Tuesday, February 28, 2012

BFF...

Mesti u all ada BFF 'kan. Sekurang-kurangnya mesti ada seorang....iyelah, selain family terdekat menjadi tempat curahan perasaan atau berkongsi apa saja cerita pasti ada orang luar juga yang tiada pertalian darah menjadi tempat mengadu nasib tak kiralah masa senang atau susah....Biasa laaa pompuan.

Ni I nak memperkenalkan one of my BFFs. I panggil dia NADZ je.. I kenal dia sejak 10 tahun yang lalu. Kenal sebab bekerja satu office dulu. Then I berpindah tempat kerja dan dia masih kekal di situ. We all bukannya satu department pun dulu tapi bekerja di bawah satu company. Ntah macam mana boleh baik dan rapat dengan dia....tapi yang pasti kepala we all boleh masuk la....omputih kata ada understanding gitu dan faham perangai masing2. Sepanjang persahabatan we all, macam2 insiden yang lawak dan tak tercapai akal we all berdua buat. Bila story balik...tergelak terbahak2 la we all mengenangkan kisah lalu...hihihi...

Nadz ni nampak macam lemah lembut gitu tapi sebenarnya agak brutal juga. Cekap dan hebat as an ummi kepada 4 org anak. Tapikan kalau u all jumpa dia personally, mesti tak caya yang dia dah ada 4 anak!....Slim dan maintain je tau...I je yang dah gemuk ni...stress2..nak gak kurus macam Nadz....Mmmm, si Nadz ni of course lah baik, rajin, suka tolong orang, suka nasihat orang tapi kekadang I suka buli dia....biasalah 'kan...comel tapi pipi tembam (itu asset dia tau...ala2 trademark gitu)....tapi satu je...mmm, dia ni agak susak nak marah orang la...suka pendam dalam hati.....Ok lah...I happy sebab ada kawan yang sekepala dengan I...best2..Nadz, tq for always being there for me ya.

Oh ya, sebenarnya lunch tadi mmg tak we all tak plan pun nak jumpa tapi we all jumpa jugak! Dan tetiba jugak Nadz tadi, kasi tau I tadi yang dia akan menunaikan Umrah lagi 2 hari, tu yang bersungguh2 jugak dia nak jumpa I tu. Rezeki dia la...dah 2 kali dia buat Umrah, cuma I je belum berkesempatan ke sana. Insya-Allah, satu hari nanti jika dengan keizinanNya, I pasti ke sana. Doakan ye..Amin! Since tadi sempat jumpa Nadz, dia juga I titipkan Almond Orange Cake yang I baked malam tadi. Suka benar Nadz dengan cake tu....:-))

Me & Nadz....

Sweet Nadz yang tembam....Selamat menunaikan Umrah ya babe..semoga urusan ibadahmu permudahkanNya...amin!!!

Monday, February 27, 2012

Gara-gara nak kulit telur....

Monday sudah hampir ke penghujungnya bila I mencoretkan sesuatu di sini....actually baru je tetamu we all pulang....officemate Mr E's...si Tommy yang singgah kat rumah we all ni. Jamu la skit tetamu yamg 1st time datang ke rumah ni dengan Spaghetti Bolognese dan Almond Orange Cake yang baru saje keluar daripada oven! I buat this cake malam-malam buta ni pun sebab my Middle E nak kulit telur untuk projek seni dia kat sekolah esok....Kiranya tetamu we all tadi langkah kanan la....makan this cake fresh from the oven tu...:-)

Kerana anak nak kulit telur untuk projek seni dia....mummy pun terpaksalah buat cake ya....

Ok...till then & take care ya!

Sunday, February 26, 2012

Say NO to NASI....hari ni je pun...

Cewah cewah...tajuk bukan main poyo lagi 'kan...YA, ini cerita betul bukan khayalan ya...Hari ni menu we all takde nasi tau daripada breakfast sampailah ke dinner. Kenapa takde nasi hari? Sebab chef in the house sungguh malas nak pikir dan hasil pemikiran itu untuk memasak....so, orang-orang di dalam rumah ni makan je apa yang I sempat masak ya....

Kueh Teow Kerang for Breakfast..

Spaghetti Bolognese for lunch...

Sempat baked this cookies for 3Es punya stok kudap2 dan buatkan sebalang untuk my sister, Angah...

Sempat jugak this macaroon....siap je masak terus dingap oleh Eldest & Middle E....

Lepas Asar, we all lancar ke KLCC. Nak beli perfume Mr E yang sudah kehabisan. Pastu lepak jap kat San Francisso Coffee.....hampir 2 jam kat KLCC we all pun pulang. Singgah jap kat rumah in-laws untuk Maghrib dan layan KFC for dinner. Pastu we all pulang la ke rumah we all yang best itu......:-))

3Es....

Saturday, February 25, 2012

One Fathom Bank, Orange Chiffon Cake

Pagi semalam (Jumaat), Mr E pergi memancing di Rumah Api Permatang Sedepa atau lebih dikenali dengan One Fathom Bank. Location kalau nak details, u all google je la yea...:-)) Gambar di atas merupakan rumah api tersebut. Masa ni Mr E & friends dalam bot menuju ke sana.

