Thursday, August 20, 2009

Brownies...

Semenjak 2 menjak ada oven....I dah jadi ketagih asyik nak membaking ja....projek terbaru I ialah brownies. I buat this marvellous brownies malam tadi dengan bantuan chef2 assistant (Eldest dan Middle E la) yang paling kecoh, sibuk, helpful..dan paling best happening gitu.....si Eldest E jadi tukang sukat bahan2...almaklum la dah boleh membaca dan mengira...si Middle E lak jadi tukang kacau bahan2...walaupun ada bantuan...yang pasti, dapur I memang jadi berkecah, bersepah...ala2 tongkang pecah gitu.....the 2Es tu mmg suka la dapat tolong mummy diaorang buat brownies...sambil tolong2 tu boleh la main tepung, gula...rasa2 dan cuit adunan yang dah siap...layan la...kasi diaorang rasa happy. Sib baik la malam tadi my Youngest E tak ikut we all balik Templer...dia tido dengan my mum...kalau tak lagi haru-biru jadinyer...

So, ni la hasilnya brownies tu.....my hubby kata sedap...so, boleh bikin untuk raya ni....hihihihihi...

Ni brownies yang telah I potong2 kecik...bawa skit ke opis utk kasi kengkawan rasa....

Ni pulak rupa brownies yang baru ja siap dimasak.....sorry ya gambar gelap skit sebab amik gambar guna handphone ja dan pastu lampu pun tak cukup cahaya......tapi yang pasti brownies memang sedap rasanya. Resipi I cilok dari Jamie Oliver punya website dan I ada bega2 skit la this resepi ikut citarasa I la...brownies ni sangat mudah dibuat dan hasilnya tidak mengecewakan...especially for those who loves chocolate.......

Wednesday, August 19, 2009

Happy Birthday to Emil Farish Bin Nor Eziel Azram - 18 August 2009



Happy Birthday to Emil Farish bin Nor Eziel Azram (my Youngest E).....Numero Uno


Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki....menjadi anak yang soleh dan baik pada Mummy dan Daddy, dan adik yang baik pada kakak Edelyn dan Elyssa.....Mummy, Daddy dan Kakak2 amat sayang pada Emil........mmmuuuuuuaaahhhhh! Love u....




Monday, August 17, 2009

Asyik2 masak ja....

Kerja2 memasak untuk family masih diteruskan lagi....al maklum la...weekend ja dapur I berasap sebab hari lain tak sempat gituuu...hihihihihi...Pagi2 Ahad sudah keluar rumah...my hubby, Eldest dan Middle E masih diulit mimpi...ingat nak berjogging tapi hujan renyai2 la pulak...hasrat dibatalkan. So, belikan ja breakfast untuk umat2 kat dalam rumah ni...menu: ada nasi kerabu, nasi lemak ayam goreng dan seketul dua kuih muih....I pergi pasar sekejap sebab nak beli petai...semalam lupa la pulak nak beli....Balik ja rumah, sidai2 kain dulu....then baru breakfast. Lepas rehat sekejap....dah nak siap "bersilat" la kat dapur untuk siapkan menu lunch la pulak....
So, this is our lunch menu for this lovely Sunday.....

Udang sambal berpetai......

Rendang daging.....

Ayam goreng....

Sayur campur.....

Since I dah pulun memasak 2- hari ni....menu dinner adalah siaran ulangan menu lunch....mummy dah penat ni......nak rileks sekejap......:-

Saturday, August 15, 2009

Sabtu yang penuh dengan aktiviti memasak....

Perghhhh...baca tajuk ja dah gempak 'kan....BUT it really happened today....Seawal pagi, I dah ke pasar dengan my Youngest E dengan ditemani Mira, my youngest sister. I beli daging, tulang daging, telur ikan ( yang ni my hubby yang request sbb dah lama tak makan katanya... cam mengidam ja 'kan...),sayur-sayuran, ayam dan sotong ( ni lak my Eldest E yang pesan.....) dan udang for my Middle E.....on the way pulang ke rumah sempat lak ke kedai kek, rambang mata sebab macam2 ada....so, sempat la rembat acuan untuk bikin chiffon cake, cake tester, chocolate rice and chocolate chip etc, rasa macam nak borong semua yang ada dalam kedai kek tu...ish ish ish.....lain kali boleh datang ni...hihihihihihi....

