Thursday, October 29, 2009

Middle E....

I bercuti hari ni...sebab utamanya bawa my Middle E ke HUKM utk buat quarterly medical check-up pasal Growth Hormone dia la. Seperti biasa, sebelum berjumpa her specialist/endocrine paediatric, I bawa Middle E breakfast dulu kat KFC Stadium Cheras. Kasi happy dulu la....sebab tak tahu pukul berapa boleh berjumpa dengan doktor walaupun her appointment pukul 10.00 pagi. Mengikut pengalaman2 we all...lebih kurang 2.30 petang baru dapat berjumpa dengan doktor. Lamakan we all menunggu, nasib baik my Middle E ni tak meragam.

Dipendekkan citer, ntah kenapa pulak tetiba ja kali ni we all dapat berjumpa dengan doktor tepat jam 12 tgh hari. Macam satu keajaiban la pulak. Apa2 pun we all bersyukur sangat2 sebab tak perlu menunggu lama. Result after buat medical check-up, my Middle E punya height dah naik dari 82.5cm ke 85.2cm dan berat pulak naik dari 9.5kg ke 10.5kg. Ok ok...memang ada peningkatan sejak my Middle E ni amik Growth Hormone everyday....without fail.

Satu lagi nak citer, my Middle E akan tukar her Growth Hormone dari Norditropin ke Saizen. U all nak tengok tak rupa Norditropin dan Saizen tu....? Jom nengok gambar kat bawah ni ya....

Ni la rupanya Norditropin tu....rupa paras macam pen..buka penutup tu then masukkan jarum then cucuk growth hormone kat perut my Middle E....

Ni pulak gadget baru untuk cucuk growth hormone kat perut my Middle E...Brand..Saizen. Jenuh jugak la belajar cara2 nak menggunakan this gadget. Ala2 handphone gitu..I layan la, asalkan my Middle membesar dengan sempurna..and u all nak tau tak harga gadget ni??? Almost RM 3k....mahal 'kan dan the cost of the hormone itself sahaja bulan2 secara average I kira sampai my Middle E berusia 18 tahun (kena amik this hormone everyday until 18yrs old)....adalah RM 6k per month...mmmmm...mahal 'kan!!!!!!

Suasana tempat menunggu kat klinik paediatric HUKM.....

Sunday, October 25, 2009

Buku...

Kat opis I ada buat jualan buku from MPH...so, adalah 20% diskaun utk staff2 keletom malaya. I ada la belek2 a few books...nak tahu buku apa..buku tentang cupcakes dan cakes la. Semenjak 2 menjak dah pandai sikit decorate cupcakes ni bukan main lagi I. Pantang nampak ja apa2 yang berkaitan dengan cupcakes sure I teruja punya. Belek punya belek, I berkenan dengan 3 buah buku ni...layan la. Sedikit sebanyak boleh la menambahkan ilmu di dada. (cewah....nampak macam berkobar2 sakan 'kan)..

Ni la buku2 tu....best la isi kandungannya sebab ada gambar2 yang menarik, colourful lagi dan step by step yang mudah untuk diikuti. At least dapat la I rough idea macam mana nak decorate cupcakes nanti......:-

Wednesday, October 21, 2009

Hari yang ditunggu telah tiba....

Dalam kesibukan di opis dan keributan di rumah, I sempat jugak la menghadiri satu class deco cupcakes yang mana class ni, agak lama jugak la nak diconfirmkan tarikhnya......Ni la dia projek terbaru I.....deco cupcakes.....Dan I bersifu dengan "si dia" yang I begitu kagum dengan kreativiti dan hasil seni deco "akak" ini. Setiap hasil seninya begitu mengujakan I, sampai I teruja nak join her class. "Si dia" yang I maksudkan ini ialah...Kak Jun "cupcakekasih". I kenal Kak Jun thru Majalah Jelita tahun 2003 yang mana masa tu I ada la involved kat Majalah Jelita dan Kak Jun masa tu wartawan yang in-charge pasal Fesyen dan Kecantikan. Dan kami berjejak kasih semula melalui blog. I really enjoy attending her deco cupcakes class dan I juga dapat kawan baru...her name is Zarin (bertambah la koleksi kawan I...I like). Best betullah hari ni....dah ler dapat ilmu deco cupcakes dari sifu.....dapat pulak kawan baru....Anyway, tq so much Kak Jun sebab berkongsi ilmu dengan I dan nice to meet u Zarin.....keep in touch ya....

