Monday, August 3, 2009

Sunday - 2 August 2009

Dah lama betulla I tak pergi ke pasar bukannya apa...since ada 3Es ni susah betulla nak ke pasar. So, kebetulan pulak this weekend I berkampung kat rumah my mum sebab my hubby takde, maka I ke pasar with my mum dan my Youngest E. My Youngest E I bawa sebab my youngest sister cuma boleh jaga Eldest dan Middle E ja.

Jam 7.30 pagi, we all dah berangkat ke pasar. Mula2 ke Pasaraya Bintang dulu sbb every weekend (according to my mum)...kat sana ada jual muras bahan2 mentah utk memasak sperti ayam, ikan, sotong, sayur-sayuran, kentang, bawang2 dan lain2. My mum beli ayam bahagian dada sebab muras katanya compare to tempat lain la. Ada jugak la beli kentang sebab sekilo cuma RM1.00 ja dan bawang.

After that, we all ke Pasar Selayang pulak. Tak ramai lagi orang kat pasar sebab masih awal lagi kuts...tapi kalau dah pukul 9.00pg...orang akan ramai dan makin susah la pulak nak membuat pembelian dan aktiviti usha2.....hihihihi...Kat Pasar Selayang, my mum beli daging tempatan dan sedikit hati lembu untuk dibuat rendang. This rendang request by my Ayah sebab dah lama tak makan rendang daging dan hati ayam. I suka la pergi pasar sebab macam2 barang fresh boleh dibeli dan diusha2....Then, beli jugak la bayam utk dibuat lauk sayur..ni I buat celur ja. Pastu nampak la jagung...beli jugak that jagung dan I buat jagung kukus...pergh....manis sungguh rasanya. 2Es pun suka makan jagung ni.

My mum with my Youngest E.....My Youngest E sangat behave masa we all membeli belah kat pasar....Dia macam kagum ja tengok macam2 barang yang ada kat pasar...and fyi..this is his 1st time ke pasar....

My mum sibuk memilih daging dan hati utk di beli.....

Suasana pagi di Pasar Selayang....macam2 ada

Ada carrot, cili hijau, cili merah, capsicum kuning, capsicum merah dan hijau....

Ada cili api....waaa pedas

Ada bermacam2 jenis sayuran gitu....

Bunga kantan...sedap utk buat laksa, kerabu...ada kunyit hidup, serai, pisang muda..(masak lemak sedap tuuuu...), jering....

Petai......(sapa suka makan petai sila angkat tangan....:-)

Ikan2 pun ada....pilih la yang berkenan....:-

Tempat makan pagi kat Pasar Selayang...macam2 ada, roti canai, capati, nasi lemak, mee / bihun soto, lontong, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang...sebut ja nak makan apa...

Beraneka kuih muih......

Utk breakfast, we all tapau ja nasi lemak kat tpt makan pagi di Pasar Selayang tu. Balik ja dari pasar, my mum dah sibuk2 nak masak utk buat rendang daging pulak sebab pukul 11 pg nanti dia dapat jemputan ke majlis baca Yaasin utk kaum wanita kat rumah kawan dia...satu taman jugak la. Bila rendang daging dan hati dah terjerang atas dapur, dia pesan kat I suruh tengokkan rendang tu sampai masak....

Rendang daging baru nak terjerang.....

Rendang yang sudah siap dimasak.....(sorry gambar tak clear sbb amik guna my phone ja...) tapi yang pasti rendang daging tu sangat sedap....lagi2 my mum yang buat 'kan......


This is my 1st time dot com punya cicah durian...makan dengan roti ker, lempeng ker...(lebihan durian malam semalam...)..rasanya sedap macam my mum punya version...(hihihihi...puji diri sendiri la....)...yang pasti my Ayah dan my brother no 4...kata sedap.....layan la.....:-

Weekend without Hubby, Daddy....