Since tak sempat nak prepare breakfast for my family, belikan ja diaorang roti canai paling best kat kedai mamak dekat dengan rumah we all....senang citer 'kan. Ok....sebagai balasan tak buatkan diaorang breakfast....this is the menu for lunch.....

Ni la hasilnya....sup tulang dan daging......lama betul merebus tulang daging ni supaya ia empuk...tak kisah la lama mana pun, yang pasti janji sedap rasanya nanti...

Sotong bersambal...favourite my Eldest E....


Ikan masin.....

Telur ikan goreng......

Last but not least.....bayam celur. Actually, sayur bayam ni ja yang laku, tu pasal la I selalu masak sayur bayam ni....Agak macam meriah 'kan menu lunch we all......

Ok...for minum2 petang pula I bikin Orange Chiffon Cake...haa....apalagi, I rasmikan la acuan kek chiffon yang I beli pagi tadi kat kedai kek tadi.



This is my 1st time I buat Orange Chiffon Cake....hasilnya tidak menghampakan......naik cantik sekali dan sangat gebu. Tq sekali lagi kat Cik Mat Gebu sebab I cilok resepi kek ni dari blog dia. My hubby puji kek ni sedap sebab I buat kek chiffon kegemaran dia. Walaupun kek ni nampak macam sopak2 sikit seperti digigit tikus...tapi ianya begitu lembut dan sedap sangat kata pihak pemakan....nampak gayanya, berbaloi I ke kedai kek tadi.....

Ni pulak menu untuk dinner.......emmm....pizza ni I beli kat Tesco after office hours Jumaat lepas.....saje2 beli sbb harganya cuma RM6.00 ja. I beli la 2x....masuk ja dalam Cik Oven Europa dalam 10 minit...then ready untuk dimakan....mudah 'kan. Rasa pizza ni ok la...not bad...
Tu ja nak citer today......yang pasti...projek I nak buat Orange Chiffon Cake tercapai dan hasilnya....amat memuaskan...dan boleh buat lagi ni......:-

Friday, August 14, 2009

Award lagi....

Award dari Somuffins.....Tq for the award, Somuffins...kenang daku dalam doamu....I rasa this award so cute and memberi pengertian yang berbeza untuk setiap orang. Sendiri mau ingat la 'kan...

Dan sekali lagi nak panjangkan award ni kat kengkawan alam maya yang singgah kat blog i ni.....jangan segan2 amik award ni ya....

Tuesday, August 11, 2009

Award dan Flu Bab*......


I angkut this award from blog Kak Inahar.....Tq Kak Inahar. Bzee betulla Kak Inahar sekarang ni...lebih2 lagi dengan wabak Flu Bab* yang melanda dunia sekarang ni. FYI, kat opis i pun dah ada yang kena this flu...one of our consultant from China...waaaaa....takut we all dibuatnya. This guy kena tahan kat airport China dan suspected dapat this flu from Malaysia....harap2 dijauhkan la daripada flu ni........

So, kengkawan alam maya...sila la amik this award dan tepekkan kat blog u all yea...especially Somuffins, Blogresipi, Kak Ja Sg Petani, AuntyJah, Kak Nolis, Izyani, Kak LG, Kak Jun Singapore, Kak Jun Cupcakekasih, Emil, Kak Zue, Mizan, Amy German dan sape2 yang sudi singgah kat blog I ni jugak.....

Dan juga this award...jgn lupa amik sekali ya.......

Monday, August 10, 2009

Apa nak letak tajuk ni??????

Fikiran tengah buntu so, tak tahu la nak letak tajuk apa...since ada oven ni, macam2 dalam fikiran nak buat....nak buat kek la, panggang daging dan ayam la tapi nak buat semua tu I kena make sure yang my Youngest E tido atau I minta my mum atau Mira tolong jagakan sekejap. My Youngest E ni langsung taknak kat sape2 pun waima Daddy dia...dia cuma ok dengan I dan my mum / Mira ja.....sadiss 'kan. So, bila bab nak memasak ni, I agak susah nak buat skit la kalau my Youngest E ni ada...asyik nak berkepit ja dengan I.

Sib baik la last Saturday, my youngest sister, Mira datang rumah sekejap. So, boleh I nak buat projek membaking ni. Hasilnya, jadi la muffin chocolate chip....

Ni la hasilnya....taraaaaaaaaaaaaa...chocolate chip yang banyak2 tu my Eldest dan Middle E tolong bubuhkan...banyakkan...I cilok this recipe from Cik Mat Gebu punya blog...tq CMG...tapi I bega2 skit la that recipe...ikut citarasa sendiri...rasa sedap dan tak manis sgt la.

