Jodoh pertemuan, ajal dan maut...semuanya di tangan Yang Maha Esa. Semua yang muda pasti akan tua....itupun kalau umur panjanglah 'kan. Tidak boleh tidak melawan tadkir yang telah ditetapkan...sorry ya peeps, hari ni ceritera berkisarkan kesedihan. I baru ja balik dari rumah my aunty....ziarah
Uwan I yang sangat uzur dan sakit tua.
Uwan (panggilan orang N9 utk nenek) baru ja berumur 73 tahun. Memang tiada sakit jantung, kencing manis, darah tinggi atau penyakit-penyakit kronik yang lain cuma
Uwan I kurang pendengaran sahaja. Mata pun masih nampak dan tidak berkaca mata.
Uwan I ni sangat mementingkan kebersihan dan pantang nampak apa yang bersepah atau longgokan pinggan mangkuk di dalam sinki pasti dengan cargasnya dia akan mengemas atau mencuci pinggan mangkuk itu waima sudah tengah malam. Dan perkara yang paling dia tak suka tengok kalau ada bantal yang tidak bersarung....memang itu antara kepantangannya....dan 2 3 hari kemudian, sarung bantal pasti dicucinya...so, kalau balik kampung dan bermalam di kampung, jangan haraplah nak tidur tanpa bantal yang bersarung wajib ada sarung bantal tau dan sudah semestinya lah 'kan bantal tu berbau harum 'kan...taklah hapak semacam....
Agak 2 bulan sudah tidak menziarahi
Uwan...lepas balik kerja tadi...my mama sepetang duduk kat rumah my aunty dengan 3Es dan cousin dioarang sekali sebab my aunty telefon my mama mengatakan
Uwan I muntah-muntah dan lembik...ye la'kan mestilah my mama sibuk-sibuk....tu 'kan mak dia dan risau dengan keadaan
Uwan I.
Uwan kelihatan begitu kurus sekali, nampak tulang-tulang ja...sangat susut tubuh badannya...masa I urut-urutkan kaki dan tangannya...sempat jugak berbual-bual dengannya...
Antara perbualannya dengan I...
Uwan: Along, wan sakit long, sakit sangat-sangat...badan-badan wan semuanya rasa kebas dan sengal...(masa ni I sudah rasa sebak dan seperti biasalah 'kan air mata I ni begitu pemurah lalu berjurai-jurai lah keluar.
Uwan pun turut sama menangis...I tahu sebab dia tidak pernah sakit teruk kerana dia dulu adalah seorang yang sangat kuat bekerja.....
Dan satu lagi,
Uwan bercerita kat I yang semua arwah adik-beradiknya, saudara terdekat telah datang jumpa dengan dia masa dia tidur...cuma arwah mak dan ayah dia sahaja yang belum hadir dalam tidurnya....mmmmmm, adakah ini petanda yang
Uwan I akan pergi???
Semoga
Uwan cepat sembuh.....