Sejak khamis, I dan 3Es berkampung kat rumah my mum since my hubby ada Sukan Talikom Malaya kat Balok, Kuantan. Bukannya apa, senang I nak pergi kerja...tak perlu nak pening2 uruskan 3Es kalau dah berkampung kat rumah my mum.

Bila I duduk dan tido kat rumah my mum, teringat lak la pulak zaman bujang2 dulu. Semuanya memang dah tersedia ada...meaning, kalau nak makan, mama dah masak....kalau terasa nak mengantuk, masuk bilik terus tido tanpa rasa segan silu....kalau nak berfoya2 dengan kengkawan, boleh terus keluar ja tanpa rasa bersalah....

Sekarang, bila dah ada 3Es nak buat semua tu memang tak sempat. Tido malam pun terganggu...inikan pula nak tido siang....kirim salam la. Nak buat macammana 'kan...life sudah berubah...

Sabtu, I balik jugak kejap ke rumah kat Templer sebab nak buat laundry dan cuci2 rumah skit. Walaupun baru ja kejap tinggalkan rumah...dah berabuk skit la rumah. After settle2 'kan kije2 rumah, I balik semula kat rumah my mum sebab bosan la duduk berempat ja kat Templer...baik lepak dan tido kat rumah my mum...boleh borak2 dan bercerita dengan my mum and my dad...Malam tu we all buat kenduri makan durian....best sangat...cuma Eldest E ja yang tak join sbb dia allergic dengan durian......:-

Tuesday, July 28, 2009

Sunday, 26 July 2009

Sejak Subuh lagi, hujan sudah turun dengan lebatnya. Arghhhh....best betul ni kalau boleh bermalas-malasan di atas katil ni. I layan jugak la sekejap.....best betulla la lepak2 ni..lagi best kalau ada orang tolong sediakan breakfast...pergh...alih2 I sendiri jugak yang kena preparekan breakfast...kalau tak kebulur umat kat dalam rumah ni.

For breakfast, I cuma bikin Bihun goreng sempoi ja...makan bersama2 ikan sardin...layan ja la yea...best jugak combination kedua2 ni. Licin gitu.....

Lepas breakfast, buat la laundry pulak...almaklumla semalam dah sepetang kat Pavilion. My sister datang rumah on that Sunday, so kebetulan pulak I ada buat rendang ayam, rojak buah dan ikan parang singgang...memang langkah kanan la my sister. Meh layan gambar menu lunch we all on the Sunday....gambar lauk ikan parang singgang tak perlu tunjukkan sebab la selalu buat 'kan......

Rendang ayam yang baru ja terjerang kat atas dapur....

Rendang ayam yang sudah siap dimasak....My Eldest E memang suka makan rendang ayam ni...banyak kali dia meratah ja rendang ni....

Rojak buah sempoi....ganti sayur sebab sayur takde...layan ja la...:-

Jam 3.00 petang pulak my hubby ada training volleyball kat Bukit Jalil, Eldest dan Middle E ikut sekali daddy diaorang....so, tinggal la I berdua dengan Youngest E. Dengan ketiadaan my hubby dan 2Es... I sibuk mengemas rumah yang bersepah macam tongkang pecah, melipat kain etc.
Youngest E pulak tido petang sekejap, so I buatkan cornflakes chocolate for my hubby dan 2Es utk dibuat kudapan apabila diaorang balik nanti.

Ni la rupanya cornflakes chocolate tu....sib baik bahan2 utk membuatnya ada...so, ini la hasilnya.
Walaupun nampak sikit hitam dan huduh skit...tapi rasanya sedap sekali dan yang paling penting sekali my hubby dan 2Es suka......yea2.....:-

Monday, July 27, 2009

Sepetang di Pavilion

Sabtu, I dan 3Es lepak2 kat Pavilion hampir 3 jam lamanya sementara my hubby ke HiFi Show kat Hotel JW Marriot. Wah...begitu ramai sekali orang kat Pavilion. Eldest dan Middle E nak makan donut J.Co so, we all lepak2 dulu la dan isi perut kat J.Co. Eldest dan Middle E cukup suka makan donut J.Co begitu juga dengan Youngest E.