Muffin tengah dimasak oleh Cik Oven Europa....naik gebus gitu muffin tu....buat this muffin dapat la 24 ketul. Petang tu jugak lepak2 kat rumah my mother in law, bawalah sikit muffin tu kat rumah dia...konon2nya menantu mithali gitu...bawa buah tangan....hihihihihi.....:-

Elyssa dan udang....

Lagi2 I post citer pasal my Middle E....u all jangan bosan yea baca. Bukannya apa, kebetulan pulak minggu lepas birthday my Middle, pastu lak minggu lepas my Middle ada medical check-up...tu yang banyak citer pasal my Middle E ni....so, u all layan la...

Last Saturday, memang I malas, so, aktiviti masak memasak pun tergendala. I masak cincai ja. For Eldest E buatkan ayam goreng, Middle E pulak, I masakkan udang kentang bersambal, Youngest pun layan gak udang tu....I masakkan my Middle lauk udang sebab dia dah request lama dah...so, since udang pun ada dalam fridge, I pun masak la...

Ni la rupanya udang kentang bersambal tu...I buat tak pedas la sbb Middle dan Youngest E yang nak makan. My hubby lak tak berapa sihat, so sepanjang hari tido ja sebab makan ubat, jadi lalok.....:-

Elyssa dan suntik hormone...

Ni la aktiviti harian I before my Middle E tido. I suntik growth hormone kat perut my Middle E.

Gerun tak u all tgk gambar I suntik perut my Middle E?????.....Mesti ada yang terasa seriau 'kan...mula2 masa I suntik my Middle, I pun terasa takut sikit jugak, tapi lama-kelamaan dah biasa pun..bak kata pepatah..alah bisa tegal biasa...My Middle pun ok ja...takde perasaan takut langsung....I pernah la tercucuk jarum tu kat jari I, tajam tu...tapi I memang respect la kat my Middle E sebab she cool ja....:-

Thursday, August 6, 2009

Seharian di HUKM..

As usual, every 3 months, I bawa my Middle E buat follow-up medical check-up kat HKUM. Sampai jam kat hospital jam 9.45pagi....cari2 parking takde kat dalam area HUKM. So, terus keluar dari HUKM, parking kereta kat Stadium Bola Sepak KL...opposite HUKM. Before going to the hospital, we all breakfast at KFC...layan la jap sebab nak beli jiwa my Middle E dulu. Kasi isi perut dia penuh dulu supaya dia tidak meragam dan well behave...hihihihi...Lepas isi perut skit, we all berdua berjalan kaki menuju ke HUKM...My Middle complaint skit la sbb penat berjalan katanya. Since Middle E bersaiz kecil, I pun dukung la dia la ...

Gelagat2 my Middle E sementera menunggu giliran utk berjumpa dengan doktor ( 5 jam jugak la nak tunggu before berjumpa dengan doktor).....layan ja la...sib baik Middle E tak berperangai...ok ja, kalau Eldest E...kirim salam ja la..:-

Ni pulak tempat amik ubat Middle E...amik ubat kejap ja....Untuk pengetahuan semua, my Middle cuma naik 1cm dan 0.03kg ja utk kali ni selepas 3 bulan lepas. So, this time tinggi Middle E cuma 82.5cm dan beratnya cuma 9.5kg. Dos ubat Growth Hormone Middle E telah ditambahkan dan sekarang ni hari2 kena suntik compare last time cuma 6 hari seminggu. Takpa la sayang...asalkan Middle E ada improvement.....

Lepas settle urusan kat hospital, singgah kejap kat opis I sementara nak tunggu my hubby abis kije....lihat la Middle dok pulun kije tu...(location: at Daddy's cubicle)....:-

Tuesday, August 4, 2009

Cookies For My Middle E...

Secara rasminya semalam, oven yang baru ja I beli 2 minggu lepas telah "dipecahkan daranya" hihihihihi..... I buatkan cookies for my Middle E for her birthday. Cookies ni request by my Middle E. So, I dapat this cookies punya recipe from my good friend, Kak Nolis. After office ja terus singgah kat Tesco jap utk cari bahan2 utk buat this cookies. Begitu semangat I nak buat this cookies padahal sebelum ni tak pernah nak buat cookies pun..maybe sebab yang pertama...nak buat utk anak..then tengah lak berkobar2 sbb dah ada oven....so, jam 3.00pagi I bangun terus buat this cookies....meh la layan cookies I yang tak seberapa ni......:-

This cookies I buat 2 version....satu for my kids iaitu takde kekacang cuma ada chocolate chips ja...yang satu lagi ada kekacang..

