Friday, January 7, 2011

Buat perangai...

Post kali ni hanya berkisarkan kisah my Eldest E yang tidak mahu ke sekolah Cina. Tak sampai seminggu pun sessi persekolahan my Eldest E boikot tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke SRJK (C). Masa hantar my Eldest E pagi tadi ke sekolah KAFA...dia happy jer, malah tak sabar2 nak pergi ke sekolah. My mama telefon I tengah hari tadi story kat I yang Eldest E balik je dari sekolah KAFA terus membatukan diri selama 15 minit boikot tak nak pergi ke sekolah. Lepas my mama pujuk dia, barulah dia pergi mengaji dulu tapi balik je daripada mengaji, dia tak mahu pergi sekolah. Siap nangis bagai...dan macam2 keluar daripada mulut dia...membebel2 taknak pergi sekolah Cina......I telefon my Eldest E sebab nak cakap dan tanya dia kenapa dia tak nak pergi sekolah....tapi dari jauh I dengar my Eldest E menangis beria-ria sambil mulut dia cakap....

"Edelyn benci sekolah Cina....kalau mummy atau daddy rotan Edelyn seribu kali pun atau sampai mati, Edelyn tetap taknak ke sekolah tu...Edelyn benci sekolah tu!!!!!!"

"Edelyn taknak pergi sekolah cina...."
"Edelyn ni orang Melayu...Cakap Cina Edelyn tak paham"
"Pastu Edelyn takde kawan Melayu....pastu diaorang semua ingat termasuk guru2 kat sekolah tu yang Edelyn ni budak Cina, padahal Edelyn ni anak orang Melayu"
"Pastu budak2 kelas dia kekadang baik kekadang jahat..(ni kes semalam, amoy yang dok sebelah dia kat kelas dtuduh dia amik pemadam pensil. Padahal tak pon..)"


Adoi....pulak dah. Orang nak suruh dia pandai cakap Mandarin..

Ni antara dialog Edelyn tengah hari tadi, boikot dan nangis2 bagai yang I dengar melalui telefon tadi....mmg puas jugak lah my mama & my ayah pujuk dia tetapi dia tetap nekad tak mahu ke sekolah jugak. So, mmg my Eldest E tu tidak ke sekolah la tengah hari tadi. I dan Mr E tak nak paksa Eldest E..sebab since I mmg kenal sangat dengan minah sorang ni 'kan...ye lah, Eldest E ni 'kan anak I.....dia memang cepat stress, so daripada dia dipaksa ke sekolah then buat perangai dan drama kat sekolah...tak ke haru lagi tuuuuuu...

I bukannya apa....okay je....My Eldest E ni pon I rasa sangatlah bijak dan cerdiknya. Comel lagi macam Mummy :) I hantar Eldest E ke sekolah Cina sebab nak dia kuasai bahasa Mandarin sebab dia punya Bahasa Melayu dan English pun dah tersangatlah OK....malah bila borak dengan dia dah macam bukan budak umur 7tahun tapi macam budak remaja gitu. Lagi pun sure kalau Eldest E masuk darjah satu di sekolah rendah kebangsaan...pasti dia akan boring gila sebab I rasa my Edelyn E ni anytime je boleh terus langkau kelas atas. Dia boleh membaca pada usia 3 tahun setengah....

Sebagai kesimpulannya...I nak Eldest E termasuklah my Middle & Youngest E happy bila ke sekolah...biar diaorang rasa zaman sekolah yang best tanpa sebarang tekanan....Dalam happy belajar untuk jadik a nice and smart person....(macam Daddy....hihihihihi)..so I dan Mr E sudah buat keputusan untuk tukaran my Eldest E ke sekolah rendah kebangsaan pulak. Tak nak kasi pressure kat Eldest E....yang penting happy ending!!! Mmg renyah jugak la nak uruskan pertukaran ini...tapi demi keselesaan dan happy Eldest E...I akan buat semua tu....small matter jer...tak gitu peeps?

Ok la...ceritera chiow dulu ya...sambung later2...terasa nak makan chocolate ni....mmmm, till then and happy weekend ya!!!!


4 comments:

  1. "I lap you mummy" kata Edelyn.

    Asilah, tindakan yg bijak. Mmg tak guna dipaksa sebab semua orang will end up stressful (termasuk mamak tempat you selalu bfast tu, kah3).

    Psst.. Edelyn nih drama queen juga ke? hehe..

    ReplyDelete
  2. teringat plak edlyn yg cepat stress masa naiok keta
    elok la tukarkan skolah tu..as long as dia happy takpe..bila dia besar besok, dia boleh amik je course blajar mandarin tu...lg satu bila skolah menengah pun boleh bahasa ketiga gak rasanya...eh itu zaman aku skolah menengah dulu lerrr..

    ReplyDelete
  3. Aunty Som,
    "I lap u tooo Wan Som" balas Edelyn sebab Edelyn hanya supporting drama queen je..Yg real drama queen ialah my adik...Elysaa....hihihihihihihi...
    Harap2 lepas ni takde drama2 lagi dah...lotih mummy nak melayan....

    ReplyDelete
  4. Zarin,
    mmg Edelyn ni minah stress...nak ikut gen sape ntah....tu la, harap2 Edelyn akan ok dengan sekolah baru...

    ReplyDelete