After lepak2 kat J.Co, we all jalan2 window shopping kat Pavilion. Hampir semua butik kat dalam Pavilion tu, I dan 3Es masuk...hehehehehehe...layan ja bukannya nak membeli pun. Dah penat berjalan2...rehat lagi..

My hubby abis tengok HiFi show lebih kurang jam 5.30ptg. Then we all lepak2 kat foodcourt Pavilion..(ntah apa ntah namanya...sbb terlupa la)..makan nasi goreng kampung dan ice-lemon tea.My hubby pulak makan Korean food yang tak best rasanya...(so, mmg kena banned la tu).

We all tak terus balik ke Templer...singgah dulu kat rumah my in-laws sbb adik ipar I yang bongsu (study kat UiTM Seberang Jaya)...rindu banget sama Middle E. Lepak2....jam 10.30 malam baru pulang ke rumah utk zzzzzzzzzzz..........

P/S:...ni I tepekkan gambar oven baru I...( Somuffins, this is for u sbb u request nak tgk oven I 'kan....)

Wednesday, July 22, 2009

Pertemuan di KLCC

Macam tak percaya ja yang I akan bertemu muka dengan Kak LG yang sedang bercuti kat Malaya ni. Pertemuan tersebut diadakan di KLCC, secara kebetulan pula Kak LG dengan anak2nya bersama2 dengan 2 ahli keluarganya yang lain berlibur kat Petrosains dan I pulak tidak bekerja pada hari tersebut. Haaaa...apalagi, pucuk dicita ulam mendatang, so, I sms Kak LG samada jadi atau tidak pertemuan tersebut dan jawapannya ya.

We all berjumpa kat Signature Foodcourt di KLCC. Kebetulan pulak hari waktu bekerja, so, orang pun tak ramai sangat kat sana....mudah la we all nak berjumpa, bercerita dan bergelak tawa. Walaupun baru pertama kali bersua muka dengan Kak LG, we all bercerita dan bergelak tawa seolah2 telah lama berkenalan.

U all tahu, Kak LG sungguh cute...orgnya kecil ja...Alya pulak (Miss 10 dlm blog Kak LG) sungguh loving budaknya. Sangat manja dengan sesiapa sahaja, waima baru pertama kali bertemu, Alya begitu manja malah suka peluk2 I....layan la. Zahra pulak (Miss 5 dlm blog Kak LG) sangat comel sekali especially dgn her curly hair.....My Eldest E (Edelyn) agak malu2 sikit dengan Alya dan Zahra..maybe baru pertama kali jumpa kut...tapi lama-kelamaan mereka dapat menyesuaikan diri juga...maklum la kanak2 'kan...My Middle E (Elyssa) lak begitu peramah sekali dengan semua orang dan Kak LG cakap, my Middle E cukup petah berkata2 walaupun agak pelat skit dan tidak takut dengan orang dan begitu peramah sekali...

Walaupun pertemuan we all tu lebih kurang 1 1/2 jam ja...tapi I happy la sebab sempat berjumpa dengan Kak LG yang cuma cuti sekejap kat Malaya ni...Tq pada Kak LG sebab sempat luangkan masa u yg terhad kat Malaya ni utk berjumpa dengan I, Edelyn dan Elyssa dan terima kasih sekali lagi sebab kasi souvenier kat I. I takde apa2 pun nak kasi pada Kak LG( Kak LG, sorry ya takde souvenier utk u later2 ya)...takpe la, insya-Allah, December ni boleh jumpa lagi dengan Kak LG yang akan bercuti panjang lagi...daaaaaa

Gambar Alya dengan Edelyn......Alya so loving dengan sape2 ja...Edelyn pulak malu2 kucing...


