Belum cukup 3 bulan, I bawa Middle E ke HUKM sebab ada appointment untuk ambil darah. Kali ni ambil darah sebanyak 10kali ya...BUKAN sekali tau! Seawal jam 9 pagi I dan Middle E sudah terpacak di Klinik Paediatrik dan berkampung di sana sampai jam 2 petang!Penat tu memanglah penat...tapi demi anak, I gagahkan jua...
Middle E terpaksa berpuasa dan hanya boleh makan selepas selesai 10 kali darahnya diambil untuk dibuat ujian. Middle E perlu dalam keadaan HIPOGLISEMIA (iaitu tahap glukosa yang terlalu rendah), barulah darahnya diambil sebanyak 5ml setiap setengah jam. Ini adalah kerana pada tahap ini, bacaan darahnya adalah betul bagi menunjukkan bacaan IGF nya (bacaan growth hormone dalam darah) bagi pesakit yang mengalami Defiancy Growth Hormone...dalam bahasa yang mudah faham...kekurangan hormon untuk membesar. Solution untuk penyakit ini, suntikan hormone ke perut wajib dilakukan setiap hari tanpa gagal sehingga usia 18 tahun......:-(...Middle E ni I yang cucukkan hormone ke perutnya...
Ni baru je ambil sample darah kali pertamanya...ada 9 kali lagi daaaaa...yang pasti Middle E maintain cool!...
Ni pulak ntah kali ke berapa ntah...yang pasti masa ni Middle E sudah tidak bermaya sekali....after ambil sample darah, doktor terus masukkan glukosa ke dalam badan Middle E...dan Middle terus ok skit......tanpa glukosa tu sure Middle E akan kena sawan & terus pengsan!
Wajah ceria Middle E selepas selesai semuanya....reward kat Middle E...belanja dia makan KFC dan dia request nak minum Ice Mocha Blended...layan je la sebab Middle E sangat bagus & cool sangat tadi.....:-))