Mr E di pelantar One Fathom Bank

Nak masuk kat sini wajib minta kebenaran dengan pihak terlibat ya. Tak boleh main redah atau masuk secara haram tau...

Details One Fathom Bank

Hasil tangkapan Mr E & friends....

Setelah dibahagi-bahagikan hasil tangkapan....ini portion untuk Mr E....

Lalu I gorengkan dan menjadi lauk lunch we all. Makan dengan nasi putih panas je....sedap!!! Actually tu je lauk untuk lunch we all tadi...sempoi 'kan! Ada ikan selar jugak tapi tak masak lagi, ingat I nak masak singgang la utk lauk esok pulak....:-))

Youngest E bantu daddy dia pasang kail sehari sebelum Mr E pergi memancing esok harinya...

Today, I baked this Orange Chiffon Cake khas buat my Mr E....his favourite actually....so, since dah lama tak bikin this Orange Chiffon Cake sebab asyik2 buat flavour Pandan je 'kan, kesian pulak kat Mr E yang tak suka makan Pandan Chiffon Cake....

Ini dinner kami tadi....jamu jugak my sister, Angah yang datang hantar my Eldest & Middle pulang ke rumah selepas bermalam kat rumah my sister, Angah semalam....

Main course, BeeHoon Siam Goreng makan dengan Sambal Sardin....

Orange Chiffon Cake for cuci-cuci mulut layan bersama Earl Grey Tea....:-))

Ok.....itu je nak share dengan u all ya...Enjoy the weekend!!!

Tuesday, February 21, 2012

Pandan Chiffon Cake vs Homemade Double Beef Burger

I baked this Pandan Chiffon Cake lewat malam tadi untuk majlis makan2 kat office during lunch hour. Mmm...aroma wangi daripada bau pandan yang telah dikisar bersama santan segar lalu dijadikan batter chiifon....bila dibakar dalam oven lalu mengeluarkan satu haruman yang sungguh sedap!...Bau sedap, kek naik cantik membuatkan I hilang rasa penat...Kiranya bagai satu therapy gitu!

Pandan Chiffon Cake dalam bekas muffin tu khas buat my Middle E sebab dia suka makan this Chiffon Cake...

Dinner kami untuk malam ni...sempoi je 'kan! Sempoi sempoi pun takpa asalkan perut kenyang!

Homemade Double Beef Burger....

Sunday, February 19, 2012

Foods...we all yang memang suka makan!

Malas nak tulis banyak2 ya...u all layan je gambar2 food yang I masak untuk hari ini ya....:-))

Nasi Goreng Hijau, Sambal Sotong Kering & Earl Grey Tea for breakfast...

Menu lunch we all...

Ikan Tenggiri Gulai Tumis Darat...

Daging Goreng...favourite seisi rumah

Kerabu Kacang Botol...

Telur Asin...

Baked this mini sausages lepas Maghrib tadi....terus 3Es makan lepas keluar je daripada oven...berketul2 diaorang makan...so, kira dinner jugak la sebab 3Es cakap kenyang!

Mini sausage buns ini jugak buat bekalan ke sekolah esok buat 3Es serta mummy dan daddy 3Es jugak!!!

Saturday, February 18, 2012

Jatuh lalu terluka....

1st time tau yang my Youngest E ni jatuh lalu terluka. Macam mana dia boleh jatuh lalu terluka? Actually, pagi tadi dia temankan I belikan breakfast (hari ni I sangat takde mood untuk memasak ya, maka dgn itu breakfast beli je)...masa I tengah tunggu makcik tu bungkuskan nasi lemak yang I order tu, my Youngest tu berlari-lari mengejar burung-burung yang ada kat situ....punyalah laju berlari2 dan dengan tiba2 my Youngest E jatuh tersembam lalu lututnya tersagat....mula2 tu takde darah...sekejap je darah pun keluar. Dia pun menangis sekuat-kuat hati.....

Lihatlah lututnya yang kena sagat itu....agak sadisss 'kan....

Macho macho pun bila sudah jatuh lalu terluka tetap nanges jugak!!!...Takpa la enchem boy, sikit je luka tu...esok lusa baik la tuuu....

Jam 3 petang, we all ke KFC JJ Mahkota Cheras sebab collegue I, Wanie celebrate birthday 1st year Sarah...hujan lebat sepanjang perjalanan ke sana. Tapi takpa, sampai je we all terus dijamu dengan ayam KFC (makan sehingga menjilat jari) dan budak2 dilayan dengan pelbagai games. The best part is, semua games tu 3Es yang bolot sebab diaorang la yang paling besar sekali dan memang semua games. Btw, thanks to Wanie & Happy 1st Birthday Sarah!

Monday, February 13, 2012

Hari Kekasih or Valentine Day...

