Thursday, January 31, 2013

Regular Medical Check Up, BR & Theraphy...

Cukup-cukup 3 bulan, pasti PPHUKM akan dilawati. As usual today I bawa my Middle E ke PPHUKM untuk buat regular medical check up due to her Growth Hormone problem. For those yang tak tahu, my Middle E ni telah didianogsiskan dengan penyakit kekurangan hormon untuk pembesaran @ Growth Hormone Deficient. So, kalau nak tahu lebih lanjut sila ke link ini ya...http://blog-3e.blogspot.com/search/label/Appointment%20at%20HUKM.

Dan kebetulannya pulak hari ini, area kawasan HUKM dan sewaktu dengannya amatlah sesak sekali. Rupa-rupanya di Stadium Cheras KL yang berhadapan dengan HUKM ada buat sambutan Hari Wilayah 2013 yang akan berlangsung esok harinya sempana Hari Wilayah yang disambut setiap 1 Februari. Punya lah lama I nak dapatkan parking kat HUKM tu...last2 I guna je valet parking. Mahal sikit pun takpa....asalkan ada parking dan hati I tenang serta otak pun tak serabut nak cari mana parking kosong kat HUKM tu. Parking kat HUKM tu sungguhlah sendat macam sardin, siap double parking gitu. Normally, I parking je kat Stadium Cheras Kl tu then jalan la kaki ke HUKM...but since today ada sambutan tu, jangan harap lah kan ada parking kosong...tepi-tepi jalan pun penuh dengan kenderaan bagai daripada kereta, bas, motor, van etc yang memakirkan kenderaan depa kat situ. Owwhhhh...sungguh mencabar betul. Dah le tu, tetiba pulak hari ni panas yang amat.....arghhhhh, lagi la menambahkan hangat kat badan I ni kan. Tapi demi anak, I sanggup buat apa sahaja....:-)


 Menunggu doktor..tapi sempat posing dulu....

 Cool je bila amik darah! Bravo Elyssa....ni dah kira macam biasa je. Sekalipun tak pernah menangis bila amik darah...

 Meet her Paed..Prof Dr Wu...Doc ni pun petite je kannnn...comel..hahaha

 1st time Elyssa dapat MC...ye la kan, dah sekolah betul..bukan macam tadika....

 After settle everything kat PPHUKM, lepak dan singgah sat kat Lembah Tengah sambil cuci-cuci mata....since today is 31st kan, so I belikan la favourite ice cream Mr E...kalau tak on 31st pun I belikan jugak for him... Mr E ni sangat suka makan ice cream...tapi I biasa2 je..
dan sempat jugak I terjebak dengan Rockport ni.....oowhhhh!!! terasa indah dan bahagia hidup bila dapat bershopping ya...hahaha..

Ok la...cukuplah ceritera for today...
Till then & take care ya!

Tuesday, January 29, 2013

We miss u daddy...

Yeayy....akhirnya Mr E pulang ke Malaya setelah 6 hari menjejaki dan menjelajahi Surabaya, Malang, Batu dan Bromo di Jawa timur sejak rabu yang lepas. Tinggallah I dan 3E.....Ok, we all sangat happy sebab hero kesayangan we all sudah pulang ke pangkuan familia tercinta.

 Muka kelihatan capek bangat.....baru je lepas potong rambut kat kedai gembira (ini nama kedai gunting rambut tu tau...tak tipu punya)...supaya segak dan ganteng bila masuk ke office keesokkan harinya....

 Ni la nyonya yang selalu potong rambut Mr E....

 Memang menjadi kebiasaan Mr E akan bawa we all keluar makan selepas beberapa hari tidak berjumpa dengan wife dan anak2 kesayangannya...

 Cenderahati yang dibelikan oleh Mr E untuk 3E...

 Puncak Bromo....sejuk bangat menurut Mr E...sampai menggigil gitu!
 Cantik 'kan permandangan!

Ok...tu je nak ceritera...

Till then & take care!

Monday, January 28, 2013

Baking with the kids...

Bila weekend, kalau tak ke mana2, I pasti akan ada sessi baking with my kids. Semuanya pasti join sekali dan pastinya dapur akan kecah! Bukan sahaja tangan-tangan sibuk bekerja, malah dengan mulut-mulut pun bekerja jugak....bising dan hiruk-piruk gitu...hihi. Asalkan the kids happy:-))




Brown Butter White Chocolate Macadamia Nut Cookies...


