Yeayy....best betul dapat cuti lagi. Hari ni cuti Hari Wilayah Persekutuan...so, semua pekerja2 di KL, Labuan & Putrajaya bercuti hari ni termasuklah I dan Mr E. Tapi I still kena bangun awal seperti biasa sebab my Eldest & Middle E bersekolah...:-(...Mummy yang kena hantar diaorang dan hari ni jugak, my Youngest E masuk tadika untuk pertama kalinya.
Tapi 'kan.....my Youngest E ni menangis sesungguhnya bila I nak pergi meninggalkan dia masa I hantar dia ke sekolah...I blah dulu tapi my mama temankan Youngest E sekejap je dan tinggalkan Youngest E kat tadika tu. Memang melalak tak ingat dunia...I dengar lah dari luar, tapi kalau still ikut ragam dia....pasti susah 'kan. So, memang nekadlah I buat macam tu. Bila u all baca macam sadiss 'kan I as a mummy, tapi I memang tak suka nak tunggu anak2 bila diaorang berada di tadika atau di sekolah. I nak diaorang berdikari dan bergaul dengan rakan-rakan sebaya. So, diaorang akan pandai berkawan-kawan sambil memperluaskan komunikasi dan sebagainya 'kan.
So, sekarang ni 3Es semuanya bersekolah di sessi pagi sehingga tengahari. Then Middle & Youngest E akan pergi belajar mengaji Iqra' dengan Nenek Nab yang merupakan jiran my mama selepas balik dari tadika. My Eldest E akan pulang dalam jam 2 petang....then lunch rehat sebentar sebelum pergi belajar fardu ain dan kifayah dengan Ustazah Zaleha yang juga merupakan jiran my mama. Belajar dalam sejam setengah setiap hari kecuali Sabtu & Ahad. Lepas tu terus sambung belajar mengaji Al-Quran dengan Nenek Nab pula....itulah rutin harian my 3Es dari hari Isnin sehingga Jumaat. Lewat petang baru I dan Mr E jemput diaorang kat rumah my mama.....rutin yang sama setiap hari jugak...
Today, I agak takde mood sangat nak masak ya.....just prepare Spaghetti Bolognese for lunch & dinner...
For lunch & dinner...
Youngest E buat homework tuuuuu sambil dibantu oleh my Eldest E....
Baked Congo Bars for Eldest E petang tadi. Dah lama dia request nak makan Congo Bars ni sampaikan nak bawa bekalan Congo Bars kat sekolah esok harinya. Same goes to Middle E...nak jugak bawa Congo Bars as bekalan ke sekolah.
Mini pavlova classic for makan-makan dan for a friend jugak yang minta I buatkan untuk adik ipar dia yang mengidam nak makan pavlova....
Tempting tak mini pavlova I ni....?
Ok, tu je ceritera buat hari ni ya....till then ya!
Akak, sy buat pavlova x menjadik pun. dia tak garing. jadi lembik je. nape eh?
ReplyDelete