Kemesraan yang bukan dibuat2 tau among this kanak2.walaupun 1st time berjumpa...Alya seperti biasa dengan sifat loving dia especially dengan Elyssa...Zahra yang comel dan Edelyn yang control cun....:-

Gamat betulla bila we all nak bergambar beramai2 ni...dengan nak handle kerenah anak2 yang lasak, buas...tapi yang pasti anak2 ni mmg comel dan cute belaka...termasuk la mummy diaorang 'kan......


Konon nak nak bergambar berdua dengan Kak LG ja.....tapi anak2 la duk sibuk....alih si cameraman aka adik Kak LG terpaksa buat trick utk alihkan perhatian anak2....alih2 ada gak gambar Alya terinterframe....layan ja la.....apa2 pun pertemuan yang singkat di petang Selasa tu memang havoc, gamat dan best sangat....Insya-Allah...kita akan berjumpa lagi......:-

Monday, July 20, 2009

Tak tahu nak letak tajuk apa....

Entry kali ni tak tahu nak letak tajuk apa....fikiran buntu, so, main belasah ja la. This weekend, dari hari Jumaat ke Ahad, my hubby ada team building kat PD, so I kena jaga 3Es sorang2 diri. Since my hubby takde, acara masak2 pun kurang la. Breakfast as usual kat kedai mamak la we all. Sib baik la 3Es pun suka...layan. For lunch dan dinner I cuma masak ayam goreng dan masak bayam celur utk 3Es...sonang citer. After breakfast on Saturday, I pergi beli oven with my mum. This is my 1st oven. I beli oven cap Europa...layan la. Bila dah ada oven ni, kena gi class belajar buat kek, muffin, dan apa saja yang melibatkan baking. Nanti bila dah terer baking membaking ni, boleh la buat kek utk anak2, parents...etc.

Disebabkan I teringin nak makan kuih keria aka kuih gelang, I buat la sikit kuih tu. Keledek I amik kat rumah my mum. Senang sangat nak buat kuih keria ni. Kuih ni Middle and Youngest E cukup suka dengan kuih ni tapi Eldest E tak suka. Eldest E ni memang tak suka makan kuih pun..dia cuma makan certain2 kuih ja...agak cerewet jugak Eldest E ni. Kuih ni I buat 2 bentuk, satu bentuk tradisional...bentuk gelang la dan bentuk bulat2...senang Middle dan Youngest E nak makan...

Kuih gelang bentuk tradisional....

Kuih gelang bentuk bulat-bulat for Middle dan Youngest E....

Thursday, July 16, 2009

Demam lagi...

Dah berhari2 tak bersiaran. Lately sibuk dengan anak2 sebab masing2 still tak fully recover lagi dari demam. My Eldest E sudah ok, berjangkit pulak dengan Middle E dan akhir sekali pada Youngest E lak....My Youngest E ni pulak kalau demam sure temperature tinggi punya, pastu pulak ada selsema dan batuk....mmmm...memang haru la kehidupan I. Time malam (waktu semua orang tengah diulit mimpi..) I pulak kena monitor My Youngest E punya temperature...takut2 la kut2 terlampau tinggi....so, this week pun masuk opis lambat skit la.

Selain tu, this week minggu terakhir I ganti puasa. Insya-Allah, khamis ni cukup la 30 hari ganti puasa utk last year punya puasa dan tambah 3 hari puasa nazar sebab dapat Youngest E (baby boy)....alhamdullillah.

Monday, July 13, 2009

Sunday....

Mmmmm....apa nak citer yea? Sunday...lepak2 ja kat rumah. After breakfast, I lepak ja sambil bermalas-malasan depan televisyen, hubby lak bersantai sambil membaca Sunday paper sambil 3Es buat kerja masing2...haa apalagi, Eldest E dok sibuk baca buku citer, Middle E lak main permainan lego and my Youngest E lak asyik2 mencuba berjalan2 sambil pegang kerusi, meja..maybe si Youngest E ni dah nak balik berjalan kuts...alamak, kalau dah berjalan sure buas ni, dan rumah sure akan jadi tongkang pecah punya...al maklum la, kanak2 Ribena sedang membesar 'kan, so layan ja la...