 Mini sosej buns...

Gone in 60 seconds!

Till then & take care ya!

Saturday, January 26, 2013

Sepetang di Pantai Remis dan Jeram Ikan Bakar..

Ini story tertunggak. Kira-kiranya 3 minggu lepas punya story. Mr E dan 3E cukup gemar jalan-jalan ke pantai cuma I je yang tak berapa suka sangat. Tapi I layankan je sebab kalau ikut vote pun I still kalah jugak. So, lepas Asar gitu, we all ke Kuala Selangor dengan melalui LATAR yang mengambil masa 28 minit utk sampai ke sana. Just bayar je tol sebanyak RM6 (sehala) dan you all akan sampai ke Kuala Selangor tanpa sebarang masalah...insya-Allah.

 Pantai Remis, Kuala Selangor...


 happy sebab dapat main pasir dan air di pantai....


 mencari umang-umang...





 waiting for the foods....

Bon Appetit!!!

Till then & Take care ya!

Friday, January 25, 2013

Salam Maulidur Rasul....

Salam Maulidur Rasul buat semua!

Till then & take care!

Tuesday, January 22, 2013

OCBC Cycle Malaysia 2013 & Merentas Kota...


Last Sunday morning, my Mr E join OCBC Cycle Malaysia 2013 for 24km dengan saing2 berbasikal dia. Mr E I ini sungguhlah banyaknya hobby.....daripada main HIFI, main turbo kereta, ngail, photography, reading (ini No 1 punya hobby....kadang2 Mr E ni macam ensiklopedia...hampir semua dia tahu!) etc....hebak !!! Tu yang I adore sangat tu dengan Mr E....hahaha....puji kasi Up sikit.
(Nanti nak kasi hadiah apa ni ?)

 Sebelum perlumbaan....

Selesai dalam satu jam utk 24km...not bad huh!

 Model tu...

One pingat besi for Mr E dan my Eldest jugak dapat tempat ketiga dalam kejohanan merentas desa sekolah untuk Tahun 3 yang diadakan pada Jumaat lepas....bravo Edelyn!!
Gambar2 tu kecuali the pingat I amik kat FB my Mr E yang mana kengkawan dia tagged kat dia...:-))

Till then & take care ya!

Saturday, January 19, 2013

New family member....

 This is not mine ya!......this baby kepunyaan my adik, Angah. Lahir pada 22 Dec 2012.

 Hello dunia! My name is Ariq Rayyan Nazeem. my Youngest E pulak begitu yang terlebih2 excited dengan cousin terbaru dia ni. Asyik duk berulang2 je cium dan belai baby Ariq! Tak sangka pula my Youngest E ni so gentle dan nampak sifat2 penyayang dia kat baby....

 As usual, my Middle E ni memang suka dan pandai sangat melayan budak2 yg lebih kecik dan baby.

6 + 1 = 7 

Till then and take care ya!

Wednesday, January 16, 2013

Tuesday, January 15, 2013

Entry Tidak Puas Hati...

Ya ya ya....I agak emo dan agak tak puas hati dengan bank CIMB Cawangan Lucky Garden di Bangsar. Ya...takde nak selindung2 punya atau nak cover-cover line ya. Actually, pagi tadi...I dan Mr E ke cawangan bank tersebut untuk mendapatkan penyata akaun untuk 3 bulan yang terkini. Ok, expectation we all, sepatutnya bank tersebut akan melayan permintaan stended itu. Alaa....bukannya susah pun, the staff boleh aje just printkan penyata akaun tersebut yang mungkin mengambil masa tak sampai 5 minit pun. Dah ler tu, nak print penyata memang kena charge pong bukannya FOC punya service!

Tetapi disebabkan oleh prosedur baru yang amatlah tidak bijaknya dan menyusahkan pelanggan bank tersebut (hanya apply kat cawangan itu SAHAJA rasanya) iaitu.....kalau nak minta account statement kita kena Apply dulu dengan mengisi borang dan staff hanya akan print-memerint penyata tersebut after office hour je (allooooooo....ramai sangat ke pelanggan nak minta penyata akaun tu hari2!) then datang keesokkan harinya untuk collect penyata akaun tersebut. OMG!!!....apa kes ni? Renew Passport kat Imigresen yang confirm jabatan Gomen yang orang dok mengata macam2 tu pun boleh siap dalam 1 jam je.

