Monday, October 5, 2009

Ahad yang penuh dengan jemputan makan....

Tengok tajuk ja dah kenyang perut 'kan.....pagi cuma breakfast roti cicah sup ayam kampung dan roti canai untuk Eldest dan Middle E. Tengah hari pulak kena meramaikan rombongan cik kiah (jadi pembawa barang hantaran kawen untuk member ayah) di Ampang.

Ok la...gini citernya...member ayah I ni kita namakan si "A"....pasangannya si "B"....isteri pertama si " A"....kita namakan si " C"....si " A" sudah berkawen dengan si "C" dan dikurniakan dengan 2 anak kecil yang comel. Si "A" dan family si "B" sudah lama kenal....dan sepanjang si "B" melanjutkan pelajaran kat IPT....banyak yang si " A" yang sponsor. Rasa2nya 'kan...maybe family si "B" dah kenal hati budi si "A", sedikit sebanyak mungkin hati telah terpaut di antara si "A" dan si "B". Walaupun si "B" sudah tahu yang si "A" sudah berkawen, si "B" masih lagi nak menjadi isteri kepada si "A". Since si "A" macam anak kepada ayah I, jadi acara pertunangan hinggalah ke alam perkahwinan...si "A" ni, we all macam jadi keluarga si "A" la pulak...

Semalam acara menyambut pengantin lelaki si "A" kat Ampang...so, we all adik beradik la berlakon jadi ahli keluarga si "A"....semuanya berkumpul kat rumah my mum...Siap ada drama swasta lak before we all ke rumah si "B". Mak si "A" ada sekali tapi bila my mum nak bersalam dengan mak si "A", mak si" A" siap lari2 taknak bersalam sebab dia ingat my mum ni sedara si "B" dan nak bolot anak dia....Ish..tak kuasa 'kan. So, my ayah pun cakap lah kat mak si "A"....yang kitaorang ni sebenarnya adalah orang luar dan takde kena-mengena dengan family si "B" dan tolong si "A" saja. Tetiba ja mak si "A" menangis teresak-esak dan cakap anaknya seorang penipu..sebab mak si "A" baru ja tahu yang si "A" kawen satu lagi.....so, untuk mengelak mak si " A" buat onar kat majlis kawen tu nanti, my ayah minta si "A" hantar mak dia ke rumah adik si " A".....kalau tak haru biru jadi nya 'kan....

The best part is...si "C" siap hantar sms kepada si "A"...yang berbunyi...SELAMAT PENGANTIN BARU ABG.... pergh....dalam maksudnya itu...sampai kat rumah si "B"...beria2 la kitaorang sefamili makan kat meja pengantin...memang berbaloi sebab lepas berlakon...dapat makan sedap gitu. untuk pengetahuan semua, nampak ja majlis kawen tu meriah....hanya parents si "B" dan famili I ja yang tahu bahawa si "B" ni bermadu.......waaaaaaa....itu la ceritanya....

Lepas acara rombongan cik kiah tu....pastu kitaorang gi beraya kat rumah Pak Long I yang duduk kat Bandar Baru Ampang. Then singgah jap kat rumah cousin I kat Taman Dato' Ahmad Razali (anak Pak Long I no. 2). Memang penuh la perut kitaorang dengan makanan. After that kitaorang pun pulang ke rumah masing2. Last but not least....sampai ja kat Templer, we all ke rumah jiran sebelah kiri rumah we all untuk beraya lagi...Penuh la aktiviti we all hari Ahad tu yang penuh dengan makan2...I rasa berat I dah naik ni...alamak....korang layan ja gambar2 Eldest dan Middle E kat kenduri kawen tu ja ya.....

Apa la yang si Middle E tengok tu...nampak pulun ja...

Bagai itik pulang petang......


Eldest E......nampak confident ja...

6 comments:

  1. Hehehehe 3E,
    mcm cerita telenovela aje kan :-)...

    ReplyDelete
  2. 3E, sumpah I confused dgn drama beberapa babak tu, hehe. Macam2 adaaa...

    ReplyDelete
  3. macam2 cara orang nak berbini dua. yang teraniaya, isteri pertama juga...
    comelnya 3 beradik berbaju kurung....

    ReplyDelete
  4. Kak LG....memang citer telenovela pun.....

    ReplyDelete
  5. Somuffins.....ish...u confused???? musykil I...

    ReplyDelete
  6. Ibu n Abah, nak buat camne 'kan...layan ja la....
    2 beradik ja berbaju kurung...

    ReplyDelete