I sangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari...sib baik lah early batch punya jemuran sempat kering, so tak lah rasa ralat sangat...at least kering jugak....
Mmmmmm..u all semua sudah lunch? I dan family sudah kenyang...alhamdullillah:-))
Today for lunch I masak yang simple-simple ja sebab I tengah agak malas ni....so, semua menu lunch ni main campak-campak ja...
Menu lunch yang main campak-campak ja kat dalam kuali & periuk....
Daging goreng....
Sambal sotong...
Ulam-ulaman & sambal belacan..
Ikan selar kuning masak singgang....Buat Kak Yat Maria, I titipkan resepi sempoi masak singgang I ni ya...
Ikan selar kuning masak singgang...
Bahan-bahan:-
Ikan selar kuning (actually ikan parang yang paling sedap sekali)
2 inci halia
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 batang cili hijau
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air
Cara-cara:-
Halia, bawang besar, bawang putih diracik-racik halus. Panaskan kuali, masukkan minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan pula kesemua bahan-bahan yang telah diracik halus tadi. Tumis sehingga naik bau dan masukkan serai yang telah diketuk bersama-sama dengan cili hijau. Masukkan air, kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan garam dan akhir sekali masukkan ikan selar kuning. Biarkan selama 10 minit dan selar kuning masak singgang sudah siap untuk dihidangkan....mudah bukan! selamat mencuba....:-))
Sambil masak untuk lunch, I sempat jugak bake Chocolate Chiffon Cake untuk dibuat minum petang....ok la ya, cukup-cukup dulu lah....after Asar nanti nak pergi ke Kuala Lumpur...jalan-jalan sambil shopping. Mr E nak beli kasut sukan sebab kasut sukan yang ada sudah haus.....so...till then..:-))
sweet! Thanks dear for the recipe..insyaallah akan ku buat utk memenuhi keinginan tekak nih :)
ReplyDeleteAsilah
ReplyDeleteGitu rupanya versi singgang you. Boleh gak I cuba nanti. Mine is quite different sbb I guna air asam jawa. Kalau takde serai boleh guna daun kunyit, lada merah dibelah dua. Onion, garlic, kunyit hidup n ginger dihiris2. Lauk nih tak ditumis.
Just nak kongsi .. kot2 you n Yat nak mencubanya.
WOW, sedapnye masak!!! I simply love those ulams with belacan...make me drool nonstop here! :D
ReplyDeleteKak Yat Maria,
ReplyDeleteu r welcome....sila-sila mencuba..sonang ja nak bikin..:-))
Aunty Som,
ReplyDeleteNi versi singgang sempoi yang I belajar daripada my mama. Nanti I nak cuba pulak singgan versi aunty som....tq for sharing the recipe...:-))
Love
ReplyDeleteI memang hantu ulam-ulaman & sambal belacan...sambal belacan tu,kalau lagi pedas lagi kaw 'kan....