Monday, January 10, 2011

Sekolah baru...

Alhamdullillah, proses pertukaran sekolah my Eldest E daripada SRKJ(C) Kheow Bin (cuma sempat bersekolah 4 hari je) ke SRK 2 Bandar Baru Selayang berjalan lancar. Walaupun penat dengan urusan seri paduka baginda dengan pengisian borang pertukaran sekolah di SRKJ(C) Kheow Bin pagi tadi dan terus lancar ke PPD Gombak untuk kelulusan pertukaran sekolah tersebut. Selesai sahaja dapat surat rasmi kelulusan pertukaran itu terus bawa my Eldest E ke SRK 2 Bandar Baru Selayang untuk pendaftaran Tahun Satu pulak. Eldest E masuk ke kelas tahun Satu Amanah. Guru kelas my Eldest E muda lagi dan baru setahun jagung jadi cikgu. So far guru kelas Eldest E ok....(sempat lagi I amik nombor telefon guru kelas my Eldest E tu...kut2 kalau ada emergency 'kan..senang skit 'kan...)...By the way, pertukaran sekolah ini tidak akan berlaku dengan lancar jika tiada bantuan dan orang dalam daripada mama mertuaku......Tq ma! Sempat jugak uruskan bas sekolah untuk menghantar my Eldest E pulang ke rumah my mama....1st time esok tengahari my Eldest E akan balik sekolah dengan menaiki bas sekolah. Harap2 semuanya ok la yea.....Dah pesan macam2 dah kat Eldest E esok...naik bas apa, duduk elok2 dalam bas dan kalau sudah sampai ke rumah my mama nanti, kasi bas sekolah tu jalan dahulu then baru melintas jalan masuk ke rumah my mama....banyak betul tau pesanan penaja buat Eldest E....parents mana yang cuak 'kan...lebih2 lagi melibatkan anak2 kan...

Sangat letih hari ni sebab ulang alik dari satu tempat ke satu tempat bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Masuk office lepas lunch. Ingat nak cuti satu hari terus tapi sbb ada meeting kat office, gagahkan jua walaupun penat. Takpa la..yang penting Eldest E happy dengan sekolah baru dia........Ok ya...tuan punya tanah nak tido ni...penat arrrr....

Bye-bye SRK(C) Kheow Bin.....my Eldest E depan sekolah baru dia.....Selamat bersekolah ya Edelyn.....jangan buat perangai taknak ke sekolah lagi tau...pasni dah tak boleh tukar sekolah2 lagi dah sampailah habis Tahun Enam.......

5 comments:

  1. salam Ila..eh terkejut auntie kenapa EE tukar sekolah..dia tak suka ke atau ada masalah lain..

    ReplyDelete
  2. you wouldn't want to know my list of 'pesanan' bila anak pegi sekolah he he. biasalah tu. kita nak anak2 selamat pegi balik, belajar pun happy, ada kawan2 kat sekolah. insyaAllah Edelyn will be ok.

    ReplyDelete
  3. iks terkejut dengar edelyn tukar sekolah...taper kak, edelyn budak bijak...nanti2 dia leh masuk kelas tuk bahasa ke3, if dia masuk uitm nanti memang diwajipkan tuk ambik bahasa ketiga nie....masa tu pulun habis2 utk menguasinya.....saya setakat how chu pu chian, nie how ma...ok la...heheheh ambik pun setakad lulus exam ..heheh good luck edelyn , i believe u can do it

    ReplyDelete
  4. betul kata elna :)...nanti kalau nak kids kita tambah bilangan penguasaan bahasa, kita boleh hantar dia gi mana2 kelas...apa yang penting skang ni, anak kita hepi..ye tak?all da best kak dalam mendidik anak2..

    ReplyDelete
  5. Salam aunty Meriam,
    Eldest E mmg tak suka sekolah cina tu....tak happy....

    Ummi,
    ya ya....sure u punya "pesanan penaja" panjang berjela 'kan..as a mother, i faham.

    Elna,
    Tq.....mudah2an...amin!

    Anna,
    Terima kasih...mudah2an...

    ReplyDelete