Monday, February 28, 2011

Hampir seharian di HUKM...

Belum cukup 3 bulan, I bawa Middle E ke HUKM sebab ada appointment untuk ambil darah. Kali ni ambil darah sebanyak 10kali ya...BUKAN sekali tau! Seawal jam 9 pagi I dan Middle E sudah terpacak di Klinik Paediatrik dan berkampung di sana sampai jam 2 petang!Penat tu memanglah penat...tapi demi anak, I gagahkan jua...

Middle E terpaksa berpuasa dan hanya boleh makan selepas selesai 10 kali darahnya diambil untuk dibuat ujian. Middle E perlu dalam keadaan HIPOGLISEMIA (iaitu tahap glukosa yang terlalu rendah), barulah darahnya diambil sebanyak 5ml setiap setengah jam. Ini adalah kerana pada tahap ini, bacaan darahnya adalah betul bagi menunjukkan bacaan IGF nya (bacaan growth hormone dalam darah) bagi pesakit yang mengalami Defiancy Growth Hormone...dalam bahasa yang mudah faham...kekurangan hormon untuk membesar. Solution untuk penyakit ini, suntikan hormone ke perut wajib dilakukan setiap hari tanpa gagal sehingga usia 18 tahun......:-(...Middle E ni I yang cucukkan hormone ke perutnya...

Ni baru je ambil sample darah kali pertamanya...ada 9 kali lagi daaaaa...yang pasti Middle E maintain cool!...

Ni pulak ntah kali ke berapa ntah...yang pasti masa ni Middle E sudah tidak bermaya sekali....after ambil sample darah, doktor terus masukkan glukosa ke dalam badan Middle E...dan Middle terus ok skit......tanpa glukosa tu sure Middle E akan kena sawan & terus pengsan!
Wajah ceria Middle E selepas selesai semuanya....reward kat Middle E...belanja dia makan KFC dan dia request nak minum Ice Mocha Blended...layan je la sebab Middle E sangat bagus & cool sangat tadi.....:-))

13 comments:

  1. asilah... aku kan sedih sangat tiap kali baca pasal middle e ni and aku kan rasa nak peluk peluk and dokong dokong dia tiap kali jumpa dia tau! *mmuah n hugs to middle E**
    eh eh, lupa plak hasya pun asyik sebut nama echa je hikhik...

    ReplyDelete
  2. I am sorry to know abt ur middle E.. part budak budak ni kita senang rasa tersentuh.. mudah mudahan dia akan terus teguh and berani .. insyallah..

    ReplyDelete
  3. hebatnye middle E! lgsg tak tunjuk takut, siap senyum and selamba.. hopefuli sume ok, sori xtau cite xoxo to middle E!!

    ReplyDelete
  4. rasa sedih je tgok E kena amik darah byk kali ni..sbg mak, mesti lagi sedih kan..moga middle e, and family lebih tabah ye..and moga middle E sihat

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah...wish Middle E growing up as strong gal as she is now!

    ReplyDelete
  6. Asilah

    Baiknya middle E. She was so well-behaved dan dengan dia begitu menyenangkan semua pihak. Alhamdulillah.

    Diharap Allah kuatkan semangatnya dan juga you sekeluarga.

    ReplyDelete
  7. Zarin,
    ko jgn sedih2 ya...Middle E ok cuma treatment tu je yang renyaj skit...macam2 test nak dibuat pada Middle E....tq for hus & kisses....btw, Middle E sibuk citer yang dia happy main2 dengan Hasya...nanti cuti sekolah, kita jumpa...budak2 boleh la main together2 'kan...

    ReplyDelete
  8. Kak Rima...mmg dugaan semua ni....mudah2an semuanya ok...amin!

    ReplyDelete
  9. Ely,
    Middle mmg cool...I pun tak sangka dia begitu kuat & tabah...she is so strong!

    ReplyDelete
  10. Anna,
    Kalau ikutkan hati, biar je I yang tanggung sakit...tapi apa 'kan daya...cuma berikan Middle E semangat agar dia takkan rasa sakit pun walaupun sebenarnya sakit.....

    ReplyDelete
  11. ShaSha...tq for the wish....dan hopefully Middle E ok!

    ReplyDelete
  12. Aunty Som....
    Alhamdullillah, Middle E begitu menyenangkan walaupun sebenarnya dia kat rumah sangat2 la nakal & buas, berperangai pelik..tapi layan je la....
    tq aunty for the wish....amin!

    ReplyDelete
  13. Sedih bila baca citer middle e. Kuat semangat betul dia ambik darah sampai 10 kali. Sampaikan peluk cium wani untuk dia ye..tersentuh hati betul bila citer pasal anak2 ni. Semoga Middle E terus bersemangat.

    ReplyDelete