Tq sebab follow CERITERA!!!

Thursday, December 17, 2009

Resepi macaroni bakar my version...


Resepi ni khas utk Aunty Jah...selamat mencuba ya..

Macaroni mozzarella / cheese bakar

Bahan (A)
250 g macaroni
(direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega)

Bahan inti (bahan B)
500 g daging cincang – boleh juga diganti dgn daging ayam cincang
30 mentega
1/2 labu bawang besar } dicincang
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu kecil oregano kering atau parsley kering
175 g buah tomato } buang biji, potong dadu
2 putih telur
500 ml sos putih
125 g cheese /mozzarella } diparut
Cara membuat
1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah.
3. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan.
4. Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati.
5. Sapukan bekas (apa2 ja yang sesuai) dengan sedikit mentega

Sos Putih (bahan C)
30 g mentega
3 sudu besar tepung gandum
500 ml susu segar
2 kuning telur
125 g keju cheddar } diparut
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada sulah
Cara membuat sos putih:
1. Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati.
2. Masukkan susu kacau dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
3. Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya bancuhan tidak bergentel2.
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.5. Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut & kuning telur. Kacau sebati ketepikan.

Cara-cara nak satukan Bahan A, B dan C
Masukkan1/3 macaroni kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut.,
lapiskan semula dgn 1/3 lagi macaroni diikuti lebihan inti
dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi macaroni
dan atasnya tuang sekata sos putih
dan akhir sekali tabur keju parut.



Bakar didlm oven pd suhu 180'C selama 30 min atau sehingga keju keperangan
Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkan

3 comments:

  1. Asila, ada jalan pintas tak? ;-)

    ReplyDelete
  2. Aunty Som,
    Ada ada....i masak, then deliver kat u...the u makan...ok tak ?

    ReplyDelete
  3. Asila, tersangat OK tuu.. tapi I baek tau, tak sampai ati nak buat you cenggitu. Anyway, thanks for ur nice thots... Sayang u!

    ReplyDelete