Rasanya prosedur baru yang diperkenalkan oleh bank cawangan tersebut amatlah tidak bijak sama sekali ya. Ok, I dan Mr E memang berdukacita.....dan kalau masa kejadian itu, ada branch manager pasti we all akan sound branch manager tersebut pasal benda ni...Sepatutnya the management for that branch kalau nak memperkenalkan apa jua prosedur terhadap pelanggan, sila pastikan ianya tidak menyusahkan pelanggan dan prosedur itu bukan sesuatu yang orang Selayang kata...Nonsense. Bank sepatutnya attempts to treat their customer sebaik yang mungkin dan membantu pelanggan yang dah menyimpan duit mereka di dalam bank anda. 

YES, just short of Jom Ubah to other Banks...memang I dan Mr E at least from now on akan Blacklist BANK CIMB Cawangan Lucky Garden, Bangsar! We all tidak akan membuat sebarang urusan perbankan dengan cawangan tersebut. Nak apply Loan RM10 pun tak mo. Kitakan THE customer...ada kuasa memilih so, we all akan ke cawangan bank yang tidak mengamalkan prosedur yang menyusahkan pelanggan malah memberikan perkhidmatan yang baik, mesra seperti cawangan BANK CIMB Bangsar South...

Ok...tu je nak share ceritera version tidak puas hati ya.....

Terima kasih daun keladi buat my colleague, adik sebelah workstation yang menghadiahkan pemanis mulut, Baklava pada akak ya (dia baru balik dari menunaikan umrah dan bercuti di Dubai)....Oh ya! the Baklava sungguh la sedap sangat....:-))

Till then & take care!

Coleteh tak seberapa...


Sejak my Middle E ni masuk Tahun Satu, kehidupan harian I semakin sibuk. Setiap pagi, seawal jam 5.45 pagi 3E I kejutkan untuk mandi, bersiap dan solat Subuh. My Eldest E je yang mandi sendiri. Manakala my Middle dan Youngest E, I masih mandi dan siap2 mereka berpakaian sekolah. Actually, bukannya mereka tidak boleh mandi atau bersiap sendiri.....tahu2 aje la kan kalau mandi pagi-pagi buat...sure boleh tertidur mereka di dalam bilik air tu. Lagi pun kalau I yang mandi dan siapkan mereka, lagi senang kerja I. Tepat jam 6.30 pagi, 3E akan turun ke bawah untuk breakfast pulak. Breakfast awal2 pagi tak berapa selera sangat 'kan....ala2 bersahur pulak. So, malam sebelum tu I akan tanya 3E yang mereka nak makan apa untuk breakfast...ada yang nak makan sandwich la, ada yang nak cereal la...dan macam2 la...so, I ikutkan je la. At least makan jugak 'kan...Tapi yang penting, I akan pastikan 3E minum Milo atau fresh milk setiap pagi! Tepat jam 7pagi, we all akan keluar daripada rumah dan menghantar 3E ke destinasi masing2 dan I dan Mr E akan ke office pulak.

Selalunya jam 7 petang, we all akan ambil 3E di rumah my mama. Kekadang tu lambat jugak, bergantung kepada keadaan trafik la. Normally, we all akan balik ke Templer lepas solat Maghrib. Malam bila sudah di rumah, I kena pastikan jugak the girls buat homework dan tukar buku ikut jadual masing2. Dulu masa my Eldest E, I tak berapa care sangat....sbb my Eldest E pandai buat sendiri macam nak tukar buku, homework....tapi sejak my Middle E sekolah Tahun Satu ni, perhatian kena kasi lebih skit la. Middle E kan special skit....so kena extra attention to her la 'kan...So, bila dah pastikan semua ready for the next day, masing2 akan cari bantal la 'kan...especially my Eldest E yang biasanya akan tidur malam jam 8.30! Yang lain2 tu ikut I...kalau malam tu I kena buat laundry sambil lipat baju...mereka berdua ini akan temankan I habis buat house core. Sweet 'kan! Dan normally I pun akan pengsan awal la sebab sudah mengantuk. Al amaklum la hari2 bangun jam 4.45 pagi.....

Ok...cukup dulu ceritera yang tak seberapa ya...mata dah tak boleh nak buka ni....penat plus mengantuk ni weeiiiiiiii...sebelum tu I jamu mata u olls dengan gambar2 foods yang I masak ya bermula tahun 2013 ya....ala simple2 je pun...u olls pun boleh buat jugak!















                                                     ok......Till Then dan take care ya!