Ni la breakfast we all for Sunday morning....makan sampai lebam...maksudnya makan sampai tengah hari sbb Mummy malas nak buat lunch....nasib la labu...:-

Actually, ada citer disebalik nasi goreng for breakfast ni...mmm...Nasi goreng ni asalnya resipi daripada mama mertuaku...and for sure favourite my hubby la sbb dia dah makan this nasi goreng for almost 30 yrs kuts...lama 'kan...so, since my hubby punya favourite, I pun kena la tuntut ilmu dari mama mertuaku. Yang specialnya pasal nasi goreng ni, bahan2 yang wajib ada ialah isi ikan (ikan goreng yang tak abis dimakan),. Selain tu, masuk la apa saja macam sedikit ayam ker, udang dan telur goreng dadar..Bahan2 perencah lain macam nasi goreng lain la....
dan kalau nak ummph lagi, ada trick dia....letakkan la budu skit kat dalam nasi goreng tu....sure lagi terangkat punya.

Sebenarnya, saja ja nak citer kat u all, yang I kawen dengan "anak mak"...kalau boleh la hari2 my hubby nak jumpa dan citer2 dengan mama dia....so, sib baik la rumah we all dekat sangat rumah his mum...so, kalau hari2 my hubby nak jumpa mama dia pun I tak heran...pergi la..bukan kah syurga itu di bawah tapak kaki ibu....:-

Since takde lunch Sunday ni, my hubby nak keluar sekejap...beli barangan nak betulkan sinki (project yang agak lama nak disudahkan), so I pun nak ikut la...tapi lepak kat rumah my mum la...My hubby sent me, Middle and Youngest E to my mum house and my Hubby sent Eldest E to her mum house sementara dia beli barang2 for his project la...layan la...

I lepak kat rumah my mum...best giles sbbnya banyak foods kat rumah my mum...haaa...makan ja la kije nya...then tetiba lak tekak ni terasa nak makan cicah durian, kena carik durian dulu 'kan...so, my mum pergi beli dengan my brother-in law kat pasar Selayang...pergh melantak durian pulak...sib baik my Hubby dan Eldest E takde...bukannya apa depa berdua ni allergic skit dengan durian2 ni...but I don't care...I memang suka makan durian...my Middle lak sedang berkecimpung dengan dunia durian ni...ada la peneman.

Pukul 6 ptg my hubby amik we all then terus balik Templer. For dinner, I buatkan spaghetti bolognese sbb Eldest E dah request lama dah....layan ja la yea....

Mood malas...

Ntah kenapa this Sabtu I memang feel so MALAS...kekadang tu best gak ada perasaan malas2 ni, tapi walaupun malas, kerja2 rumah daripada membasuh, mengemas, memasak dan lain-lain lagi kena buat jugak...Kalau tak, haru dibuatnya. So since dah malas, we all breakfast kat kedai mamak ja itupun dah agak liwat...opsss lewat. Dah nak dekat pukul 11pagi pun...so, lunch pun lewat jugak la. Ni menu lunch we all on a lazy Saturday...

Ni menu lunch kat pinggan my hubby....

Udang masak kunyit....udang ni my Middle E ratah ja sebab udang memang favourite dia...

Ikan kembung yang dah lama terperap kat fridge ( I goreng ja ikan ni...sonang citer) ..so jadi korban la sabtu lepas utk jadi salah satu menu lunch we all....

Hidangan utama...Ayam masak merah (kepak ja) ....favourite Eldest E...

So, for dinner my Eldest and Middle E makan udang masak kunyit dan ayam masak merah bersama2 nasi putih. My hubby takde sbb ada perjumpaan kengkawan skolah kat rumah kawan dia di Salak Tinggi. Pegi makan BBQ sorang2 dia je...

Demam dah berjangkit....