Actually, sepanjang relationship I dengan Mr E (samada masa bercinta dulu, then bernikah then dapat 3Es) tak pernah sekalipun we all celebrate Valentine Day atau hari Kekasih. Dan dengan itu jugak I tak pernah dapat chocolate atau bunga ros.....Dari segi ni, Mr E sangat kureng la. Mr E sangat romantik orangnya tapi romantik gaya rileks dan bersahaja segi perbuatan, percakapan dan segalanya la...ala, susah la nak explain tapi Mr E for me adalah seorang manusia yang hampir perfect for us as a hubby and as daddy to 3Es!

So, I rasa sebenarnya tak sepatutnya couples kat luar sana tergedik-gedik nak celebrate Valentine Day every 14th February ya (kononnya nak tunjuk sayang sangat2 la pada tarikh tersebut).....Dan kalau u all nak tunjukkan sayang atau cinta u pada partner masing2....bende-bende tu perlu dibuat hari2 y, macam cara u layan partner u,....takde maknanya hanya pada satu hari sahaja....So, tak perlu la nak celebrate ya!....

Strawberry Shortbread Tart for me!

Till then dan see u guys in the next post!....

Sunday, February 12, 2012

Breakfast jadi lunch, Lunch jadi dinner!

Char Kueh Toew Kerang for breakfast...tapi we all makan jam 12.30 tengah hari! Gara-gara Mr E tak selera nak makan lepas berbasikal naik bukit turun bukit dengan saing dia (alasan kepenatan yang melampau) dan 3Es pulak mengikut in-laws I yang datang nak breakfast kat kedai mamak di area rumah we all.

Maka, menu lunch ini telah menjadi dinner we all tadi. Sebelum Maghrib, I goreng ikan kerisi dan telur dadar....

Sambal Sotong Kering Sabah Mari.....

Kerisi Goreng...

Telur Dadar...

Sup Tulang (menu wajib 2 minggu sekali ya)

"Mummy, Emil nak makan cookies la, ada lagi tak? kalau takde Mummy buatkan boleh tak?"My Youngest E request kat I buatkan cookies untuk dia hari ni. Kebetulan pulak stok cookies dah abis...Maka dengan itu, I pun baked la this Chocolate Chips Cookies for him petang tadi. Tapi kakak-kakak dia yang tak menyempat nak makan, keluar je daripada oven terus amik daripada tray....Youngest E pulak sampai tertido menunggu cookies ni siap dibakar! Celik je mata, terus minta cookies....sib baik dah siap dah cookies tuuuuu...:-))

Saturday, February 11, 2012

Basikal baru, 40'C, Foods & Madeleines...

Kembali bersiaran ya.....Fuhhh!!! Cuaca hari ini sungguhlah panasnya. Suhu hampir mencecah 40'C...panassss!!! tapi panas lagi kat Neraka 'kan....My Eldest E hari ni ada sekolah ganti, so...macam rasa tak bercuti je hari ni. I yang hantar Eldest E ke sekolah jam 7 pagi tadi sementara yang lain2 tu masih lagi diulit mimpi...:-( Langsung terus ke pasar Selayang la...cari bahan-bahan mentah skit untuk masak. Since dah ke pasar jugak, I belikan je terus breakfast untuk Mr E, Middle & Youngest E....tak kuasa pulak harini nak sibuk2 buat breakfast. Nasi dagang for Mr E, nasi lemak for the kids...abis citer...semua happy, mummy lagi happy sebab tak perlu bersusah payah nak prepare breakfast!....yeayyyy.....

Mr E amik Eldest E daripada sekolah tengah hari tadi. 2 orang kanak-kanak ribena tu pun ikut sekali. Then Mr E singgah kat kedai ane Samy sebab nak belikan basikal untuk Youngest E. This is the 1st basikal for him tau...punya excited sebab dapat basikal baru. Kaler oren lagi......

Ini basikal baru saya ya.....

Menu lunch we all yang sempoi je. Main campak2 dan rebus2 je...kiranya menu orang malas ya. Tapi I terpaksa masak ikut favourite masing2. Almaklum 'lah, ada yang tak suka kerang, ada yang suka makan ikan....macam2 ragam la...

Kerang rebus berserai.....favourite we all except Eldest E.

Ikan selar kuning masak singgang...

Sotong sambal masak oriental untuk Eldest E yang suka sangat makan sotong.

Pucuk paku pakis berudang masak sos oyster....sedap!

I sempat baked this Madeleines petang tadi for tea. Madeleines ni bahulu version omputih. Batter dia tak perlu lah dipukul lama sangat macam nak buat kuih bahulu, lenguh tangan dibuatnya. Tetiba teringat pulak masa tolong my uwan dan mama pukul telur guna tangan masa nak buat kuih bahulu suatu ketika dahulu. Sekarang, orang buat bahulu dah guna mixer je....mudah 'kan. Tapi kalau guna cara tradisional sure lagi sedap 'kan.

Madeleines - kasi close up sikit. Cantik 'kan!....Hahaha, I memang suka masuk bakul angkat sendiri....:-D

Macaroni Goreng for dinner....