Meh la layan 'Funcakes' yang I chipta tu......so, sape2 nak buat tempahan cupcakes untuk birthday, anniversary, hantaran kawen or whatsoever (buat iklan jap)...sila2 la email / sms I ya.....



Orange Chiffon Cake...

Jangan la u all bosan yea bila baca title ni macam tajuk siaran ulangan ja 'kan....tapi nak buat camne. Memang I dah suka banget nak bikin this cake 'kan..layan ja la. Kali ni I buat Orange Chiffon Cake untuk buah tangan pada seseorang yang I kagum giles dengan her creativity.....lagipun I ada projek-juta dengan "si dia" ini......tunggu...

I buat 2 adunan, so dapatlah 2 ketul. Seketul utk makan sendiri...my hubby siap breakfast dengan this orange chiffon cake dan bawa bekal ke opis lagi. Dan seketul lagi, I bawa la untuk "si dia" tu. Buat Kak LG di Perth, bila u cuti kat Malaya December ni I buatkan satu Chiffon Cake for u ya, Buat Akak dari Blog Ibu n Abah, kalau berkesempatan berjumpa, seketul cake I buatkan utk Akak dan Aunty Somuffins, I mmg plan ke arah rumah u sbb venue projek-juta ni dah dekat2 dengan hala rumah u tapi macam takde rezeki la pulak nak jumpa u....later2 la ya.....By the way, nak tahu sape " si dia" tu.......next post I citer okey......daaaaaa:-

Projek terbaru....

Haaaa.....I memang looking forward dengan projek terbaru I ni. Agak berbulan jugak la nak confirmkan date nya, al maklumlah, ni bukannya calang2 aktiviti ni (tak tahu bagi u all tapi bagi I, this is a big task for me)... Alhamdullillah....date, venue dan time dah confirm...berdebar2 la pulak ni. Tunggu ya....nanti later I citer kat u all semua........daaaaaa

Tuesday, October 20, 2009

Busy vs Makan-makan

Memang sejak kebelakangan ini ribut benar kat opis. Dengan adanya project nak go-live 1st Jan 2010, I yang dok bahagian support system utk user ni banyak kije betul la nak test system...kena tau lebih sikit dari user nih...

Dalam ribut2 tu sempat la jugak our unit...(opismate kat sini) buat jamuan potluck sempena last raya konon2nya....layan . I bawa baby bread pudding with vanilla cream. Mmm..yummy. Macam2 makanan ada...spaghetti, meehoon goreng, nasi lemak ayam dan telur goreng, sandwich telur, sosej, puff, kentang berlauk, trifle, buah2an, kuih-muih dan air nescafe, air teh o...banyak 'kan menu we all...sampai nak kembong perut we all makan.

Ni la rupanya Baby Bread Pudding yang kali ke 2 I buat. Mmg dapat sambutan hangat la especially Mr E. This time, my Middle E yang tolong I sebab Eldest E dah tertido......1st masa buat this baby bread pudding, i buatkan custard sauce..but this time I cuba lak vanilla....walllaaaaaa...lagi sedap...(Mr E yang kata ni tau....)

Wednesday, October 14, 2009

Orange Chiffon Cake lagi.....

Yea yea.....menjadi jugak Orange Chiffon Cake I setelah 2 kali batat. Actually, Mr E request this cake sebab dia nak bawa ke opis dia. Ada makan2 sempena sambutan hari raya kat division dia. Untuk tidak menghampakan Mr E, I buatkan la jugak this Orange Chiffon Cake. Jadi atau tak jadi...itu belakang kira. Alhamdullillah nampak macam menjadi jugak kali ni..
mmm.....nampak tak kaler chiffon I tu....agak oren 'kan (berapa biji oren pakai tuu)...kali ni cantek kaler chiffon ni dan rasanya begitu lembut, lemak, rasa macam makan buah oren. Hehee (setelah sebelum ni beberapa kali tak jadi dan terus dihantar ke Tong Sam)...yang ni dibawa ke opis Mr E dan utk kengkawan opis I, I dah siap potong2 dah....senang nak makan...Jemput makan ya semua...especially to Aunty Somuffins yang begitu admire sekali dengan Orange Chiifon Cake I ni...sepotong untuk u, Aunty......:-

Monday, October 12, 2009

Bersilat kat dapur....