Happy Birthday to Elyssa Aisyah Bt Nor Eziel Azram - 4 August 2009

Today, birthday my Middle E yang ke 3....
Happy Birthday Eicha....moga2 Eicha jadi anak yang baik, solehah dan taat pada Mummy dan Daddy, moga Eicha jadi adik dan kakak yang baik pada Kak Edelyn dan Adik Emil...moga2 Eicha cepat besar macam kanak2 yang seusia dengan Eicha, mudah-mudahan Eicha dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.....aminnnnnn. Mummy, Daddy, Kak Edelyn dan Adik Emil sayang kat Eicha sangat2 tau...:-

The latest Eicha......

The 2yrs olds Eicha.....

The one year old Eicha.......

Monday, August 3, 2009

Sunday - 2 August 2009 Part II

Citer Sunday tak abis lagi......I minta my Ayah urut pergelangan tangan I sebab dah hampir 2 minggu tak baik2 jugak. Sebelum tu, I ada ke klinik panel company, the doctor just gave me ubat for urat pain. Unfortunately, tak baik2 jugak. So, I rasa urut is the best solution la...So, apalagi, since dah berkampung kat rumah my Mama, I minta my Ayah urut la.

Sakitnya bukan kepalang la sebab my Ayah said that the urat banyak sungguh yang bersimpul dan perlu pulang ke "rumahnya"....arrghhhhh...sakit betulla bila kena urut...tapi nak baik punya pasal kena tahan sakit la. My Middle E sempat kasi semangat kat Mummy dia..." mummy...tahan tau...sikit ja sakit..nanti baik la...Eicha temankan mummy ya..." Terharu pulak dengan sikap Middle E yang sungguh concern tu....My Eldest pulak buat tak tahu ja...

After Ayah urut my pergelangan tangan, dia basuh kereta dia dengan bantuan Eldest dan Middle E. Bukan main suka lagi depa tu sebab boleh main air...kebetulan pulak that Sunday morning, diaorang tak mandi lagi....Tengah2 basuh kereta tu, hujan pulak turun dengan lebatnya secara tiba2...waaahhhh...tambah suka si Eldest dan Middle E sebab boleh main hujan sekali...

Bak kata pepatah...sambil menyelam minum air...I kasi ja diaorang main hujan...bukannya selalu pun...kasi anak2 happy....meh la layan gambar Eldest dan Middle E main hujan sambil tolong Atuk diaorang basuh kereta....

Mata Middle E sepet sungguh sbb baru bangun dari tido....kat belakang tu tengah cuci tayar kereta is my Ayah...(sila abaikan keseksian beliau.....)


Sibuk nak basuh kereta sambil main hujan...kasi chance sekali-sekala kat diaorang ni....


Petang pulak.....gi Menara TM ( I angkut semua 3Es) sebab nak jemput Daddy 3Es yang baru ja pulang dari sessi bersukan kat Balok, Kuantan....kalah di suku akhir...macam tak berbaloi ja hari2 praktis.....lepas tu we all lepak2 jap kat MidValley sambil makan KFC...layan kerenah 2Es...pastu balik Templer....3Es tertido dalam kereta dalam perjalanan pulang....:-

Sunday - 2 August 2009

Dah lama betulla I tak pergi ke pasar bukannya apa...since ada 3Es ni susah betulla nak ke pasar. So, kebetulan pulak this weekend I berkampung kat rumah my mum sebab my hubby takde, maka I ke pasar with my mum dan my Youngest E. My Youngest E I bawa sebab my youngest sister cuma boleh jaga Eldest dan Middle E ja.

Jam 7.30 pagi, we all dah berangkat ke pasar. Mula2 ke Pasaraya Bintang dulu sbb every weekend (according to my mum)...kat sana ada jual muras bahan2 mentah utk memasak sperti ayam, ikan, sotong, sayur-sayuran, kentang, bawang2 dan lain2. My mum beli ayam bahagian dada sebab muras katanya compare to tempat lain la. Ada jugak la beli kentang sebab sekilo cuma RM1.00 ja dan bawang.

