalagi, Eldest E dok sibuk baca buku citer, Middle E lak main permainan lego and my Youngest E lak asyik2 mencuba berjalan2 sambil pegang kerusi, meja..maybe si Youngest E ni dah nak balik berjalan kuts...alamak, kalau dah berjalan sure buas ni, dan rumah sure akan jadi tongkang pecah punya...al maklum la, kanak2 Ribena sedang membesar 'kan, so layan ja la...

Ni la breakfast we all for Sunday morning....makan sampai lebam...maksudnya makan sampai tengah hari sbb Mummy malas nak buat lunch....nasib la labu...:-

Actually, ada citer disebalik nasi goreng for breakfast ni...mmm...Nasi goreng ni asalnya resipi daripada mama mertuaku...and for sure favourite my hubby la sbb dia dah makan this nasi goreng for almost 30 yrs kuts...lama 'kan...so, since my hubby punya favourite, I pun kena la tuntut ilmu dari mama mertuaku. Yang specialnya pasal nasi goreng ni, bahan2 yang wajib ada ialah isi ikan (ikan goreng yang tak abis dimakan),. Selain tu, masuk la apa saja macam sedikit ayam ker, udang dan telur goreng dadar..Bahan2 perencah lain macam nasi goreng lain la....
dan kalau nak ummph lagi, ada trick dia....letakkan la budu skit kat dalam nasi goreng tu....sure lagi terangkat punya.

Sebenarnya, saja ja nak citer kat u all, yang I kawen dengan "anak mak"...kalau boleh la hari2 my hubby nak jumpa dan citer2 dengan mama dia....so, sib baik la rumah we all dekat sangat rumah his mum...so, kalau hari2 my hubby nak jumpa mama dia pun I tak heran...pergi la..bukan kah syurga itu di bawah tapak kaki ibu....:-

Since takde lunch Sunday ni, my hubby nak keluar sekejap...beli barangan nak betulkan sinki (project yang agak lama nak disudahkan), so I pun nak ikut la...tapi lepak kat rumah my mum la...My hubby sent me, Middle and Youngest E to my mum house and my Hubby sent Eldest E to her mum house sementara dia beli barang2 for his project la...layan la...

I lepak kat rumah my mum...best giles sbbnya banyak foods kat rumah my mum...haaa...makan ja la kije nya...then tetiba lak tekak ni terasa nak makan cicah durian, kena carik durian dulu 'kan...so, my mum pergi beli dengan my brother-in law kat pasar Selayang...pergh melantak durian pulak...sib baik my Hubby dan Eldest E takde...bukannya apa depa berdua ni allergic skit dengan durian2 ni...but I don't care...I memang suka makan durian...my Middle lak sedang berkecimpung dengan dunia durian ni...ada la peneman.

Pukul 6 ptg my hubby amik we all then terus balik Templer. For dinner, I buatkan spaghetti bolognese sbb Eldest E dah request lama dah....layan ja la yea....

Mood malas...

Ntah kenapa this Sabtu I memang feel so MALAS...kekadang tu best gak ada perasaan malas2 ni, tapi walaupun malas, kerja2 rumah daripada membasuh, mengemas, memasak dan lain-lain lagi kena buat jugak...Kalau tak, haru dibuatnya. So since dah malas, we all breakfast kat kedai mamak ja itupun dah agak liwat...opsss lewat. Dah nak dekat pukul 11pagi pun...so, lunch pun lewat jugak la. Ni menu lunch we all on a lazy Saturday...

Ni menu lunch kat pinggan my hubby....

Udang masak kunyit....udang ni my Middle E ratah ja sebab udang memang favourite dia...

Ikan kembung yang dah lama terperap kat fridge ( I goreng ja ikan ni...sonang citer) ..so jadi korban la sabtu lepas utk jadi salah satu menu lunch we all....

Hidangan utama...Ayam masak merah (kepak ja) ....favourite Eldest E...

So, for dinner my Eldest and Middle E makan udang masak kunyit dan ayam masak merah bersama2 nasi putih. My hubby takde sbb ada perjumpaan kengkawan skolah kat rumah kawan dia di Salak Tinggi. Pegi makan BBQ sorang2 dia je...