Tengok ja tajuk u all heran tak?...Ala, biasala main masak2 dari pagi sampai la ke petang. Since dah lama tak buatkan breakfast...last Sunday I masakkan kueh teow goreng berseafood untuk my family. This kueh teow I masukkan udang (favourite Middle E), sotong (favaorite Eldest E), kerang dan telur...nampak mcm kunun mewah betullah breakfast we all ni sbb penuh dengan segala macam seafood. Masak sendiri 'kan so, bubuh la apa saja yang ada kat dalam fridge tu. 3Es dan my hubby makan bertambah2...sedap sangat la tu...

Ni la rupanya breakfast we all Sunday morning...

After breakfast, sambil2 tu I rebus la tulang daging...buat sup utk lunch pulak...Utk lunch I cuma buat sup tulang daging dan goreng telur dadar ja. Sebab, petang karang...ada makan2 ala2 hi tea gitu kat rumah I. I jemput la my good friends...kak sepit & famili, dek yani & family, Nadz & family, jiran sebelah rumah..Fuad & Syidah dan adik lelaki Syidah...

Utk menu ala2 hi tea tu ada....nasi himpit, kuah kacang, rendang daging, roti jala dan kuah kari ayam serta baby bread pudding with custard sauce sebagai dessert serta murtabak al-bidayah (ni beli). Bersilat la I kat dapur nak siapkan menu2 tu dan terima kasih la banyak2 kat my hubby sebab tolong jagakan my Youngest E sementara I masak2...mmm..tq so much and luv u abg....

Menu hi-tea...ada nasi himpit, kuah kacang, roti jala, murtabak dan kueh koci ( ni my mum yang buat...ada lebih sbb ada orang tempah dari my mum..).......

Baby bread pudding tanpa sosnya.....Eldest dan Middle E yang tolong I buatkan dessert ni...tapi diaorang tak makan pun bila dah siap....suka tolong I ja...tq anak2...(walaupun banyak kecoh dari menolong mummy diaorang)...

Baby bread pudding with dressing....

Sabtu...

Pagi2 lagi sudah ke pasar. Beli daging, ayam dan rencah2 nak buat rendang. 3Es... my beloved hubby tolong jagakan sementara I ke pasar. Belikan ja nasi lemak untuk diaorang...senang skit kije I....nanti tak perlu nak susah2 payah nak siapkan breakfast pulak.

Tengahari, we all ke Bandar Tun Razak. Ada my cousin punya anak sulung kawen.....Yahoooo...dapat makan nasi kenduri lagi...senang mummy 3Es. Tak perlu prepare lunch pulak. Nak citer skit ni....cousin I ni sebaya dengan my Ayah...tua 'kan...iye la my Ayah anak bongsu dari 4 beradik yang mana kakak2 dia (sorang ja lagi yang masih hidup)...so, anak2 buah dia...my cousin semuanya agak berusia la. Memang meriah majlis kenduri kawen tu....almaklum la anak sulung 'kan.....

Then...after that on the way, singgah jap kat rumah in-laws. Sajanya lepak sambil bawa 3Es jumpa abahtok dan mamatok diaorang. Solat asar dulu then balik Templer....sebelum sampai rumah singgah dulu kat rumah jiran lama my hubby kat kelate...( la ni duk dekat satu taman dengan we all). Kiranya ni makan untuk dinner la. Ada nasi dage, laksa penang, mee hoon sup....
mmmmmm.....mummy 3Es senang banyak hari ni sebab dari breakfast hingga ke dinner....tak perlu masak...heaven betullah.....

Ni nak tunjukkan jugak chiffon orange cake I yang batat....waaaaa....tak tahu la kenapa jadi begini padahal chiffon orange cake ni dah lebih sepuluh kali dibuat....maybe masa I buat...mood I tak baik kut...so, effect la kat cake I ni...betul ker bende2 macam ni related....???????

Tuesday, October 6, 2009

Makan2 di opis....part II

Lagi gambar makan2 di opis.....

Ni tengah tunggu nak baca doa makan.....semua dah tak sabau nak makan.......



Ni pulak dari unit careline & integration....mushroom soup dan trifle lagi.....

Birthday cake for September & October babies......

makan makan...jangan tak makan....



Segak berpakaian melayu gituuu...........