After that, we all ke Pasar Selayang pulak. Tak ramai lagi orang kat pasar sebab masih awal lagi kuts...tapi kalau dah pukul 9.00pg...orang akan ramai dan makin susah la pulak nak membuat pembelian dan aktiviti usha2.....hihihihi...Kat Pasar Selayang, my mum beli daging tempatan dan sedikit hati lembu untuk dibuat rendang. This rendang request by my Ayah sebab dah lama tak makan rendang daging dan hati ayam. I suka la pergi pasar sebab macam2 barang fresh boleh dibeli dan diusha2....Then, beli jugak la bayam utk dibuat lauk sayur..ni I buat celur ja. Pastu nampak la jagung...beli jugak that jagung dan I buat jagung kukus...pergh....manis sungguh rasanya. 2Es pun suka makan jagung ni.

My mum with my Youngest E.....My Youngest E sangat behave masa we all membeli belah kat pasar....Dia macam kagum ja tengok macam2 barang yang ada kat pasar...and fyi..this is his 1st time ke pasar....

My mum sibuk memilih daging dan hati utk di beli.....

Suasana pagi di Pasar Selayang....macam2 ada

Ada carrot, cili hijau, cili merah, capsicum kuning, capsicum merah dan hijau....

Ada cili api....waaa pedas

Ada bermacam2 jenis sayuran gitu....

Bunga kantan...sedap utk buat laksa, kerabu...ada kunyit hidup, serai, pisang muda..(masak lemak sedap tuuuu...), jering....

Petai......(sapa suka makan petai sila angkat tangan....:-)

Ikan2 pun ada....pilih la yang berkenan....:-

Tempat makan pagi kat Pasar Selayang...macam2 ada, roti canai, capati, nasi lemak, mee / bihun soto, lontong, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang...sebut ja nak makan apa...

Beraneka kuih muih......

Utk breakfast, we all tapau ja nasi lemak kat tpt makan pagi di Pasar Selayang tu. Balik ja dari pasar, my mum dah sibuk2 nak masak utk buat rendang daging pulak sebab pukul 11 pg nanti dia dapat jemputan ke majlis baca Yaasin utk kaum wanita kat rumah kawan dia...satu taman jugak la. Bila rendang daging dan hati dah terjerang atas dapur, dia pesan kat I suruh tengokkan rendang tu sampai masak....

Rendang daging baru nak terjerang.....

Rendang yang sudah siap dimasak.....(sorry gambar tak clear sbb amik guna my phone ja...) tapi yang pasti rendang daging tu sangat sedap....lagi2 my mum yang buat 'kan......


This is my 1st time dot com punya cicah durian...makan dengan roti ker, lempeng ker...(lebihan durian malam semalam...)..rasanya sedap macam my mum punya version...(hihihihi...puji diri sendiri la....)...yang pasti my Ayah dan my brother no 4...kata sedap.....layan la.....:-

Weekend without Hubby, Daddy....

Sejak khamis, I dan 3Es berkampung kat rumah my mum since my hubby ada Sukan Talikom Malaya kat Balok, Kuantan. Bukannya apa, senang I nak pergi kerja...tak perlu nak pening2 uruskan 3Es kalau dah berkampung kat rumah my mum.

Bila I duduk dan tido kat rumah my mum, teringat lak la pulak zaman bujang2 dulu. Semuanya memang dah tersedia ada...meaning, kalau nak makan, mama dah masak....kalau terasa nak mengantuk, masuk bilik terus tido tanpa rasa segan silu....kalau nak berfoya2 dengan kengkawan, boleh terus keluar ja tanpa rasa bersalah....

Sekarang, bila dah ada 3Es nak buat semua tu memang tak sempat. Tido malam pun terganggu...inikan pula nak tido siang....kirim salam la. Nak buat macammana 'kan...life sudah berubah...

Sabtu, I balik jugak kejap ke rumah kat Templer sebab nak buat laundry dan cuci2 rumah skit. Walaupun baru ja kejap tinggalkan rumah...dah berabuk skit la rumah. After settle2 'kan kije2 rumah, I balik semula kat rumah my mum sebab bosan la duduk berempat ja kat Templer...baik lepak dan tido kat rumah my mum...boleh borak2 dan bercerita dengan my mum and my dad...Malam tu we all buat kenduri makan durian....best sangat...cuma Eldest E ja yang tak join sbb dia allergic dengan durian......:-