Lepas my Eldest E dah ok daripada demam, si Middle E pulak complaint sakit telinga. Jumaat, after office amik 3Es dari rumah my mum, bawa Middle E pulak ke klinik. Middle E ada infection kat telinga dan of course ada demam panas jugak...39.2 darjah celcius...Alamak, hujung minggu ni kena take care Middle E pulak. Secara kebetulan pulak, Youngest E pun demam..waaaaaaa...semua orang demam.

I rasa sesiapa yang ada anak2 yang masih di bawah umur 6 tahun sure kena sentiasa prepare extra ubat-ubatan di dalam peti sejuk 'kan...al maklum la kalau tetiba ja demam di tengah malam, at least ubat boleh diberikan dahulu kepada anak2 yang demam sebelum bawa berjumpa dengan doktor pada keesokkan harinya 'kan. Menjaga anak2 yang demam atau sakit ni memang satu kerja yang agak mencabar la... Dah la kena melayan kerenah diaorang, kena beri lebih perhatian lagi...ish, mencabar la.

Tu pasal la bila baca berita tentang anak2 sekarang yang derhaka atau tidak mendengar kata parents mereka dan terjebak dengan segala aktiviti yang tidak sihat, I feel so angry with anak2 sekarang ni kerana mereka macam tidak ambil pusing dengan pengorbanan ibubapa mereka yang bersengkang mata dan bersusah- payah menjaga semasa anak2 yang masih kecil sehingga lah mereka dewasa....harap2 my 3Es akan menjadi anak2 yang mendengar kata dan menghormati parents mereka...mudah-mudahan...amin.

Ok la...tetiba lak beremosi skit ni, layan ja la yea...:-

Thursday, July 9, 2009

Alhamdullillah...

Syukur...my Eldest E sudah baik dari demam panasnya. Hari ni, Eldest E sudah mula bersekolah kembali dan dia kelihatan begitu bersemangat sekali. So, pagi2 lagi selepas Subuh, Eldest E sudah bangun, mandi dan bersiap2 memakai baju seragam sekolah tadika..S***T R*****S K**S....Maka dengan senang hatinya I dan hubby ke office hari ni.

Wednesday, July 8, 2009

Demam panas...

My Eldest E sudah masuk hari ke-3 demam panasnya. Demam panasnya ok di siang hari tapi bila nak masuk malam ja...demam panasnya maintain 39.5 darjah celcius. Pada malam pertama My Eldest E demam, my hubby take care of her since I pulak kena tengok2kan Middle E dan Youngest E lak. Pada malam kedua, Eldest E still demam lagi so, I pulak kena take care of her termasuklah sekali Middle dan Youngest E sbb my hubby tido awal sbb dia pun tak sihat jugak.....waaaaaa...
Memang I tak tido sangat pun semalam sebab dok monitor Eldest E punya temperature....still 39.5 walaupun dah kasi makan ubat dan I kebah2kan dia dengan air di seluruh anggota badan dia....bangun pagi pun kepala I jadi weng skit sbb tak cukup tido kuts.....kalau this evening demam Eldest E tak kebah2 jugak, bawa dia sekali lagi ke klinik then minta surat rujukan dari doktor then proceed to the hospital for further check-up....Last monday I cuti, sbb my mum hantar my youngest sister masuk college, Eldest E pun kebetulan pulak demam....lunch I buatkan my 3Es sup ayam....

Ni la rupanya sup ayam yang I buat untuk 3Es...sbb masing2 takde selera nak makan bende lain...so, bikin sup ayam ja la...

Tuesday, July 7, 2009

Hari masak2 sedunia...

Ahad....hari masak2 sedunia. I buatkan breakfast, lunch, minum petang dan dinner sekali. Ntah apasal ntah kerajinan datang melanda.....selalunya jarang2 I prepare foods dari pagi sampai la ke malam...

Layan gambar ja la yea....tak larat nak tulis la....
Ni menu breakfast....
Bihun goreng seafood makan bersama sotong kering bersambal (lauk semlm ni) ....