Makan2 di opis....part 1

Hari ni kat opis I ada buat jamuan hari raya cum birthday celebration for September and October birthday boy/girl. I pun salah seorang daripada depa tu la. So, tema jamuan we all kali ni ialah Glamour Raya....wah macam artis la pulak. So, semua org sporting dengan memakai baju glamour masing2. Yang laki2 begitu segak berbaju melayu siap bersampin gitu....while yang ladies pulak begitu ayu, vogue dengan persalinan baju kurung / baju moden...

Selain ada persembahan daripada September dan October 'babies', ada acara pemberian duit raya daripada boss we all kepada anak2 staff (dah kawen tak dapat tapi yang bujang dapat sebab tak kawen lagi...). Tq la boss...semoga boss murah rezeki dan dipanjangkan umur....amin. The best part yang ada kat jamuan kali ni...ada acara food contest yang mana setiap unit diwajibkan membawa 2 hidangan yang mana food tersebut akan diadili oleh boss2 bukan dari division we all. So, macam2 la bentuk hidangan dan kreativiti terserlah...Selain itu jugak ada contest pakaian paling vogue dan pakaian paling unik...yang mana kedua2 contest itu dimenangi oleh kaum perempuan....biasala 'kan.....

Main menu ialah nasi tomato bersama2 ayam masak merah, daging kurma, jelatah, papadom, roti jala, kari ayam, ketupat, rendang daging, lemang, kuah kacang, laksa johor, air mangga dan teh tarik. Selain itu, food contest pulak ada trifle, cheese brownies, chiffon orange cake, pulut santan bermangga, mushroom soup dan kuih muih tradisional seperti akok, wajik, kuih makmur, kuih ketuk....macam2 ada, sampai tak terlarat nak makan semuanya......

So, meh la layan gambar2 ya......

Ni dari unit I.....chiffon bersantai dan pulut indera kayangan....gempak 'kan nama makanan we all 'kan.....tapi we all kalah....waaaaaa........

Ni pulak dari unit mbi....ada brownies cheese, ketupat dan trifle....

Ni pulak dari unit finance.....ala2 kampung gitu...ada wajik, akok, kuih makmur.....group ni yang menang.....congrates to u all...

Ni pulak dari unit eam....ada kuih karas dan cocktail puding.....

Ni pulak dari unit hcm....rendang udang nazam lebaran dan cocktail puding....layan...

Last but not least.....ada satu lagi group.....tunggu part II makan2 di opis......

Monday, October 5, 2009

Ahad yang penuh dengan jemputan makan....

Tengok tajuk ja dah kenyang perut 'kan.....pagi cuma breakfast roti cicah sup ayam kampung dan roti canai untuk Eldest dan Middle E. Tengah hari pulak kena meramaikan rombongan cik kiah (jadi pembawa barang hantaran kawen untuk member ayah) di Ampang.

Ok la...gini citernya...member ayah I ni kita namakan si "A"....pasangannya si "B"....isteri pertama si " A"....kita namakan si " C"....si " A" sudah berkawen dengan si "C" dan dikurniakan dengan 2 anak kecil yang comel. Si "A" dan family si "B" sudah lama kenal....dan sepanjang si "B" melanjutkan pelajaran kat IPT....banyak yang si " A" yang sponsor. Rasa2nya 'kan...maybe family si "B" dah kenal hati budi si "A", sedikit sebanyak mungkin hati telah terpaut di antara si "A" dan si "B". Walaupun si "B" sudah tahu yang si "A" sudah berkawen, si "B" masih lagi nak menjadi isteri kepada si "A". Since si "A" macam anak kepada ayah I, jadi acara pertunangan hinggalah ke alam perkahwinan...si "A" ni, we all macam jadi keluarga si "A" la pulak...

Semalam acara menyambut pengantin lelaki si "A" kat Ampang...so, we all adik beradik la berlakon jadi ahli keluarga si "A"....semuanya berkumpul kat rumah my mum...Siap ada drama swasta lak before we all ke rumah si "B". Mak si "A" ada sekali tapi bila my mum nak bersalam dengan mak si "A", mak si" A" siap lari2 taknak bersalam sebab dia ingat my mum ni sedara si "B" dan nak bolot anak dia....Ish..tak kuasa 'kan. So, my ayah pun cakap lah kat mak si "A"....yang kitaorang ni sebenarnya adalah orang luar dan takde kena-mengena dengan family si "B" dan tolong si "A" saja. Tetiba ja mak si "A" menangis teresak-esak dan cakap anaknya seorang penipu..sebab mak si "A" baru ja tahu yang si "A" kawen satu lagi.....so, untuk mengelak mak si " A" buat onar kat majlis kawen tu nanti, my ayah minta si "A" hantar mak dia ke rumah adik si " A".....kalau tak haru biru jadi nya 'kan....

