Tuesday, January 15, 2013

Entry Tidak Puas Hati...

Ya ya ya....I agak emo dan agak tak puas hati dengan bank CIMB Cawangan Lucky Garden di Bangsar. Ya...takde nak selindung2 punya atau nak cover-cover line ya. Actually, pagi tadi...I dan Mr E ke cawangan bank tersebut untuk mendapatkan penyata akaun untuk 3 bulan yang terkini. Ok, expectation we all, sepatutnya bank tersebut akan melayan permintaan stended itu. Alaa....bukannya susah pun, the staff boleh aje just printkan penyata akaun tersebut yang mungkin mengambil masa tak sampai 5 minit pun. Dah ler tu, nak print penyata memang kena charge pong bukannya FOC punya service!

Tetapi disebabkan oleh prosedur baru yang amatlah tidak bijaknya dan menyusahkan pelanggan bank tersebut (hanya apply kat cawangan itu SAHAJA rasanya) iaitu.....kalau nak minta account statement kita kena Apply dulu dengan mengisi borang dan staff hanya akan print-memerint penyata tersebut after office hour je (allooooooo....ramai sangat ke pelanggan nak minta penyata akaun tu hari2!) then datang keesokkan harinya untuk collect penyata akaun tersebut. OMG!!!....apa kes ni? Renew Passport kat Imigresen yang confirm jabatan Gomen yang orang dok mengata macam2 tu pun boleh siap dalam 1 jam je.

Rasanya prosedur baru yang diperkenalkan oleh bank cawangan tersebut amatlah tidak bijak sama sekali ya. Ok, I dan Mr E memang berdukacita.....dan kalau masa kejadian itu, ada branch manager pasti we all akan sound branch manager tersebut pasal benda ni...Sepatutnya the management for that branch kalau nak memperkenalkan apa jua prosedur terhadap pelanggan, sila pastikan ianya tidak menyusahkan pelanggan dan prosedur itu bukan sesuatu yang orang Selayang kata...Nonsense. Bank sepatutnya attempts to treat their customer sebaik yang mungkin dan membantu pelanggan yang dah menyimpan duit mereka di dalam bank anda. 

YES, just short of Jom Ubah to other Banks...memang I dan Mr E at least from now on akan Blacklist BANK CIMB Cawangan Lucky Garden, Bangsar! We all tidak akan membuat sebarang urusan perbankan dengan cawangan tersebut. Nak apply Loan RM10 pun tak mo. Kitakan THE customer...ada kuasa memilih so, we all akan ke cawangan bank yang tidak mengamalkan prosedur yang menyusahkan pelanggan malah memberikan perkhidmatan yang baik, mesra seperti cawangan BANK CIMB Bangsar South...

Ok...tu je nak share ceritera version tidak puas hati ya.....

Terima kasih daun keladi buat my colleague, adik sebelah workstation yang menghadiahkan pemanis mulut, Baklava pada akak ya (dia baru balik dari menunaikan umrah dan bercuti di Dubai)....Oh ya! the Baklava sungguh la sedap sangat....:-))

Till then & take care!

5 comments:

  1. CERDIK le kengkonon tu kannn... nyampesss dgn service yg cengiitu kan kak... pepoyos ckp gomen keje lelemb la... org wat passport sejam dah siap kat immi. Ntah pape lahaiii... ce kite x wat investment kat bank dia tu. Sape nak bayo emolumen depa semua? huhuhu

    ReplyDelete
  2. Dear Zalia,
    Tu la....buat prosedur ikut rasa je tanpa memikirkan implikasi kepada pelanggan....macam bagus pun ada..memang we all menyampah...dan bank cawangan tu dah kena banned pun.....

    ReplyDelete
  3. salam..
    setahu saya nk mintak statement mmg kna isi form dlu..
    maybank pun camtu jgk..tp bgntung pd budibicara staff jugak..kalo yg skema teruklah kn..

    ReplyDelete
  4. Alueyah,
    Yes, just isi borang for fill up the particular of the deposit memang itu prosedur biasa dan standard....yang luar biasa nyer, dah isi form request tu...kena tunggu esok pulak baru boleh dapat salinan penyata tu...tu yg tak faham tu. Kenapa perlu buat (print je pun) after office hour! bukannnya susah dan lama pun kannnnn.....yang pasti semua bank mmg sadis!

    ReplyDelete
  5. JTG Casino - St Germain, Mass. - St Germain
    St Germain, Mass. Casino 군포 출장안마 offers 정읍 출장안마 a unique and 용인 출장샵 entertaining atmosphere, one that features authentic Atlantic 김제 출장샵 City casino 전라북도 출장마사지 experience for all of you to enjoy.

    ReplyDelete