Monday, February 7, 2011

Cuti-cuti Thailand (1-5 Feb 2011)

KL-Hatyai-Ao Nang Krabi

Hatyai / 1st Day

  • Semua orang…4 Family rendezvous kat R&R Rawang
  • Bertolak direct ke first stop kat Changloon
  • Kat Changloon, beli insurans kereta Siam & isi departure form (kedai selepas Petronas just sebelum pekan). 20rial je..
  • Lepas imigresen Malaysia. Park kat sebelah Imigresen Siam. Jalan kaki dan beratur chop pasport masuk siam (upah proses RM1 per pasport. huh) & kasik declaration form bawak kereta. Settled.
  • Sambung drive lalu pekan Danok dan Sadao.
  • Sampai Hatyai dah petang. Sesat barat lagi…bandar agak besar dan kalut dengan jalan one way. Kami lepak Hotel Lee Garden Plaza. Betul2 city centre, hotel paling tinggi kat Selatan Thai.
  • Dinner kat Hamid Restoran depan Hotel. Sopping baju sikit.
  • Malam pusing2 bandar naik van/tuktuk (THB300)
  • Kesimpulan : Hatyai cam biasa2 je…


3Es.....tak sabar2 nak main air kat Pantai Ao Nang, Krabi Thailand

Imigresen Bukit Kayu Hitam...

Hat Yai....
Bandar Hat Yai, 3rd largest in Thailand..padat 'kan...

Di bilik hotel Lee Gardens Plaza Hotel...

Breakfast dulu.....
Kat lobby Hotel Lee Gardens Plaza Hotel....check out dulu before lancar ke Krabi pulak...



Ao Nang Krabi / 2nd Day

  • Lepas b’fast bertolak ke Krabi, perjalanan dalam 320KM / 4 jam+
  • Bypass bandar Phatthalung. Masuk bandar Trang ingat nak lunch. Tak jumpa la pulak kedai Musalim, langsung sambung drive..
  • Sampai Ao Nang dah tengah hari remang. Semua dah lapar ‘bercerok’ so terus satu konvoi conquer Kedai Sareefah kat sebelah masjid Ao Nang.
  • Check In kat Hotel Ao Nang Terrace…Mr E pegi adjust dengan awek Siam kedai sebelah untuk book program Island Hopping besok. OK gak dapat THB1000 per adult & THB600 budak above 4 tahun
  • Malam dengan semangat waja kitorang stroll sepanjang pantai Ao Nang cam biasa...shopping baju Siam.


On the way to Krabi.....


Mr Focus we all yang sampai jua di Krabi.....


Sampai sudah di Ao Nang, Krabi.....


Makan dulu di kedai Sareefah.......lapar lapar...siap ada 'Selamat datang'



Island Hopping : Phi-Phi Island, Maya Bay dan Kawasan Sewaktu / 3rd Day

  • Pagi2 buta lagi mat siam driver Chok Paisan Travel dah tercongok tunggu kitorang tak abis b’fast lagi kat hotel. Time siam memang tepat sungguh berbanding dengan time malaysia..haha.
  • Naik Sseppeetbot ramai-ramai ke 7 Pulau. Journeynya OK, bot laju tapi tak bergoyang…drinks pun free flow dalam bot
  • Singgah pulau-pulau cam biasalah stended package - Mandi, Snorkelling dan…..mabuk laut
  • Maya beach memang cantik, air jernih tapi manusia ramai banget. Dah over commercialised la pulok.
  • Makan kat Phi-Phi pon best. Pulau tu memang area muslim so makan tanpa ragu..halal & toyyiban.
Tak sabar-sabar nak naik speedboat.....

Antara rombongan cik kiah we all....

Yeayyy.....best giles naik speedboat ni:-)
Baby Adni yang dipangku oleh ibu dia, Fida adalah yang termuda mengikuti trip ke Krabi ni....

Transit pertama di Bamboo Island...lepak selama 1 jam...anak2 paling suka sbb dapat mandi air Laut Andaman okay!!!! Bukan Selat Melaka atau Laut China Selatan...

Mr E rajin melayan karenah Middle & Youngest E...Eldest E pi main dengan kawan2 yang sebaya dengannya...

At Maya Bay....cantikkan kaler air laut tuuuu....

Ni pulak Maya Beach....ala...tempat citer The Beach tu..hero filem Titanic yang berlakon...

Posing dulu ya!!!

Mr E & Youngest E....

Eldest E...minah ni memang suka mandi laut...tak puas mandi katanya...

Middle E...
Mr E snorkeling at Phi Phi Island...debar...sebab tengah laut tu....

Lunch at Phi Phi Island....

Halal & Toyibba....

Tengah tunggu nak naik speedboat ke daratan Ao Nang....

Senyum!!!!

Bila dah sampai kat daratan...naik pulak lori yang telah diubahsuai ( cantik tau..dan kreatif betullah siamese ni) ke hotel masing2...

Bersiap2 nak buat massage, pedicure & medicure pulak!


Nopharat Thara & Fossil Beach Phranang Bay / 4th Day
  • Lepas b’fast terus berkejar ke Nopharat Thara amik gambar.
  • Bawak Youngest E ke Stadium Muay Thai Ao Nang..bergambar sakan tumbuk punch bag.
  • Lepas tu ke Fossil Beach..nak tengok barang2 kraftangan siput.
  • Tak sempat nak explore banyak sebab dah time nak tarus balik Malaya.
  • Malam baru sampai Kangaq. Layan ikan bakaq Lizamat Kuala Perlis dulu
  • Kesimpulan : Ao Nang & Krabi memang cantik.

Breakfast at Ao Nang Terrace...



Youngest E at Ao Nang Stadium....tempat lawan Muay Thai...
Fanatik dengan Muay Thai bebudak ni.....

Gaya kena ada...siap belikan si Youngest E ni seluar Muay Tai lagi...punya la happy dia..:-))



Mastermind for this trip....love u...muahhhhh!!!
Sempat shopping jap je kat Fossil Beach Pranang Beach....


Gua Kelam, Wang Kelian & Wang Prachan / 5th Day

  • Paginya plan nak mandi kat Gua Kelam, tapi malang..gua tutup sebab takde letrik. Talk about tourism in Malaya.
  • Alang2 dah dekat dengan border, kami sambung masuk siam lagi sekali ikut Wang Kelian
  • Beli lah sikit bantal & dolls untuk 3Es..habiskan sisa Baht yang ada
  • On the way balik..cam biasa semua orang singgah layan Char kuey teow Sg Dua, Penang.
  • Belakang..sambung balik drive, PLUS jem bangat sampai lah ke KL. Siap kena ikut jalan lama Changkat Jering ke Ipoh.
  • Pukul 3 pagi baru sampai rumah. Home sweet home... Ahhh..bestnya Malaysia terchenta.
Gua Kelam...


Diaorang ni sudah kenal & berkawan sejak usia 17 tahun lagi dari A-Level sehinggalah study kat UK dan bekerja di bawah satu company...sudah 20 tahun berkawan tu!!! Hebat2!!!

Cool Mommas.....



-notes by Mr E-


Gambar-gambar percutian di Krabi akan I uplaod later ya.....banyak wooooo....tunggu!!!!!

2 comments:

  1. wah! menariknya!!! cantiknya pemandangan laut biru tu.. subhanallah.. teruja nk pegi! kena upah mastermind jugak ni ;)

    ReplyDelete
  2. Mrs plain-june....sgt menarik & scenery pun sangat cantik....best!...sila2 pujuk ur mastermind....:-))

    ReplyDelete