Ni pulak menu untuk lunch.....

Kangkung masak bersama ikan masin...

Telur dadar....Ikan parang masak singgang...

Ikan terubuk goreng...

Ni pulak menu minum2 petang...

Jemput2 pisang aka cekodok pisang....

Teringin pulak nak makan bubur pulut hitam...buat skit ja utk layan anak tekak ni.....

Ni pulak menu dinner....

Pita kebab berintikan daging....sempoi, sedap dan berkhasiat...layan...:-

Gambar2 Eldest E dan Middle E di Petang Sabtu..

Ni I letakkan gambar2 Eldest dan Middle E after lunch...Layan ja la yea...

My lovely Eldest E.......


My sweet and cute Middle E.....




4 July 2009

Subuh2 lagi dah hujan, best betullah kalau dapat bermalas-malasan kat atas katil. Sejuk, dingin...ingat nak lepak lama2 kat atas katil, my Youngest E lak dah bangun so, kena layan dia la.
This pagi Sabtu my Hubby ada tournament football kat Kg Baru..I pulak telah dilanda penyakit malas, maka tiada la breakfast untuk pagi Sabtu. After my Hubby pergi main football, lebih kurang jam 9.00 pagi, I bawa 3Es breakfast kat kedai mamak di area perumahan we all. I tell u, diaorang punya capati, roti canai, kuah dhal dan teh tarik mmg best dan sedap.

After breakfast, my Youngest E took his nap, so seperti biasa buat house chores la. Untuk lunch I prepare sotong kering bersambal, bayam celur, ayam goreng, mackerel goreng dan nasi putih.

Sotong kering bersambal...

Bayam celur...

Ayam goreng...

Mackerel goreng sempoi....

Ni pulak dessert we all after lunch...

Ice-cream strawberry....yummy2

After maghrib, we all ke Kajang ke rumah adik ipar I....so, tak perlu la bersusah payah nak masak dinner 'kan....

Friday, July 3, 2009

Kek Kukus Pisang lagi...

Ni percubaan kali ke 2 utk buat kek kukus pisang ni. Masa 1st time dot com dulu, my mum cakap yang kek kukus pisang I tu agak kering dan keras. So, cubaan kali kedua ni, I bega2 skit dari resepi asal. Hasilnya agak ok la, kek jadi lebih moist skit la dan I tambahkan coco powder dalam adunan kek kukus pisang ni supaya kaler kek jadi lebih cantik lagi. Meh layan gambar dan I sertakan sekali resepinya (walaupun semua orang sudah tahu cara2 utk membuatnya...).....:-


KEK KUKUS PISANG

Bahan-bahan :-
8 biji pisang
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula kastor
4 biji telur
1 sdt soda
1 sdt serbuk penaik
2 sdb susu UHT
2 sdb coco powder
1 sdt esen vanilla
secubit garam
chocolate rice

Cara-cara :-
1. Panaskan kukusan.
2. Lenyek pisang di dalam sebuah bekas kemudian masukkan soda dan dikacau sedikit. Ketepikan.
2. Di dalam bekas lain, pukul gula dan telur sehingga kembang. Masukkan esen vanilla. Pukul lagi.
3. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan tuang ke dalam bekas telur tadi. Tuang tepung secara perlahan-lahan sehingga habis. Masukkan pisang yang telah dilenyek tadi dan garam. Kacau sebentar dan tuangkan susu. Kacau lagi kemudian masukkan coco powder dan chocolate rice. Memadai gaul dengan sudip kayu.
4. Tuang bancuhan kek ini ke dalam loyang yang telah di gris dengan sedikit minyak dan boleh dikukus selama 45 min atau sehingga masak.


Thursday, July 2, 2009

Award from Kak Inahar






Ni award dari Kak Inahar...tq kak.
So, kalau ada kengkawan lain yg singgah kat blog I ni...sila2 kan la amik award ni yea...daaaa