The best part is...si "C" siap hantar sms kepada si "A"...yang berbunyi...SELAMAT PENGANTIN BARU ABG.... pergh....dalam maksudnya itu...sampai kat rumah si "B"...beria2 la kitaorang sefamili makan kat meja pengantin...memang berbaloi sebab lepas berlakon...dapat makan sedap gitu. untuk pengetahuan semua, nampak ja majlis kawen tu meriah....hanya parents si "B" dan famili I ja yang tahu bahawa si "B" ni bermadu.......waaaaaaa....itu la ceritanya....

Lepas acara rombongan cik kiah tu....pastu kitaorang gi beraya kat rumah Pak Long I yang duduk kat Bandar Baru Ampang. Then singgah jap kat rumah cousin I kat Taman Dato' Ahmad Razali (anak Pak Long I no. 2). Memang penuh la perut kitaorang dengan makanan. After that kitaorang pun pulang ke rumah masing2. Last but not least....sampai ja kat Templer, we all ke rumah jiran sebelah kiri rumah we all untuk beraya lagi...Penuh la aktiviti we all hari Ahad tu yang penuh dengan makan2...I rasa berat I dah naik ni...alamak....korang layan ja gambar2 Eldest dan Middle E kat kenduri kawen tu ja ya.....

Apa la yang si Middle E tengok tu...nampak pulun ja...

Bagai itik pulang petang......


Eldest E......nampak confident ja...

Makan2 untuk family.....

Sabtu lepas I buat makan2 utk family terdekat. Saja ja buat makan2 lagipun masih dalam bulan Syawal...mmmm sedang eloklah tu. I dan hubby adalah anak sulung dari 6 beradik. Hampir semuanya duduk kat area Klang Valley.....semuanya datang ke rumah we all kecuali my sister (Angahliza) yang duduk kat Tangjung Malim dan my brother (Taufik) yg kije kat Grik serta my brother in-law (Aleemy) yg study kat UiTM Seberang Prai. My parents dan in-laws pun ada...makcik dan maksu I yang duduk kat BBS fasa 2 pun datang termasukla atuk dan uwan I yang kebetulan ada kat sini....

Gamat dibuatnya bila semuanya berkumpul. Macam2 cerita terkeluar bila berborak. Anak2 kecil pula menambahkan lagi kebisingan. Layan la. Kalau dah berkumpul2 tu sure kena ada makanan 'kan....so, untuk acara makan2 petang Sabtu tu I cuma buatkan beehoon dan mee kuning sup ayam kampung, my mum tolong buatkan kari ayam untuk roti jala yang dibuat oleh Mira. Dessert pulak I cuma buatkan brownies aja....masak simple2 ja.....

Ni la hidangan utama....meehoon dan mee kuning (tak sempat snap gambar), sup ayam kampung, roti jala dan kari ayam......sedap.....

Brownies sebagai pencuci mulut...ni ja yang sempat dibuat.....

Friday, October 2, 2009

Busy busy busy.....

Iye ker busy??? Cam gempak ja tajuk entry I kali ya....mmg pun busy..kat opis banyak giles kije......nak surf internet dan singgah2 kat blog kengkawan pun takde masa...inikan pula nak update blog...so, banyak la story-morry yang dah basi. Ni pun I curi2 masa update blog skit kat opis ni. Kat rumah, Apple my hubby, keypad dia problem so....lagi payah la nak berinternet.

I dapat tempahan Carrot Walnut Cake dari Cik Lemon (bukan nama sebenar tau....).The Walnut Carrot Cake tu untuk her mother yang sambut birthday on 1st Oct....happy birthday ya emak Cik Lemon..dan terima kasih ya Cik Lemon sebab tempah kek dari I...1st time buat untuk orang ni...so, harap2 Cik Lemon dan famili suka dengan kek tu ya....

Walnut Carrot Cake for Cik Lemon....request from Cik Lemon ~ cream cheese frost tu tepekkan kat atas kek ja...tak perlu keseluruhan kek....

Ni pulak walnut carrot cupcake buat utk kengkawan kat opis.....Ok la...later2 I update lagi ya...nak sambung buat kije ni....daaaaaa